Berfikir biar logik,berbicara biar bertempat,berpolitik biar berpada,menulis biar berisi,berdakwah biar betul...pangkat dan harta bukan segalanya...
Tuesday, December 27, 2011
Kata2 Hasan Ali dan Nasharuddin Md Isa pada Ee samalah dengan mengatakan Pemimpin2 PAS adalah Munafik Islam..Fikirkanlah..
Apabila Anwar bersetuju kalimah Allah digunakan oleh orang kafir..dan Nik Ajis juga bersependapat dengan Anwar pada pendapat Ee ini semua adalah sebab mahu menarik undi orang bukan Islam untuk mengundi PR. Bagi Ee itu satu penghinaan yang jelas terhadap Islam.Bagi Ee sebagai orang Islam kita sepatutnya merasa malu apabila Anwar mahupun Nik Ajis sanggup mempertahankan sahabat-sahabatnya daripada DAP biarpun tindakan mereka menindas masyarakat Melayu dan Islam.Begitu juga bila Nik Ajis pula merasa malu untuk mengaku Melayu..Apalah punya Melayu..sampai nak malu nak mengaku Melayu..agak2nyalah apalah perasaan Mak Bapak mereka ini jika masih hidup lagi?..Mungkinkah mereka sanggup mendengar apa yang anak mereka kata atau mungkinkah mereka tidak sanggup untuk mengaku itu anak mereka?..Memalukan bangsa dan agama saja..Bertaubatlah!..Dengar2lah nasihat dari Dato Hasan Ali "Macam mana nak memperjuangkan Islam kalau bangsa Melayu itu sendiri tidak kuat?..Bukankah di negara ini Melayu itu Islam?..Bukan semua Islam itu PAS.Apa pun PAS sepatutnya malu.."
Pada pendapat Ee Anwar memang luar biasa dalam soal membuat kelentong mahupun fitnah, kalau rakyat Malaysia saja kena tipu tidak apa. Tetapi Nik Ajis yang dikatakan setarap dengan Nabi oleh HamPAS2, Presiden Amerika dan Presiden Turki pun kena kelentong dengan dia. Dengan kita dia cakap lain, depan orang lain dia cakap lain. Contoh paling mudah, 16 September...Sehinggakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha 2008 adalah tindakan yang betul."Perancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama," katanya selepas menghadiri Majlis Lembaran Wanita Kelantan di Dataran Kemerdekaan di sini.Hehehe..Nik Ajis pun kena tipu dik anwar..Pada Ee Nik Ajis dan penganut PAS sudah lupa bagaimana semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pernah berkata dalam satu majlis ceramah Umno di Terengganu dalam tahun 1986 bahawa :" Pemimpin-pemimpin PAS jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan. Kalau anda tidak mempunyai rancangan untuk pembangunan rakyat, tiada mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong"..
Selain daripada itu, beliau telah berkali-kali membuat penipuan sebelumnya. Seperti penipuan mengenai diracun arsenik, penipuan mengenai suntikan HIV dan pelbagai penipuan lain. Malah beliau terkenal sebagai seorang yang gemar berjanji manis dan ber retorik tanpa membuahkan sebarang hasil., sampai hari ini tidak ada apa..hakikatnya rakyat negara ini yang kena kelentong bulat2 terutama penyokong2 HamPAS yang siang malam dok asyik menyalak di kedai2 kopi mereka dok canang nak perintah Malaysia tapi dapat bau kentut Anwar je..kesian..kena tipu bulat2..Pada Ee adalah sesuatu yang malang bagi penganut PAS dan PKR apabila mereka sentiasa ditanamkan dengan Politik Kebencian,dendam Kesumat,hasad dan hala tuju politik yang bersimpang siur dengan niat yang berselingkuh dalam keserakahan mengejar matlamat lalu menghalalkan cara oleh pemimpin2 PAS yang ketandusan Idea.Pada Ee Islam bukan mainan,Islam bukan ciptaan manusia ataupun mereka yang bergelar ulama' yang begitu keji memperdagangkan Islam semata mengikut keserakahan hawa nafsu yang inginkan kuasa dan keduniaan.
Pada Ee untuk kesekian kalinya, Anwar Ibrahim cuba menipu lagi. Kali ini dalam usaha untuk menghapuskan label agen US yang melekat pada dirinya, beliau menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir ada menghantar surat memohon bantuan kepada Bank Dunia untuk menyelesaikan krisik ekonomi 1999.Namun Tun Dr. Mahathir dalam kenyataan balasnya mengatakan bahawa Anwar Ibrahim penipu dan sememangnya seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar Ibrahim adalah penipu dan tidak mustahil beliau akan menipu lagi bila suruh bersumpah macam2 helahnya.Kita juga mengetahui bagaimana pada masa krisis 1997-1999 itu, Tun Dr. Mahathir tidak mahu menerima pakej ekonomi dari IMF dan Bank Dunia. Kita juga tahu bahawa Anwar Ibrahim diatas kelemahan beliau sebagai Menteri Kewangan yang mungkin tidak faham asas-asas ekonomi, mahu mengikut langkah-langkah yang dicadangkan oleh IMF. Ini kerana beliau tidak ada idea lain yang boleh difikir sendiri melainkan menerima idea orang lain sahaja.Jawaban Ee senang saja kalau dah dasar pembohong semuanya nak bohong dan putar sana..putar sini..Pada Ee senang je cubalah tanya Anwar, siapakah Menteri Kewangan dari tahun 1991 sehingga 1999..agak2nyalah berapa banyak pinjaman yang dibuat pada tahun 1992, 1993, 1994 dan 1995.Hehehe..bukankah Anwar adalah Menteri Kewangan pada masa tersebut..rakyak dah tahu daa.. jangan dok kelentong je..juak2 HamPAS bolehlah kelentong..mereka hanya tahu angguk2 geleng2 sapi je..otak taruk tang lutut je..
Pada pendapat Ee 1 Malaysia adalah satu konsep yang telah dianjurkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib yang bertujuan mewujudkan perpaduan serta penerusan kepada agenda pembinaan Negara.Ee juga berpendapat bahawa 1 Malaysia mampu menjadi pemangkin kepada teras perpaduan rakyat Malaysia.Oleh kerana itulah pada pendapat Ee bahawasanya Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang amat yakin jika 1Malaysia akan berjaya, maka tidak ada ruang bagi Pakatan Rakyat untuk bertapak di Malaysia sebagai sebuah barisan yang mampu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional dengan itu antara lain maka disamakannya 1 Malaysia dengan 1 Israel bagi membunuh aspirasi yang dibawa oleh konsep 1Malaysia ini kerana 1Malaysia adalah ancaman kepada Pakatan Rakyat.Atas sebab itulah Anwar Ibrahim cuba pula menuduh bahwa 1Malaysia ditiru daripada konsep 1Israel dan telah digubal oleh firma Public Relations – Apco Worldwide Inc.Apabila pendedahan surat surat dari Apco Worldwide bertarikh 19 Ogos 2010 ditandatangani Ketua Eksekutif Apco Rantau Eropah, Timur Tengah dan Asia, Brad Staples bahawa firma itu dilantik kerajaan Malaysia bagi menyediakan khidmat komunikasi bukan menggubal konsep 1Malaysia seperti yang dituduh oleh Anwar Ibrahim.Surat itu itu menyatakan Apco tidak pernah terlibat mencipta gagasan 1Malaysia atau mempunyai kaitan dengan One Israel seperti yang didakwa Anwar sebelum ini dan juga bukti kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk mewujudkan kes prima facie terhadap Anwar dalam prosidingnya sebelum ini.Maka terbongkarlah pembohongan licik dari Anwar maka meloponglah mulut2 HamPAS yang sudah jadi munafik akibat terikut rentak Anwar sehingga ada yang masuk lalat dan kena berak lalat..
Pada pendapat Ee dan mungkin juga anda semua bahawa 1Malaysia adalah rebranding untuk Barisan Nasional yang memang diakui oleh Anwar Ibrahim kerana beliau begitu bersusah payah untuk mendapatkan maklumat walaupun bukan maklumat betul dan disulam dengan penipuan semata-mata untuk menjatuhkan 1Malaysia.Pada Ee inilah politik Anwar Ibrahim , Ketua Pembangkang bagi mereka yang suka sangat membangkang segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dibawah pimpinan UMNO kerana ingin mempertahankan perjuangan politik sanggup menjatuhkan satu gagasan yang boleh membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Fikirkanlah..dan renungkanlah kenapa Dato Hasan Ali dan Nasharuddin Md Isa sanggup mencaci parti PAS yang telah menaikan namanya di pentas politik?..Mengapa mereka saling tuduh menuduh?..Sehiggakan Dato Hasan Ali melemparkan kata2 mengkeji partinya sendiri dan menyelar dengan lantang segala kata2 Mustafa Ali yang dikatakan sebagai munafik..Begitu juga menyelar tindakan Nik Ajis dan Hadi awang yang ingin merngantikan perjuangan negara Islam kepada Negara Berkebajikan..Kata2 Hasan Ali dan Nasharuddin Md Isa pada Ee ini semua adalah sama dengan menyifatkan pemimpin2 PAS sebagai Munafik Islam dan rakyat terutama HamPAS2 sedarlah dan kembalilah kepangkal jalan..Dengar2lah nasihat dari Dato Hasan Ali "Macam mana nak memperjuangkan Islam kalau bangsa Melayu itu sendiri tidak kuat?..Bukankah di negara ini Melayu itu Islam?..Bukan semua Islam itu PAS.Apa pun PAS sepatutnya malu.." ..Bersatulah di bawah 1Malaysia demi kedaulatan maruah Agama,Bangsa dan Negara...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment