Apa yang dilakukan setelah enam tahun Pas bersama DAP namun tidak pula DAP memahami Islam.Semakin menentang dan menunjukkan anti Islam adalah sifat ketara DAP terhadap Pas.Dimanakah silapnya sehinggakan Pemimpin Pas gagal mendidik DAP tentang keindahan Islam.Pada pendapat Ee malahan pemimpin Pas lebih bertolak ansur sehinggakan kini dilihat Pas hilang asas perjuangannya.Ingin Ee katakan bahawa Pemimpin Pas berdolak-dalik dengan menyifatkan keengganan pemimpin DAP khususnya Pengerusinya, Karpal Singh untuk menerima konsep Negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas disebabkan ketidakfahaman pemimpin utama parti itu terhadap agama Islam.
Ee dapat rasakan bahawa PAS semakin kalut seperti Anjing yang takut kepada bayangannya sendiri buat kali pertama Pas mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan mereka seolah-olah menunggang DAP. Bukannya DAP yang menunggang Pas seperti yang dikatakan banyak pihak.Penjelasn itu dibuat kerana Pas semakin takut apabila banyak ahlinya mula mempertikaikan kredibiliti dan dasar perjuangan parti tersebut.Perkara tersebut dijelaskan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Persuruhjaya III Pas Kelantan kepada lebih 5,000 ahli parti itu ketika menyampaikan ceramah pada Ijtimak Pilihan Raya Pas Kelantan di Pantai Genting di sini 22 Julai lalu.
Ee ingin menasihatkan apa lagi yang ditunggu oleh penyokong Pas yang secara nyata menunjukkan kepimpinan parti itu kini terlalu tunduk kepada desakan PKR dan DAP.Semakin lama kerjasama diteruskan maka semakin lama Pas kehilangan identiti perjuangan parti dan menggadaikan maruah Islam.Perkara itu dibuktikan sendiri oleh bekas ahli Pas yang juga Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd. Fairus Khairuddin berkata Pas menjadi kuda tunggangan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam demonstrasi jalanan 9 Julai lalu.
Pada pendapat Ee sepatutnya PAS membantu rakyat bukan pula meminta rakyat yang membantu mereka dengan mengutip pelbagai derma.Seperti baru-baru ini Pas melalui Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meminta derma dalam bulan Ramadan ini untuk tabung pilihanraya umumnya ke13.Dengan Jejak ke Putrajaya Tabung pilihanraya umum Pas itu diumumkan oleh Nik Aziz sendiri dalam laman twitter dan facebooknya.Hehehe..inilah tembelangnya telah pecah..Kalau Parti PAS dah tidak cukup duit untuk bertanding dalam pilihanraya lebih baik jangan bertanding dengan menyusahkan rakyat.Sepatutnya bantu rakyat..dah terbalik pulak rakyat memberi kebajikan kepada Parti yang dikatakan memperjuangkan kebajikan untuk rakyat..hehehe..memalukan..
Pada Ee mungkin inilah negara berkebajikan yang dibanggakan oleh Pas iaitu rakyat memberi kepada parti biarpun Pas bersama sekutunya menguasai negeri yang kuat ekonominya iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.Sepatutnya derma yang dukutip untuk kegunaan memantapkan Islam atau membantu mereka yang susah dan memerlukan bantuan bukannya membantu untuk PAS berpolitik dengan membanzir membeli bendera dan dipasang sepanjang jalan setiap hari dan juga untuk digunakan bagi membiayai belanja ceramah mereka. Masih wajarkah mereka mencari derma sedangkan setahu Ee Umno tidak pernah meminta derma dari rakyat dan tetap menabur pelbagai bakti untuk bangunkan negara dan ekonomi yang jitu.
Pada Ee inilah yang dikatakan munafik pemimpin mulut busuk PAS..Jika kerajaan BN yang buat itu tidak betul ini tidak betul yang betulnya PAS sahaja.Ee mula terfikir mungkin Arak yang dijual di luar negeri Kelantan saja yang haram tapi di egari Kelantan ianya halal ini berlandaskan Kerajaan Pas Kelantan sedia mengkaji cadangan masyarakat Cina di negeri ini yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri ini, kata anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri berkata, kajian itu bergantung kepada kewajaran dan keperluan lesen itu dikeluarkan terutama di bandar Kota Bharu.
"Kita sedia mengkaji dan menimbang cadangan itu dan suatu perbincangan akan diadakan antara kerajaan negeri dan masyarakat Cina di negeri ini yang akan turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Lama,"
Katanya, setakat ini MPKB telah mengeluarkan lebih 20 lesen premis menjual arak di sekitar bandar dan ini tidak termasuk yang diluluskan oleh 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di jajahan lain.
Ee juga ingin membawa perkembangan mutakhir di Selangor membuatkan umat Islam di seluruh negara tidak senang duduk.Parti yang diharap memperjuangkan Islam seolah-olah tiada gigi, wakilnya di dalam Kerajaan PKR Selangor tidak dipercayai.Bukti-bukti jelas menunjukkan bahawa sememangnya wujud usaha Kristian untuk mendakyah umat Islam. Pada pendapat Ee yang dangkal ini jika benar Pas menegakkan Islam lebih daripada undi, mereka seharusnya mempertahankan Datuk Hassan Ali, Exco Agama Selangor. Hujahnya mudah, apa yang berlaku hanya pemeriksaan JAIS bukannya serbuan sepertimana dakwaan banyak pihak. Dalam kejadian itu, JAIS berunding selama satu jam dengan pengurusan gereja sebelum membuat pemeriksaan.
Ee ingin bertanya kenapa dan mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan amat takut untuk mengulas isu orang Islam berbuka puasa di Gereja Kristian.Ini kata Nik Aziz : "Saya hanya serah kepada kebijaksanaan kawan-kawan kita di Selangor saya tak mahu campur, cumanya saya mintak jangan mudah melenting sama sendiri.
Ee berpendapat "Pas tidak sepatutnya meneruskan perjuangan bersama DAP jika agenda perjuangan mereka adalah untuk Islam kerana suatu ketika dahulu DAP pernah mengeluarkan kenyataan langkah mayat mereka dahulu baru boleh tubuhkan kerajaan Islam, namun Pas tetap berkawan baik dan cukup rapat dengan DAP.Pemimpin PAS ni kalau bercakap memang pandai.. cukup pandai dalam mengata UMNO tapi mereka pula suka sangat bercakap sehingga koner baring sehingga tertiarap akibat terlebih korner 360 darjah..hehehe.
No comments:
Post a Comment