Sepas ini Ee nak tengok, mana PAS nak letak muka kalau ditanya dulu perjuangan Islam dan kononnya hudud tapi kini kenapa perjuangkan DAP laknatulllah?.Kenapa pejuangkan Ambiga peguam murtad yang mereka bagai orang gila menentangnya dulu?...Mengapa pejuangkan Anuar yang dulu mereka panggil Al Juburi?..Kenapa tidak bela Islam tapi menyokong dengan kuat bila kafir DAP menghina dengan mempermainkan hadis dan Al Quran?..memalukan.. Dah tak de tempat dah.
Semuanya sandiwara belaka.Sekadar laungan kosong je buat apa? Semua orang dah tau, diorang bukan parti yang memperjuangkan Islam yang sebenar.Dah nampak sangat yang diorang selama ini hanya bermain wayang untuk mengaburi mata rakyat dari melihat kebenaran.Jadi adalah lebih baik diorang gugurkan sahaja perkataan Islam dalam nama parti tu kalau diorang merasakan Islam itu masih suci.
Ee bukan berniat sengaja nak memburuk - burukkan Menteri Besar Kelantan ni. Tapi sekadar nak bagi nasihat je kat dia.
Bukan apa, sebab dia tak sedar yang dia tu dah tua. Bawak - bawak la berehat. Berenti je dari sibuk - sibuk dengan Politik ni.Otak pun dah naik kematu asyik memikirkan benda2 yang karut marut untuk dijadikan fatwa.Sudah - sudah la gilakan kuasa dan sebagainya. Baik dia duduk rumah, luangkan masa dengan keluarga, anak - anak dan cucu cicit.Bertaubat dan beramal dengan sepenuh hati lagi baik.
Pada pendapat Ee segala fitnah Nik Ajiz terhadap UMNO/BN ini adalah perkara lumrah yang sering keluar daripada mulut celupar Menteri Besar Kelantan itu. Apa-apa sahaja yang dibuat oleh BN/UMNO tidak pernah baik, semuanya hodoh, semuanya jahat - hatta sudah memerintah Kelantan lebih 20 tahun pun - Kerajaan BN/UMNO tetap macam sial. Manusia seperti ini, adalah manusia yang kufur dengan nikmat Allah - tidak tahu berterima kasih dan tidak tahu erti sabar dalam melakukan amar makruf nahi mungkar.
Pada pendapat Ee yang dangkal ini golongan pemimpin2 pembangkang seperti Nik Ajis,Hadi Awang dan Anwar Ibrahim ini, sekiranya hidup pada zaman para khalifah Rasulullah, sudah boleh dianggap sebagai pemberontak yang boleh dipancung sahaja lehernya. Mengharu-birukan negara dan menyebar pelbagai fitnah dan burunk sangka yang melampau-lampau terhadap saudara seIslam, semata-mata kerana berlainan parti politik.
Cubalah kita renungkan firman Allah yang bererti:-- "Dan sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh"– demikian maksud ayat 191 surah al-Baqarah.
Pada pendapat Ee kalaulah benarlah hudud PAS itu tidak bercanggah dengan hudud Allah mengapakah tidak dibawa ke Parlimen untuk dibahas dengan teliti ? Di sana barulah tahu siapa yang menolaknya sesungguh hati. Yang anehnya kenapa undang-undang MURTAD yang menjadi sebahagian dari EKJS(II) 1993 fasal 23 tergopoh-gapah dibawa ke parlimen ? Mengapa pula anak dibawa sedang ibu ditinggalkan ?
Ee berharap agar semua dapat berfikir dengan matang dan bijaksana yang sebenarnya PAS telah berbohong kerana PAS telah berjanji dalam Harakah 28 Februari 1997 "Hudud akan dibawa ke parlimen ?". Sampai hari ini pun nampaknya jauh dari panggang. PAS hanya bijak berpidato menabur janji tetapi untuk menunaikannya bohong juga menjadi realiti Yang jelasnya apabila hidup berdolak dalik nyatalah kebenarannya hanya dikentutkan saja..
Ee ingin membuka pekung yang tersumbat dalam hati sanubari pemimpin DAP.Namun pekung yang telah terbuka dan mengeluarkan bau yang busuk itu masih terhidu wangi oleh pemimpin2 PAS dan penyokong tegar bodoh alias bangangnya.Marilah kita hayati apa yang dikatakan oleh bapak kuminis DAP Lim Kit Siang seperti yang tersiar.
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Penasihat DAP Lim Kit Siang mengulangi pendirian parti itu menolak idea mahu melaksanakan undang-undang hudud dan negara Islam atas alasan ia tidak pernah disentuh dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR).
"Ia sudah jelas bahawa pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam bukan dasar PR.
"Jadi tidak perlu PAS untuk bangkitkan perkara ini lagi kerana ia bukan agenda kita (PR)," kata Lim ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Lim juga mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata kedua-dua aspek tersebut langsung tidak disebutkan dalam Dasar Bersama PR yang diumumkan Disember 2009. “Itu sebab kedua-dua aspek itu tidak pernah dibangkitkan dalam Dasar Bersama PR.
"Oleh itu PAS perlu faham, itu sahaja saya boleh cakap. Yang lain saya tidak mahu komen," kata beliau yang dua hari lalu mempertahankan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh .Dasar itu diputuskan pada konvensyen sulung PR, yang dibentuk April 2008, akhir tahun lalu.
Di bawah Dasar Bersama itu, PR membuat pendirian akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Semalam PAS meminta DAP memahami dasar perjuangan PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, sekiranya menawan kerajaan persekutuan, bagi mengatasi masalah jenayah dan sosial membabitkan orang Islam.
Parti itu juga menegaskan, ia tidak akan kompromi sama sekali dalam soal menegakkan hukum hudud dan cita-cita menjadikan Malaysia negara Islam. Minggu lalu, Karpal mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan.
Kata Karpal, undang-undang sedemikian "tidak berperlembagaan" dan setiap orang perlu menghormati perlembagaan. DAP mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadinya.
Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu. Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz, yang dibuat Khamis lalu bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud....
Namun segala fakta ini akan disokong dan didebatkan hebat oleh para penyokong fanayik bodoh alias bengap HamPAS dengan mengatakan dan menabur fitnah kononnya dari sumber utusan dan sebagainya..Pada pendapat Ee ini manusia2 HamPAS terlalu dangkal untuk berfikir hanya layak sebagai tukang angguk dan geleng2 sapi saja.Hanya menurut dan mengiakan segala ucapan munafik pemimpin mereka yang gila kuasa..memalukan..
DAP kini bersikap semakin angkuh sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan 'calonkan anjing pun boleh menang' dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.Akhbar Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada PRU Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon bagi menentang Barisan Nasional (BN).
Pada pendapat dan pandangan peribadi Ee apa yang dipaparkan itu secara tidak langsung menunjukkan sikap DAP yang menganggap bahawa pengundi-pengundi seolah-olah tidak wujud dan tidak penting dalam membuat keputusan.Ee juga merasakan bahawa DAP merasakan bahawa mereka mempunyai hak atas apa yang telah berlaku selama ini iaitu semenjak mereka beroleh sedikit ruang dalam politik maka mereka mula memandang rendah pada orang lain termasuklah para pengundi yang memilih mereka sebagai pemimpin.
Tong-tong kosong jika diketuk bising memekakan telinga..Anjing tersepit jika dilepaskan akan menyalak dan mengigit.. HamPAS pada selonggok beras..Baruah tetap baruah walau dilonggokan segala budi tetapi tetap dikencingkannya.. Penawar yang diberi tetap racun yang dihirup..Selayaknya pemimpin-pemimpin PAS dan Penyokong Tegar bodoh alias bangang mereka menjadi tukang cuci buntut DAP dan Anwar Al Juburi bak kata Mat Sabu..Insaflah..
No comments:
Post a Comment