Firman Allah yang bererti :--
Dan (mereka berkata lagi): "Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang mengikut agama kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya. (A-li'Imraan 3:73)
Iblis pun bijak membuat rencana untuk menyesatkan manusia dengan umpan yang sesuai dengan keperibadian dan kecenderungan seseorang.Jika seseorang itu bertaraf ulamak, iblis yang dihantar untuk menyesatkan ulamak itu adalah iblis yang lebih alim ilmuannya dari ulamak yang ingin dipesongkan itu. Iblis akan beri ilham dan fatwa yang berkait dengan agama bersesuaian dengan kefahaman agama yang ada pada seseorang ulamak itu.
Jadi, adalah tidak menghairankan jika fatwa yang keluar dari mulut Nik Aziz banyak yang pelik-pelik. Memang benar dan Ee bersetuju 100% dengan fatwa 'sesiapa yang tolak Islam adalah kafir'. Bahkan sesiapa saja yang menolak walau sebaris dari ayat-ayat quran adalah mencukupi untuk dikatakan kafir.Tidak ada sesiapa pun kalangan umat Islam yang berani menolak mentah-mentah ayat-ayat Allah, melainkan mereka benar-benar telah keluar dari Islam.
Apakah disebabkan kerajaan UMNO tidak menjalankan hukum hudud telah menyebabkan keseluruhan ahli UMNO menolak Islam? Cuba berikan satu orang atau sebuah Negara hari ini yang telah mengamalkan Islam 100%?
Mungkin Iblis telah membisikkan kepada DAP dan Karpal Singh supaya "slow sikit jangan bantai Islam kuat-kuat, nanti susah dapat undi melayu". Maka si Karpal pun sebut secara terbuka dalam konvensyen bahawa DAP tidak menentang Islam dan perkara itu boleh dirundingkan.
Mudah sangat Nik Aziz membuat kesimpulan. Baru kena tipu sikit dengan iblis terus keluar fatwa, lebih baik berjuang dengan DAP yang sudah boleh terima perjuangan Pas dari bersekongkol dengan Islam nasionalis yang dibawa oleh UMNO.Nik Aziz kena ingat bahawa dia tidak terkecuali dari agenda iblis untuk menyesatkan umat Muhammad dengan apa cara sekali pun termasuklah melalui cara agama yang sering digunakan oleh iblis untuk menyesatkan orang-orang alim.
Jika diambil dari prinsip silaturrahmi antara saudara seagama pun, jelas Nik Aziz sudah jauh tersasar dari apa yang disarankan oleh Nabi Muhammad saw, apabila dia mendahulukan dan mempercayai orang bukan Islam melebihi saudara seIslamnya.
Renungkanlah Firman Allah yang bererti :--
Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). (A-li'Imraan 3:4
Mari kita imbas kembali apa yang dikatakan oleh saudara Zul Kulim dalam suratnya :--
DAP LAKNATULLAH
12 May 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 12:06 PM 20 komentar
Label: Kalimah ALLAH, PAS, PRK Sibu
Salam 2 all.
Saya mengutuk keras kebiadapan DAP yang angkuh mempermainkan isu kalimah ALLAH dalam kempen pilihanraya kecil Sibu walaupun larangan telahpun dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Ini jelas satu sikap kurang ajar yang mencabar bukan sahaja pihak berkuasa, tetapi juga umat Islam.
Adalah jelas DAP langsung tidak menghormati aqidah dan sensiviti umat Islam. Keangkuhan dan kebiadapan DAP ini sudah sampai keperingkat yang mereka merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh disentuh langsung!
Mereka mendesak secara terbuka supaya Kerajaan menarik balik rayuan yang dibuat ke Mahkamah Rayuan dan membenarkan pihak Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti yang ALLAH punya anak! Dan untuk menghalalkan tindakan dan tuntutan mereka, DAP telah membawa masuk PAS sebagai penyokong mereka.
Dalam satu majlis "Christian Fellowship of Pakatan Rakyat" di Sibu semalam, calun DAP Wong Ho Leng menyatakan "PAS boleh mengisytiharkan bahawa langsung tidak ada apa-apa larangan didalam Al Quran yang melarang penggunaan kalimah (ALLAH ini oleh golongan Kristian)..." (sila lihat lapuran dibawah).
Saya sangat sedih melihat parti yang dahulunya dikenali dengan perjuangan Islam yang jelas, dan menjadi harapan sebahagian orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan Negara Islam dan Daulah Islamiyyah, boleh bersekongkol dengan perkara saperti ini.
Sudahlah di pilihanraya kecil Hulu Selangor calun yang pernah mempertikaikan perlaksanaan enakmen hudud, qisas dan ta'zir diberi sokongan penuh oleh kepimpinan PAS!
Persoalan besarnya ialah, apa nak jadi dengan PAS?! Saya menyeru kepada ahli akar umbi PAS yang saya yakin sangat komited dengan perjuangan Islam, saya menyeru kepada pendakwah dan pejuang Islam didalam PAS yang sangat ikhlas dalam perjuangan mereka, saya menyeru para 'ulama dan 'ilmuan Islam yang jujur yang masih ada didalam PAS, marilah selamatkan PAS daripada terus hanyut dalam buaian mimpi indah duniawi ini yang akan menghancur dan merosakkan PAS.
Marilah kita bawa balik PAS k2epada perjuangan Islam yang sebenarnya, berjuang diatas landasan Al Quran dan Sunnah. Janganlah kita persia-siakan pengorbanan Almarhum Dr. Burhanuddin Helmi, Almarhum Ustadz Zulkifli Mohamed, Asyahid Ustadz Ibrahim Libya dan ramai lagi yang telah berkorban harta dan nyawa untuk perjuangan Islam.
Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Wallahua'lam. Moga ALLAH memberikan kita hidayah dan keimanan didalam fitnah aqidah yang melanda umat masakini, dan moga ALLAH memberikan keampunan kepada semua mereka yang masih mahu mempertahankan iman masing-masing. Memang kita sebenarnya sudah berada di akhir zaman, zaman fitan, zaman fitnah yang telahpun disabdakan oleh Rasulullah saw.
Kita dapat melihat dengan jelas DAP langsung tidak menghormati Mahkamah yang sedang dalam proses mendengar rayuan bersabit isu ini. Ini adalah satu penghinaan kepada Mahkamah. Dalam bahasa undang-undang, ini dipanggil sub-judis yang boleh dikenakan tindakan komital oleh Mahkamah.
Inilah golongan yang bila orang lain membuat komen kepada kes Mahkamah, mereka akan melalak kononnya kita tidak menghormati dan menghina Mahkamah. Contohnya dalam kes liwat yang sedang berlaku sekarang, langsung tak boleh nak komen. Sampai ada akhbar menyiarkan gambar katil tempat Saiful diliwat pun dia bising satu dunia, sampai nak penjarakan orang. Bila Dato Seri Nazri melabel pakar forensik mereka sebagai penipu kerana tidak mahu datang Mahkamah dalam kes Teoh Beng Hock, segera mereka melalak nak ambil tindakan menghina Mahkamah dan nak memenjarakan Dato' Seri Nazri.
Tapi bila mereka sendiri secara terang-terang menghina Mahkamah dengan memainkan isu kalimah ALLAH, itu didakwa kononnya sebagai hak demokrasi, hak bersuara.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
28 Jamadil Awal 1431
12 Mei 2010
Dan Firmannya lagi yang bererti:--
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (A-li'Imraan 3:7)
Sifat Pas yang sering mendabik dada mengatakan merekalah penegak agama Allah di Malaysia dan menempelak UMNO yang dituduh menolak Islam adalah merupakan petanda jelas bahawa Pas dan para pendokongnya sedang memperjuangkan Islam menurut cara yang telah dibawa oleh Iblis dan Azazil laknatullah.
Kita jangan terkeliru pula mengatakan Pas dan pendokongnya memperjuangkan Islam menurut seperti mana yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw
Takziah kepada penyokong-penyokong Pas yang masih belum sedar walaupun sudah berkali-kali terpedaya dengan tipu helah laungan retorik kononnya Pas perjuangkan matlamat menubuhkan sebuah daulah Islamiyyah di bumi Malaysia tercinta ini.
Pas bukan lagi sebuah parti yang menjanjikan suatu gagasan berlandaskan Syariat Islam dan Sunah Nabi Muhamad s.a.w sebaik-baik sahaja bernikah secara mut’ah dengan DAP si kafir harbi laknatullah dan bermadu dengan PKR, parti penganut fahaman pluralisme yang sanggup menyamaratakan segala-galanya demi segenggam kuasa politik. Depan boleh, belakang boleh, kiri boleh, kanan pun boleh.
Renungkan bersama Firman Allah yang bererti :--
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (A-li'Imraan 3:8)
Orang UMNO yang mengucap syahadah yang sama, bersembahyang lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan dan menyembah Allah yang Satu dijadikan sasaran dan musuh utama yang harus dihancurkan kerana sudah berjanji setia dengan DAP si kafir harbi laknatullah.Pedulikan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Mari bersama-sama dengan DAP. Itulah mesej muktamar Pas apabila memilih Mat Sabu, Mahfuz Omar dan menolak golongan ulama, tanpa menyedari roket DAP akan menjadikan Pas sebagai bahan pembakar menuju ke matlamat Malaysian Malaysia! Tak perlu langkah mayat sebelum tubuh negara Islam, kerana Pas sendiri sudah mentalkinkan perjuangan itu!
Inilah kejayaan hasil muktamar Pas. Membakar api kebencian terhadap orang-orang UMNO, saudara segama dan sebangsa . Menanam perasaan benci, dendam kesumat yang mendalam disusuli kata maki hamun sambil disulami laungan Takbit!.Begitu mudah agama digadai apabila fatwa Nik Aziz...
Ee ingin ceritakan bagaimana taksubnya penyokong PAS terhadap PAS .."DAP meminta kepastian kepada PAS samada benarkah mengikut kepercayaan Islam bahawa akan muncul DAJAL di bumi 1 hari nanti cuba memerintah Dunia dengan menghasut orang Islam menentang Allah dan bersama2 makhluk tersebut menentang Islam. PAS tidak menafikan perkara tersebut. Puak DAP selepas menyoal kepada PAS, jika benar berlaku hal sedemikian, pada ketika itu, PAS pada ketika itu hendak menyokong Kerajaan UMNO ataupun DAJAL.?
PAS dengan bongkak menjawab, "Hahahahaha, aku kalau boleh nak berdoa sekarang mintak tolong DAJJAL muncul dan bantu kita musnahkan UMNO. Aku tak tahulah, jijik bila nak kerjasama dengan UMNO. Sampaikan hati aku cakap DAJJAL ni 10 kali lebih baik dari UMNO. Baik aku ikut DAJJAL."
Jawapan salah seorang puak PAS tersebut disusuli dengan gelak ketawa rakan2 yang lain. Puak DAP turut gelak akan tetapi salah seorang dari mereka garu kepala terpinga2 dengan jawapan tersebut. Sampai ke tahap macam tu sekali PAS membenci UMNO. Malu, sedih, marah semuanya ada dengan sikap buruk PAS di hadapan penyokong sebuah parti yang akan menghancurkan mereka.
FirmanNya yang bererti :--
Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).(A-li'Imraan 3:13)
Dan FirmanNya lagi yang bererti:--
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (A-li'Imraan 3:19).
Berfikirlah demi agama,bangsa dan negara.Berfikirlah untuk kebaikan bukannya untuk keburukan.Jangan ikutkan mereka dajjal pembangkang laknatullah yang cuba menghancurkan keharmonian,kemakmuran serta perpaduan tanpa mengira kaum dan agama yang telah Allah kurniakan keatas bumi Malaysia ini.Renungkanlah..
No comments:
Post a Comment