Kepimpinan PAS sudah semakin tidak mampu lagi untuk menyorok Bangkai Gajah yang semakin membusuk..Bangkai tikus yang membusuk tersorok pun berbau juga susah untuk disorokan. Baunya kian memualkan dan sudah boleh dihidu oleh sesiapa sahaja. Kalau dulu bangkai ini masih boleh disembunyikan, tetapi kini ternyata ia sudah makin terserlah. Semuanya mula nampak jelas selepas Muktamar PAS yang menyaksikan pertembungan paling hangat antara Puak Pro Ulama' dan Puak Erdogan, yang dikatakan taksub menyokong Anwar Ibrahim.Allah memberi petunjuk dengan kekalahan memalukan pehak Ulama'..Semuanya bermula dari kemenangan mutlak Mat Sabu..
PAS yang telah ditubuhkan sejak puluhan tahun yang lalu belum pernah melalui kecelaruan kepimpinan seperti ini. Namun sejak PAS bergabung erat bersama PKR dan DAP, dominasi kepimpinan PAS mula diresapi ideologi-ideologi duniawi dan sentimen gila kuasa. Terbukti dan ternyata, hasrat PAS untuk memperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan PAS mendapatkan kuasa gagal, malah Anwar berjaya menguasai PAS melalui propaganda-propaganda dan agenda peribadinya. Ringkasnya, PAS gagal memperkudakan Anwar Ibrahim, tetapi PAS yang sedang diperkudakan oleh Anwar Ibrahim untuk kepentingan politiknya.
Tidak cukup dengan mengugurkan perjuangan ISLAM dan kini mereka harus mendapat restu dari parti komunis DAP untuk menjalankan apa-apa program berkaitan ISLAM. Hina sungguh ISLAM dimata PAS sehinggakan martabat DAP diletakan lebih tinggi dari ISLAM.Sepatutnya mereka merujuk Al Quran dan hadith untuk memastikan sama ada boleh atau tidak bersekongkol dengan musuh ISLAM bukan dengan merujuk DAP untuk menjalankan perintah ALLAH swt. Cukup hina ISLAM dimata PAS.
Pada pendapatan Ee yang dangkal ini,Agama suci ALLAH diletakan dibawah tapak kaki parti komunis yang mempersendakan Al Quran dan hadith. Sewenang-wenangnya mereka mempermainkan ayat-ayat suci Al Quran untuk kepentingan peribadi dan kuasa. Umat ISLAM diperbodohkan begitu sahaja. Hina sangat ISLAM dimata mereka.
Berbanding PKR & DAP, PAS mempunyai kekuatan dari segi jumlah ahli serta jentera parti diseluruh pelusuk negara yg lebih berpengalaman dan fanatik kepada perjuangan Islam yang dibawa PAS.Malangnya, kerana kebodohan para pemimpinnya, segala kekuatan parti ini telah dipergunakan oleh DAP & Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Kerajaan Melayu Islam bagi digantikan dgn Kerajaan Kafir Harbi seperti di Pulau Pinang.
Pada pendapat Ee jika dahulu kita lihat hanya penyokong PAS sahaja yg sering diperbodohkan oleh Tok2 Gurunya sendiri. Kini Tok2 Guru & penyokong tegar PAS sendiri telah diperbodohkan oleh Kafir DAP dan Peliwat Tegar Anwar Ibrahim.Pada pendapat Ee betullah seperti kata bidalan "Harimau mati meninggalkan Belang" manusia mati meninggalkan nama..namun pemimpin-pemimpin PAS mati meninggalkan segala dosa pendustaan terhadap rakyat..Bertaubatlah...
Pada pandangan Sinar mata Ee 'Tidak mustahil suatu masa nanti ISLAM bakal dianggap agama yang tiada berkepentingan diTanah Melayu ini bila mereka berkuasa kelak'. Seperti mana PAS mengugurkan perjuangan ISLAM atas alasan 'TIADA KEPERLUAN' untuk memperjuangakn Negara ISLAM. Begitu murah maruah ISLAM dimata mereka.
PAS berusaha dan terus berusaha untuk memastikan ISLAM terus dihina dan dipermainakan. Agenda perjuangan PAS bukan kerana ISLAM tetapi kerana DAP.
Pada Ee biar apa pun organisasi yang memperjuangkan Islam, secara sah atau tidak, akan saya sokong kerana ALLAH. tetapi, perkembangan PAS mutakhir ini menimbulkan banyak tanda tanya kepada Ee. PAS Ee lihat bertambah lembut dan lemah kepada DAP sehinggakan masjid menjadi galang gantinya. Apa yang Ee lihat, PAS seperti diperbodoh dan diperkotak katikkan oleh DAP dan Tok guru Nik Aziz menyokongnya.
Mungkin mereka yang fanatik PAS akan menganggap isu ini sebagai isu yang dipolitikkan oleh UMNO,Ee melihat perkara ini dari sudut pandangan yang berbeza. Ee melihat ianya sepertimana operasi CIA atau MOSSAD, yang mempergunakan mereka-mereka yang fanatik Islam untuk menghentam Islam itu semula, sebegitulah yang Ee lihat, DAP mempergunakan PAS. Juga sepertimana PKM dahulu, menubuhkan Rejimen ke 10 yang terdiri dari bangsa melayu Islam yang kuat agamanya, dengan objektif untuk menumbangkan British. Licik sungguh DAP ini. 'Joint the strongest enemy to defeat the main enemy.'
Seburuk-buruk dan sebusuk-busuk Pemimpin UMNO itu, mereka telah berusaha untuk menaikkan melayu Islam sehingga ramai anak-anak melayu yang berjaya dalam bidang akademik dan kerjaya lantas meninggikan intelektual melayu.UMNO juga telah berjaya memimpin rakyat Islam negara ini sehingga ada yang berjaya dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi..UMNO melahirkan dan mendidik para ustaz.ustaza dan ulama-ulama tidak kira dari parti PAS dari mula belajar tadika hingga ada yang keluar negara semua ini dengan kebijaksanaan pemimpin UMNO akan tetapi, apabila melayu sudah sedikit pandai mulalah memberontak nak berkuasa dan mula membenci kerajaan yang telah banyak berjasa kepada mereka,mereka lupa semua itu setelah termakan segala hasutan,tomahan dan fitnah pemimpin-pemimpin 'Gila Kuasa' maka mereka beralih arah kepada PAS.Tetapi apabila PAS pula berpaut kepada DAP untuk menumbangkan BN, golongan ini juga dapat melihat kelemahan itu.
Seburuk-buruk Umno itu, mereka masih lagi orang Islam. Seburuk-buruk Syiah itu, mereka masih lagi saudara seagama yang punya Tuhan yang sama, mencintai Rasul yang sama, menjunjung kitab yang sama dan bersolat berqiblatkan kaabah yang sama. Sebaik-baik DAP itu, tidaklah mereka mempunyai persamaan seperti itu dengan kita dan yang nyatanya, Tuhan mereka bukan tuhan kita, mereka tidak percaya dengan Rasul kita dan mereka ada qiblat yang lain.
Apa yang ingin Ee sampaikan adalah, semua manusia punya kelemahan dan keburukan. semua manusia ada pendapat masing-masing. Tidak ada manusia yang sempurna dan tidak membuat salah. Pada pandangan Ee, kesalahan yang terbesar sekali adalah menyalahkan orang lain sebelum menyalahkan diri sendiri. Berlapang dadalah dengan perbezaan pendapat dan berdamailah atas nama Islam sesama saudara se Islam.
Dan (orang2 berakal itu ialah) orang-orang yang menghubungkan (tali silaturrahmi) sebagaimana diperintah Allah agar dilaksanakan.Dan mereka takut kepada Tuhan mereka dan hisab yang buruk. Ar Ra'd ayat 21.
Dalam kontek perhubungan antara manusia sesama manusia Islam begitu menitik beratkan hubungan sesama manusia agar diperkemaskan.Kekuat agama itu adalah atas sebab bersatunya penganut,agama akan menjadi lemah jika penganutnya berpecah belah.Dalam soal inilah Nabi Muhammad saw sering mengingati umat nya supaya bersatu,maka ditunjuki dalam solat 5 waktu berjemaah.Bila berjemaah bahu membahu dan disuruhnya merapatkan saf dan lurus.Begitu halus tunjuk ajar Allah melalui RasulNya.
Kita sebagai umat Muhammad sepatutnya faham akan maksud yang tersirat mahu pun tersurat sewaktu solat,bermakna Allah dan RasulNya mengkehendaki agar kita sebagai penganut agamaNya sentiasa bersatu bukan saja dalam solat malah dalam segala hal. Jika penganut Islam berpecah belah bermakna agama Islam itu lemah.Oleh itu marilah kita bersama-sama mengeratkan lagi tali silaturrahmi antara kita demi kebaikan agama,bangsa dan negara.Janganlah kita sebagai hamba Allah dan ummat Muhammad menderhakai apa yang diajar didalam kalamNya dan melalui dakwah RasulNya.
Oleh yang demikian, ketika kita berhadapan dengan hadis sahih yang diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang menyatakan bahawa rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : " Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu" (Hadis Sahih, riwayat Muslim no. 1855).
No comments:
Post a Comment