Tuesday, November 29, 2011

Pada Ee sebenarnya Pemimpin PAS "Bancuh Racun..Bukan Kopi.." Kepada umat Islam Negara ini semata Kerakusan untuk Berkuasa..


Ee gelihati melihat tingkah laku pehak pembangkang yang begitu beria-ria memerah otak membuat dosa-dosa kering apabila Rosmah (Isteri PM) dijadikan bahan cerita oleh para penglipurlara pembangkang di ceramah-ceramah mereka. Blog dan laman web pro-pembangkang menjadi penulis skrip asal bagi cerita-cerita Rosmah sebelum ditokok-tambah oleh para penceramah dan disebarkan ke akar umbi. Namun, jika cerita tersebut didapati tidak benar, pembangkang akan berpura-pura tidak tahu dan langsung tidak mahu mendengar penjelasan dari pihak Rosmah sendiri.Apabila Syaitan di jadikan sahabat alamat segala bisikannya menjadi pedoman.Syaitan besar yang tertenggek di pundak pemimpin2 PAS hanya memberikan racun berbisa pada rakyat negara ini yang teraba-raba mencari akhirat.Apa yang diterima oleh pencari2 akhirat hanya santapan racun yang menjadikan hati mereka hitam berkarat dan dimata mahupun hati mereka penuh kebencian dan dendam yang membara..itulah kehendak syaitan Iblis yang bersumpah untuk menyesatkan manusia seperti yang terdapat dalam Al Quran.

 Ee ingin terangkan bahawa inilah kebodohan pehak pembangkang ketandusan idea, contohnya, isu cincin RM74 juta yang dikatakan milik Rosmah padahal ianya dibawa masuk untuk tujuan pameran oleh syarikat Jacob & Co juga masih lagi berkumandang walaupun syarikat berkenaan telah membuat penjelasan dan media Indonesia yang terikut-ikut jejak pembangkang telah memohon maaf secara rasmi.Begitu juga baru-baru ini, setelah cerita kononnya anak perempuan Rosmah membelanjakan RM193,944 di David Jones di Perth terkantoi kerana anaknya sebenarnya langsung tidak turut serta dalam kunjungan ke sana, timbul pula cerita Rosmah beli mutiara berharga RM387,888.Inilah kedangkalan pemimpin pembangkang dalam menjalankan misi memfitnah dengan menggunakan para penyokongnya yang kadang kala bodoh2 alang mengikut apa saja kata pemimpin tanpa usul periksa dan mempastikan ketulinan sesuatu khabar angin.Bila sesuatu perkara itu tidak benar dan ternyata fitnah sia-sia saja segala ibadat selama ini..yang dapat hanya dosa2 kering yang tidak terampun jika empunya diri tidak mengampunkanya sehingga keliang kubur.Dosa memfitnah itu lebih buruk dari dosa membunuh.Islam mengajar kita agar saling menyayangi antara satu sama yang lain dan mendoakan perkara yang baik2 hatta kepada musuh sekalipun namun Nik Ajis mengajar sebaliknya dengan mendoakan agar umat sesama Islam ditimpakan bala.Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Sebaliknya pehak pembangsang yang semakin parah diturun bala oleh Allah SWT.. Dari satu masalah kesatu masalah Allah bukakan hijabNya kepada hamba2Nya agar sedar betapa Pekongnya akal2 parasif yang membawa kemusnahan kepada Agama dan Bangsa di Persingkapkan Hijabnya.. Insaflah..

 Ee tidak merasa hairan dengan segala fitnah pehak pembangkang.. begitu juga apa nak dihairankan dengan fitnah mengenai pembelian, pemborosan dan sebagainya jika dibandingkan dengan fitnah membunuh waimah hadir ketika pembunuhan berlaku dalam kes pembunuhan Altantuya. Langsung pembangkang tidak merasa kesal jauh sekali malu apabila penulis skrip asal fitnah tersebut iaitu pemfitnah tersohor pembangkang, Raja Petra Kamaruddin sendiri mengaku telah mereka-reka sahaja cerita itu berdasarkan dengar cakap. Sedangkan pada ketika yang sama, Rosmah sedang menghadiri Majlis Berbuka Puasa dengan anak-anak yatim.Pada Ee jika Allah nak beri petunjuk bila2 saja..InsyaAllah jika sesiapa yang terinaya akan mendapat kebenarannya.Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana.Ee dapat rasakan bahawa para blogger pembangkang sebenarnya mempunyai sakit mental kerana suka sangat membuat fitnah dan membuat cerita2 sensasi tapi semuanya auta.Pada Ee sebenarnya pemimpin PAS "Bancuh Racun.. bukannya Kopi.." kepada umat Islam negara ini semata kerakusan untuk berkuasa segala-gala yang haram dihalalkan asalkan dapat undi..

Ee ingin nyatakan bahawa semua rakyat negara ini tahu dan faham bahawa UMNO adalah sebuah parti islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label islam dalam membela dan merancang pembangunan umat islam dan negara ini. UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan FELDA,DEB serta memberi bimbingan dan bantuan kepada anak bangsa untuk menaik taraf kehidupan yang lebih baik.Begitu juga baru2 ini PM melaksanakan sekolah percuma mulai tahun 2012.Hanya HamPAS2 saja yang suka membelitkan fakta rakyat dihasut dengan pelbagai cara,Islam dijadikan kuda semata untuk memancing undi.Dalam islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat islam dengan membuka tanah rancangan FELDA dan pelbagai program membenteras kemiskinan dan adakah ini bukan tuntutan islam?.Begitu juga kerajaan mengujudkan pelbagai bidang kerja dengan membawa masuk pelabur itu semua dilakukan agar rakyat negara ini mendapat keuntungan dengan kemasukan pelabur..Tapi sebaliknya PAS sentiasa undur kebelakang dengan menyebarkan pelbagai fitnah dan Propaganda..Apa yang PAS tahu hanya mengumpat dan memfitnah sehingga Allah Tuhannya pun dikatakan mencarut dan samsing..Inikah ajaran Islam yang hendak diketengahkan oleh HamPAS2 kepada jenerasi akan datang?..alamat penuhlah Islam,bangsa dan negara..

Pada Ee Kerajaan Barisan Nasional ( BN ), pimpinan UMNO membangunkan negara ini bagi melahirkan umat islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju dan kini negara telah mendapat pengistirafan merupakan salah satu negara Islam terbaik dunia.Terlalu banyak sumbangan UMNO dalam memertabatkan Islam di pentas dunia sejak mula merdeka sehingga kini.UMNO dalam menaikan martabat Islam dan Bangsa dengan begitu berhemah mendidik masyarakat dengan pelbagai program berunsur keIslaman samada secara langsung atau tidaknya.Namun segala usaha UMNO ini hanya menjadi bahan cemuhan pembangkang terutama PAS yang sentiasa dengki dengan UMNO sejak dari sebelum merdeka kerana mereka begitu inginkan sangat kuasa maka mereka menganggap bahawa mereka saja yang Islam UMNO bukan Islam sebab berkerjasama dengan MCA dan MIC.Kenapa pula hubungan mereka dengan DAP dihalalkan sedangkan hubungan UMNO dengan MCA dan MIC mereka katakan haram?..Inilah kelebihan PAS dalam memutar belitkan fakta dengan mengunakan akal licik memperkudakan Islam..mereka sanggup memutar belitkan segala-galanya asalkan dapat keuntungan.

Pada Ee rakyat, khususnya masyarakat Melayu seharusnya sudah sedar bagaimana selama ini PAS hanya menggunakan perkataan Islam itu untuk kepentingan politik pemimpin-pemimpin PAS semata-mata, sedangkan PAS sudah jauh lari daripada landasan untuk menegakkan Islam apabila sudah memegang kuasa dan jawatan.Lihat sahajalah bagaimana kepimpinan PAS memperkotak-katikan agama Islam semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat, kerajaan pimpinan PAS sanggup berbuat apa sahaja.Kalau dulu, suara perempuan dikatakan aurat sehingga kaum wanita tidak boleh menyertai Tilawah Al Quran, tapi la ni,Wanita kini boleh berceramah,menjadi calun dan bergaul dengan lelaki yang bukan muhrim seperti yang terjadi dalam Bersih 2.0 dan konsert  kumpulan Wali Band di Kota Baharu yang lepas. Kalau dulu konsert-konsert hiburan seperti itu amat dilarang oleh tok guru Nik Ajis, HARAM konon,katanya menggalakkan maksiat kerana berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan.Begitu juga Ahli Parlimen wanita DAP pun boleh beri tazkirah dalam Masjid, boleh anjur senamrobik, terkinja-kinja dengan berpakaian sendat diperkarangan Masjid.Pada Ee inilah dasar perjuangan menegakkan Islam kepimpinan PAS sekarang, hukum hakam agama, fatwa yang dikeluarkan hanya mengikut selera tok guru untuk mendapat keuntungan politik sahaja, kalau tidak, masakan rasuah boleh ditaklikkan sebagai hadiah !..Sedarlah wahai rakyat sekelian..PAS itu hanya sebuah parti politik..

Ee ingin menegaskan bahawa menjalankan dakwah dalam Islam sangat dituntut dan adalah menjadi kewajiban kepada umat Islam untuk melakukan dengan pelbagai cara dan kaedah.Namun Islam menggalakan dengan cara yang berhemah dan penuh kesederhanaan. Bagaimana orang lain nak ikut dan mencontohi penganut-penganut Islam jika mereka sendiri tidak menghormati apa yang didakwahkannya.Mereka HamPAS berkata bahawa Islam melarang penganutnya bercakap kasar,memaki,menghamun,memfitnah, mengherdik,mencarut dan mencaci tetapi lihat saja cara HamPAS penuh dengan apa yang mereka dakwahkan..Hampir setiap ceramahnya para pemimpin mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan ini tentunya amat menakutkan kepada mereka yang ingin menghampiri dan mencari kebenaran..Lihatlah saja jika mereka berkumpul ketika PRK mahupun PRU menjerit-jerit,terpekik terlolong dengan memakai sarban dan berjubah bertindak liar seolah beruk Mat Nyai tidak dapat mengawan..begitu juga mereka sanggup mengaibkan Islam dengan berjubah, berserban dan bertasbih berbaring di tengah2 jalan menghalang lalu lintas,mengunakan kanak2 sebagai benteng dan sebagainya..Islam tidak mengajar ini semua.. hanya pemimpin-pemimpin PAS yang mengajarnya kepada penyokong2 bendul alis bangangnya..Ee ingin mengulanginya lagi bahawa Pemimpin2 PAS "Bancuh Racun..bukan kopi.." kepada umat Islam negara ini dalam mencapai matlamat mereka..Mereka sanggup membunuh kesucian Islam dan jiwa bangsanya dengan menjadikan Islam modal politik semata kerana kerakusan untuk berkuasa.."PAS penuh Kemunafikan.." Renung-renungkanlah..

No comments:

Post a Comment