Ini dibuktikan oleh Perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang menyebutkan :
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.
-sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006
Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Negeri Terengganu.
Apa yang Ee boleh terangkan berdasarkan kenyataan di atas, wajarlah disedari oleh mereka yang berakal bahawa perbuatan menyertai pilihanraya dan menukar badan Esekutif serta menukar ganti mana-mana pegawai kerajaan yang menyeleweng, berlaku zalim, pecah amanah serta buruk perangai langsung tidak membawa sebarang makna pertentangan atau membawa maksud menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong sekalipun pada luaran dan daripada sudut istiadat para pegawai seperti Perdana Menteri, Majlis Menteri melakukan tindakan mereka menggunakan nama Yang Dipertuan Agong namun secara hakikat dan realitinya mereka bekerja dan bertindak di dalam pentadbiran sebagai mewakili rakyat dan bertindak di atas nama rakyat melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang lebih jujur dan amanah kita sebutkan para Menteri dan Perdana Menteri yang memerintah ialah dengan mewakili Parti mereka dan para penyokong mereka yang membuatkan mereka menang di dalam pilihanraya.
Melalui Perlembagaan juga kita kini jelas bahawa ulil amri dan pemimpin di Persekutuan Malaysia bagi umat Islam yang mesti ditaati ialah Yang Dipertuan Agong dan raja-raja Melayu yang boleh dipanggil sebagai imam, khalifah dan amir umat Islam di tanah Melayu.
Maksud Imam, Khalifah dan Amir ialah sama pada makna Syarak iaitu penganti rasulullah di dalam menjaga urusan agama dan urusan umat Islam. (lihat pada ta'rif imam yang boleh didapati di dalam kitab Al-Ahkam Al-Sultoniyah oleh Al-Mawardi hal.5, Aqa'id Al-Nasafiyah di hal. 179)
Seperti kata Imam An-Nawawi ra ; "Harus dipanggil kepada imam (pemerintah) dengan panggilan khalifah atau Imam atau Amirul Mukminin." (lihat di dalam Kitab Raudatu Tolibin hal.49 Jilid 10)
Diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda :"Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu" (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 1855).
Baginda Yang Dipertuan Agong, merupakan pemimpin umat Islam Malaysia yang wajib ditaati dan diberi wala' serta tidak boleh digulingkan atau ditentang selama baginda melaksanakan hak-hak Islam dan memenuhi kewajipan pemerintah semampu baginda. Realiti kita mendapati Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja melayu setakat ini sentiasa peka dan menjaga hak-hak Melayu dan umat Islam semampu mereka selama dalam bidang kuasa mereka yang sangat terhad akibat oleh pembahagian kuasa oleh sistem Demokrasi sejak tanah Melayu dijajah oleh Penjajah British.
Apa yang Ee difahamkan bahawa sekalipun Yang Dipertuan Agong atau raja-raja yang merupakan imam dan amir bagi umat Islam di Malaysia tidak bersetuju atau tidak suka kepada Perdana menteri dan majlis menterinya serta segala perbuatan mereka namun disebabkan oleh proses demokrasi, segala raja-raja dan Yang Dipertuan Agong tidak boleh berbuat apa-apa terhadap hal ini disebabkan kuasa mereka dihilangkan oleh sistem demokrasi.
Ini terdapat dalam Perkara 66. Penjalanan kuasa perundangan.
(3) Apabila sesuatu Rang Undang-Undang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen tempat Rang Undang-Undang itu bermula, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah dihantar kepada Majlis Parlimen yang satu lagi; dan Rang Undang-Undang itu hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya apabila telah diluluskan oleh Majlis Parlimen yang satu lagi itu dan persetujuan telah dicapai antara kedua-dua Majlis Parlimen itu mengenai apa-apa pindaan yang dibuat dalam Rang Undang-Undang itu atau apabila Rang Undang-Undang itu dikehendaki dikemukakan sedemikian di bawah Perkara 68.
(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepadanya memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Mohor Besar dicapkan pada Rang Undang-Undang itu.
(4A) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.
-sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006
Hakikatnya pentadbiran Negara tidak dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja-raja Melayu yang merupakan imam dan pemimpin yang wajib ditaati oleh kita sebaliknya pentadbiran Negara Malaysia dijalankan oleh kuasa Eksekutif iaitu Majlis Menteri (Kabinet Menteri) yang merupakan pemerintah di Malaysia setelah mereka dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya serta Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat yang memenangi pilihanraya atau melalui perlantikan Negeri seperti Dewan Negara bagi membuat Rang Undang-Undang.
Jika diteliti Perlembagaan Persekutuan kita akan dapati bahawa Bab 3 adamemperuntukkan mengenai badan Eksekutif.
Perkara 39. Kuasa eksekutif Persekutuan.
Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.
Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.
(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.
(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.
- sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006
Secara kasar menjelaskan bahawa kuasa eksekutif kini boleh dijalankan oleh jemaah Menteri atau Menteri Kabinet yang dilantik. Tetapi pada setiap ketika mereka melaksanakan kuasa itu mereka melaksanakan di atas nama 'Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong' baik apakah perbuatan mereka terhadap rakyat diperkenan atau tidak oleh Yang Dipertuan Agong secara peribadi atau tidak mereka tetap berkuasa melaksanakan di atas nama baginda selama mereka menduduki jawatan.
Lalu sistem dekorasi yang memberikan kuasa kepada rakyat untuk memerintah dan menukar pemimpin iaitu menukar ganti kuasa Eksekutif para Menteri dan Perdana Menteri maka rakyatlah yang wajib dan berhak menukar mana-mana pemimpin yang tidak layak dan tidak berhak menduduki jawatan Perdana Menteri dan menteri-menteri setelah terbukti mereka zalim, tidak amanah, serta gagal menjalankan kewajipan mereka.
Perbuatan menyertai pilihanraya, mengundi serta menukar kepimpinan Negara langsung sama sekali tidak menunjukkan apa-apa tanda derhaka dan keluar daripada ketaatan terhadap Yang Dipertuan Agong dan raja-raja yang merupakan Imam dan pemimpin umat Islam di Malaysia bahkan itulah tanda sokongan kita dan tanda kerjasama di dalam apa yang disebutkan oleh Allah swt sebagai " Kerjasama di atas kebaikan dan taqwa."
Allah swt telah berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلا الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلا الْهَدْيَ وَلا الْقَلائِدَ وَلا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنْ رَبِّهِمْ وَرِضْوَاناً وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, Maka bolehlah berburu dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil-haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan maksiat dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Al-Maidah : 2)
Rakyat berperanan menukar Majlis Eksekutif yang mentadbir Negara melalui pilihanraya sehingga membolehkan wakil-wakil mereka yang memenangi pilihanraya tersebut menduduki Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta kelompok yang mencintai kebenaran dan berhasrat menunaikan hak-hak Islam sekiranya menang di dalam pilihanraya tersebut boleh menunaikan hasrat mereka setelah menubuhkan kerajaan baru dengan menjalankan segala dasar yang mereka inginkan di atas nama Yang Dipertuan Agong.
Oleh yang demikian perlulah difahami sekali lagi, baik parti (kelompok) rakyat yang sekuler yang memerintah Negara atau kelompok (parti) rakyat yang mencintai Islam dan ingin memperjuangkan hak-haknya yang memerintah Negara maka mereka kedua-duanya apabila menduduki jawatan Menteri dan Majlis Esekutif semuanya menjalankan kerja mereka di atas nama Yang Dipertuan Agong.
Sebagai rakyat yang bijak, kita harus memahami bahawa sekiranya kita memilih parti pembangkang untuk diberi undi sewaktu pilihanraya dan kemudian mereka menjadi kerajaan maka mereka turut bertugas sebagai wakil Yang Dipertuan Agong sama seperti parti yang memerintah sekarang. Oleh itu hendaklah kita menghentikan tuduhan, fitnah serta pelbagai lagi salah faham bahawa sesiapa yang melawan parti yang memerintah atau ingin menjatuhkan badan eksekutif melalui pilihanraya sebagai khawarij dan pemberontak.
Ee ingin ingatkan perlulah kita jangan menjadi tersangat dunggu apabila mengeluarkan fatwa-fatwa aneh supaya rakyat membenci kerajaan dan menghasut rakyat agar menjatuhkan pemerintah itu bukanlah perintah daripada kitab dan sunnah sebaliknya merupakan daripada kejahilan diri kita sendiri.
Persoalan menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam adalah satu persoalan besar yang dibahaskan oleh para ulamak sejak sekian lama. Ini adalah kerana wujudnya hadith-hadith yang melarang dijatuhkan sesebuah pemerintahan yang dipegang oleh orang-orang Islam tanpa alasan yang kukuh, disamping penggulingan kepimpinan negara atau daulah boleh mengakibatkan pertumpahan darah dikalangan rakyat jelata.
Oleh itu, baginda Nabi s.a.w. melarang pertembungan demi merebut kepimpinan melainkan dengan alasan yang kukuh. Dalam hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya: kami telah berbaiah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke 1836)
Hadith diatas menjelaskan kepada kita bahawa rasulullah meminta daripada umat Islam agar mentaati pemerintah dalam segala keadaan, sekalipun mereka melakukan kezaliman terhadap kita. Kita ditegah merebut kuasa melainkan apabila melihat Kufr Bawwah iaitu kekufuran yang dalil mengenainya jelas tanpa sebarang keraguan atau takwil. Kita pula dikehendaki menyatakan kebenaran dimana sahaja dan dihadapan sesiapa sahaja.
HUKUM MEMERANGI PEMERINTAH.
Pada asalnya syarak melarang umat dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah tanpa sebab-sebab yang amat besar iaitu Kufr Bawwah ialah kerana kesannya yang amat merugikan.
Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Kata al-Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith soheh muslim, Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya adalah haram dengan Ijmak al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti didalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan. Kata para ulamak:Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.
Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam.(rujukan syarh soheh Muslim oleh an-Nawawi m.s. 540,552/jilid 12 cetakan dar al-khair beirut)
Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)
KUFR BAWWAH
Berhubung dengan persoalan kufr bawwah maka para ulamak berbincang apakah yang dimaksudkan dengan perkataan berkenaan dalam hadith diatas dan hadith-hadith lain yang menggunakan perkataan yang sama yang kerananya membolehkan pemerintah ditendang dan dipecat.
Ada yang menafsirkan dengan mungkar yang terang yang melanggar kaedah Islam dan tidak ada sebarang alasan dan andaian lagi kerana begitu terang dan nyata. Ini adalah pendapat an-Nawawi. Mustafa al- khin dan Mustafa al-Bugha memegang pendapat an-Nawawi ini dengan kata mereka an-Nuzhah: Tidak boleh menentang para pemerintah kecuali apabila berlakunya mungkar yang pasti yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam. Jika berlaku demikian maka wajib memenangkan yang hak dengan apa pengorbanan sekalipun(rujukan Nuzhah al-Muttaqin syarh Riyadh as-Sholihin,m.s. 171/ jilid 1.ctk. Muassasah ar-Risalh, Beirut)
TIDAK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH
Persoalan tidak melaksanakan syariat Allah bahkan membelakangkannya lalu memilih perundangan kufur adalah topik yang serius yang diperkatakan dikurun ini. Hendaklah kita ketahui bahawa sepanjang sejarah umat Islam sememangnya pernah wujud para pemerintah yang memiliki keperibadian yang tidak baik, Namun sejarah tidak pernah memberi tahu dikalangan mereka yang menolak secara rasmi hukum-hakam al-Quran dan Sunnah sebagai asas perlaksanaan hukum dan perlembangan dalam masyarakat dan negara.
Kejahatan mereka bersifat akhlak peribadi.Tetapi Islam tetap menjadi teras dan asas undang undang negara. Tidak pernah dikalangan meeka mengistiharkan pengubalan undang-undang yang tidak bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Kalaulah ada pemerintah yang melakukan sedemikian pasti umat islam yang ada ketika itu mengistiharkan jihad besar-besaran terhadap mereka.
Hal ini dapat kita lihat kepada fatwa yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Kathir terhadap pemerintah Tatar atau Monggol yang mengubal undang-undang ketika menawan Baghdad dengan mencampurkan undang-undang Yahudi, Keristian, Islam dan juga pemikiran pemimpin mereka iaitu Ginkiz khan.
Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Ginkiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu , Yahudi, Nasrani,Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah ,sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-�eAzim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70.Ctk. Beirut)
Dalam al-Bidayah Wa an-Nihayah yang merupakan kitab sejarah yang besar karangan Ibn Kathir sekali lagi beliau menegaskan perkara ini, katanya: Sesiapa yang meninggalkan hukum-hakam syarak yang diturunkan kepada Muhammad bin Abdillah, Nabi yang terakhir, lalu berhukum kepada syariat yang dimansuhkan (ajaran yang diturunkan kepada nabi yang sebelumnya) menjadi kafir. Bagaimanakah pula mereka yang berhukum kepada Yasa dan mendahulukannya keatas ajaran Islam? Sesiapa yang berbuat demikian maka menjadi kafir dengan Ijmak Muslimin(rujukan al-Bidayah wa an-Nihayah. Juz 12,m.s. 128.Ctk. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut.)
Syeikh al-Islam Ibn-Taimiyyah, tokoh ilmuan yang agong, juga merupakan guru utama al-Imam Ibn Kathir, dengan lebih terperinci menyebut: Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beriqtikad wajib berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah adalah kafir, Sesiapa yang menghalalkan untuk berhukum dikalangan manusia dengan apa yang dianggapnya adil tanpa mengikut apa yang diturunkan Allah, maka dia adalah kafir Katanya lagi: Mereka itu jika mengetahui bahawa tidak harus bagi mereka berhukum kecuali dengan apa yang diturunkan Allah tetapi tidak mematuhinya bahkan menghalalkan untuk berhukum menyanggahi apa yang diturunkan Allah maka mereka adalah orang-orang yang kafir. (rujukan Majmuah at-Tauhid m.s. 205,206,Ctk. Dar al-fikr, Beirut.) Dengan penjelasan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah,maka jelas diperincikan bahawa yang menjadi kufur adalah mereka yang tidak menganggap wajib berhukum dengan sistem Islam atau yang menghalakan sistem yang selain Islam.Namun sesiapa yang beriktiqad wajib berhukum dengan syariat Allah dan ianya syariat yang paling sempurna dan adil tetapi tidak berhukum dengannya kerana kepentingan peribadi dan harta benda dunia maka mereka adalah golongan yang sangat fasik dan zalim.
PEMERINTAH MUSLIMIN SEMASA
Sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat Islam dan menghalalkannya maka ini adalah kufur, maka diwajibkan kita menjatuhkannya dengan cara yang benar-benar menguntungkan Islam dan kaum Muslimin. As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi didalam Fiqh ad-Daulah menyebut tiga kekuatan yang perlu wujud dalam menjatuhkan kerajaan di zaman ini.
Pertama: Kekuatan ketenteraan.
Kedua: Parlimen yang mampu mengubah dasar.
Ketiga: Kekuatan pergerakan rakyat yang menyeluruh yang tidak mampu dihalang oleh sesiapa, sekalipun angkatan bersenjata. Sesiapa yang tidak mempunyai kekuatan ini hendaklah ia bersabar dan bersiap sehingga mampu memilikinya. Dalam masa tersebut maka dakwah diteruskan dengan lisan, menulis dan segala ruang yang ada. (Untuk huraian yang lebih terperinci sila lihat Fiqh Ad-Daulah m.s. 125.Ctk.Dar asy-Syuruq, Qaherah.)
Bagaimana sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat Allah tetapi tidak menghalalkannya. Para pemerintah yang mendukung selain dari sistem Islam mereka tidak boleh dianggap terkeluar daripada Islam selagimana mereka tidak melafazkan ucapan yang menghalalkan sistem kufur atau menghina sistem Islam.Dari segi aqidah mereka tidak terkeluar dari islam, dengan itu bagimana nilaian terhadap kerusi pemerintahan mereka?
Dalam persoalan ini Al-Qardhawi di dalam Fiqh ad-Daulah yang dengan jelas menyatakan tetap wajib menjatuhkannya kerana ini adalah persoalan besar yang membabitkan perkara dasar Islam, para ulamak Islam yang lain dizaman kini menyatakan perkara yang sama. Antara yang dinyatakan oleh as-Syeikh Mohammad Naim Yasin di dalam buku al-Jihad: Adapun sekiranya kefasikan pemerintah dan maksiatnya ialah mewujudkan suatu sistem (bukan Islam) untuk rakyatnya dan jelas darinya kepastian menyelewengkan umat dari berpandukan peraturan Allah dalam persoalan aqidah, Akhlah dan dipimpin umat selain dari al-quran dan as-sunnah. Sesungguhnya bersabar terhadap kemungkaran tersebut adalah lebih dasyat dan besar fitnahnya dibandingkan dengan sebarang fitnah yang berpunca dari bangkit menentang dan menghunuskan senjata terhadap pemerintah seperti ini.Maka wajib bagi kaum muslimin untuk berjihad menentang pemerintah yang sebegini dan menggunakan sebarang cara yang disyarakkan untuk memecatnya dari tampuk kekuasaan serta digantikan dengan sesiapa yang akan meminpin mereka dengan agama Allah (rujukan : Al-Jihad, Mayadinuhu Wa asalibuhu, ms 203-204. Ctk. Dar al-Furqan, Amman, Jordan .Renung2kanlah...
Bagaimana dengan pemimpin yang menolak hukum Allah dan seterusnya menghalangnya dari dilaksanakan? Perkara ini berlaku di negara kita sendiri, Kerajaan negeri Kelantan hendak melakukan hudud namun di kekang dengan sistem perlembagaan Malaysia disebabkan percanggahan dengan akta jenayah yang hanya boleh dipinda oleh kerajaan pusat. Kuasa enakmen adalah lemah jika dibandingkan dengan akta, jadi hudud tetap terhalang dari dilaksanakan dengan campurtangan akta jenayah........
ReplyDeleteApa yang kita ketahui kerajaan bn bukannya menentang perlaksanaan hukum hudud tetapi mereka menentang hudud ala PAS yg mana draf yg terdapat dlm hudud PAS sangat lemah tidak berlandaskan hukum Islam yg sebenar.Terlalu banyak kelemahan yg terdapat dlm draf hudud yg dibuat tidak tepat.Setelah sekian lama memerintah Kelantan dan kita ketahui undang2 Syariah negeri adalah hak mutlak negeri tanpa campur tangan kerajaan pusat kenapa tidak dimasukkan sedikit sebanyak hukum hudud..apa yang Ee boleh katakan hudud kelantan hanyalah satu retorik dan hanya ujud bila menjelangnya PRU saja..
ReplyDelete