Monday, November 28, 2011

Tok-Tok Guru PAS Mandi Junub dulu baru Berjunub..Segalanya penuh Tipu Muslihat penuh Kemunafikan..




Bila sebut saja pasal Hudud semua penyokong Bendul alias Baghal HamPAS dibenak mereka menyalahkan UMNO kononnya menolak Hudud.Ee rasa hampir separuh penyokong PAS sudah di penuhi uban di kepala akibat terperap berkapang dibawah serban sebesar tempayan menunggu sekian lama Hudud dipusingkan setiap kali menjelang pilihanraya tapi melaksanakannya jauh sekali.Pada mereka inilah senjata ampuh menghentam UMNO terutama dengan menyalahkan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.Seorang sahabat bekas orang kuat PAS berkata kepada Ee "kalau nak kirakan PAS ni mainkan isu Hudud sejakdari Bulu Bawah belum lagi tumbuh.. lah ni.. dah berkeriting meremang menjela dan dah ada uban pun tapi tak jugak dibuatnya..dok asyik nyalahkan orang lain..teman rasalah depa ni kalau kat Indonesia dah lama kena kerat 18 belas macam Mona Pendi..".Ee tersenyum saja..angkat bahu..nak komen..tak komen.. semuanya serba salah..Lah ni mereka "Tok Dalang Wayang Kulit PAS pusing ligat lagi macam Gasing Uri..teman rasalah kalau langit dan bumi ni boleh bercakaplah pasti depa kata Bosan!..Bosan!..Bosan!..Ee tak berani nak komen sebab kawan Ee tu mula naik angin..hehehe..

 Ee tersenyum bila teringat kata-kata Samsing DAP Karpal Singh yang berkerusi roda (Sebab sekarang OKU.. lepas kena lempang dik seorang Pahlawan Melayu kerana biadap terhadap Sultan Selangor satu masa dulu) nama pahlawan tu rasanya tidak perlu disebut sebab telah menjadi aruah (Al Fatihah).Karpal sekali lagi menegaskan penolakan penubuhan Negara Islam dan Hudud.Karpal Singh berkata beliau yakin pemimpin PAS yang progresif dan liberal bersedia mewujudkan negara sekular demi pembentukan kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.Dulu Nik Ajis kata PAS telah dapat mentarbiyah DAP untuk kenal Islam.."Cakap Kosong.." sebijik macama Bulatan Kosong di bendera PAS.Nak harapkan Anwar Al Juburi membantu PAS sokong Hudud alamat terbalik dunia..Hehehe..takut kena rejam tak pun kena sula bila Hudud dilaksanakan kelak..Depan orang Melayu bukan main lagi Nuar cakap berapi-api macam naga Cina..Bila depan Puak Cina..Anwar mendendangkan "Hujan oh hujan Si Katak Lompat" di hadapan masyarakat Cina bahawa sebenarnya Hukum Hudud langsung tidak ada dalam dasar parti pun. Malah selama ini Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan hal hukum hudud pun seperti yang dicanangkan oleh pemimpin hipokrit PAS. Pakatan Rakyat tidak ada hati pun dengan Hukum Hudud.Ternyata kini rakyat Malaysia terutamanya umat Islam ditipu hidup-hidup oleh pengkhianat agama yang bertopengkan serban sebesar tempayan demi mempertahankan undi orang Melayu kepada parti DAP...Mual rasa nak muntah..hehehe...

 Pada Ee tidak nampak kerjasama yang utuh dalam pembangkang berkenaan dengan pelaksanaan hudud-yang pasti antara dalam Pakatan Rakyat mereka terus tidak menghalalkan perbuatan masing-masing. Secara moralnya, pelaksanaan hukum hudud yang dicanang oleh Pas terus ditentang oleh sekufunya.Jom tolak pembangkang dalam PRU 13 kelak demi kelangsungan politik Melayu..Mari kita semua bersatu dalam 1 Malaysia demi Agama,Bangsa dan Negara.


GEORGE TOWN: DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum Hudud walaupun Parti Pembangkang mendapat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti, kata pengerusi parti Karpal Singh.

Katanya pelaksanaan Hudud akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan dan sokongan terhadap pakatan pembangkang memandangkan bukan semua rakyat bersetuju dengan hukum berkenaan.

"DAP tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pindaan dalam Perlembagaan untuk enakmen hukum Hudud termasuk apa yang diusulkan oleh PAS di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Terengganu pada 1993," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara dan perlu selaras dan konsisten di semua negeri.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan semalam bahawa hukum Hudud itu akan dilaksanakan di negara ini sekiranya pakatan pembangkang menang PRU ke-13 nanti.

Karpal berkata PAS perlu menerima pakai resolusi yang diluluskan, iaitu membentuk sebuah negara berkebajikan dan bukannya kembali ke cadangan asal untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara Islam. -BERNAMA

 Inilah politik PAS, politik matlamat menghalalkan cara. Yang penting bagi PAS bukan prinsip perjuangan tetapi cara yang boleh memberikan mereka keuntungan.Pada PAS apalah sangat Hudud dan Negara Islam kalau di bandingkan kenikmatan dalam mendapatkan dakapan rakan ranjangnya DAP.Pada Ee siapakah yang ingin PAS tipu?.. Golongan yang kurang berpelajaran?.. Golongan berpendidikan tinggi?.. Golongan bukan Islam?.. Allah swt?.. Atau diri sendiri?..Jika Pas memegang kuasa, adakah Pas akan membenarkan lebih banyak kegiatan keagamaan seperti membenarkan penjualan Injil Bahasa Malaysia dan pembinaan gereja-gereja dan rumah ibadat Kristian?..Pemimpin PAS mempertahankan Injil dalam Bahasa Malaysia dibenarkan selagi setiap sentiviti dihormati.Begitu juga di tempat Pas memerintah, tidak ada sebarang sekatan terhadap aktiviti keagamaan. Malah, kuil-kuil telah bertambah dengan banyak dan tanah perkuburan dan kemudahan-kemudahan telah dibina tanpa sebarang halangan.Pada Ee apa mahunya PAS???..Islam dan Bangsa sanggup mereka gadaikan kerana kemaruk sangat nak berkuas..

 Ee sebenarnya risau tengok keadaan hari ini. Tak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Tapi Ee lebih risau lagi melihat tok-tok guru PAS yang menjadi sumber rujukan para pengikut taksub alis bendul ini juga sudah turut terjebak mengotorkan tangan dalam kancah fitnah yang melata.Ee ingin ingatkan kepada semua rakyat Islam negara ini mana ada manusia yang bersuci terlebih dahulu sebelum buang air besar. Mana ada manusia yang mandi junub dulu baru berjunub.Mana boleh buat keputusan dulu, baru mohon petunjuk dari Allah. Ini perbuatan Songsang dan menipu Allah itulah yang dilakukan dik tok-tok guru PAS.Diterangkan di dalam beberapa hadis bahawa, pada akhir-akhir zaman akan lahir dajal, penipu dan pendusta yang memperdengarkan kepada kamu hadis-hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya. Maka awasilah agar mereka jangan menyesatkan kamu dan melempari kamu ke dalam kancah fitnah dan kerosakan.Renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment