Islam mewajibkan umatnya bersatupadu untuk memupukkan persaudaraan sesama Islam, tetapi apakah makna perpaduan seandainya berlakunya tindakan sedemikian dengan sembahyang dalam satu masjid atau surau dengan dua (2) imam?.Fikirkan dengan hati yang ikhlas dan tulus. Siapa salah siapa yang benar?. Mana satu penegak agama dan mana satu pemesong akhlak ISLAM!!!!!
Akibat fahaman politik sempit...Agama dipersendakan.
KOTA TINGGI : Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada semalam bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.
Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.
"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.
"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.LIHAT GAMBAR 1 YANG DIBULATKAN.
Sultan Ibrahim bertitah, perkara seperti itu harus dihentikan supaya tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.
"Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa," titah baginda selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hadi Kampung Makam, di sini.
Baginda, sebelum itu, merasmikan masjid tersebut yang bernilai RM2.1 juta dan siap pada Julai 2007.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot dan Exco kerajaan negeri.
Dalam titah itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan umat Islam di Johor supaya tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik atau tempat memecah-belahkan masyarakat.
Baginda seterusnya menitahkan pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian.
Pada masa sama, Sultan Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak pengurusan masjid semata-mata.
Baginda juga tidak mahu pihak pengurusan masjid menambah atau membina bangunan baru sesuka hati di kawasan masjid melainkan dengan kebenaran dan kelulusan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) terlebih dahulu.
Titah baginda, langkah itu bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan pembangunan yang tidak sistematik. - BERNAMA
Akibat terlalu nak berkuasa Fitnah berluasa..
Yang Ee maksudkan ialah DS Rosmah Mansur – Isteri Perdana Menteri
Idea asal yang diterajui oleh Mahfuz Omar, kini disambung-sambung pula oleh jentera luar PAS yang datang membantu kempen di DUN Tenang. Kata-kata Mahfuz yang bersandarkan kebodohan akalnya kedepan lebih dari yang lain telah ditokok tambah bagi membangkitkan kebencian rakyat kepada DS Rosmah.
Masalahnya, kenapa macam tu sekali rendah moral PAS dalam nak mendapatkan sokongan rakyat?
Kata Salehudin Ayub sebelum ini, PAS nakkan kempen yang bersih dan sihat, tidak ada serangan peribadi, pergaduhan dan sebagainya tapi jelas, apa yang berlaku berlawanan sama sekali dengan hasrat Naib Presiden PAS ini.
Berapa kali nak diterangkan soal perjalanan DS Rosmah ke luar negara baru-baru ini baru pembangkang nak faham?
Seperti dijelaskan DS Rais Yatim, lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.
Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.
Sila beri perhatian kepada yang digariskan tu ya.Itu bermakna apa? Maknanya lawatan DS Rosmah itu tidak langsung bercanggah dengan undang-undang. Ia adalah keputusan kabinet yang telah dipersetujui lama sebelum DS Rosmah menjadi isteri Perdana Menteri sekali pun.
Pendek kata setiap isteri Perdana Menteri negara ini punya latar belakang penglibatan dalam bidang-bidang yang berkebajikan sehingga menjangkau ke peringkat antarabangsa. Justeru itu tidak hairan kenapa mereka dijemput memberi ucap tama atau menghadiri seminar yang berkenaan termasuk di peringkat antarabangsa (maksudnya luar negeri lah tu).
Yang PAS beria nak menjadikan isu dengan DS Rosmah ni kenapa? Tak cukup ke menyebar fitnah mengenai kononnya penglibatan DS Rosmah dalam satu kes bunuh? Itu sendiri pun dah menjadikan PAS ini sebuah pertubuhan yang keji walaupun gebangnya besar memperjuangkan Islam.Pesan Ee kepada para pemimpin PAS dan para penyokong bangang alias bebal PAS, toksah buang masa kalau tak tahu apa yang kau cakap. Kata memperjuangkan Islam tapi adakah dengan mengapi-ngapikan kebencian rakyat kepada DS Rosmah ini selaras dengan perjuangan Islam?..
Ds Rosmah mangsa trend moral rendahan Puak hamPAS menjulang fitnah,pembohongan dan manipulasi kehulu kehilir membawa cerita tokok tambah lagi karut marut..Pemimpin-pemimpin HamPAS meniup sehingga menjulang tinggi api kebencian rakyat tanpa mereka sedari mereka sebenarnya meniup sendiri sehingga menjulang tinggi api neraka membakar terhadap dosa2 keji mereka terhadap empunya diri, rakyat jelata dan negara.
Daripada apa yang telah Ee fahami dan halusi sebaik mungkin , telah banyak tersebar fitnah oleh pihak pembangkang ke atas bekas YAB. Perdana Menteri MalaysiaTun Mahathir. Ketika YAB bercuti di luar negara sambil lawatan kerja berbagai fitnah didengar. Antara lain ketika berada di Mekah dikatakan YAB tidak membuat tawaf dengan sempurna sedangkan ada orang yang melihatnya YAB elok-elok pun tawaf bersama mereka.
KetikaYAB berada di Argentina ada yang mengatakan mati dan kata sakit tenat kerana jatuh kuda. Utusan Malaysia 28 Januari 2000 ada menyiarkan penjelasan oleh YAB sendiri dari London. Tajuk berita itu berbunyi "Tunggang kuda sejauh 30 KM se hari di Argentina - Saya sihat".Ee ingin bertanya mengapakah golongan ini sanggup mengkhianati kemudahan internet yang juga berupa jasa utama Perdana Menteri kita membawa kemajuan IT ke Malaysia?.
Pada pendapat Ee yang dangkal lebih berat lagi ialah fitnah "Mahathir dan UMNO atau kerajaan BN tolak Islam, tolak hudud " dan yang seumpamanya. Fitnah seumpama ini boleh dibuktikan pada Harakah 04 Februari 2000 muka depan oleh YB. Datuk Haji Fadzil Noor dan Harakah 07 Februari 2000 muka 04 ruangan Fikrah Editor. Sepatutnya fitnah TOLAK HUDUD inilah yang mesti PAS tunjukkan bukti hitam puteh kerana menyentuh soal penolakan hukum Allah oleh seorang Islam adalah sangat besar bahananya boleh mejejaskan akidah menjadi murtad.
Pada Ee YAB. Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan sudah pun melakukan suatu penyelewengan menyembunyikan fakta dalam surat Perdana Menteri. Apabila ditanya mengapakah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) 1993 Kelantan (HUDUD PAS) belum dilaksanakan lagi setelah PAS memerintah Kelantan LIMA tahun, beliau menjawab, "PM ugut jika laksana hudud" - demikian Harakah 20 November 1998. Katanya lagi, "Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum tersebut selepas diberikan kuasa adalah berat dosanya yakni kedua selepas kafir". Dalam kes hudud kononnya PAS sudah selesai tugasnya tetapi Perdana Menterilah yang berdosa berat kerana menahan perlaksanaannya. Mengapakah YAB. Datuk Nik Ab. Aziz tidak membaca salinan surat Perdana Menteri yang dihantarkan kepadanya untuk ditafsrikan bersama oleh anggota dewan ?..Pada pendapat Ee inilah dia Ular Mak pembohong yang sanggup menjual agama dalam sekelip mata..Pembelit..
Bukti Pembohongan Hudud PAS..
EKJS(II) 1993 Kelantan itu benar-benar BERCANGGAH DENGAN HUDUD ALLAH terutama di dalam perkara prinsip keadilan seperti yang dituntut oleh Islam. Dalam laman ini cukuplah sekadar DUA CONTOH sahaja dipetik kebercanggahan EKJS(II) 1993 itu. Pertama fasal 56 "Hanya terpakai ke atas umat Islam sahaja"; sedangkan hudud Allah tidak mengira bangsa dan agama semuanya kena belaka terutama dalam kes-kes mencuri, merompak dan menderhaka. Manakala fasal 68 pula mengenai "Syarat perlantikan hakim langsung tidak diperuntukkan seperti kehendak hudud Allah iaitu ada 15 syarat". Syarat mesti Islam dan mesti lelaki pun tidak diambilnya.
Perbandingan kebercanggahan itu boleh dirujuk kepada hudud yang PAS siarkan dalam Harakah 10 April 1992 hingga 01 Mei 1992 (Tujuh siri) sempena pilihanraya kecil DUN Bukit Payung, Marang, Terengganu (Penamaan calion 11.04.1992). Setetah diteliti hudud siaran Harakah itu rupanya dicedok terus daripada sebuah buku 'Undang-undang Islam, Jenayah dan Hudud" keluaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang disemak oleh Sahibus Samahah muftinya Datuk Haji Hasbullah bin Mohd. Hassan bertarikh 01 Oktober 1991. Pengambilan kandungan buku tersebut pula tanpa kebenaran penulisnya Tuan Guru Haji Mohd. Noor Ab. Majid, Selising, Pasir Puteh, Kelantan.Pada Ee disini pun sudah nampak tidak bersih, demi kerana kepentingan pilihanraya, pakai cedok sahaja tanpa mengira hak milik siapa. Soalnya mengapakah ketika berjanji mahu laksanakan hudud, maka hudud yang sebenar dipamerkan walaupun hak milik orang. Apabila tiba 25 November 1993 diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri terdapat banyak yang dipinda mengikut kepentingan sendiri bercanggah di sana sini ? Keterangan bukti yang lebih jelas ada dilampirkan khas dalam laman ini (LAMPIRAN V).
Pada Ee apa yang sangat ketara ialah PAS sendiri tidak ada kesungguhan menyediakan undang-undang Hudud berkenaan, tidak seperti dakwaan YAB. Datuk Haji Nik Ab. Aziz dalam Harakah 20 November 1998. Buktinya sangat mudah dicari. Kalau benarlah hudud PAS itu tidak bercanggah dengan hudud Allah mengapakah tidak dibawa ke Parlimen untuk dibahas dengan teliti ? Di sana barulah tahu siapa yang menolaknya sesungguh hati. Yang anehnya kenapa undang-undang MURTAD yang menjadi sebahagian dari EKJS(II) 1993 fasal 23 tergopoh-gapah dibawa ke parlimen ? Mengapa pula anak dibawa sedang ibu ditinggalkan ? Sebenarnya PAS telah berbohong kerana PAS telah berjanji dalam Harakah 28 Februari 1997 "Hudud akan dibawa ke parlimen ?".
Bak kata pepatah Melayu 'Jauh api dari Pemanggangnya'. PAS hanya bijak berpidato menabur janji tetapi untuk menunaikannya bohong juga menjadi realiti Yang jelasnya apabila hidup berdolak dalik nyatalah kebenarannya berpilih-pilih.Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana dalam pemilihan Parti PAS baru2 ini Presiden PAS Hadi Awang tanpa terduga terpancut mengeluarkan lendir nanah pekong yang busuk selama ini terpendam.Jika selama ini konon memperjuangkan negara Islam kini setelah bersetongkol dengan DAP laknatullah jadi pula memperjuangkan Negara berkebajikan yang ditiru secara bulat-bulat dari kerajaan UMNO yang sedia ada..Buat memalukan kaum je..
Ee katakan rakyat harus bangkit menolak Parti PAS dan pehak pembangkang lainnya pada PRU 13 berlandaskan fakta2 yang nyata akan kebenarannya yang semua telah maklum.
Bila Al-Quran dan Hadis diputar-belitkan, bila Islam dieksploitasi dan dipolitikkan, bila fatwa disongsangkan, bila Melayu sesama Melayu dilaga-lagakan, bila sesama Islam dipecah-belahkan, bila kemungkaran disorok-sorokkan, bila kebatilan diwar-warkan, bila tabung jihad diselewengkan, diselewengkan, bila masjid, Pasti, Sekolah Pondok, universiti dan penuntut luar negara diperalatkan, bila Putrajaya dan Perlis hendak dilelongkan, dan akhirnya bila majoriti dua pertiga Barisan Nasional cuba dinafikan, Islamkah PAS sebenarnya?..
Mungkin pendapat akal fikiran Ee sama dengan sebahagian rakyat negara ini bahawa PAS sebuah parti yang ekstrim dan taa’sub. Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk kepentingan politik sempit mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun benar.PAS juga menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.
Pada Ee segala tindak tanduk Parti PAS adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.
PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara.Dalam bab Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan.Begitu juga dalam Penyelewengan PAS terhadap wang 'Darul-Mal' yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan.Jika hendak dicari gali penipuan,pembohongan dan fitnah sejak dari zaman sebelum merdeka sehingga kehari ini yang telah dibuat oleh Para Pemimpin PAS mungking sehingga musang berjanggut dijumpai pun tidak akan habis digali. Dosa2 Pembohongan Licik PAS sebelum Merdeka hingga Kini tidak akan tertebus walau pun diCuci dengan Air Zam2 sehingga kering.. kontang tidak berair lagi..
Renungkanlah maksud firman Allah yang bermaksud :--
"Dan sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh" - demikian maksud ayat 191 surah al-Baqarah. Bunuh hanya mati seorang tetapi fitnah melibatkan apa dan siapa juga yang berkaitan dengannya. Kalau fitnah itu kepada seorang pemimpin negara maka akibatnya boleh imej segala kepentingan negara, seperti menjejaskan perkembangan ekonomi, kestabilan politik, keselamatan dan sebagainya.Renungkanlah...
No comments:
Post a Comment