Sunday, August 21, 2011

Pada Ee segala fatwa Nik Ajis hanya bisikan Syaitan dan seperti Lembu yang sentiasa mengunyah rumput.Hehe..Bertaubatlah..




Pada pendapat Ee Pas tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan Pas sendiri. Pada tahun 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, Pas bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam ini diterjemahkan Utusan Malaysia 22 April 1999. Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima Pas walaupun menolak negara Islam ini diterjemahkan dalam Berita Harian 12 Mei 1999.Mungkin mereka ahli PAS akan mengatakan sumber dari utusan meloyakan..hehehe..mereka tidak mahu menerima fakta tapi setiap hari membelek akbar kegemaran rakyat Malaysia ini..hati je kata tak mahu baca tapi mata asyik menjeling je..hehehe.. Munafiknya..

Ee masih ingat bagaimana Ketua Dewan Ulamak Pas Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik..Hehehe..

Malahan masih segar dalam ingatan Ee dalam lipatan sejarah Tanah Air bagaimana Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau melaka, Pas sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah katanya, dengan syaitan sekalipun beliau terima.Hehehe..hanya ahli PAS saja yang cepat melatah dan lupa akan lipatan sejarah..

Ee juga masih ingat bagaimana ahli-ahli PAS mendirikan tempat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung) kerana Pas mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan itu menimbulkan perpecahan di kalangan Umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan kerabat atau adik beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

Juga Ee masih ingat bagaimana orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah itu dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di mana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.

Ee masih ingat bagaimana di dalam Amanat Haji Hadi pada 7 April 1981  dinyatakan bahawa sesiapa di kalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahir, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembangaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (III). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).Amat ini masih ada lagi rakaman kasetnya mungkin akan disimpan dalam Muzium Negara untuk tatapan jenerasi akan datang agar jangan mudah lupa sejarah..

Dari kesan Amat Haji Hadi awang maka timbulah pemulauan sembahyang jenazah , kenduri dan lain-lain yang dilakukan oleh orang-orang Pas terhadap orang UMNO, tanpa menghiraukan hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami-isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).

Ee juga masih ingat tentang kedegilan PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana Pas berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak diperdulikan.Pada Ee dan menghairankan PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah lagi dari segi syariat. Amanat Haji Hadi menyebut "Derma kita adalah jihad."

Pada Ee munafiknya Pas mendakwa hendak menegakkan negara islam. Sebenar Pas sengaja berbohong kerana dalam perlembagaan Pas tidak menyebut penubuhan negara Islam cuma cakap-cakap dalam kempen Pas sahaja.Pada pendapat Ee Pas menghina kedudukan wanita dengan mendolak dalikkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi Pas mengundi calon wanita daripada parti lain dlam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca al-Quran, sebaliknya suara-suara muslimat Pas dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah al-Quran dengan nyanyian."

Kerajaan Pas Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga," kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri untuk memberi pekerjaan kepada wanita "kurang rupawan" kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.

Pada Ee siapakah yang gila kuasa dan mempergunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka?. Siapa yang selama ini mengunakan agama dan ayat Quran untuk tujuan pengaruh politik?. Siapa yang menghalalkan dan mengharamkan sesuatu mengikut kepentingan mereka sendiri? Siapa yang mengkafirkan sesama Islam hanya kerana berlainan pegangan politik?.

Terbaru mereka sangup membiarkan bahkan menggalakan DAP yang tentunya kafir mengunakan ayat Quran serta memberi salam ketika berceramah politik?.. Nyatalah bahawa Islam telah dicelakakan oleh PAS..Pada Ee demikian celakanya pemimpin-pemimpin PAS ini. Sedarkanlah diri kita jangan sampai berterusan kita dilembukan oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Ee masih ingat Nik Aziz kata penghisap rokok lebih bodoh dari lembu? .Pada pendapat Ee Nik Ajis sepatutnya kata yang berbaring tengah jalan kerana merusuh itulah yang lebih bodoh dari lembu.Pada Ee Nik Ajis adalah nakhoda dan tuan PAS lembu.Sebab pada Ee segala fatwa Nik ajis hanya bisikan dari syaitan dan seperti lembu yang sentiasa mengunyah rumput..hehehe..bertaubat dan kembalilah kepangkal jalan..

No comments:

Post a Comment