Thursday, December 8, 2011

Tidak Mustahil Mimbar Masjid akan Terjajah oleh Penganut Agama lain Suatu Hari Kelak..Jika Melayu Islam tidak Sedar..



Ee ingin menasihatkan agar anak2 muda yang ingin berjinak dalam dunia politik agar jangan mudah percaya dengan segala janji manis dajjal2 politik yang terlalu mengidamkan kuasa.Ingatlah Allah memberi kita akal fikiran yang sempurna untuk memikirkan yang mana betul dan yang mana tidaknya.Bila membuat sesuatu keputusan yang melibatkan masalah Agama,Bangsa dan Negara hendaklah kita selami sebaiknya,jangan mudah kita terpedaya dan akhirnya "Berputih Mata". Fikirlah setelah begitu lama kita mengecapi kemakmuran,hidup dalam suasana aman berbilang kaum tanpa rasa takut dan bebas kesana kemari mencari rezeki mahupun beribadat kenapa pula kita nak korbankan itu semua di sebabkan termakan gula2 yang diberikan oleh dajjal2 yang sentiasa mengidamkan kuasa.Pada Ee sebelum membuat sesuatu keputusan itu adalah sebaiknya berfikirlah dengan tenang dan fikirkan juga segala pengorbanan Pejuang2 Negara yang sanggup bermandi darah,keringat,airmata,harta malah nyawa semuanya itu dilakukan demi Agama,bangsa,Anak Cucu Cicit dan Negara.Pada Ee kini tiba pula masanya kita membalas segala pengorbanan mereka dengan menyokong segala usaha kerajaan demi kepantingan jenerasi akan datang pula.Janganlah kita turutkan saja segala bisikan dajjal2 yang mencuba mengadu domba dalam kegilaan mereka untuk berkuasa dengan menjadikan Agama Islam sebagai alat untuk meraih sokongan.Mereka pembangkang terutama PAS yang begitu inginkan kuasa sanggup menjanjikan 'Bulan,Bintang, Gunung,Matahari bahkan Surga yang diluar kekuasaan manusia namun segalanya "Kosong" macam bendera mereka.Mereka hanya "Pandai Menanam Tebu" tetapi tidak pernah dijaga,disiram hanya dibiarkan saja menyerah kepada takdir akhirnya tebu yang ditanam rebah kebumi tidak berhasil..

Ee ingitkan rakyat mahupun anak2 muda Melayu Islam berfikir secara matang dalam Sejarah Politik Malaysia belum ada lagi mana2 kaum selain orang Melayu Islam yang mengunakan Agama sebagai sendiwara untuk berpolitik.Pada Ee hanya HamPAS saja yang sanggup melakukannya semata gila untuk berkuasa.Mereka kaum Cina,India dan lainnya yang bukan Islam begitu memelihara agama mereka tanpa mahu mencampur adukan dengan politik, itu semua dilakukan agar Agama anutan mereka tidak dicemarkan dan dipandang tinggi.Pada Ee pemikiran kaum2 lain di negara ini begitu baik dengan tidak mencampuri agama dalam urusan politik.Namun yang Ee hairankan dimanakah letaknya akal pemikiran sihat orang Melayu Islam yang suka mempolitikan Agama dan sanggup melihat Agama Islam itu digunakan demi kelangsungan politik sempit yang tidak berpenghujung itu.

Persoalan demi persoalan berlegar dalam pemikiran Ee kenapa?..Mengapa?..Mereka yang dikatakan cerdik pandai dan pemikir Islam rela Agama mereka dijadikan keldai tunggangan penganut lain sedangkan Agama mereka sendiri disimpan sebaik mungkin..Mengapa bangsa lain seperti kaum Cina mahu pun India tidak mengunakan agama mereka untuk tujuan berceramah poitik sebaliknya dengan "Muka Tayar Buruk" mereka mengunakan petikan Hadis mahupun petikan Al Quran untuk memburukan bangsa Melayu penganut Islam itu sendiri.Alangkah sedihnya Agama dan bangsa dipersenda di hadapan mereka yang dikatakan cerdik Islam.Dimana akal yang dianugerahkan oleh Allah untuk menjaga maruah AgamaNya???..Tuli ke telinga mereka???..Butakah mata mereka???..atau Tertutupkah hati mereka???..Apa guna solat 5 waktu dan segala amal ibadat yang dijaga selama ini..tapi maruah Agama dan Bangsa diinjak oleh bangsa lain kita hanya mampu menepuk tangan dan mengiakan saja..Malulah pada Allah yang telah menganugerahkan kita akal melebihi segala makluknya..

Persoalan ini juga sering bermain di kotak pemikiran Ee,bagaimana pula perasaan mereka jika Bangsa Melayu (Islam) pula menjadikan agama mereka tunggangan dalam berpolitik dan mengutuk bangsa mahupun agama mereka..Apakah mereka akan menerimanya seperti HamPAS2 Melayu Islam lainnya???..Jika Melayu Islam tidak sedar.."Percayalah tidak mustahil suatu hari nanti mereka penganut Agama lain akan mengunakan Mimbar Masjid sebagai tempat untuk mereka berceramah dan menghentam Bangsa mahupun Agama Islam itu sendiri"..sedarlah jangan ikutkan sangat segala bisikan dajjal2 berjubah,berserban,berketayap,bertasbih dan berdahi hitam yang hanya memikirkan hanya untuk berkuasa sehingga sanggup menjual Agama kerana desakan iblis yang bersarang di hati dengan"Memporak Perandakan Perpaduan Ummah".

Pada Ee petanda kehancuran sesuatu Agama mahupun bangsa itu adalah apabila bangsa itu sendiri memusnahkanya sendiri.. tanpa mereka sedar mahupun sedar tapi kerana mengikut segala kemahuan nafsu hasutan Iblis maka tutup mata,telinga dan hati asalkan mendapat kepuasan kerana kecewa,dengki dan kianat...Inilah "Petualang Agama,Bangsa dan Negara"..Marilah kita sama2 berganding bahu bersatu dalam mempertahankan Agama,Bangsa dan Negara dalam 1 Malaysia dengan menolak segala hasutan dan fitnah dajjal2 pembangkang.Sedarlah!..Kembalilah Kepangkal Jalan sebelum terlambat...Renung2kanlah..

No comments:

Post a Comment