Thursday, August 25, 2011

Pada Ee Hudud PAS hanya nyanyian Penghibur.. Pengubat duka Penyokong PAS kerana Bangkai Busuk PAS yang semakin terbuka luas..




Pada pendapat Ee kenapa baru sekarang mereka nak memperjuangkan Kebajikan dan menjaga Kebajikan rakyat?.. Kenapa tidak sejak dari dulu lagi?.. Itu yang menjadi tanda tanya Ee dan mengkin rakyat negara ini.Pada Ee itu cuma cogan kata sahaja sahaja!!!.Laksanakannya tidak..contoh terbaik Kelantan..

Pada Ee tidakan Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP memberi kata dua kepada Kerajaan Pas Kedah supaya menarik balik larangan operasi pusat hiburan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu, mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.Serentak dengan amaran tersebut,Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri setuju menimbangkan semula larangan berkenaan bagi menggembirakan semua pihak yang menentang keputusan itu.

Karpal dengan tegas menyatakan bahawa dia dan DAP Laknatullah akan tetap memerangi mana - mana pihak yang masih ada cita - cita untuk memperjuangkan Negara Islam.Pada pendapat Ee baru saja Karpal terkentut maka para ular dalam semak PAS yang tua-tua ganyut macam Nik Ajis mula melatah maka bertaburan fatwa-fatwa menyelar dan menyalahkan UMNO.

Pada Ee nampak sangat PAS sekarang ni terpaksa 'mempertahankan diri' akibat tindakan mereka mengugurkan perjuangan Negara Islam dan digantikan dengan Negara Kebajikan.

Ee ingin mengulas isu berkaitan baiah yakni jatuh talak tiga keatas isteri jika wakil rakyat dan pemimpin PAS keluar parti masih terus berlarutan dengan pertentangan pendapat di kalangan ahlinya antara wujud atau tidak perkara sedemikian diamalkan tidak berapa lama dulu.

Bukan itu sahaja, para pemimpin atasannya juga turut sama membuat penafian berhubung dengan perkara tersebut lantas menyatakan tiada amalan sedemikian dilakukan. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mengatakan bahawa tidak pernah mengamalkan baiah dalam parti lantas beranggapan bahawa isu tersebut hanya digembar-gemburkan oleh kalangan yang dengki dengan perkembangan parti tersebut.Pada Ee mereka tetap menuduh UMNO.Tetapi hakikatnya..

Ee ingin mendedahkan bahawa semua pendedahan berkaitan hal baiah ini bukan ditimbulkan oleh mana-mana pihak yang diluar PAS sebaliknya ia diperjelaskan sendiri oleh Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam, Khalid Samad.Ianya juga turut diperkukuhkan dengan beberapa kenyataan lain yang menyokong pernyataan daripada Khalid bahawa amalan baiah tersebut sememangnya wujud dan menjadi amalan dalam PAS.

Apa yang Ee ketahui bahawa ada isteri wakil rakyat PAS yang mengigil dan menangis mendengar perkahwinan mereka diperjudikan menerusi baiah.Oleh itu, apa lagi yang mahu dinafikan oleh para pemimpin atasan PAS apabila pekung yang busuk melantung macam kandang babi yang Pakatan Rakyat nak hadiahkan kepada penduduk Tembuk sewaktu baru seminggu PRU 12 yang lalu sudah terbuka dan terserlah kesumbangan dalam pentadbiran mereka dalam melakukan sumpah taat setia.Pada Ee PAS mempermainkan hukum sewenangnya asalkan untung kepada mereka..Ini benar2 mereka terdesak dengan menghalalkan cara..

Mungkin semua rakyat masih ingat bagaimana kita dikejutkan dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mengatakan bahawa pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk HUDUD jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.Ini kerana parti-parti dalam pakatan itu, termasuk PAS terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan perlembagaan sedia ada. Beliau yang mendedahkan perkara itu menjelaskan, dasar itu dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pemimpin pembangkang termasuk PAS.Mereka Para Penyokong PAS bermatian mempertahankan kononnya Zulkifli Nordin berbohong.Pelbagai tomahan dan kejian mereka lemparkan kepadanya.

Pada Ee Bangkai kalau dah busuk akhirnya akan akan mengeluarkan bau jua..Allah bersama mereka yang benar..Isu diakui bersama oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Beliau berkata, " PAS dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum HUDUD yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini." Malah PAS mengakui hukum HUDUD tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.Apakah ini bohong belaka..Apakah Datuk Mohd Amar Bin Abdullah juga pembohong dan Munafik..Ee cabar orang PAS katakan bahawa Datuk Mohd Amar Pembohong dan Munafik..kalau dah orang kuat sendiri mengakuinya..Inilah yang Ee hairankan mereka pengikut PAS tidak mahu menerima kenyataan bahawa Pemimpin-pemimpin mereka sebenarnya penipu besar dan telah menjadi Munafik..

Pada Ee dulu sewaktu UMNO memerintah dan mempunyai lebih 2/3 mereka mengatakan UMNO menentang hukum Allah swt. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum Allah swt. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto mereka. Terang lagi jelas, kepentingan politik lebih daripada kepentingan agama. Itulah yang boleh kita lihat apa yang ada pada kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini.

Pada Ee pendedahan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa baginda Sultan Kelantan telah menandatangani pindaan hukum HUDUD jelas menunjukkan bahawa PAS bukan sahaja berbohong malah apa yang tersirat sebenarnya ialah mereka hanya menjadikan "HUDUD" sebagai propaganda politik - agar PAS dilihat sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam. Selain itu, " HUDUD " juga dijadikan umpan oleh PAS - umpan untuk pancing undi, umpan untuk mendapat kuasa lagi dan umpan supaya dengan kuasa itu, mereka boleh hidup mewah dan mengaut kekayaan negeri Kelantan.Pada Ee Hudud PAS nyanyian penghibur pengubat duka penyokong PAS kerana bangkai busuk PAS yang semakin terbuka luas..

Pada Ee sejarah hidup PAS selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam. Oleh sebab kononnya pakaian mereka adalah baju Islam.. maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam.. dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah fatwa yang boleh dipercayai walau ianya hanya kelentong untuk memenangi hati penyokongnya saja..

Ee ingin menasihatkan rakyat negara ini terutama Penyokong PAS, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa dengan berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Pada Ee kerana tiada siapa di antara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada.Pada Ee ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa. 

Sekali lagi Ee nasihatkan kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang para pemimpin PAS. Tolak saja PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat terutama DAP Laknatullah. Janganlah tersesat dan mengadaikan Aqidah demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan maka terkuburlah keimanan yang selama ini dijaga dengan rapinya.Marilah bersama kita membangunkan Islam dan kedaulatan Bangsa dan Negara tercinta bersama UMNO yang selama ini begitu setia membelanya tanpa jemu dan berjaya memertabatkannya di persada antarabangsa.Bersatulah!..

No comments:

Post a Comment