Sunday, July 24, 2011

Pada Pendapat Ee.."Tanpa disedari PAS melatah memaki hamun bangsa dan Islam melalui lidah rakan setongkolnya DAP..Taubatlah..



Ee ingin mengajak seluruh rakyat agar bersama selamatkah negara daripada Ustaz Ng yang bakal terus 'melacurkan' hadis dan Al Quran untuk kepentingan politik Dap di Negeri Selangor dan Malaysia? Masa telah menentukan betapa kesucian dan ketertinggian Islam semakin dipesongkan, dirobekkan dan dibontotkan oleh Pas dalan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor..Ini sangat mengaipkan..mereka begitu angkuh menginjak-injak kesucian agama Islam dengan mempermainkan hadis dan Al Quran..

Pada pendapat Ee Keghairahan pemimpin DAP untuk memetik hadis nabi secara hentam keromo, mereka DAP sendiri tidak beriman kepada kenabian Nabi Muhammad SAW adalah disebabkan tindak-tanduk Pas yang terlalu mengejar matlamat politik berbanding agama.

Pada pendapat yang dapat Ee nyatakan bahawa kebencian DAP terhadap Melayu dan Islam terlalu mendalam dan tidak dapat dibendung lagi sehingga terserlah secara nyata akhir-akhir ini.Seperti baru-baru ini, mereka menunjuk kebencian tersebut dengan enggan memakai pakaian adat dalam sidang DUN di Sarawak atas alasan ia bercirikan Melayu dan Islam.Namun segala perbuatan mereka seolah mendapat restu dari rakan setongkol mereka pemimpin-pemimpin PAS yang hanya membisu dengan sekali-sekala memberi fatwa menyokong segala tindak tanduk DAP. 

Dalam konteks ini, mereka yang membacakan hadis nabi itu perlu beriman dengan nabi. Kalau tidak beriman bagaimana mereka mahu percayakan hadis berkenaan. Beriman dahulu baru boleh baca hadis nabi dan Al Quran.Apa yang Ee ingat  ini bukan kali pertama pimpinan DAP melakukan perkara sedemikian rupa, malah sudah beberapa kali termasuk membacakan ayat al-Quran. Bukankah akidah itu terbahagi kepada tiga iaitu pertamanya ketuhanan, keduanya kenabian dan ketiganya sami’yat.

Jika pemimpin-pemimpin DAP benar-benar minat untuk berucap atau membaca Al Quran masuklah Islam dan mendalami sepenuhnya, bukan sekadar membaca sepotong dua  Al Quran dan hadis nabi. Ee juga khuatir hadis yang dipetik itu sama ada hadis daif atau sebaliknya. Jangan main petik sahaja. 

Pada pandangan Ee jika DAP nak anjur majlis membakar al-Quran pun PAS pasti tidak akan membantah. Malah akan bertindak sebagai perasmi majlis tersebut. Lebih-lebih lagi sejak PAS telah membakul sampahkan hukum hudud dan bertukar jenama kepada negara kebajikan. Semuanya dibuat demi meraih kasih dan sayang pada DAP.Pada pendapat Ee.. "Tanpa disedari PAS melatah memaki hamun bangsa dan Islam melalui lidah rakan setongkolnya DAP"..Taubatlah..

Baru-baru ini kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita telah digugat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan memperkenalkan satu port folio baru di negeri jajahan kafir harbi itu. Mengambil kesempatan di atas Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia, DAP kononnya menyokong resolusi Putera Ghazi dari Jordan di PBB pada tahun lepas.Itu kata Guan Eng yang mewakili DAP.

Port Folio itu menurut Guan Eng, adalah mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk bertanggungjawab terhadap perkara-perkara hal ehwal 5 agama selain Islam iaitu Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan Tao. Kononnya, dengan tertubuhnya port folio ini maka akan wujudlah keharmonian dan kesefahaman antara agama di negara kita.Ee mahu memberi ingatan kepada semua bahawa DAP ini menyeru kepada slogan "Malaysian Malaysia" yang membawa maksud kesamarataan hak di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira sama ada kepada bangsa bumiputera atau bukan bumiputera.

Sememangnya DAP tidak mempertikaikan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Namun, dengan menubuhkan satu port folio khas untuk agama lain selain Islam, yang berfungsi bagaikan Jabatan Agama Islam atau Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri yang dipegang oleh Dato'Seri Jamil Khir Baharom, seolah-olah meletakkan agama-agama lain ini sama tarafnya dengan Agama Islam!..

Oleh itu, dengan tertubuhnya port folio itu, maka DAP dan Guan Eng telah berjaya menyamatarafkan agama-agama lain dengan agama Islam di negeri Pulau Pinang. Jadi, di mana istimewanya agama Islam di Pulau Pinang? Nampaknya, Guan Eng telah berjaya merealisasikan agenda "Malaysian Malaysia" di Pulau Pinang tanpa disedari oleh puak-puak PAS dan PKR yang mengaku Islam di Pulau Pinang!

Dengan itu, dengan tertubuhnya port folio baru untuk hal ehwal agama bukan Islam di Pulau Pinang ini, maka jelaslah bahawa Guan Eng, DAP dan angkatan Pakatan Haram Pulau Pinang menghina kedudukan dan keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.Persoalannya, apakah kita sebagai muslimin dan muslimat harus berpeluk tubuh dan biarkan saja perkara ini berlaku? Nak harapkan pada PAS?

Ee berharap kepada pemimpin-pemimpin dan penyokong PAS "Jangan hanya kejar kuasa politik semata-mata. Sekali sekala jenguk-jenguklah rakan seperjuangan agar Islam tidak menjadi bahan politik. Apakah pemimpin Pas yang melaung-laungkan mereka dari kalangan ulama' sudah lupa atau demi kepentingan politik sanggup membiarkan perkara seperti itu berlaku.

No comments:

Post a Comment