Thursday, October 7, 2010

Sikap Keakuan Nik Aziz memakan diri...Iaitu orang yang menjadikan agamanya sebagai senda gurauan...

Angkuh,sombong,bongkak,riak itu yang boleh disifatkan kepada Nik Aziz.. sebagai seorang mursidul am PAS sepatutnya beliau lebih terbuka dan menerima segala cadangan mahupun teguran dari golongan muda mahupun luar.Baru diberi teguran dah melenting dan pelbagai fatwa dikeluarkan,sepatutnya beliau menimbang dulu apa yang dicadang dan apa yang dikeritik.Sebagai seorang yang berpengelaman sepatutnya beliau membentuk peribadi yang baik dengan memberi tunjuk ajar yang benar2 mengikut lunas islam.Bukannya memberi fatwa2 songsang yang tidak berasas sama sekali,dan menjadi bahan ejekan.Sepatutnya beliau dengan ilmu yang ada lebih perihatin dengan menumpukan mendidik anak bangsa menjadi umat islam yang baik dan dihormati.Sebaliknya beliau masih berdendam dan masih berangan-angan untuk menjatuhkan musuh politiknya dengan pelbagai cara mengikut nafsu sarakahnya.Sebenarnya sikap Nik Aziz jadi begini disebabkan pengikut2 PAS yang taksub agar  beliau yang sentiasa memberi sesuatu yang menguntungkan parti walaupun kata2 beliau akan memakan dirinya sendiri.Mereka pengikut setia PAS berpendapat Nik Aziz dengan gelaran Tok Guru dan dianggap ulama tidak boleh disangkal sama sekali oleh sesiapa jua kerana ilmu agamanya.Namun mereka lupa bahawa Nik Aziz juga manusia biasa dan tidak dapat lari dari hasutan hawa nafsu dan godaan syaitan iblis.Sifat mengagungkan Nik Aziz berlebihan sebenarnya memakan diri Nik Aziz sendiri,sehingga beliau bersifat keakuan (sifat takbur) bahawa orang lain tidak dapat menandingi ilmu agamanya.Nik Aziz sebenarnya telah tertipu oleh ilmunya sehingga beliau tanpa berfikir panjang sanggup menganggap sesiapa yang tidak menyokong partinya dan saranannya kafir(tidak boleh masuk surga).Dan Nik Aziz sering mengeluarkan fatwa2 mahupun membelitkan firman2 Allah semata-mata mengikut tuntutan nafsu sarakah dan pengampu2nya (pengikut setia PAS) yang mahukan,yang lebih baik daripada beliau.Walaupun kadang-kadang apa yang keluar dari mulutnya berlawanan dari fitra hatinya,namun sifat keakuan melebihi segalanya.Sedarlah wahai Nik Aziz kamu hanya disanjung,dipuja,diagungkan untuk kepentingan dunia saja.Insaflah bahawa dunia kata pergi,kubur kata mari..usia telah dimamah ganyut,sepatutnya tinggalkanlah duniawi,jangan ikutkan sangat nafsu serakah yang mempermainkan dirimu.Ingatlah walau berlindung ditembuk yang kukuh jika ajal telah memanggil kita tidak ada siapa yang boleh membantu kita.Ingatlah firman Allah yang bermaksud "Yaitu orang yang menjadikan agamanya sebagai senda gurau dan mainan,mereka telah diperdayakan oleh kehidupan dunia.Pada hari ini kami melupakan mereka.Sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka hari ini,dan mereka menyangkal ayat2 Kami".Al A'raaf ayat 51.

No comments:

Post a Comment