Saturday, December 3, 2011

Ingatlah Pemimpin2 PAS tidak akan dapat Menyelamatkan kita semua di kala Nungkar Nangkir menyoal kita di Alam Barzak kelak..



Apa yang Ee boleh katakan terlalu banyak "Pembohongan Yang dilakukan dik PAS" kepada rakyat negara ini sejak dari sebelum merdeka sehingga kini.Mereka mengaku menegakan kepentingan Islam dalam negara ini namun dalam masa yang sama menjadi Munafik terhadapa apa yang mereka katakan.Dalam memperdagangkan Islam dengan menghalalkan cara "Wal Halal Gua Punya..Wal Haram Lu Punya..Gua buat semua betul lu buat tatak betul.. apa yang dikatakan hanya akal yang dapat menilai yang mana satu "Intan dan mana satu kaca".Apa yang Ee boleh katakan beginilah sifat jalang hakiki PAS memperbodohkan bukan seorang dua malah ribuan khawarij yang kini menjadi penjilat tegar kepada DAP.
Ee telah membuat penyelidikan dan berbincang dengan ramai kawan mahupun lawan rumusanya PAS suka membohongi rakyat dengan mempergunakan agama untuk kepentingan dan sandiwara politik. Kini Allah s.w.t. menunjukkan tembelang pemimpin PAS yang munafik dengan sikap berdolak dalih dalam kenyataannya.

Penyelidikan pertama Ee dan rakan-rakan mendapati bahawa para pemimpin PAS terutama Nik Ajis berdusta Konon Nak Tegak Negara Islam. PAS mendakwa ingin menegakkan sebuah negara Islam berteraskan Perlembagaan Madinah. (Perkara ini ditekan dalam Manifesto PAS 1990 dan siri ceramahnya menjelang Pilihanraya sekarang).Ee ingin tekankan bahawa konsep negara Islam tidak pun disebut dalam Perlembagaan PAS pada 1990 lagi. Dalam Manifesto pakatan Barisan Alternatif (BA) dahulu pun yang mana PAS menjadi teraju, syarat negara Islam digugurkan sendiri oleh PAS atas desakan dan untuk jaga hati DAP yang anti-Islam.Budak Tadika PASTI pemimpin PAS boleh tipu.. tapi rakyat la ni semakin cerdik.

Pada Ee kesanggupan pemimpin PAS dan penyokong2nya yang sebulat suara menyokong Nik Ajis terima Perdana Menteri Bukan Islam.Nik Aziz berkata orang bukan Islam juga boleh menjadi Perdana Menteri. (9 Oktober 1999).Pada Ee ini sangat bertentangan dengan perjuangan UMNO dan pegangan Barisan Nasional biarpun MCA dan MIC bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah daripada orang Melayu. Ini bukti yang PAS tidak mempunyai semangat perjuangan Islam sebenar dan membuat kenyataan hanya untuk kepentingan politiknya yang sempit. Malah kenyataan ini boleh membahayakan negara dan kepentingan orang Melayu.

Ee masih ingat bagaimana pada satu ketika dulu PAS berkata akan Lelong Putrajaya.Allahyarham Dato' Fadzil Noor berkata, PAS akan melelong Putrajaya kepada raja-raja terkaya di seluruh dunia jika PAS menang dalam pilihanraya.Mengapa begitu akal pemikiran yang Allah berikan tidak pernah digunakan untuk kebaikan kepada negara tetapi sebaliknya.Mengapa bernafsu besar sangat nak menjadi pengkianat kepada Bangsa dengan hasrat nak mengadaikan negara jika di takdirkan memerintah kepada orang asing.. 

Rakyat negara masih ingat bagaimana Pemimpin PAS tuduh UMNO Kafir bekerjasama Dengan MCA Dan MIC.Bila UMNO kerjasama dengan bukan Islam dikatakan Haram. Bagaimanapun bila PAS sendiri bekerjasama dengan DAP yang nyata parti rasis yang begitu membenci Islam, KeADILan (Hakikatnya begitu ramai penganut Hindu yang menjadi ahlinya) dan PSRM, ulama' PAS dan Nik Ajis ubah hukum pula yang kerjasamanya dengan bukan Islam itu adalah Hala. Jelas hukum dan fatwa PAS adalah Double-Standard .. kalau PAS buat semuanya HALAL tapi orang lain semuanya HARAM.

Dan apa yang Ee dan kawan2 selidiki mendapati bahawa PAS sanggup Kerjasama Dengan DAP Biarpun Korbankan Islam.Nik Aziz berkata: "Saya bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan kita tidak mendirikan negara Islam. (Kenyataan pada 12 Mei 1999). DAP yang kafir dan terang-terang tentang Islam dan tidak mahu lihat penubuhan negara Islam sebenarnya musuh Islam. Bagi PAS musuh Islam adalah kawannya dan tak perlu tubuh negara Islam pun tak apa asal dapat berbaik dengan DAP untuk memerintah negara. Inilah semangat perjuangan Pas untuk Islam.Untuk itu Ee sarankan agar penyokong2 PAS berfikir secara logik dan perbanyakan berfikir jika tidak dapat jawapan hantukan saja kepala tu kat dinding kuat2 biar keluar darah kotor yang dah nak berulat dalam otak jangan dok asyik main angguk2 je.

Dan pada Ee apa yang lebih mengharukan lagi mengangkat Pemimpin yang bercirikan kaum Nabi Lut sebagai ketua dan yang lebih parah apabila Nik Ajis sanggup membuat Fatwa untuk pemimpin tersebut dengan berkata "Tidak Masuk Surga sesiapa yang menuduh pemimpin tersebut".Inilah kekarutan yang begitu nyata dalam parti PAS apabila Nik Ajis boleh mewakili Tuhannya dalam menentukan surga dan neraka seseorang itu.Begitu juga PAS dengan angkuh mengangkat S.Ambiga Peguam Murtad sebagai ketua,mengetuai bala tentera PAS yang berserban,berkopiah dan berjubah termasuk Pemimpin Lembu lagaan PAS Mat Sabu dalam Bersih 2.0. dan yang terbaru "Sexsualiti Merdeka.Mat Sabu pula sanggup menjadi penipu besar dengan menuduh polis melanggar mereka dan yang lebih tidak bermoralnya apabila memutar belitkan fakta sejarah dengan mengistiraf Komunis sebagai Wira Negara...apa nak jadi ni???..
Amat memalukan!..Tidak Bermaruah!..

Dalam menghalakan cara PAS sanggup bersetongkol menjadi Munafik apabila bersubahat dengan suami calun kalah Normala yang menipu MC ketika sama2 berkempen untuk isterinya sepanjang satu PRK tidak berapa lama dulu.kerja itu tanggungjawab menipu dalam kerja apa hukumnya?.. kerja pulak sebagai guru.. mulia betul pekerjaan. dah diberi tanggjungjawab untuk berkhidmat kepada tanah air, diamanahkan mendidik anak bangsa.. dikhianati tanggungjawab, dikhianati amanah yang diberikan. gaji kau nak pulak. itu belum masuk soal haram-halal gaji yang diberi sebagai ganti menjalankan amanah pekerjaannya.Inilah kalau kuasa dan keduniaan telah meresap dalam akal fikiran pemimpin2 PAS benda yang jelas salah pun dikatakan betul dan halal..Memalukan Agama Islam danmaruah Bangsa Melayu..Munafik!..Munafik!..Munafik!..Islam itu mudah..Ingatlah asalkan jangan kita menyengutukan Allah dan sentiasa berpegang kepada lunas-lunas Islam dengan meninggalkan segala laranganNya dan melakukan apa yang wajib kita lakukan sebagai hambaNya itu sudah memadai.Dan ingatlah bahawa Iman itu "Ikrar di lidah bertasdik dihati dan dilakukan dengan perbuatan"..Bukannya iman itu diukur dengan menyokong Parti PAS dengan mendewa-dewakan pemimpin yang kononnya ulama'.Dan ingatlah Pemimpin2 PAS tidak akan dapat menyelamatkan kita semua di kala Nungkar Nangkir menyoal kita dialam Barzak kelak begitu juga mereka tidak dapat menentukan berat tidaknya timbangan kita sewaktu tiba hari pembalasan kelak.Ingatlah hanya dengan Rahmat Allah saja yang menentukan masuk surganya seseorang itu.Ee harap rakyat dapat berfikir secara waras dan jangan terlalu mengikutkan bisikan dajjal-dajjal pembangkang bertopengkan Islam...Serban besar bakul,berjubah labuh,bertasbeh,berdahi hitam dan berjanggut sejemput yang di Hati mereka mempunyai Penyakit yang bersifat Nafsu Amarah yang sentiasa tertanam sifat dengki,kianat,irihati,pemarah yang akan bertindak tanpa mengikut akal yang waras.Renungkanlah!..Marilah kita sama-sama"TOLAK PAS, SELAMATKAN ISLAM"

No comments:

Post a Comment