Pada hari ini terdapat ramai umat Islam yang kurang memahami feqah Islam namun bermaksud mengikut kitab dan sunnah malangnya tanpa pengetahuan yang mendalam terhadap kaedah usul dan panduan beramal dengan ilmu kitab dan sunnah menyebabkan ramai tergelincir kepada pelbagai fahaman dan pendapat aneh yang bertentangan dengan masalah Islam dan kepentingan umatnya.
Bagi meringankan masalah yang berlaku Ee berusaha membentangkan pendapat dan membincangkan masalah ini dengan bahasa yang mudah dan mengurangkan penggunaan istilah-istilah usul feqah yang susah sebaliknya hanya memaparkan kaedah penggunaannya semata-mata.
Di dalam Islam, memakan daging khinzir adalah dibolehkan sekalipun terdapat dalil kitab Al-Quran yang melarangnya jika dengan melakukan hal yang demikian dapat menyelamatkan nyawa, mencapai maslahat dan menolak kemudharatan seperti yang turut diperintahkan oleh syarak di dalam kitab dan sunnah.
FirmanNya yang bererti :--
"Katakanlah: "Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - kerana Sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam Keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-An'am : 145)
Sekalipun daging khinzir ialah haram dimakan menurut ijmak ulama' dan hal tersebut jelas terdapat di dalam kitab Allah swt namun pada realiti dan situasi semasa yang bertentangan dengan apa yang disebut oleh kitab dan sunnah yang dapat disedari oleh akal yang waras misalnya zaman kita berada ialah ketika sewaktu zaman kemarau dan kelaparan sehingga tiada makanan halal yang dapat dimakan sekalipun itu yang diperintahkan oleh kitab dan sunnah maka apa yang dilarang seperti bangkai dan daging khinzir yang najis diperbolehkan dimakan sekadar darurat demi memelihara apa yang diperintahkan juga iaitu nyawa.
Begitulah juga kenyataan Hadi Awang berhubung kerjasama antara UMNO dan MCA hanyalah untuk menutup keterlanjuran "lidahnya" dalam fatwa berkenaan yang sehingga hari ini menjadi pegangan kepada sesetangah pengikut Pas."UMNO bekerjasama dengan MCA dulunya dituduh kafir. Apabila mereka bekerjasama dengan Dap yang secara terang-terangan menentang Hukum Hudud tidak pula dianggap sedemikian rupa. Putar belit sedemikian bukanlah sesuatu yang baru tetapi sudah sehati dan sejiwa dengan Pas.Jika dalam Islam ada masalah darurat begitu juga dalam mentadbir negara demi untuk kesetabilan negara dan demi untuk menyatupadukan rakyat tidak salah bagi pemerintah Islam bergabung dengan bukan Islam.
FirmanNya yang bererti :--
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (Al-Baqarah : 195)
"Sebab itu Ee tidak hairan malah amat tepat apabila Tan Sri Muhyiddin Yasssin menggelarkan mereka (PAS) sebagai putar alam kerana itu jiwa mereka. Apabila ada kepentingan segala dalil dan hadis serta ayat al-Quran akan diguna pakai.
"Lagi pun fatwa mereka adalah sesuka hati. Dengan kata lainnya fatwa yang dikeluarkan adalah untuk kepentingan politik mereka semata-mata tanpa berpaksikan kepada soal hokum hakam agama,beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap kerjasama parti itu tidak salah sebaliknya kerjasama antara UMNO dan MCA yang salah. Abdul Hadi berkata, keadaan itu terjadi kerana mendakwa pemimpin UMNO mengikut perangai pemimpin MCA yang bertentangan dengan Islam.
Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau panjang seterusya berkata atas alasan apakah kerjasama mereka dengan DAP dianggap "halal".
Ini kerana katanya DAP secara terang-terangan menentang pelaksanaan Hukum Hudud dan pelbagai perkara lain yang menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam.
"Bentangkan kepada kami atas alasan apa hubungan mereka itu dianggap "halal". Bukankah Karpal Singh pernah menyatakan langkah mayat beliau dulu jika mahu melaksanakan hukum hudud.
"Berbanding dengan kerjasama UMNO dan MCA serta pelbagai parti komponen lain menerusi BN, kita sama-sama membangunkan negara dengan satu semangat dan kerjasama yang erat," katanya.
Maka Islam menjaga maslahat nyawa, harta dan maruah seperti di dalam hadis Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Abu Daud, dan an-Nasai yang meriwayatkan dari Sa’id bin Zaid, sedangkan lafaznya dalam Tirmidzi menyebutkan : "Aku telah mendengar Rasulullah salallahualaihiwasalam besabda : "Barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya, maka dia syahid…hadis ini berdarjat sahih seperti kata Imam At-Tirmidzi hadis ini hasan sahih.
Kemudian di dalam hadis yang sama juga menyebutkan, "barangsiapa terbunuh kerana membela keluarganya, maka dia syahid". Di sini kita dikejutkan oleh rasulullah mengenai orang yang mempertahankan keluarganya juga disebutkan sebagai syahid iaitu satu darjat kematian yang tersanggat tinggi selepas para anbiya.
Lantas bagaimana dengan maslahat agama ? Apakah Islam ialah agama yang hanya menjaga maslahat harta ? maslahat keturunan ? maruah ? akal ? keluarga semata-mata dan membiarkan agama dipermainkan oleh mereka yang zalim atau lebih teruk oleh mereka yang kufur kepada kitab dan sunnah itu sendiri ?
Jawapannya ialah tidak, sebaliknya di dalam hadis yang juga sama disebutkan tadi, selepas menyatakan mereka yang terbunuh oleh kerana mempertahankan harta, maka rasululullah salalallahualaihiwasalam turut bersabda : " Barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya, maka dia syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya maka dia syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana membela keluarganya, maka dia syahid". Lalu Imam Att-Tirmidzi berkata: "Hadis ini hasan sahih, sedangkan sebahagian lainnya terdapat di dalam sahihain".
Oleh yang demikian, ketika kita berhadapan dengan hadis sahih yang diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang menyatakan bahawa rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : " Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu" (Hadis Sahih, riwayat Muslim no. 1855).
Bahkan pada waktu ini, di dalam Negara Malaysia, pemimpin yang berkuasa kepada umat Islam Malaysia yang wajib ditaati oleh mereka jika disuluh di bawah maksud Imam di dalam hadis-hadis yang berkait pemimpin maka kita akan mendapati yang dimaksudkan oleh syarak dan disepakati oleh realiti ialah Yang Dipertuan Agong yang merupakan salah seorang raja-raja bagi negeri-negeri tanah Melayu yang dipilih setiap 5 tahun.Begitu juga Kerajaan Barisan Nasional adalah pilihan rakyat melalui PRU setiap 5 tahun sekali.
Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Melalui Perlembagaan juga kita kini jelas bahawa ulil amri dan pemimpin di Persekutuan Malaysia bagi umat Islam yang mesti ditaati ialah Yang Dipertuan Agong dan raja-raja Melayu yang boleh dipanggil sebagai imam, khalifah dan amir umat Islam di tanah Melayu.
Maksud Imam, Khalifah dan Amir ialah sama pada makna Syarak iaitu penganti rasulullah di dalam menjaga urusan agama dan urusan umat Islam. (lihat pada ta'rif imam yang boleh didapati di dalam kitab Al-Ahkam Al-Sultoniyah oleh Al-Mawardi hal.5, Aqa'id Al-Nasafiyah di hal. 179)
Seperti kata Imam An-Nawawi ra ; "Harus dipanggil kepada imam (pemerintah) dengan panggilan khalifah atau Imam atau Amirul Mukminin." (lihat di dalam Kitab Raudatu Tolibin hal.49 Jilid 10)
Diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda :"Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu" (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 1855).
Sekalipun Yang Dipertuan Agong atau raja-raja yang merupakan imam dan amir bagi umat Islam di Malaysia tidak bersetuju atau tidak suka kepada Perdana menteri dan majlis menterinya serta segala perbuatan mereka namun disebabkan oleh proses demokrasi, segala raja-raja dan Yang Dipertuan Agong tidak boleh berbuat apa-apa terhadap hal ini disebabkan kuasa mereka dihilangkan oleh sistem demokrasi.
Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.
(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.
(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.
Ini terdapat dalam Perkara 66. Penjalanan kuasa perundangan.
(3) Apabila sesuatu Rang Undang-Undang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen tempat Rang Undang-Undang itu bermula, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah dihantar kepada Majlis Parlimen yang satu lagi; dan Rang Undang-Undang itu hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya apabila telah diluluskan oleh Majlis Parlimen yang satu lagi itu dan persetujuan telah dicapai antara kedua-dua Majlis Parlimen itu mengenai apa-apa pindaan yang dibuat dalam Rang Undang-Undang itu atau apabila Rang Undang-Undang itu dikehendaki dikemukakan sedemikian di bawah Perkara 68.
(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepadanya memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Mohor Besar dicapkan pada Rang Undang-Undang itu.
(4A) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.
-sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006
Hakikatnya pentadbiran Negara tidak dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja-raja Melayu yang merupakan imam dan pemimpin yang wajib ditaati oleh kita sebaliknya pentadbiran Negara Malaysia dijalankan oleh kuasa Eksekutif iaitu Majlis Menteri (Kabinet Menteri) yang merupakan pemerintah di Malaysia setelah mereka dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya serta Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat yang memenangi pilihanraya atau melalui perlantikan Negeri seperti Dewan Negara bagi membuat Rang Undang-Undang.
FirmanNya yang bererti :--
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, Maka bolehlah berburu dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil-haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan maksiat dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Al-Maidah : 2)
Sebagai rakyat yang bijak, kita harus memahami bahawa sekiranya kita memilih parti pembangkang untuk diberi undi sewaktu pilihanraya dan kemudian mereka menjadi kerajaan maka mereka turut bertugas sebagai wakil Yang Dipertuan Agong sama seperti parti yang memerintah sekarang.Jadi Ee sarankan janganlah kita sebagai pengundi tersalah pilih pemerintah dengan keunikan sistem beraja kita yang tidak terdapat dalam negara-negara lain dunia ini.Islam kini semakin menebal dalam diri rakyat negara ini dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO yang sentiasa bersikap adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agamanya.
Cubalah kita renungkan bagaimana biadapnya Dewan Pemuda PAS mengecam Ustaz Ridhuan Tee Abdullah.
Hanya kerana menggesa mereka dari kaum pendatang yang mempersoalkan hak orang melayu dan agama Islam balik ke negara asal masing-masing, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah telah dikecam dan dikutuk hebat oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abd Rani didalam kenyataannya dalam sebuah akhbar online pembangkang, mempertikaikan tahap pendidikan yang diperolehi oleh Ustaz Ridhuan Tee dan juga mencabar beliau masuk UMNO jika mahu berterusan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai "tak tentu arah".
Ustaz Ridhuan Tee didalam tulisan terbarunya yang dimuatkan dalam Mingguan Malaysia bertajuk"Jangan terlalu berani mencabar" telah memfokuskan tentang isu hak perlembagaan orang melayu dan juga kedaulatan Islam yang semakin hari dipertikaikan oleh kebanyakan pemimpin bukan melayu dan Islam di negara ini.
Didalam artikelnya juga, Ustaz Ridhuan melontarkan persoalan kepada PAS yang bersekongkol dengan kehendak pemimpin bukan melayu/Islam dengan kandungan yang berbunyi, “walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam".
Bagi ee, apa yang dipersoalkan oleh Ustaz Ridhuan ini amat wajar kerana peranan PAS didalam membangunkan Islam serta memajukan bangsa melayu semenjak selepas merdeka, boleh dikatakan langsung tak ada. Malah, PAS seringkali bertindak menyongsang arus dengan membawa imej buruk kepada Islam serta bangsa melayu itu sendiri dengan seringkali menjadi "pencacai" kepada kaum pendatang.
Ustaz Ridhuan Tee juga tak salah dengan mengatakan bahawa PAS memang kerjanya suka mengkafirkan sesama Islam. Ini terbukti dengan tindakan Presiden PAS yang pernah mengeluarkan satu amanat dikenali sebagai "Amanat Haji Hadi" yang sehingga kini masih dipegang teguh dan dijadikan panduan oleh seluruh jemaah PAS.
Bahkan, Mursyidul Am PAS sendiri sering mengeluarkan fatwa yang bukan-bukan dan bercanggah dengan apa yang dikehendaki didalam Islam kepada ahli-ahli serta pemimpin UMNO yang disifatkan olehnya sebagai seteru dunia dan akhirat!
Didalam kuliah serta ceramah-ceramah PAS sendiri pun banyak percanggahan yang disampaikan oleh para penceramah mereka. Walhal, mereka dengan bangga menganggap majlis tersebut sebagai kuliah dan ceramah agama tetapi sebenarnya ia dipenuhi dengan kata maki hamun dan adu domba terhadap kepimpinan melayu/Islam lain didalam negara.
Sepatutnya, jika benar PAS mengamalkan perjuangan berlandaskan al-Quran, hadis, qias dan ijma’ ulama, kuliah serta ceramah mereka harus digunakan menerangkan batas-batas iman dan kufur sebagai panduan kepada umat Islam agar tidak tergelincir daripada hukum syarak. Bukannya kuliah dan ceramah 24 jam PAS yang dikatakan berlandaskan agama tetapi berfungsi sebagai pentas untuk mempergunakan agama demi kepentingan politik peribadi dan demi mengejar kuasa politik dunawi saja.
Harus difahami, Ustaz Ridhuan Tee bukanlah seorang ahli politik dan dari pengamatan saya, setiap penulisan beliau hanya berdasarkan kepentingan agama dan hak bangsa melayu semata-mata, tak lebih dari itu.
Ee ingini mengajak para rakyat Malaysia kepada feqah politik yang matang serta memahami situasi semasa dan menggunakan kitab Allah swt dan sunnah rasulullah di tempat yang hak serta menuju maksud yang benar.
Harapan Ee setelah membaca penulisan yang diketengahkan ialah pembaca memahami bahawa siapakah pemerintah dan Imam bagi umat Islam yang sebenar di Malaysia, apakah dibolehkan kita menjatuhkan Majlis Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya ? Hak rakyat untuk melantik dan memilih pemimpin. Moga-moga melalui pemahaman yang benar dapat membuatkan nasib rakyat Malaysia lebih terbela dan Islam serta hak-haknya yang perlu dipelihara dapat dibela oleh kita.Bersatulah demi kesetabilan agama,bangsa dan negara.Berkorbanlah dengan mengenepikan keegoan demi agama Islam dan jenerasi akan datang,jangan ikutkan bisikan dajjal syaitan pembangkang yang cuba memporak-perandakan negara tercinta ini kerana kemaruk untuk berkuasa..Renung2kanlah..
No comments:
Post a Comment