Pada pandangan Ee Muktamar PAS sudah beberapa bulan berlalu, namun jurucakap-jurucakapnya yang cuba memberi statement atau kenyataan nampaknya bersalah-salahan, hilang fokus dan tak konsisten. Semakin mereka nak defend, semakin teruk imej PAS terjejas.
Baru-baru ini Zulkifli Yahya, Pengarah Urusetia Penerangan PAS negeri Kedah menegaskan bahawa semua keputusan pemilihan yang dibuat adalah 'kebetulan'.
- Kebetulan pemenang jawatan Timbalan dan Naib Presiden adalah individu dan bukan ulamak
- Kebetulan Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat adalah dari gulungan ulamak, dan
Kebetulan jugak 13 dari 17 kepimpinan Pemuda baru PAS adalah dari kalangan ulamak
- Betul ke keputusan pemilihan Muktamar PAS ke 57 ini suatu 'kebetulan'?..Lu fikirlah sendiri..hehehe..
Mungkin ini hanya pendapat Ee saja,PAS sebenarnya terpaksa tukar kepada Negara Kebajikan kerana semua pemimpin yang mereka taja daripada Anuar sampailah ke Mat Sabu ada masalah moral. Sebab tulah mereka dah tak layak memperjuangkan Negara Islam - pasal tu siang-siang dia buang slogan Islam tu.Hehehehe..jangan marah nanti kena jual..hehehe...
Ee ingin bertanya dan mendapatkan kepastian apa kemajuan mendadak dalam kehidupan rakyat marhaen Kedah yang dibawa oleh PAS sejak 2008? Yang Ee nampak di Perak, walaupun sekejap, Nizar membuktikan bahawa dia memelihara kebajikan masyarakat Cina dengan memberi hak milik tanah sampai lebih tujuh keturunan pada mereka. Mana dia 'Gagasan Besar' PAS di Kelantan yang dah diperintah lebih 20 tahun? Tak nampak pun! Jika benar kebajikan rakyatnya dijaga, mengapa tanah orang Asli di Gua Musang diambil dari mereka? Itu bukan setakat mengabaikan kebajikan rakyat...tetapi jatuh 'zalim' lagi. Bukankah orang Asli termasuk dalam takrif masyarakat marhaen juga?..
Mereka Pemimpin PAS dan penyokong bendul alias bangang kata UMNO kroni..Ee ingin bertanya Dan bagaimana dengan anak-anak Nik Aziz (Nik Abduh) dan Hj Hadi (Muhamad Khalil) yang menang dalam kepimpinan muda PAS pada Muktamar yang sama? Bukankah itu usaha bapak-bapak meluaskan sayap kekuasaan mereka melalui kroni-kroninya? Anak Nik Aziz sendiri diberitakan terkejut dengan keputusan pemilihan dan mengakui kemenangan dia adalah disebabkan pengaruh bapanya. Kroni lah tu namanya..
Bagaimana Mohd Ariffahmi, menantu Nik Aziz yang dia lantik sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (GLC negeri) pada tahun 2009 dulu tu, bukan kroni ke? Fatwa apa yang Tok Guru bagi untuk menghalalkan anak menantunya mentadbir kewangan negeri? Yang itu tak salah pulak pada mata PAS, tapi jika UMNO yang melakukannya 5 tahun tak habis umpatannya..
Perubahan dasar perjuangan parti PAS dari menegakkan negara Islam kepada negara kebajikan seperti yang diumumkan oleh Hj Hadi baru-baru ini sebenarnya lebih menggegarkan realiti parti PAS dan ahli-ahlinya.Parti-parti lain sikit pun tak terjejas - apatah lagi UMNO. Tak jadi kudis langsung walau pun PAS nak tunggang terbalik. Tapi bagi PAS, bila kena tanya sikit, macam kena peluru sesat...bersepah-sepah air liur pemimpin-pemimpin terutama Mat Sabu menyuruh Dato Najib diam..
Hehehe...Mat Sabu juga ada berkata bahawa dia sanggup bertanding (pada PRU 13 nanti) di kawasan yang majoriti banyak Cina pulak tu (tak semestinya Melayu) contohnya Kawasan Bukit Bintang. Jadi Ee memang tak sabar nak menengok keberanian Mat Sabu bertanding di situ. Itu pun kalau DAP bagi.
Jangan cakap saja besar. Kalau tengok sejarah Sarawak, satu kerusi pun PAS tak menang. Sebelum bertanding, cakap takbur dan riak. Bila keluar keputusan, PBB yang sapu bersih. Syabas rakyat Sarawak!..Rakyat Malaysia buktikan pula dalam PRU 13..kasi langsai sama PAS,DAP dan PKR..
Jadi PAS tak usah perasanlah yang UMNO ni kemaruk sangat nak bersama. PAS sudah tidak lagi relevan kawan-kawan...tinggalkan, tinggalkan!..Hehehe..Jom sokong saja parti yang telah membawa sinar kepada Malaysia sehingga kehari ini..Jangan tengok bulan je..Mereka pemimpin-pemimpin PAS hanya timbul waktu malam je buat ceramah sana sini..macam Drakula..Bila siang matahari terbit mereka tidur..macamana nak buat kerja..hehehe...
Pada Ee lah semakin banyak PAS menunjukkan aksi negatif menidakkan segala usaha membangun dan memajukan negara oleh UMNO sehinggalah menimbulkan demonstrasi sehingga memporak perandakan negara - lagi menunjukkan PAS ini tidak matang. Bagimanakah parti ini nak menjaga kebajikan rakyat seluruh Malaysia kalau pemimpin-pemimpinnya menunjukkan tahap kematangan seperti budak-budak. Asal gaduh ajak bertumbuk, otak ada tapi letak di kepala lutut. Langsung tak bolih berfikir secara rasional dan melihat secara berfakta dan berbukti, ini main hentam percaya je.
Pemimpin UMNO dan rakyat lainnya semua berdoa untuk negara Malaysia aman dan rakyatnya aman damia. Tapi PAS yang dipimpin oleh orang alim ulamak dan beragama mengajar rakyat merusuh dan bermusuh dengan mengikut bisikan iblis Anwar,bapak segala setan DAP dan setan Ambiga? Dimanakah ahli-ahli PAS (cendekiawan dan pemikir) kenapa tidak nasihatkan pemimpim-pemimpin mereka yang singkat akal fikiran ini?..apa nak jadi ni???..
Pada penyokong (PAS dan sekutunya) tindakan mereka yang betul dengan membawa wanita, anak-anak kecil dan mereka yang tua tidak berupaya untuk keluar kejalanraya,menjerit terlolong macam anjing jalanan dan menjadi korban pemimpin yang otak mereka tak boleh dipakai lagi. Entah2 orang baling botol, kaca, asid kepada rakyat biasa yang tak berdosa terperangkap ditempat demo..Memualkan..menjijikan..meloyakan ini semua kerana kuasa..
Jadi memang betul cakap Dato Sri Najib tu. BN memang dah lama ujudkan negara yang memberi keutamaan kepada kebajikan rakyatnya. BN dah lama mengikut ajaran dalam Quran. Yang kita tanya ni, kalau betul macam kata Haji Hadi, negara kebajikan tu dah ada dalam Quran, kenapa PAS baru sekarang nak buat? PAS ni tak menjawab soalan. Balik-balik dia kata UMNO/BN takut...UMNO/BN lemas..UMNO, UMNO, UMNO...semua UMNO jugak. Kita tanya sebab double standard yang jelas diamalkan oleh PAS membuktikan bahawa Negara Kebajikan yang dikatakan anjakan paradigma PAS sebenarnya hanyalah slogan politik bagi memancing undi bukan Islam di PRU 13 nanti.
Pada Ee PAS tidak relevan lagi kerana PAS membawa rakyat mundur ke belakang ke zaman mengunakan penumbuk dan penampar. Sedangkan zaman ini zaman yang kaya dengan teknologi menggunkan akal dan fikiran...Fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment