Berfikir biar logik,berbicara biar bertempat,berpolitik biar berpada,menulis biar berisi,berdakwah biar betul...pangkat dan harta bukan segalanya...
Thursday, December 15, 2011
Nak naik Kebulan guna Satu rocket dengan Tiga Nakhoda bawa Pengikut Berlainan Pendapat yang jadinya Mata Lebam Bertumbuk..
Ee ingatkan bahawa orang2 Melayu supaya tidak terpedaya dengan helah DAP yang didakwa bercadang meletakkan calon-calonnya di kalangan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang.Mereka pemimpin DAP begitu licik dalam memperkudakan orang Melayu yang tidak sedar diri bahawa mereka itu Melayu dan mereka tidak sedar bahawa mereka hanya diperlukan semata untuk memecahkan undi agar undi Melayu agar memehak kepada DAP dan seterusnya mendapatkan kuasa mutlak.Pada Ee tindakan DAP itu hanya untuk mengabui orang Melayu kerana hakikat sebenarnya ia adalah sebuah parti cauvinis yang tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu.Pada Ee inilah parti (DAP) yang paling cauvinis.Pemimpin DAP berkata dia berjuang untuk Malaysian Malaysia tetapi sejarah perjuangan DAP dari dulu hingga sekarang Ee tahu terlalu cauvinistik"..Hanya melayu HamPAS yang tidak pernah bersyukur dan memahami hakikat yang tersurat mahupun tersirat di sebalik Agenda DAP yang mahu meletakan calun Melayu pada PRU 13 kelak.
Nasihat Ee kepada orang Melayu hati-hati, jangan cepat teruja dan terpedaya dengan kosmetik politik pemimpin DAP khususnya Lim Guan Eng yang mengangkat dirinya sendiri seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.Islam itu lebih tinggi dari segala-galanya. Golongan seperti pemimpin DAP ini akan mencuri apa jua kesempatan untuk menagih sokongan kerana dia tahu dulu orang Melayu menolak mereka"..kini mereka merasa semakin diterima apabila PAS menyokong segala tipu muslihat dan putar belit semata memancing undi Melayu...Yang bodohnya Melayu Islam itu sendiri Agama mereka djadikan tunggangan untuk kepentingan parti yang menjadi musuh Islam itu sendiri..
Pada Ee Lim Guan Eng tidak ubah seperti sesumpah yang sentiasa berubah warna mengikut keadaan dia boleh pakai gelaran Khalifah Umar Aziz untuk orang Melayu terutama kepada penyokong PAS dan gelaran Father Joseph untuk sokongan bukan Islam.
Ee harap rakyat negara ini jangan sampai lupa akan sejarah tragedi 13 Mei 1969 kerana jika dulu boleh berlaku, tidak mustahil sejarah itu boleh berulang kembali.Ee fikir kalau kita lupa sejarah kita, kita akan ulangi sejarah itu kembali.Pada Ee begitulah bila sesorang itu lupa akan sejarah seperti apa yang berlaku pada Mat Sabu memperkecilkan pengorbanan pejuang kemerdekaan dengan mengangkat Komunis sebagai Wira negara.Pada Ee kenyataan ini akan membongkar kembali "Luka Lama" yang telah bertaup rapat dan tidak mustahil akan menjadi pergaduhan jika tidak diadili dengan penuh bijaksana.
Pada Ee pembangkang telah gagal menanamkan sikap patriotik dan nasionalisme dalam diri masing-masing sehingga sanggup memburuk-burukkan Negara dan menjaja keselamatan dalam negeri sesuka hati.Pada Ee sepatutnya pembangkang mempunyai pemikiran yang matang dan bijak menggunakan pentas politik tanpa perlu menunjukkan kebodohan mereka atas alasan semata-mata menarik perhatian rakyat dengan memburuk-burukan pemerintah.Pada Ee
pakatan pembangkang akan melakukan pelbagai taktik dalam cubaan mereka untuk merosakkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan termasuklah melemparkan pelbagai fitnah asalkan mereka dapat mempengaruhi rakyat.
Ee masih ingat bagaimana Anwar pernah mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif dan tidak selamat dan pernah mengeji pakaian batik Malaysia sedangkan ia adalah produk tempatan yang tidak sewajarnya dipolitikkan dan ini sangat memalukan.Begitu juga sebelumnya anak perempuan Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izza juga pernah memberikan kenyataan palsu ketika temubual dengan akhbar Kompas di Indonesia, kononnya kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman, masih tidak boleh menyelam selain mendakwa ia sebagai aset usang dan terpakai.Pada Ee inilah pembangkang sanggup memburukkan negara sendiri dan melemparkan fitnah semata-mata untuk kepentingan politik untuk mendapatkan kuasa.Pada Ee sikap hipokrit pemimpin-pemimpin pembangkang ini jelas akan menjejaskan prestasi dan pandangan mata asing terhadap Malaysia.
Pada Ee apabila pehak pembangkang berkata bahawa mereka sepakat dalam menyelesaikan sesuatu isu,itu merupakan pembohongan besar.Jika mereka sepakat tetapi kenapa sampai ke hari ini bermula daripada tarikh mereka bersama atas dasar pakatan ketika mahu berdepan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-12 lalu dan sehingga sekarang masih belum membuat pendaftaran pertubuhan sedangkan PRU 13 akan berlangsung bila-bila masa saja.Pada Ee inilah bukti bahawa mereka hanya bergabung atas kepentingan masing-masing tanpa ada sebarang matlamat sebagaimana BN yang di dalamnya mengandungi kepelbagaian dalam satu kesatuan tetapi tetap sepakat dalam satu bendera dan satu simbol.
Pada Ee jika benar mereka mahu bersatu atas satu pakatan maka tentunya mereka sudah membuat pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan sebagaimana BN apatah lagi memang sejak dari awal pakatan pembangkang ini seringkali mahu meniru apa yang dilakukan oleh BN.Pada Ee mereka ini akan mementingkan diri masing-masing dan apa yang mereka lakukan bukannya untuk rakyat keseluruhan sebaliknya atas agenda sendiri sebagaimana penubuhan parti mereka iaitu atas dasar kekecewaan, jadi bagaimana ia boleh dilaksanakan dengan adil sekiranya dilakukan atas landasan kecewa dan kuasa.Pada Ee inilah "Pembohongan Paling Besar dalam Sejarah Pembangkang kepada rakyat apabila telah gagal dalam kesepakatan penubuhan parti2 gabungan dengan mengunakan satu simbol dan mereka masih lagi bergelar "Pakatan Haram"..
Pada Ee ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang ada 13 parti tapi takde masalah untuk duduk berbincang. Contoh masa konvensyen BN yang baru lalu, kesemua parti luah pendapat mereka dan pada akhirnya Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak buat kesimpulan berdasarkan satu ideologi, satu matlamat, satu prinsip, satu visi..tiada masalah..Pada Ee BN sentiasa senyum iklas dan saling berpimpin tangan sesama pemimpin dan penyokong tidak seperti pembangkang yang baru 3 parti tapi "Kosong" macam bendera PAS..Nak naik kebulan guna satu rocket dengan tiga nakhoda nak bawa pengikut berlainan pendapat yang jadinya mata lebam bertumbuk macama simbul mata bendera PKR.Pada Ee Pakatan mereka hanya wayang.Ideologi ketiga-tiga parti berbeza antara satu sama lain.Jadi kita tak hairan kalau masing-masing cuba tutup perbezaan tersebut, takut rakyat tahu.Pada Ee jika inilah pemimpin yang hendak kita pilih sebagai pemimpin negara "Kirim Salam Sajalah"..
Lebih baik pilih BN yang telah kita tahu akan jasa dan pengorbanan mereka terhadap memakmurkan rakyat dengan membawa perubahan demi perubahan semuanya untuk kesejahteraan rakyat..Fikirlah untuk Jenerasi akan datang.. Bersatulah dibawah 1 Malaysia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment