Ee begitu yakin PAS adalah pihak yang membiarkan dan membenarkan pemimpin-pemimpin DAP yang hanya guna tisu untuk beristinjak ini masuk ke dalam masjid/surau dan memberikan 'tazkirah' dan sebagainya. Sudah tentu kita belum lupa semasa kempen pilihanraya Sibu yang lepas, nama PAS disebut oleh Teressa Kok di dalam ceramahnya sebagai pihak yang mewakili Islam dalam hal menerima penggunaan nama Allah di gereja dan penerbitannya. PAS juga gagal bertindak bila minuman keras yang di rampas oleh Majlis Bandaraya Shah Alam, dipulangkan semula kepada pemiliknya atas arahan DAP dengan alasan beer bukan minuman keras kerana kandungan alkohol yang tidak tinggi. Semua ini menjadikan pemimpin kafir DAP berani berbuat apa sahaja yang bertentangan dengan sensitiviti orang Islam kerana mereka yakin PAS akan mempertahankannya dalam apa cara sekalipun.
Menguatkan lagi, bila Nik Aziz dalam kenyataannya terbarunya mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang masuk ke dalam Surau Al-Huda di Kajang dan menyifatkan siapa yang mempertikaikan tindakan itu sebagai pihak yang tidak faham Islam. Seperti biasa Nik Aziz akan memberikan alasan perkara yang berlaku di zaman Nabi saw sebagai justifikasi untuk membenarkan hujahnya kerana di zaman Nabi Muhammad saw ramai kafir Qurasy masuk ke dalam Masjid berjumpa Nabi saw. Fikiran pendek dan kedangkalan pemikiran Nik Aziz hanya menambah kepada kekeliruan orang Islam apatah lagi yang bukan Islam, zaman di mana Islam bermula dan berkembang sudah tentu berbeza dengan keadaan sekarang.
Pemimpin DAP bukan masuk masjid untuk mendalami Islam sebaliknya ingin mendapat publisiti politik murahan dalam kempennya menunjuk kepada orang melayu bahawa DAP tidak anti Islam. Dalam hal ini juga, berbeza dengan zaman Nabi Muhammad saw seperti yang dicontohkan Nik Aziz dimana orang kafir masuk masjid berjumpa dengan Nabi, yang berlaku di Serdang dan tempat-tempat lain ini ialah orang Islam masuk masjid berjumpa pemimpin kafir DAP untuk mendapatkan moreh dan bantuan hari raya.
Jadi dimana benarnya cerita-cerita popular dikalangan pengikut PAS bahawa penggabungan PAS dengan DAP adalah bagi membolehkan PAS mentarbiah DAP mengenai perlaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam. Yang kita nampak, PAS pula yang ditarbiah oleh DAP dalam banyak hal termasuk undang-undang baru mengenai halal dan haram minuman keras serta mencemarkan kesucian masjid dan surau.
Bukan satu kelaziman untuk pemimpin kafir masuk ke dalam masjid, apatah lagi memberikan ucapan, ia tidak berlaku sebelum ini malah berpuluh tahun sebelumnya, ia hanya berlaku sekarang iaitu sejak PAS hanya menjadi pak turut kepada pimpinan pembangkang dalam Pakatan Rakyat. Benarlah kata ramai orang sebelum ini, tuhan PAS ialah wang dan kuasa, kerana itu apa sahaja pun boleh dilakukan walaupun terpaksa mencemar kesucian agama sendiri.Tazkirah DAP kepada pemimpin PAS.."Wa cakap..lu ikut saja..kasi sikit-sikit fatwa' semua olang boleh diam lo..".Memalukan.. Memualkan..menjijikan..
1. Deklarasi Setapak pada 29 Julai 1967 di Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan Pertama DAP, telah menggariskan beberapa perkara yang antaranya; bermatlamat mengembangkan ideologi negara yang bebas, berkehendakkan demokrasi berfahaman sosialis berdasarkan prinsip sama rata antara kaum, menuntut kesaksamaan sosial ekonomi antara kaum, serta mendesak Universiti Merdeka diiktiraf sebagai universiti kaum Cina.
2. Oktober 1967, DAP menjadi satu-satunya parti dari Malaysia yang menganggotai Socialist International (SI) yakni sebuah pertubuhan yang memperjuangkan sosialisme/komunisme/liberalis
3. 18 Oktober 1990, Karpal Singh mengatakan dengan lantang, "Jika mahu wujudkan negara Islam...langkah mayat saya dulu!"..
4. 5 Mei 2008, Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Azlan Shah selaku Ketua Agama Islam Negeri yang memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.
5. Pada tahun 2008 juga, Teresa Kok meraikan kemenangan DAP dalam PRU-12 dengan memanggang 5 ekor babi sebagai simbolik orang Cina dalam Pakatan Pembangkang berjaya menguasai 5 negeri dengan PAS & PKR sentiasa berada di bawah telunjuk mereka. Sebab itulah agaknya ada ahli parlimen PAS yang menyokong pelajar membawa bekal babi ke sekolah.
6. Teresa Kok turut menuntut papan tanda jalan yang bertulisan Jawi di sekitar Kuala Lumpur & Selangor ditukarkan ke bahasa Mandarin; selain menuntut agar azan di setiap surau dan masjid dalam negeri Selangor diperlahankan.
7. Ronnie Liu mengarahkan semua arak yang dirampas atas 'usaha' Hassan Ali dalam kawasan majoriti penduduk Islam di Selangor, supaya dikembalikan semula kepada penjual/peruncit.
8. Tanah wakaf orang Islam seluas 4 ekar di Kampung Kebun Bunga, Selangor telah didirikan Dewan Perhimpunan Orang Ramai, Persatuan Perkuburan Cina. Sebelum itu, BN yang mentadbir Selangor telah berusaha untuk memindahkan dewan tersebut ke kawasan lain. Tetapi apabila Pakatan Pembangkang mengambil alih pemerintahan Selangor pada 2008, usul pemindahan dewan oleh BN sebelumnya telah ditolak DAP dengan sokongan Khalid selaku Menteri Besar Selangor.
9. 16 Mei 2008, Exco Kerajaan Negeri dari DAP telah mengarahkan 130 unit lot perumahan bumiputera di Perak agar dijual ke pasaran terbuka dengan nilai hartanah bumiputra itu hampir RM5 juta.
10. Semasa Pakatan memerintah Perak, borang permohonan tanah di Pejabat Tanah di arah cetak dalam bahasa mandarin dan tamil, kononnya untuk memudahkan kefahaman kepada kaum bukan Melayu. Hakikatnya, mereka berhasrat untuk mengambil tanah milik Melayu secara senyap tanpa disedari orang Melayu yang pasti tidak faham akan kandungan borang yang dicetak menggunakan kedua bahasa tersebut.
11. Lim Guan Eng pernah menyarankan agar jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang digantikan dengan kaum Cina.
12. Lim Guan Eng adalah seorang penakut dan cepat menggelabah apabila ditekan atau disergah. Itulah ciri seorang 'khalifah' yang sangat diagongkan para juak PAS.
13. DAP menaruh harapan untuk menguasai negara ini di PRU-13. DAP sanggup melakukan apa saja demi merealisasikan impian kerana beranggapan sekiranya mereka gagal dalam misi menguasai Malaysia di PRU-13, maka cita-cita mereka mungkin akan terkubur selamanya.
14. DAP hari ini memiliki 29 Kerusi Parlimen di Dewan Rakyat yang menjadikannya parti dominan dalam Pakatan Pembangkang berbanding PKR (26) dan PAS (23). Strategi DAP di PRU-13 adalah meletakkan calon Melayu bagi mewakili parti mereka, maka tidak mustahil DAP akan terus kekal menjadi PARTI DOMINAN PAKATAN selepas PRU-13 kelak.
15. Menyokong Nik Aziz, Anwar Bin Ibrahim, Husam Musa, Azmin Ali dan PKR, BERERTI anda rela diperalatkan demi memenuhi impian DAP menguasai Persekutuan Malaysia.
16.Baru-baru ini kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita telah digugat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan memperkenalkan satu port folio baru di negeri jajahan kafir harbi itu. Mengambil kesempatan di atas Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia, DAP kononnya menyokong resolusi Putera Ghazi dari Jordan di PBB pada tahun lepas.Itu kata Guan Eng yang mewakili DAP.
17.Terbaru DAP meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
18.Seperti baru-baru ini, mereka menunjuk kebencian tersebut dengan enggan memakai pakaian adat dalam sidang DUN di Sarawak atas alasan ia bercirikan Melayu dan Islam.
Jika hendak Ee bentangkan betapa banyaknya fakta2 menunjukan bahawa DAP begitu membenci Islam antara kita semua sedari atau tidak.Namun hakikat yang sebenar ini sering dinafikan oleh pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong tegar bodoh alias bangang yang hanya tahu angguk2 dan geleng2 saja apa yang dikatakan oleh pemimpin Munafik mereka betul tanpa memikirkannya secara mendalam.
No comments:
Post a Comment