Sunday, July 31, 2011

PAS yang Sesat bukan UMNO yang sesat..



PAS memukul gendang perangnya menentang UMNO dengan senjata 'orang UMNO kafir' setelah pendekatan sederhana untuk membela bangsa Melayu diperingkat awal penubuhannya tidak berhasil . Presiden pertamanya Tuan Haji Ahmad Fuad telah kembali semula ke pangkuan UMNO, setelah menyedari bahawa ada orang tertentu di kalangan mereka yang berusaha menubuhkan parti itu dipengaruhi penjajah British yang mahu menghalang UMNO dari menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Pendekatan ekstrim PAS bahawa UMNO harus ditolak kerana bergabung dengan parti orang-orang kafir iaitu MCA dan MIC sedangkan Tanah Melayu adalah milik Orang Melayu..Tunku Abdul Rahman menjadi sasaran utama PAS dalam kempen-kempen politik mereka menjelang pilihanraya.Para pemimpin dan penceramah PAS semasa menjelang pilihanraya 1959 dengan lantang berkata, Tunku harus dihukum oleh Bangsa Melayu kerana mengkhianati bangsanya dengan memberikan hak kepada kaum pendatang dan berkongsi memerintah negara ini . Kemerdekaan negara juga kata mereka adalah tidak sah kerana PAS tidak menyokong Perikatan semasa menuntut kemerdekaan itu.

Penjajah British yang memerintah Tanah Melayu pada waktu itu, mahu pentadbiran di London menolak cadangan Tunku Abdul Rahman yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)  yang disokong oleh wakil kaum China (MCA) dan India (MIC) atas nama PERIKATAN sedang berusaha mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu, dengan alasan kononnya UMNO tidak mewakili seluruh penduduk  asal Tanah Melayu/ peribumi dengan mengemukakan bukti bahawa PAS juga mendapat sokongan orang  Melayu dan tidak mahu menuntut kemerdekaan !..Pilihanraya pertama diputuskan untuk diadakan pada tahun 1959, di mana parti  yang menguasai majoriti rakyat negara ini akan membentuk kerajaan. Orang Melayu terutama di Kelantan begitu mudah terpengaruh dengan pendekatan ekstrim PAS yang menentang UMNO yang mengetuai Perikatan.

Isu UMNO berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC dalam Perikatan ini, menjadi bahan kempen utama PAS, dan begitu mudah menawan hati rakyat Kelantan dalam pilihanraya pertama negara ini pada tahun 1959 itu. PAS telah mendapat sokongan majoiriti Orang Melayu di Kelantan dan membentuk Kerajaan Negeri selepas pilihanraya . Manakala di lain-lain negeri Parti Perikatan telah berjaya sapu bersih dan terbentuklah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi, yang juga disebut Kerajaan Perikatan.


Pengisian pembangunan negara terutamanya di luar bandar mula dilakukan terutamanya infrastruktur bagi kemudahan rakyat negara ini untuk membina penghidupan yang lebih selesa sebagai hasil kemerdekaan negara, yang diperintah sendiri oleh rakyat negara ini. Rata-rata rakyatn negara ini begitu bersyukur atas usaha Kerajaan Perikatan ini.
Keselesaan dan kegembiraan rakyat mula terasa terutamanya bila jalan-jalan raya dan pengangkutan awam dibina menghubungi seluruh negeri, perparitan dan taliair serta kemudahan awam mula ditumpukan .

Mereka pemimpin-pemimpin PAS mula mencari helah dan alasan bagi menyekat rakyat dari terus merasa selesa dengan pembangunan negara yang sedang berlaku in...mereka mencari modal-modal yang boleh melenyapkan pengaruh Kerajaan Perikatan ini, mereka mesti hapuskan pengaruh UMNO yang menjadi anutan di kampong-kampung yang dipimpin oleh kaum cerdik pandai  seperti guru sekolah dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Para penceramah PAS mula memburukkan usaha pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Perikatan ini. Mereka mempersendakan projek-projek infrastruktur untuk rakyat. Dalam satu ceramah umum,seorang pemimpin PAS Ustaz Abu Bakar Hamzah berkata :

"Adakah tuan-tuan fikir pemimpin Pas negeri ini beruk-beruk yang kalau hendak kemana-mana hanya dengan cara melompat  melalui dahan ke dahan pokok-pokok di hutan itu?...nah kalau mereka bukan beruk tentulah mereka akan membina jalanraya, tak payah Kerajaan Perikatan buat…kami pun boleh buat !..."

Tindakan mengkafirkan orang-orang UMNO ini membuahkan hasil kepada PAS di mana pilihanraya berikutnya iaitu pada tahun 1964 PAS mengekalkan kuasanya di Kelantan .Anehnya  Dato' Nik Abdul Aziz sendiri pernah berkata kepada seorang ahlinya, dengan kata-kata "Siapa kata orang UMNO kafir? sambil menambah jangan kata orang UMNO kafir nanti kita sendiri yang terbalik menjadi kafir..
Tetapi sayang seribu kali sayang, kenyataannya itu tidak disebarkan kepada rakyat melalui siaran khas atau arahan rasmi kepada para pengikutnya…!
MB itu berkata demikian dalam keadaan biasa dan tenang . Bagaimanapun bila PAS telah mula rasa tergugat dengan sokongan  kepada UMNO /Perikatan (yang kemudian nya ditukar nama kepada Barisan nasuonal/BN) maka PAS di Kelantan mula menggunakan senjata lamanya  iaitu mengkafirkan orang-orang UMNO..kenapa jadi begini ?..

Walaupun para ulama PAS faham benar tindakan mengkafirkan orang UMNO di Kelantan itu berunsur khurafat, namun demi untuk memenangi pilihanraya, PAS melakukannya dengan cara 'pejam mata'membelakangkan ajaran Islam sendiri. Ee bertanya seorang pemimpin PAS dan memintanya menjawab secara ikhlas mengapakah taktik mengkafirkan' orang UMNO ini diteruskan semula, katanya:

"Demi untuk memenangi pilihanraya dan mengekalkan kuasa memerintah negeri PAS terpaksa buat begitu,..kalau tidak PAS akan kalah dalam pilihanraya".. Yang hairan bin ajaibnya, dulu Pas mendakwa UMNO dan Perikatan kafir, kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC...tetapi kini PAS bersekongkol dengan DAP yang begitu kuat menentang Islam, mereka sedarkah bahawa formula yang digunapakai itu menunjukkan mereka lebih kafir lagi daripada UMNO dan Perikatan (BN)…! Mengapa mereka tidak melarang penyokong mereka dari terus mengkafirkan sesama Islam?..

Ee merasa yakin dan bertambah yakin,dan percaya PAS tidak sanggup melarang para pengikut taksubnya berbuat demikian , kerana apabila melarang mereka dari berbuat demikian ditakuti  mereka mungkin akan berubah sokongan kepada parti lawan pula.Bila perkara ini tidak diperbetulkan oleh Pas, ia terus berkembang  menjadi kepercayaan dan pegangan akidah yang mempercayai bahawa sesiapa saja yang memimpin PAS, maka mereka adalah 'maksum' dan tidak bersalah di sisi Allah dan Syariat Islam..para pemimpin PAS tempatan dipuja dan dan sanjung oleh para penyokong taksub ini.

Selain daripa rakyat umum di Kelantan, terdapat beberapa orang di peringkat pimpinan PAS yang menggeleng kepala dengan fatwa MB mereka tidak boleh membuat sambutan pada hari Maulidul Rasul atau Harijadi Rasulullah SAW kerana katanya bukan dari amalan Rasulullah.Memanglah sambutan Maulidulrasul dibuat hanya untuk mengenangkan Harijadi Baginda Rasulullah SAW , dimana kelahiran baginda itu sebagaimana Sabda Rasulullah SAW sendiri "Innama bu’ithtu li utammima maka-rimal akhlak"-Sadaqa Rasulullah, yang bererti "Aku dilahirkan/dibangkitkan, adalah bagi menyempurnakan kemuliaan akhlak".

Dalam Surah Al Anbia ayat 107 Allah SWA Berfirman: Wama arsalna-ka illa rahmatanlil a-lamin"yang bermaksud "Tidak aku utuskan kau (Muhammad) melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam" Sadaqalla-hul Azim.

No comments:

Post a Comment