Tuesday, July 12, 2011

Dilema Melayu di bumi Melayu.Kuatkanlah Tali Ikatan Silaturrahmi sesama Melayu...


Jika dulu nama Tanah Melayu tidak ditukar kepada Malaysia, mungkin orang2 Melayu kini tidak perlu takut dan gusar.Ini sudah membuktikan bahawa negara itu telah dibuka dan di huni oleh orang2 Melayu.Apa bila raja2 Melayu membuka pintu diplomatik dengan negara2 luar terutama Benua China dan India maka mereka bertandang ke Tanah Melayu sebagai peniaga dan sebagainya.Namun penghijrahan orang2 asing terutama dari benua China dan India banyak merubah keadaan dan suasana landskap kehidupan dan politik Tanah Melayu.Di tambahkan lagi dengan penaklukan tanah Melayu kemudiannya oleh Portugis,British, Jepun dan British kembali.

Di sinilah simboliknya Tanah Melayu maka wujudlah pelbagai parti2 yang turut memperjuangkan kemerdekaan dari tangan2 penjajah.Maka wujudlah Parti UMNO,MCA, MIC (UMNO,MCA dan MIC mereka bergabung menjadi parti perikatan) dan Parti Negara setelah keluarnya Allahyarham Datuk Onn Jaafar dari UMNO.Tidak terkecuali parti bawah tanah PKM / Parti Kominis Malaya yang diketuai oleh Ching Peng yang kononnya berjuang untuk kemerdekaan hakikatnya nak merampas tanah air milik orang2 Melayu dan dapat melaksanakan impian dgn memerintah untuk seketika.Orang2 Melayu mula bangun dari dijajah dan seterusnya membentuk kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957 atas usaha pejuang2 Melayu dan sedikit bantuan dari kaum Cina (MCA) dan India (MIC) yang di pelopori oleh UMNO (Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj) yang ditubuhkan pada tahun 1946 sebelum merdeka.

Untuk mengimbangi dan demi perpaduan rakyat yang berbilang kaum,kaum melayu terpaksa berkorban berkongsi kuasa dengan bukan melayu melalui kerajaan perikatan yang dikenali sebagai Barisan Nasional.Demi perpaduan juga orang2 melayu terpaksa berkorban bukan saja kuasa malahan segalanya ini semuanya kerana tidak mahu berulangnya Tragedi hitam yang dikenali sebagai 13 Mei.Ini semua adalah angkara sebuah parti politik yang memperjuangkan Malaysia Malaysia serpihan parti PAP yang mengunakan nama DAP untuk mengkaburi rakyat.DAP begitu bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan padu dari parti PAS yang sentiasa mengunakan Islam untuk menakluk hati rakyat Malaysia.Mereka PAS begitu terdesak dan terlalu inginkan kuasa sehingga sanggup menjual bangsa dan agama kerana terlalu ingin untuk berkuasa.

Untuk sekian lamanya perpaduan rakyat dapat dirasai dengan pertumbuhan pesat ekonomi dan kemajuan yang dicapai atas dasar tolak ansur antara kaum.Namun rambut sama hitam tapi hati tetap lain timbul juga masalah2 kaum namun kerajaan mampu menangani dengan persefahaman yang terjalin sekian lama.Bayak perkara melayu terpaksa bersabar dan berkorban dengan kerenah kaum menoriti namun seolah-olah tidak pernah dihargai.

Apakah melayu hari ini akan terus bersabar dan bersabar seakan tiada titik noktahnya.Melayu akan tetap bersabar selagi tidak dipijak kepalanya.Melayu tetap akan bersabar selagi tidak diinjak maruahnya.Melayu akan tetap bersabar selagi tidak dinjak agamanya.Namun sekali lagi melayu terhina dengan karenah kaum minoriti bila pengunaan kalimah Allah di gereja-gereja,namun diatas kebijaksanaan kerajaan dapat diselesaikan dengan cara muafakat.Begitu juga dengan sebahagian kaum India, kini semakin naik tocangnya dengan tertubuhnya pertubuhan haram yang dikenali sebagai Hindraf pelbagai perkara yang sepatutnya dapat diselesaikan melalui perundingan namun mereka memilih untuk melalui cara berdemonstrasi di jalanan.Pun begitu Hindraf mendapat sokongan dan hasutan Melayu yang tidak sedar di untung.

Dalam kontek ini sepatutnya kaum2 menoriti harus bersikap adil terhadap orang2 melayu yang sanggup berkorban dalam apa jua demi menjaga keharmonian bersama.Janganlah perkara-perkara yang remeh temeh diperbesarkan dan janganlah termakan hasutan,fitnah,pembohongan pehak pembangkang dan petualang2 negara.Jika perkara2 kecil diperbesarkan dan tidak melalui perundingan takut nanti akan meletus rasa tidak puas hati kaum majoriti pula.Kini Melayu kembali diperbodohkan oleh Ambiga dalam perhimpunan Bersih 2.0 semuanya kerana adanya Si Kitol Melayu yang menjadi balaci DAP (PAS dan PKR) semata mabuk untuk berkuasa.Malunya Melayu terlalak terpekik memaki sesama sendiri semata kerana hasutan Si Kitol Anwar Ibrahim dan Baruah DAP (PAS) Hadi Awang.Ini semua kerana dendam kesumat dan kemaruk sangat hendak berkuasa dan menjadi Perdana Menteri.Hakikatnya Melayu bodoh tidak berfikir main ikut saja gerak hati dan kata-kata munafik pemimpin, sama-sama menjadi penderhaka kepada agama,bangsa dan negara.Mual dan memalukan..

Janganlah jadikan Dilema Melayu di bumi Melayu akan membawa pertelingkahan yang tidak akan ada penyudahnya.Walau pun melayu menghadapi dilema dibumi mereka sendiri namun melayu tetap dengan sikap semulajadinya berhati lembut namun dalam kelembutan itu ada ketegasannya.

Kita sebagai umat Muhammad sepatutnya faham akan maksud yang tersirat mahu pun tersurat sewaktu solat,bermakna Allah dan RasulNya mengkehendaki agar kita sebagai penganut agamaNya sentiasa bersatu bukan saja dalam solat malah dalam segala hal. Jika penganut Islam berpecah belah bermakna agama Islam itu lemah.Oleh itu marilah kita bersama-sama mengeratkan lagi tali silaturrahmi antara kita demi kebaikan agama,bangsa dan negara.Janganlah kita sebagai hamba Allah dan ummat Muhammad menderhakai apa yang diajar didalam kalamNya dan melalui dakwah RasulNya.

Marilah kita sebagai rakyat yang sayangkan negara bersatu dan marilah kita menjauhkan diri dari mereka yang cuba merosakan perpaduan antara kaum.Marilah kita hidup aman damai dalam satu kelompok dengan mengikut seruan Perdana Menteri kita dalam 1 Malaysia.Marilah...

No comments:

Post a Comment