Saturday, December 24, 2011

Hehehe..PAS.DAP dan PKR Main Jam2 Priit sama Polis demi Kuasa sanggup mengHalalkan Cara..




Ee berpendapat bahawa DAP telah berjaya percaturan politik apabila berjaya bergabung dengan PAS yang dulunya sangat membenci DAP.Perpaduan antara DAP dan PAS dilihat sangat baik dalam kontek memecah belahkan perpaduan orang Melayu dalam memberi kemenangan kepada calon pembangkang terutama DAP.PAS yang begitu mahir dalam selok belok memperkudakan Agama Islam dilihat begitu berguna kepada DAP untuk mempengaruhi pengundi Melayu yang beragama Islam untuk membenci kerajaan UMNO dan ini akan memberi bonos kepada DAP untuk mendapat undi kaum Melayu.Pada Ee DAP begitu pandai bermain drama dalam memperbodohkan kaum Melayu terutama HamPAS.Namun hakikat ini tidak dapat dikesan oleh HamPAS2 kerana diamuk oleh perasaan dengki dan kianat terhadap bangsa sendiri.Pada Ee mata,hati dan telinga  para pemimpin HamPAS dan penyokong mereka telah dibutakan oleh sikap tamak haloba dan irihati yang begitu mendalam terhadap UMNO yang begitu diterima rakyat sejak dari sebelum merdeka.

Untuk memperolehi kerusi lebih banyak, PAS perlu menyandarkan nasibnya kepada pemilih Bukan Melayu dan Bukan Islam serta pada waktu yang sama berusaha menyedapkan hati orang-orang Islam dengan menjemput beberapa kerat orang Cina dan India untuk membaca sepatah dua Al Quran kepada orang-orang Islam. Serta beberapa kerat ini menyelitkan pula satu dua nama pemimpin besar Islam dalam penjelasan polisi mereka. Tetapi yakinkah PAS bahawa pemilih-pemilih bukan Melayu akan membiarkan PAS menunggangi mereka untuk menjadikan Parti Islam SeMalaysia sebagai parti tunjang Pakatan Rakyat?..Pada Ee persetongkolan mereka begitu melukakan hati sebahagian rakyat apabila melihat Islam semakin dipermainkan sehinggakan Al Quran dan hadis yang menjadi petunjuk kepada umat Islam dipergunakan oleh mereka yang bukan Islam dalam kancah politik negara semata untuk meraih sokongan.Memalukan dan sangat memualkan.

Apa yang Ee nampak setiap kali menjelang PRU maka PAS akan mengunakan senjata ampuh mereka untuk menipu Melayu Islam dan kembali memecah belahkan perpaduan dengan isu Hudud yang tidak pernah ada kesudahannya.Pada Ee jika mengambil kira sejarah yang lepas-lepas juga, dijangka selepas ini akan adalah seorang lain dalam kepimpinan PAS yang memberi kenyataan 'menang menang' untuk mententeramkan keadaan. Paling tidak UMNO dan media akan dipersalahkan.  Kemudian, semuanya akan senyap semula bila PRU telah selesai.

Pada Ee drama2 seperti ini memang sudah dijangka, tidak pernah berubah dan akan kekal begitu untuk satu tempoh masa lagi. Walaupun Pakatan sentiasa bercakap tentang perubahan (termasuk mengubah bendera Malaysia dan mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan) tapi dari segi propaganda politik masih lagi di takuk lama iaitu menipu rakyat melalui pelbagai propaganda dan fitnah.PAS ingin memerintah negara tapi mereka penakut dan kecut sebagai buktinya setiap kali PRU mereka tidak berani meletakan ramai calun hanya setakat untuk mengacau undi sahaja.Pada Ee bagaimana mereka nak memerintah negara jika mereka takut untuk mendekati majoriti hanya tipu pengundi untuk membesarkan perut mereka dan keluarga mereka saja.Kini mereka bercita-cita pula untuk membantu DAP dalam mendapatkan kuasa dengan harapan dapat menjadi Timbalan Perdana Menteri itu pun kalau DAP nak beri..Hehehe Ee rasa Pemimpin PAS hanya layak menjaga hal ehwal kebersihan tandas2 awam saja jika ditakdirkan DAP berkuasa.

Ee melihat bahawa DAP  amat yakin bahawa sekarang ini sokongan 80 peratus pengundi Cina cenderung kepada mereka, selain usaha berterusan mereka untuk meruntuhkan kepercayaan bangsa Melayu bukan sahaja kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi juga kepada kerajaan.Pada Ee inilah agenda sebenar DAP dalam usaha untuk meruntuhkan kepercayaan orang-orang Melayu terhadap bangsanya sendiri iaitu dilakukan perlahan-lahan dengan penuh perancangan yang akhirnya akan mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dan tidak tahu menahu.Kita lihat bagaimana kepercayaan rakyat mula terhakis denagn isu-isu yang dibangkitkan oleh DAP sebelum ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuklah kes membabitkan kononnya siasatan ke atas warga perempuan China sedangkan ia hanyalah permainan mereka untuk melunturkan kepercayaan rakyat pada pihak berkuasa.

Pada Ee DAP berjaya juga mengganggu-gugat sistem birokrasi yang kebanyakannya dimonopoli oleh bangsa Melayu, dan kemudian mempertikaikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mengaitkan pelbagai isu yang berjaya mengundang persoalan dan prasangka di kalangan rakyat terhadap kerajaan.Pada Ee kejayaan paling besar DAP apabila mengunakan S.Ambiga peguam murtad menuntut pilihanraya bersih dengan mengadakan perhimpunan haram Bersih 2.0 dengan mendapat sokongan padu dari penyokong2 PAS dan PKR yang rata2nya Melayu yang tidak tahu di untung.Mereka Melayu yang tidak sedar akan diri sanggup melakukan apa saja suruhan dari pemimpin2 PAS yang kemaruk nak berkuasa sehinggakan ada yang berlakun kononnya mati kerana dikejami oleh pehak berkuasa dan yang lebih malang lagi Naib Presiden mereka Mat Sabu sanggup berbohong dan menjadi munafik menuduh pehak polis melanggarnya.Pada Ee PAS sanggup melakukan apa saja untuk mendapat simpati, PAS sanggup mengadai nyawa penyokongnya untuk menaikkan semangat mereka. Jika ada yang mati lagi PAS suka kerana makin mencanaklah naik rankingnya nanti.Untuk menutup pembohongannya Mat Sabu beralih pula dengan mengangkat Komunis sebagai wira negara dengan menuduh pula pehak polis sebagai pengkianat.Inilah Mat Sabu pemimpin PAS menjadi kebanggaan HamPAS2 lidahnya penuh dengan pembohongan dan pembelitan..Pada Ee inilah pemimpin Islam acuan PAS..Hehehe..PAS,DAP dan PKR main jam2 priit sama polis,dalam masa yang sama masih mengharap polis untuk menjaga keselamatan mereka..inilah PAS nak kuasa sanggup menghalalkan cara..Terkejar sana..terkejar sini mereka yang mencuri yang kena tuduh pehak polis pula..pada Ee inilah PAS dan pembangkang lainnya yang sentiasa meletakan kesalahan pada bahu yang lain..

Pada Ee inilah 'Perang Persepsi' yang berjaya diwujudkan oleh pihak pembangkang yang dimonopoli oleh DAP, dan malangnya orang Melayu diperguna untuk menghancurkan kerajaan yang ada, namun Melayu itu sendiri tidak pernah sedar dan tidak mahu untuk disedarkan.Renung-renungkanlah..

No comments:

Post a Comment