Saturday, November 5, 2011

Islam di Zaman ini memerlukan Pemimpin yang Mampu membawa kita Mengharungi Perubahan Zaman bukannya Pemimpin yang sibuk memikirkan tentang keIslaman orang lain.(Semuga di Malam Hari Raya Aidiladha ini Allah mengurniakan Taufik dan Hidayah kepada kita semua).



Pada Ee ungkapan bahawa Islam adalah cara hidup senantiasa bermain di bibir pemimpin-pemimpin PAS seolah-olah tiada lagi yang lebih Islam melainkan cara hidup yang dilalui oleh mereka. Mereka mengakui bahawa cara hidup Islam itu sesuai dengan semua zaman dan Islam itu sesuai untuk semua tempat.Bagaimanapun, tafsiran mereka tentang sesuai dan tafsiran mereka mengenai cara hidup agak mencurigakan. Apa yang mereka lakukan adalah cuba menyesuaikan cara hidup masyarakat Arab pada zaman Nabi dengan dunia sekarang. Mereka juga mentafsirkan cara hidup Islam itu sebagai undang-undang Islam semata-mata. Selain itu, jubah, serban dan tudung masih lagi menjadi lambang cara hidup Islam bagi mereka selain dari slogan-slogan mengenai Islam.

Secara dasarnya, cara hidup Islam sudah seharusnya merangkumi semua aspek iaitu, sosial, pendidikan, undang-undang dan sebagainya. Di masa yang sama, dalam konteks seseorang individu pula, hidup dengan cara Anak Melayu Islam bukan bermakna melaungkan nama agama itu setiap hari, tetapi bermaksud setiap niat, langkah dan pertuturan haruslah berlandaskan ajaran Islam.

Jika benar PAS melaksanakan cara hidup Islam yang sesuai sepanjang zaman, kenapakah setelah lebih 20 tahun memerintah, Kelantan masih ketinggalan zaman? Negeri itu bukan sahaja ketinggalan kini, iaitu semasa kita sedang beranjak ke era globalisasi malah telah ketinggalan semenjak kita sedang beranjak dari era pertanian ke era industri lagi.Ini sudah cukup membuktikan bahawa PAS tidak layak untuk memimpin Umat Islam di zaman ini dan cara hidup Islam ala PAS bukan hanya akan menyebabkan kita terhenti dari terus maju tetapi juga akan menggerakkan kita ke belakang.

Ee berpendapat bahawa sudah sampai masanya PAS Kelantan menubuhkan tribunal atau badan Hisbah bagi menyiasat harta-harta yang diperoleh oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kelantan sebagai menunaikan janji-janji pilihanraya.Pada 19.01.1998 PAS membatalkan cadangan untuk mewujudkan sebuah badan yang dinamakan "Hisbah'. Menteri Besar Kelantan pernah mengumumkan bahawa tribunal itu tidak perlu ditubuhkan, sudah memadai dengan usrah-usrah dan kuliah-kuliah yang dijalankan oleh parti PAS.

Pada pendapat Ee ini melambangkan sifat 'ujub iaitu rasa hairan dan megah kepada diri sendiri yang sepatutnya tidak berada pada diri manusia yang sangat-sangat lemah ini, lebih-lebih lagi pada diri mereka yang mengaku dirinya tok guru, kerana dalam realiti ternyata bahawa generasi Islam yang berada di sekeliling pinggang Nabi Muhammad s.a.w dulu, yang telah ditarbiahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri pun terbukti ada yang menjadi munafik, syirik dan murtad.

Ee ingin mengingatkan bahawa Khalifah Umar al-Khattab pernah memanggil pegawainya untuk dibuat pemeriksaan dan penyiasatan disebabkan pegawainya sering menukar pakaian harian dengan pakaian yang baru. Umar ingin mengurangkan gaji pegawainya jikalau terbukti pegawainya berlebihan wang gaji.Jika dibandingkan Nik Ajis dengan Khalifah Umar macam langit dengan bumi,mengapa beliau yang mengaku sebagai ulama' begitu ego dengan segala ilmu yang tidak secubit pun dapat mentarbiah dan menjaga segalanya melebihi Nabi saw.

Islam di zaman ini memerlukan pemimpin yang mampu membawa kita mengharungi perubahan zaman bukannya pemimpin yang sibuk memikirkan tentang keIslaman orang lain. Umat Islam memerlukan pemimpin yang berfikiran jauh dan tajam untuk melihat di sebalik tabir masa, dan yang dapat memahami cabaran ekonomi, industri serta teknologi dalam proses menuju globalisasi, bagi memastikan keselamatan mahupun ketuanan bangsa dan agama.

Maka bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia, kerana Kerajaan kita hari ini dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam (Kerajaan UMNO) dan sesungguhnya pemimpin itu telah pun berada di depan mata dan sedang berkhidmat sebagai Perdana Menteri kita.Itulah tanda yang Allah S.W.T masih menyayangi kita, rakyat Malaysia. Janganlah kita buta terhadap kurniaan Allah S.W.T kepada kita kerana umat yang tidak bersyukur terhadap kurniaanNya akan hanya mengundang bala.

No comments:

Post a Comment