Friday, July 15, 2011

Pemimpin UMNO dan Kerajaan BN buat Sejuta kebaikan sekalipun pada Nik Aziz serta penyokong taksub bebalnya tetap tidak betul..


Kadang-kadang Ee merasa pelik pulak bila melihatkan perangai lebai-lebai yang berserban dan berjubah labuh dalam PAS ni semua. Bila ada sesuatu benda yang tak kena saja di mata mereka berkaitan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan BN, laju saja mereka keluarkan komen dan pelbagai fatwa untuk burukkan imej pemerintah.Tapi, bila kena pada pemimpin dalam gerombolan mereka sendiri, tak pulak mereka nak bising atau cari media untuk komen. Kalau boleh, mereka nak sorokkan saja kepala mereka di bawah jubah labuh yang mereka pakai untuk elakkan dari orang bertanya pendapat mereka.Macam ni ke yang dikatakan pemimpin yang adil didalam PAS. Mengamalkan perjuangan Islam apa kebendanya kalau hal yang salah pun mereka bersikap pilih kasih? Mana ada Islam ajar cara berpolitik yang macam diamalkan oleh lebai-lebai PAS ni semua?

Kita tanya pula kepada Nik Aziz, kenapa dia sanggup tutup mata bila pemimpin DAP mempermainkan Islam dan juga memperlekehkan rumah ibadat orang Islam? Nik Aziz sanggup bela Nga Kor Meng, Elizabeth Wong dan juga Teo Ni Ching yang terang-terang kafir tapi orang tua ni tak mau berkerjasama dengan pemimpin Islam UMNO.Pemimpin UMNO dan kerajaan buat seribu kebaikan sekalipun, Nik Aziz akan tetap kata salah dan tak betul. Kalau kafir-kafir dalam DAP buat.., yang salah pun akan jadi benar dan mulia. Kenapa Nik Aziz tutup pintu hati dia untuk menerima kebaikan dan usaha mulia yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan?

Nik Aziz sanggup menerima Anwar yang terbukti pengkhianat kepada rakyat tetapi dia tolak DS Najib yang berusaha memakmurkan negara. Bila ada kekhilafan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO, amat keras kecaman dari Nik Aziz dan kadang-kadang buruk benar fatwa yang dikeluarkannya.Tapi bila dengan Anwar, semuanya lunak hinggakan lebih lembut gigi tuanya dari lidah. Apa hebatnya Anwar dan pemimpin DAP di mata Nik Aziz? Dan apa kejinya pemimpin muslim UMNO pada pandangan Mursyidul Am PAS itu? Apa sebabnya Nik Aziz benci sangat pada UMNO dan kerajaan BN?..Sebabnya hanya satu sahaja.. Nik Aziz sebenarnya gilakan kedudukan dalam pentadbiran negara dan mungkin dah bersumpah untuk jatuhkan kerajaan UMNO/BN sampai ke akhir hayat dia. Pasal itulah seboleh-bolehnya dia akan laknatkan UMNO supaya pengikutnya benci kepada UMNO buat selamanya.

Semua mereka-mereka ni sanggup biarkan rakyat tertipu dengan menyembunyikan perkara sebenar yang berlaku. Inilah yang dikatakan politik keji diamalkan dalam PAS. Mereka (Pemimpin2 PAS) tak peduli kalau rakyat terus dipermainkan dan juga fitnah berleluasa. Yang mereka peduli, hanya memenuhi matlamat politik peribadi mereka sahaja.Fitnah secara terang- terangan terhadap DS Najib yang dikaitkan dengan wanita mongolia sanggup mereka percaya. Tetapi salahlaku Anwar yang disokong dengan sumpah mubahalah serta video cctv, tak pula mereka nak terima. Disebabkan ketaksuban melampau.., pemimpin-pemimpin sebeginilah yang akan menghancurkan masyarakat.

Ee nak ceritakan sedikit pasal Abg Mat Sabu..belianu sebenarnya dianggap sebagai tukang karut dalam PAS dan dihantar dan ditugaskan untuk membawa cerita-cerita hangat oleh PAS. Beliau dengan mulut besarnya langsung tak diiktiraf sebenarnya dalam PAS, baik Ulamak mahupun para pendokong Erdogan. Namun, Abg Mat Sabu hanya layak dikudakan dan menjadi bahan siar raya je untuk PAS. Abg Mat Sabu juga pernah ditugaskan untuk memburuk burukkan Anwar satu ketika dulu..ayat yang paling sedap dari mulut Abg Mat masa tu kutuk Anwar ialah masuk tong taik keluar tong taik. Lantas bilaman Anwar menjadi ketua Pembangkang, Abg Mat mula panas punggung, dan Abg Mat mula mengambil langkah untuk berbaik semula dengan Anwar Al Juburi yang pernah Abg Mat gelar satu ketika dulu.

Nasihat Ee khas untuk Abg Mat tong kosong dan badut PAS agar sedar diri..  beliau dan badut lainnya sebenarnya dikudakan oleh Anwar Aljuburi untuk menghapuskan perjuangan Islam PAS....Hehehe..Tiba-tiba meletup pula negara berkebajikan..ini semua agenda DAP untuk merapuhkan ikatan tali persaudaraan sesama Islam..Jangan terlalu taksub dengan apa yang diperkatakan oleh pemimpin2 Munafik..banyakkan berfikir.Allah telah banyak memberi kita akal fikiran.

Apabila Presiden PAS,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan dalam Muktamarnya akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Pembangkang dan bukannya Negara Islam, ternyata ia telah lari dari landasan awal perjuangannya.Ini menunjukkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang tidak serius dengan agenda sendiri dengan permainan politik.

Mereka (PAS) bukan mahu bangunkan negara Islam dan bukan untuk menegakkan syiar Islam malahan kita boleh tanya dia balik pada mereka kerana selama mereka jadi kerajaan di Kelantan 20 tahun dan kemudiannya sekarang di Kedah, sudah berapa banyak surau atau masjid yang kerajaan mereka bangunkan?


Inilah bezanya dengan UMNO yang sememangnya parti Islam terbesar tetapi tidak pernah pergunakan Islam untuk dipolitikkan sebaliknya kita laksanakan kehendak-kehendak Islam dari segi pentadbiran negara, membawa keadilan antara kaum sebagaimana yang dituntut ajaran Islam iaitu apabila orang-orang yang bukan Islam ada dan duduk dalam negara maka kamu mesti jaga mereka. Itu yang UMNO lakukan.

Inilah tembelang PAS yang akan berterusan berdolak-dalik dalam menyatakan pendirian mereka berkaitan Islam.Dulu semasa mereka mahu menawan Terengganu mereka sebut bahawa, bila esok ayam berkokok kita akan laksanakan hudud tapi kemudiannya hudud entah ke mana sebaliknya banyak hal-hal lain yang dipolitikkan ini semata untuk mendapat penaruh dan simpati pengundi.

Ini masalah yang melanda PAS kerana PAS kononnya nak jadi UMNO dalam gabungan mereka atas harapan akan menggantikan UMNO kononnya.Ee berkeyakinan mereka tidak akan boleh gantikan UMNO malah mereka tidak setara dan setaraf dengan UMNO kerana pemikiran mereka masih lagi tidak mempunyai hala tuju tetapi mahukan kuasa.

Mereka (PAS) juga sama dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang berada dalam gerombolan puak gilakan kuasa. Pas yang ada sekarang ini lebih menjaga hati Dap dan kawan-kawan mereka daripada memperjuangkan agama Islam sendiri sedangkan pendirian berkenaan hala tuju dan agama Islam mestilah dinyatakan dengan jelas.

Lihatlah bagaimana perjuangan UMNO yang diketahui oleh parti-parti kompenan Barisan Nasional (BN) sama ada MCA, MIC, PPP, Gerakan dan semua 13 anggota parti dalam BN tahu. Matlamat perjuangan BN juga jelas kerana kita nyatakan apa hala tuju kita dan maklum juga pada mereka tentang dasar UMNO iaitu untuk agama, bangsa dan negara sedangkan perjuangan PAS ini masih samar-samar.

Pada pendapat Ee DAP juga samar-samar pada sekutunya, Pas begitu juga dan PKR yang disebut keadilan pun tidak menterjemahkannya kerana pemimpin tertingginya sendiri bertindak songsang. Lihatlah bagaimana contoh sekiranya mahkamah ambil tindakan, polis ambil tindakan dikata mahkamah dan polis tidak adil sebaliknya jika kemenangan berpihak pada mereka dikatakan semua adil pula. Inikah cara yang mereka mahu tadbir negara ini?

Pada pemahaman Ee inilah gara-gara yang dilakukan oleh parti gabungan "kongsi gelap". Antara satu sama lain pun mereka kabur dan hanya mahukan kuasa.Prinsip sesama mereka 'kalau aku boleh tunggang kamu maka aku tunggang, tapi kalau aku tak boleh tunggang kamu, aku akan cari jalan lain’ sebagaimana Dap sekarang yang sedar bahawa anggota Pas 'tak boleh pakai' maka dia pun cari calon Melayu. Dap juga tahu bahawa PKR adalah parti yang gagal, stuktur parti tunggang-langgang, janji macam-macam tapi tak dapat nak laksanakan.

Setiap kali PRK mahupun PRU, pemimpin-pemimpin Pakatan akan berjanji macam-macam kepada masyarakat setempat untuk meraih sokongan. Kadang-kadang, sampai nak runtuh langit dibuatnya mendengarkan janji dari geng Pakatan ni semua.Tapi semuannya bohong belaka.Mereka mengatakan bahawa BN sering membuat projek mee segera bila ada PRK atau PRU..antara mee segera dan juga Tong Kosong, lagi baik mee segera kerana ia cepat siap dan juga nampak dipandang. Tong Kosong pula apa yang ada? Bunyi saja kuat tapi sebenarnya langsung tak ada apa-apa yang boleh dimanfaatkan.Inilah janji-janji munafik dari pemimpin pembangkang yang Munafik..

Nasihat Ee kepada  Anwar Ibrahim, pemimpin-pemimpin Pakatan lain dan penyokong-penyokong taksub alias bebal supaya jangan asyik nak berjanji kosong untuk menipu rakyat.Janji-janji kosong mereka-mereka ini sangat teruk dan memudaratkan rakyat bawahan. 

Enam puluh tahun PAS berjuang memakai titian Islam,akhirnya tengelam dilubuk "moral story"Anwar Al-Juburi Ibni Al-Iberahi wal DAP,berbagai ulamak menerajui PAS tetapi tidak ubah seperti wau bulan yang mengikut kompas angin
Titian perjalanan PAS dilihat kukuh di waktu bertafakur sesama mereka didalam markas-markas tarbiyah,diceramah ceramah umum yang mana para pemidatonya 100% orang Islam.Kini sebaliknya bila ustaz2 kafir DAP pula yang berceramah berdentum langit dan kilat bila Al Quran dan Hadis dipersenda mengutuk sesama Islam dengan mempermainkan hukum-hakam agama.Maka bergempitalah sorakan Takbir menyambut sendaan ustaz kafir DAP mengutuk dan memperlekeh bangsa dan agama sendiri.

Kepada penyokong PAS, tepuk dada tanya iman benarkah Islam itu disebarkan melalui PAS di negara Malaysia ? Lupakah kita banyak penyelewengan dalam agama di lakukan oleh orang-orang agama dan ditutupi oleh bayangan keilmuannya yang menyebabkan kita semua terpesona. Kepada penyokong dan penganut 'fahaman PAS', hakikatnya hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan memberikan 'hidayah sebenar' kepada kita. Kalau itu yang kita inginkan lakukan solat Istiqarah minta petunjuk dari Yang Maha Esa.. adakah Nik Aziz dan PAS mewarisi pejuangan yang dibawa oleh junjungan Nabi SAW ? Adakah akhlak dan tutur kata pemimpin PAS selama ini cukup mulia dalam berbicara sesuai dengan cara Rasullullah SAW.Renung-renungkanlah..

No comments:

Post a Comment