Kini perjuangan PAS telah jauh tersasar dan menyimpang dari apa yang kononnya memperjuangkan Islam.Kini PAS telah jauh terpesong segalanya berpunya dari " Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram " - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963 yang diketuai oleh Nik Ajis.
Mereka menuduh UMNO kafir kerana berkongsi kuasa dengan bukan Islam dengan berceramah 24 jam semata untuk mengkelabui mata pengundi agar mengundi mereka.
Daripada Auf bin Malik al-Asyjaie r.a kata beliau: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sebaik-baik kamu dan sebaik-baik pemerintah kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, sedangkan seburuk-buruk kalangan kamu dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah orang yang kamu benci akannya dan dia benci pula akan kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka juga mengutuk kamu"; Ditanya kepada baginda: "Apakah tidak boleh sahaja kami mencabut mereka (menggulingkan mereka)?" Maka Jawab baginda: "Tidak boleh selama mana mereka mendirikan solat yang lima, barangsiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin kemudian dia melihat pemimpinnya itu melakukan maksiat kepada ALLAH maka hendaklah dia membenci maksiat kepada ALLAH yang dilakukan itu tetapi jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan".[Muslim, Ahmad, Ibn Hibban dll dan lafaz adalah untuk Ibn Hibban].
Hakikatnya pada tahun 1969 mereka bersetongkol dengan DAP sehingga menyebabkan berlakunya tradegi 13 Mei kerana DAP merasa telah kuat kerana memenangi banyak kerusi semuanya ini adalah atas bantuan PAS.
Kini mereka cuba mengulangi kesilapan yang lampau dengan bersetongkol kembali dengan DAP bagi memastikan UMNO parti orang Islam dan Melayu lingkup atau kalah.Ini semua dilakukan demi tamakkan kuasa segala mereka sanggup lakukan walaupun dengan menjual maruah agama dan bangsa.
Kita nilai kembali kata-kata Nik Ajis pada 24 Ogos 2001.. " Bukan saja dalam manifesto dalam perlembagaan PAS sendiri tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan negara Islam.Dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu".
Inilah yang dikatakan Munafiknya seorang Tok Guru yang lebih munfik dari yang munafik kerana hanya kerana kecewa dan oleh kerana tamak haloba untuk berkuasa sanggup mengadai maruah agama dan bangsa.
Mereka yang melempar senjata kepada UMNO kini senjata tersebut terbenam dalam dada mereka sendiri.Mereka mengkafirkan UMNO kini kafir itu terbalik kepada mereka dengan bersekedudukan dengan DAP.Mereka yang mengkafirkan mereka lagi kafir dari yang kafir.
Mereka yang menipu,memutar belitkan mengunakan Al Quran dan hadis..merekalah yang munafik dari yang munafik.
Wahai penyokong2 pembangkang terutama PAS dan DAP ingatlah bahawa Islam itu mudah.Janganlah kamu teruja dengan bisikkan syaitan agar kamu ingkar dengan segala ajaran dalam kitab Al Quran dan hadis yang sentiasa meminta hamba2Nya agar taat kepada pemimpin dan janganlah kamu tersesat bisikkan syaitan yang bertopengkan yang kononnya ulama',Tok2 Guru,Ustaz,Ustazah dan alim ulamak.Ingatlah mereka itu hanya manusia biasa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Dengarlah dan taatilah penguasa diwaktu susah dan senang, diwaktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat”. (Hadis Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. 10/426. Sanadnya hasan)
"Dan janganlah kamu maki (kutuk/maki-hamun) para pemimpin kamu, janganlah mengkhianati mereka dan janganlah menjadikan mereka marah. Bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah kerana urusan itu adalah dekat". (Lihat: As-Sunnah. 2/499. Ibn Abi 'Asim)
Imam Al-Barbahari berkata:
"Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid'ah)". (Lihat; Al-Ibanah. Jld. 2. Hlm. 116. No.136) .Dan yang terakhir sekali, bacalah dengan mata hati bukan dengan mata nafsu.
Khawarij adalah golongan yang menentang kepimpinan orang Islam sebagaimana yang terjadi terhadap kepimpinan Ali radiallahu 'anhu. Cara mereka menentang dengan melaung-laungkan slogan: ( لاَحُكْمَ اِلاَّ للهِ ) bermaksud: "Tidak ada hukum kecuali dari Allah" (Slogan ini samalah dengan apa yang dilaungkan oleh kelompk-kelompok tertentu yang lantang menentang kerajaan pemerintah di beberapa negara Islam. Mereka mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak bersama kelompok mereka, tidak berjuang bersama mereka dan tidak berhukum dengan hukum Allah).
Dalam rencah politik semasa hari ini, tuba-tuba itu semakin meracuni pemikiran sebilangan besar orang Melayu. DAP yang menganggotai Liga Socialist International (SI) disokong padu oleh petualang-petualang Melayu, boleh dilabel sebagai ‘mason’ Melayu.
SI adalah pertubuhan sosialis antarabangsa yang mendukung komunisme, zionisme dan sekularisme dengan nada yang serius. Kempen komunisme, zionisme dan sekularisme yang dibawa oleh SI dan ahli-ahli anggotanya (termasuk DAP) bukan suatu kerja main-main. DAP ialah parti Cina, tapi kenapa ada sangkut paut dengan Zionis? Jawapannya, tidak perlu dilahirkan sebagai Yahudi untuk menjadi Zionis. SI adalah pertubuhan antarabangsa yang menerima dana daripada Zionis bagi menguasai politik dunia secara ideologi.
Malangnya, ada juga Melayu yang memberi sokongan kepada mason DAP. Masih ada Melayu yang memberi sokongan kepada anggota SI yang mahu sungguh-sungguh meranapkan Islam. Mason-mason Melayu itu sanggup khianat kepada perjuangan bangsa selama ini yang bermatian mempertahankan tanah emas ini. Adakah mereka seikhlasnya sanggup menggadai maruah, atau dipergunakan mason DAP untuk diperbodohkan? Menggadai maruah hanya untuk kuasa politik sempit. Sesuai dikatakan mason kerana menyokong DAP yang sudah terang berpaksikan sekularisme dan zionisme.
Mana mungkin Mason Melayu (PAS & PKR) mahu perintah negara kalau hanya diberi mandat oleh DAP untuk bertanding bagi beberapa buah kerusi sahaja. Andai menang semua kerusi sekalipun, adakah kuasa itu cukup untuk menandingi kuasa kerusi dan suara DAP yang lebih banyak? Juga adakah mampu mempengaruhi DAP untuk melaksanakan Hudud dengan jumlah suara dan kerusi yang sedikit? Andai seorang Mason Melayu Supreme (DSAI) diangkat DAP untuk menjadi Ketua Kerajaan, tidak cenderungkah dia untuk menerima semua kehendak DAP?
Mason-mason Melayu diperkuda bagi memecah belahkan Melayu, semata-mata untuk melemahkan dan memecahkan undi Melayu. Mason Melayu Supreme galak memperjuangkan idea pluralisme modul John Hick yang bercanggah dengan Islam ketika berucap di London, disokong pula oleh sebilangan Melayu yang mengaku memperjuangkan Hudud Islami atau Hudud Qurani. Mason Melayu Supreme pula terang-terangan menyokong Salman Rushdie, pengarang Satanic Verses yang mencerca al-Quran atas dasar pluralisme, juga disokong oleh sebilangan Melayu yang masih tidak nampak-nampak. Atas dasar itu, isu kalimah Allah dibuat main-main oleh Mason-mason Melayu ini seolah-olah tiada beza antara kebesaran nama Allah dengan perkataan-perkataan lain.
Orang-orang Melayu yang buta pula tidak henti membenarkan setiap ucapan Mason Melayu Supreme seperti tikus-tikus berusaha membaiki labu. Melayu sudah berpecah, tiada kesepakatan dalam memandu hala tuju bangsa. Cina-cina itu boleh bersatu atas dasar untung nasib bangsa mereka, tetapi mengapa pula dengan Melayu yang diperalatkan untuk dipecahbelahkan bangsanya dengan perbuatan anak bangsanya sendiri? Di mana perginya akal sihat sebilangan Melayu itu yang berterusan menyokong perancangan kejatuhan ini?
Lupakan politik kepartian. Sekarang adalah masa untuk Melayu teguhkan bangsa. Kehebatan bangsa Melayu pada beribu tahun dahulu sudah diperbudakkan di tanah sendiri oleh bangsa yang suatu masa dahulu tidak diterima oleh mana-mana negara.
Bangkitlah wahai bangsaku. Duduklah semeja bersama, berbicaralah mengenai masa depan anak bangsa, bukan berbicara mengenai politik semata-mata. Jangan sampai kita hanya mampu menangis apabila Order Baru DAP menjajah kita semula. Usah bersetia lagi kepada DAP atau manusia-manusia yang mengaku Melayu tetapi sebenarnya khianat kepada perjuangan bangsa.
Sabda Nabi SAW yang bererti :--
"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu".
Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.
Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sarawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah pasti mereka akan menang dan ada wakil dalam dewan undangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan di kawasan kaum bumiputera, bagi membolehkan kaum bumiputera terus berpecah. Pas seperti biasa, tidak sedar semua itu.
Dalam usaha meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia diteruskan kerana ia adalah dasar jangka panjang negara. Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika UMNO melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.
Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu. Melayu kini berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.
Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal.Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.
UMNO harus meniupkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.
Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: “Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan...”
Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.
Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang.Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.
Kita sepatutnya angkat topi kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akan jatuh ke tangan orang lain.Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.
Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah.'Jangan jadi Pengkianat agama,bangsa dan negara' dengan mengikut bisikan iblis laknatullah semata kerana kemaruk nak berkuasa.. Renung-renungkanlah..
No comments:
Post a Comment