Apa yang Ee katakan selama ini bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang penipu,pembohong dan kaki kelentong banyak kebenarannya.Sikap yang diamalkan oleh beliau akhirnya memakan diri dan partinya (PKR).Sikap Anwar membuatkan semakin ramai rakan baik dan penyokong setianya cabut /ثابوت secara beramai-ramai.Begitu ramai yang telah cabut lari meninggalkan Anwar semua Pengasas PKR telah lari meninggalkannya dan yang terakhir N.Gobalakrishnan kerana sudah hilang kepercayaan kepada Anwar yang dianggap "Pembohong Besar dan Kaki Auta" hanya segelintir yang masih setia kerana telah dibutakan mata, hatinya dengan segala lakunan Anwar dan rela diperkudakan terutama HamPAS2 yang tidak mempunyai hala tuju perjuangan mereka.
Jika sahabat baiknya yang sering menemankannya bermain tenis dan sebagainya Datuk KS Nallakarupan pun sanggup dibohongi.. kini telah meninggalkan anwar dan menuduh bahawa Anwar adalah Seorang Pembohong kenapa tidak yang lainnya.DAHULU NALLA MERUPAKAN SAHABAT ANWAR.BAYANGKANLAH NALLA PUN DIBOHONGI ANWAR.NALLA BERJUANG KERANA ANWAR SEHINGGA BELIAU SANGGUP DIPENJARAKAN.APATAH LAGI KAUM INDIA LAIN YANG bUKAN SAHABAT ANWAR.ANWAR BERBOHONG KEPADA KAUM INDIA DAN KAUM INDIA RELA DIRI MEREKA DIBOHONGI...
Pada Ee begitu juga bila Anwar berbohong kononnya tidak mengenali siapa itu Datuk Shazryl Eskay Abdullahkawan baik beliau yang seiring menyambut ketibaannya semasa di luar negara mahupun dalam negara begitu menampakan bahawa beliau sememangnya Kaki Auta dan begitu Berbakat dalam Soal Pembohongan yang Melampau.Anwar juga sebelum ini pernah mempertikaikan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai sahabat yang dikenali selama 35 tahun sebelum ini.Hakikatnya rakyat Malaysia bukannya buta dan pekak mereka sering menatap keakrapan Anwar samada dalam keratan akbar,majalah mahupun di kaca2 tv.Pada pendapat Ee jikalau kawan-kawan dia pun dia boleh tipu macam tu saja, bayangkan apa dia boleh buat pada umat Islam, rakyat dan negara ini. Sedangkan kalimah Allah pun dia boleh lelong, agama Islam pun dia kelentong dengan fahaman pluralisme,Video Sex yang terang2 terpampang wajahnya begitu juga dalam Kes liwat Saiful Bahri.. apa lagi bukti yang anda mahu Allah berikan dan tunjukan?..Pada Ee lagi banyak Anwar buka mulut lagi bagus,lagi banyak kesilapan,pembohongan dan putar belit akan terdedah dan semakin ramai yang akan meninggalkannya sendirian lebih2 lagi bila kesnya terbukti kelak InsyaAllah..
Ee juga masih ingat bagaimana dan begitu kasihan kepada bekas Ketua Pemuda UMNO pada satu masa dulu, Datuk Zahid Hamidi. Semasa perhimpunan agung UMNO diadakan pada tahun sebelum Anwar dipecat, beliau telah menimbulkan soal kronisme dan nepotisme dan telah dikritik secukup-cukupnya oleh Perdana Menteri dan pemimpin UMNO. Lepas itu, kembiri-kembiri politik Anwar yang datang berpusu-pusu ke merata cerok PWTC dan berkata bahawa Anwar tiada kaitan dengan apa yang diluahkan Zahid.Tetapi apabila Anwar dipecat, Anwar berkata bahawa beliaulah yang menyuruh Zahid bercakap mengenai kronisme dan nepotisme. Ini menunjukkan betapa hipokritnya Anwar dengan begitu bersahaja menjerat sesiapa saja yang berada disekelilingnya asalkan dapat menyelamatkan diri sendiri..Inilah wajah sebenar Anwar sanggup mengatakan demikian walaupun beliau tahu bahawa Zahid akan terima bahana dari apa yang dikatakannya.
Pada Ee lagi banyak cakap, lagi banyak Anwar berbohong dan menipu. Orang ramai tahu bahawa Anwar cakap tak serupa bikin. Dulu cakap lain, sekarang lain, macam orang tak siuman. Habis, macamana orang nak percaya cakap Anwar? Untuk kes liwat Saiful Bahari sahaja beliau banyak berdolak dalih sehinggakan tertangguh bertahun lamanya. Macam-macam alasan yang diberikannya hinggakan polis terpaksa mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan sample DNA beliau.. disuruh bersumpah macam2 dalih..Pada pendapat Ee Hidup Anwar sekarang ini bukan bersandarkan Islam lagi, semuanya berteraskan penipuan dan pembohongan.Bila beliau gelabah, hilanglah pedoman dan pegangannya.Yang beliau tahu ialah untuk memuaskan dendam dan amarah beliau.Terbaru kes budak-budak U buat Demontrasi memberontak atas nasihat Anwar.Anwar ni jenis manusia yang sanggup melihat kesengsaraan orang lain asalkan dia mendapat keuntungannya.Manusia jenis Anwar ni kalau zaman Kesultanan Melayu dulu kala dah mampus kena penggal dia punya kepala.Dia ni memang pakar buat fitnah dan menghasut rakyat dengan segala propagandanya.. jika tidak takkanlah Nik Ajis yang begitu alim pun dapat dikelentongnya sehingga sanggup membuat pelbagai fatwa menghalalkan segala perbuatan Anwar..Inilah kalau jadi orang yang kurang berfikir..(Akal dikurniakan Allah digunakan untuk memperbodohkan yang lain dan menghasut membenci sesama bangsa dan seagama..).Yang menjadikan Ee semakin pelik mereka2 yang bijak pandai pun dapat dikelentong dik Anwar dalam kes pembebasannya.. sedangkan hukum belum jatuh tapi Anwar sendiri yang menjatuhkan hukuman kepada diri sendiri..Rakyat yang bodoh2 dan malas nak fikir panjang main sokong terutama penyokong HamPAS..Anwar bijak tapi bodoh dalam isu pembebasannya 901 dengan menyeret rakyat jadi lembu..Jika Anwar rasa dirinya tidak bersalah kenapa harus takut dengan mengheret rakyat menyokong pembebasannya..Pada Ee Anwar ni tidak lebih dari Bangkai Busuk diharungi dik Lalat Hijau yang berperut Buncit bermata merah..Lalat Hijau ni lebih suka kepada pekong dari bau wangi..Bila dah hinggap pada bangkai mula lah hinggap kesana sini menyebarkan kuman..penyebar penyakit..Inilah kerja amal Lalat Hijau menjadi pencacai pembasuh najis Anwar menghasut rakyat agar menyokong 901..Ee ingin syorkan kepada pehak yang berkuasa jika mereka Lalat-lalat Hijau ni mengadakan Demontrasi sembur je mereka ini dengan Racun Serangga biar mereka rasakan..
24 jamn kerjanya asyik nak buat kacau dan menyusahkan rakyat je..
Pada pandangan Ee kalau rakyat nak mengundi pada PRU 13 kali ini pengundi kena ingat tarikh 16 September..satu pembohongan terbesar dalam sejarah bahawa negara ini akan bertukar pemerintahan dengan melompatnya 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) tetapi akhirnya tujuh orang ahli parlimen mereka melompat jadi ahli bebas.Pada ia adalah satu pembohoangan yang amat jelas lagi nyata..Ee masih ingat lagi kenyataan-kenyataan ketua pembangkang pada masa itu malahan ada yang telah divideokan pun kenyataan sebulan sebelum, seminggu sebelum, dua hari sebelum dan sehari sebelum tarikh 16 September itu menunjukkan bahawa dia cukup yakin senarainya sudah ada, namanya sudah ada sikit saja lagi...hehehe..memanglah pembohongan yang teramat sangat melampau oleh Anwar Ibrahim kaki Auta.Oleh itu sebelum pengundi pada PRU 13 Kelak adalah lebih baik dan tepat rakyat mengingati tarikh pembohongan terbesar pembangkang pada 16 September 2008...Jika rakyat satu dunia boleh Anwar bohongi.. Tidak mustahil bila pembangkang memerintah negara kelak semua rakyat akan dibohongi dan akan hidup dalam kesengsaraan.. Renung- renungkanlah...
No comments:
Post a Comment