Tuesday, July 26, 2011

"Hanya Pemimpi-pemimpin PAS dan Penyokong tegar alias bangang yang betul..Yang lainnya..Sorry semuanya tidak betul"..


Ee rasa terkedu seketika bila mendengar ucap dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berkata mengenai penubuhan "negara kebajikan" baru-baru ini. Dia kemudiannya menegaskan di dalam kenyataan akhbarnya bahawa PAS kini menumpukan fokusnya terhadap negara kebajikan berbanding penubuhan "daulah Islamiyah" yang selama ini dilaung-laungkan oleh PAS sejak zaman penubuhan parti itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gagasan untuk menubuhkan negara kebajikan adalah lebih penting bagi parti itu berbanding melaungkan penubuhan negara Islam tanpa mampu melaksanakan apa yang dicanangkan.
"Belum masanya untuk kita menubuhkan negara Islam, gagasan negara kebajikan lebih penting, apa gunanya sebut negara Islam tapi tak laksana, tak ada faedah.

Mengulas lanjut, Pas mengambil pendekatan untuk bersama-sama memperjuangkan negara kebajikan kerana konsep gagasan itu dilihat sangat bersesuaian untuk parti itu bekerjasama dengan DAP..yang sebelum ini menolak sebarang usaha ke arah penubuhan negara Islam.Hehehe..sanggup buang maruah parti asalkan dapat bersama kekasih hati DAP kafir laknatullah..

Meskipun dilaporkan sebelum ini bahawa Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Harun Din, menyatakan dengan tegas bahawa Pas konsisten dengan tujuan menubuhkan negara Islam di dalam siri-siri ceramahnya, namun kepimpinan Pas kini mengambil pendirian untuk mengubah haluan kepada penubuhan negara kebajikan bersama Pakatan Rakyat...

Sehingga kini, Presiden DAP, Karpal Singh dilaporkan masih enggan untuk menerima sebarang usaha untuk menubuhkan negara Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Pas, namun tidak menolak untuk menubuhkan sebuah negara kebajikan yang dipersetujui bersama Pas dan PKR.Hehehe..hebat kerana Gila nak kuasa dan untuk menipu pengundi agar mengundi mereka segala sanggup digadaikan...HamPAS...Memalukan..Menjijikan..

Haji Hadi dilahirkan pada tahun 1947. Mula bergiat dalam politik pada tahun 1964. Tahun 80 an mula dikenali di seluruh negara kerana amanatnya yang menggegarkan negara hingga kepada tercetusnya peristiwa Memali.Dia adalah antara pemimpin-pemimpin Pas yang lantang mencerca Umno termasuklah menuduh Umno kafir kerana enggan menubuh negara Islam serta berkerjasama dengan parti bukan Islam.

Allah Maha Kaya , Allah Maha Besar. Allah panjangkan usia Haji Hadi sehingga ke hari ini bagi membolehkan kita melihat Haji Hadi menjilat kembali segala kahak hijau, koko dan coklat yang diludahkan kepada Umno sebelum ini.Dalam sidang media selepas merasmikan muktamar Pas baru-baru ini Hj Hadi telah berkata Pas hanya akan menumpukan kepada negara kebajikan, bukannya negara islam.

Berpuluh tahun Pas menuduh Umno kafir dan sebagainya kerana tak tubuh negara Islam, hari ini Hj Hadi kata dalam Quran tidak disebut negara islam. Tak ke sial namanya itu ?..Di usia Hj Hadi 64 tahun dan di saat Pas bermuktamar kali ke 57 , Hj Hadi baru khatam Quran dan baru sedar dalam Quran tiada disebut negara Islam.Selama ini berlagak alim , berlagak waruk dan dia berlagak dia sahaja yang Islam dalam negara ini, tapi tidak tahu pun apa yang tercatat dalam Quran.Memalukan..Munafik..Hanya tahu memecah belah perpaduan rakyat saja..

Ee rasa tersentak Ibrahim Libya dalam kuburnya bila mendengarkan fatwa terbaru Hj Hadi. Mati kataklah nampaknya totok-totok PAS Memali.

Pada pendapat Ee otak penyokong taksub pas bukan takat percaya kata2 pemimpin diorang tanpa ragu2, tapi jugak boleh diprogram semula dgn kepercayaan baru. apa nak heran sgt pemimpin pas boleh jual agama dgn harga sesen dua.

Jika dulu mat Sabu cakap anwar juburi, maka semua penyokong set dalam kepala otak diorang, anak beranak cucu cicit yg anwar kaki liwat. sekarang dah ada video sex anwar tapi nik Ajis kata anwar suci maka semua penyokong ikut kata anwar suci & semuanya fitnah. anwar kata muka mcm dia tapi perut buncit maka semua penyokong cakap bukan anwar sebab perut buncit. Anwar cakap Najib bunuh Altantuya maka ramai2 peyokong set kepala otak diorang Najib bunuh Altantuya. kalau Anwar, hj Hadi atau nik Ajis cakap bumi ni 4 segi pun semua penyokong pas akan set kepala otak diorang yg bumi ni 4 segi bukannya spera.Hehehe..dah tak tahu nak kata apa..

Mungkin ramai tahu pasal PAS .. parti yang selama ini guna Islam tetapi akhirnya tolak perjuangan sendiri untuk tubuh negara Islam.Mungkin ramai juga tahu PAS  - di mana pemimpin partinya terutama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup buat macam-macam fatwa untuk lindungi dirinya dan parti itu.Cuma mungkin ramai tak tahu ada satu perkara  lain diamalkan PAS hingga menyebabkan pemimpin serta ahlinya seronok sakan dengan parti berlambangkan bulan tersebut.Ini bukan soal jaminan ke syurga atau sokong parti itu tetapi jaminan tak kena apa-apa tindakan jika buat salah.

Allah berfirman pada ayat 13, surah Asy-Syura yang bermaksud:-- "Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah…".

 Ee ingin memberi peringatan kepada semua bahawa junjungan besar Baginda Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah...Fahami dan halusilah wahai para pemimpin2 PAS dan penyokong-penyokong PAS..Insaflah.. kembalilah kepangkal jalan..

Bilakah Nik Ajiziz dan pemimpin PAS lainnya akan "celik"? Apakah dia menunggu hingga maut datang menjemputnya, maka ketika itu baru dia mahu mengaku silapnya dan menyeru supaya PAS berpadu bersama UMNO di dalam BN? Apakah dia menunggu dikala nazaknya tiba, barulah dia "celik dari butanya?"..

Apabila parti itu mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim, semakin jelas PAS mempunyai pendirian pelik pasal pemimpin yang lakukan kesalahan.Yang pasti mereka juga tidak akan dipecat daripada parti.Malah, jika pemimpin terbabit (Yang melakukan kesalahan) jumpa Mursyidul Am, 'kesalahan' mereka dianggap sudah 'dibersihkan' macam pergi cuci dosa.

 Pada pendapat Ee bahawa Nik aziz tidak layak di gelar 'tok guru!...tapi Tuk Garu baru betul..hehehe..
siapakah beliau yg kerjanya riak dan bongkak dengan ilmu setitis tak sampai yg Allah SWT berikan..
untuk menjahanamkan Islam melalui konon menumbangkan UMNO?..kalau nak di ukur dgn jubah dan lilitan serbannya untuk 'cair' hati kita memanggilnya TOK GURU makan ingt jugalah ABU LAHAB yang mengelilingi Ka'abah menyembah al-latta dan al-Uzza berhala2 ini juga memakai sedemikian..dan kalau nak di katakan Nik Ajis ini berilmu, AZAZIL sebelum derhaka kepada Allah yg kini digelar SYAITAN juga menguasai segala ilmu yg ada dalam Al-Quran tp untuk menyesatkan manusia..jadi..jangan lihat dengan lahiriah.. ingatlah lihat dengan mata hati yg beriman..

Kenapa pemimpin PAS tak akan dikenakan tindakan oleh parti jika mereka bersalah walaupun ada kalanya bukti melalui video, rakaman suara dan dokumen jelas ??...Akhirnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beri jawapan kepada soalan tersebut.Ketika sessi sidang media pada Muktamat PAS baru-baru ini, jawapan Hadi adalah, "PAS tak ada kuasa".
Maksudnya, PAS tak boleh ambil tindakan pada mana-mana pemimpin atau ahli yang didakwa ada skandal atau kesalahan lain.Hehehe..Jika ini dijadikan amalan pasti semakin ramai yang akan membuat kesalahan seperti saudara Anwar Al Juburi bak kata Mat Sabu..

Berdendang sayang lah Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin lain kerana ‘amalan’ yang dipraktitkan PAS ini sejak dulu lagi.
Bukan saja isu khalawat tetapi  pemimpin PAS lain termasuk Nik Aziz  juga membisu pasal tuduhan Mat Sabu mengamalkan ajaran Syiah.Mat Sabu pun anggap isu itu cerita lama dan tak mahu pening-pening kepala untuk jawab.
Selepas ini pemimpin PAS boleh buiat macam-macam hal lagi kerana mereka kebal sebab parti tak ada kuasa untuk bertindak terhadap mereka..hehehe..Jika dah tak ada kuasa buat apa melalut itu tidak betul ini tidak betul..

Dalam perlembagaan PAS ada tak kata nak tubuh negara islam?
Dalam perlembagaan Kafir DAP ada tak kata nak jadikan malaysian-malaysia?
Bagaimana nak ujud negara islam jika dalam perlembagaan asal tak ada? bagaimana nak ujud negara islam jika kafir DAP mahukan hak sama rata yg.bermakna agama rasmi tiada..hak melayu adalah hak cina, nak bina masjid kena bina juga tokong , model negara dikiblatkan kepada konsep seperti Hong Kong dan Macau yg.penuh pusat judi dan maksiat dan lebih parah secara senyap mereka akan melemahkan Institusi Raja yg.jadi pelindung melayu dan agama islam negara ini..
Betul-betul HamPAS.."Hanya Pemimpi-pemimpin PAS dan Penyokong  tegar alias bangang yang betul..  Pemimpin Parti dan penyokong lainnya  Sorry semuanya tidak betul"..

No comments:

Post a Comment