Sunday, August 28, 2011

Tindak tanduk PAS yang sentiasa tunduk kepada telunjuk DAP ini amat memalukan Islam dan Bangsa Melayu..




"Setibanya di langit dunia, maka para Malaikat pembawa roh orang mukmin akan memintakan izin untuknya agar dibukakan pintu langit. Setelah pintu langit dibukakan, maka serta merta para pemuka Malaikat yang menghuni langit dunia akan mengiringi roh orang mukmin itu menuju ke langit selanjutnya. Demikianlah seterusnya hingga rohnya tiba di langit ke tujuh. Setibanya roh orang mukmin itu di langit ke tujuh, Allah Azza wa Jalla akan berfirman kepada para Malaikat: "Tuliskanlah catatan amal hamba-Ku di tempat yang tinggi nan mulia. Selanjutnya segera kembalikanlah rohnya ke bumi, karena darinyalah Aku ciptakan mereka, dan kepadanya Aku kembalikan mereka dan darinya pula Aku bangkitkan mereka. Maka roh orang mukmin itupun dikembalikan ke jasadnya."

Maka menangislah anak,isteri,ibu,bapa,datuk,nenek,sanak-saudara dan sahabat handai..Maka jasadnya terkujur kaku maka segala amalnya telah terungkai di kala itu.Hanya amalnya di dunia yang dikira.Segala harta,wang ringgit,pangkat dan derajat ditinggalkan begitu saja hanya kain putih pengiring bersama.Diangkat..dikandar bersama anak,cucu,cicit,sanak-saudara atau sahabat handai sekampung.Mereka saudara sesama Islam sama-sama membahu membawa ke taman yang kekal abadi.Dengan iringan air mata dan doa sesama Islam.Di mana Ah Chong dan Maniam?..
Sedarlah wahai bangsaku..Mereka berkata pahala dan dosa tanggung sendiri..Ee bertanya apakah mati nanti teruruskah sendiri?..Ee bertanya anak,cucu,cicit,isreri,sanak-saudara dan sahabat handai yang ditinggalkan terpeliharakah mereka?..Tanah pusaka datuk,nenek,moyong yang ditinggalkan bermaruah kini hampir dan mungkin tergadai di tangan bangsa asing akibat angkara murka diri sendiri..Tidakkah itu dosa namanya?..Sedarlah... 

Sekelumit kisah bangsa dan seagamaku..Hanya sebagai pedoman hidup jangan kita tertipu dan terpedaya dengan omongan para pendusta agama dan bangsa..Mungkin ini hanya pandangan..

Pada pandangan dan pendapat Ee mungkin ada yang tidak kenal pada Ng Swee Ling ( DAP) dan Ee ingin menceritakan berkenaan Ng Swee Ling yang kini dilihat sudah mendapat tempat di hati masyarakat Melayu khususnya yang berketurunan jawa yang menjadi ahli PAS. Kelibatnya di dalam siri-siri ceramah anjuran PAS mula berkembang aktif kerana si celaka ini boleh menggunakan bahasa jawa yang ada ketikanya orang jawa sendiri pun tidak memahami apa yang dihujah dalam ceramahnya.

Ee diberitakan bahawa beliau telah dijemput untuk memberikan ceramah di Manjung,Perak bersama dengan dengan seorang lagi yang tidak asing dalam pimpinan PAS tidak lain dan tidak bukan Mat sabu sapu baru-baru ini. Apa yang boleh Ee katakan bahawa celakanya si malaun ini, apabila dengan selambanya menggelarkan diri Menteri Besar Perak dengan panggilan ' Dato Seri Dr Zambry Bangladesh.

Apa yang amat malangnya pada pendapat Ee, ketika si malaun ini mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina orang Melayu dengan hadis dan sedutan Al Quran yang bertabur langsung tidak faham.Mereka menghina kerajaan pimpinan UMNO dan mempersendakan apa yang kerajaan lakukan.Semua tidak betul yang betulnya DAP dan PAS.Pada Ee yang anehnya semua yang hadir 99% berbangsa Melayu yang beragama Islam termasuk Mat Sabu Sapu (peminat janda). Malah, disusuli dengan gelak ketawa terbahak-bahak mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Cina malaun DAP Sekinchan.

Pada Ee apa yang diungkapkan dalam ceramah itu, merupakan strategi lapuk dikalangan mereka yang begitu terdesak untuk menarik kembali perhatian rakyat supaya yakin dan percaya kepada perjuangan pembangkang. Walhal, dewasa ini kita dapat melihat iklim politik negara sudah terarah berpihak kepada kerajaan BN pimpinan DS Najib bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia.

Pada Ee tindak tanduk PAS yang sentiasa tunduk kepada telunjuk DAP dan pakatan pembangkang sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan Islam dan ketuanan Melayu, jelas menunjukkan parti itu semakin tamak dalam usahanya meningkatkan pengaruh politik.

Apa yang Ee fikirkan selepas terhutang budi kejayaan besar pada Pilihan Raya Umum 2008 dengan mengekalkan kemenangan di Kelantan dan merampas Kedah hasil kerjasamanya dengan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang, PAS umpama parti dilambung gelora asmaradana sehingga tidak menghiraukan teguran demi menjaga kepentingan kelangsungan politiknya.

Pada Ee langkah PAS menarik balik arahan penutupan 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan, menghantar ahlinya dan menyertai perhimpunan haram 9 Julai lalu serta menggugurkan negara Islam dalam prinsip perjuangannya, membuktikan mereka kian terdesak.

Pada Ee PAS didalam pakatan rakyat sekarang sedang bercelaru dengan berbagai pandangan dan prinsip. Mereka umpama telan mati emak, diluah mati bapa. Sepatutnya PAS perlu berfikir, biarpun mereka tidak berjaya menawan Malaysia., tapi sekurang-kurangnya mampu menawan hati Rakyat Malaysia. Pas mampu merealisasikan Islam sebagai tatacara hidup rakyat Malaysia.Pada Ee bukankah itu lebih mulia?..

Mungkin ini hanya pendapat Ee sahaja jika dahulu, wakil rakyat PAS terdiri dari orang kampung yang tidak bersekolah tinggi. Wakil rakyat yang menang atau di calonkan kebanyakannya berjaya dibidang agama pengajian pondok. Mereka bukan dari tokoh akademi seperti Doktor, Jurutera, atau pakar dalam bidang apa-apa pun. Tapi sekarang cuba kita lihat Wakil-Wakil rakyat PAS.., sudah ada yang berpendidikan tinggi dan mempunyai berbagai-bagai jawatan serta kebolehan tapi masih belum  mentadbir sebaliknya ditadbir.

Pada Ee dan berpendapat bahawa kita tidak boleh merendahkan pemimpin-pemimpin PAS terdahulu yang berjaya dalam pendidikan agama dan berjaya mengumpul begitu ramai pengikut seperti Arwah Fadzil Nor dan juga Haji Hadi sekarang ini. Ini semua membuatkan PAS menjadi parti melayu kedua terbesar dalam negara selepas UMNO.Oleh itu, PAS mesti menjadi kuat. PAS tak seharusnya menjadi tunggangan mana-mana pihak seperti yang berlaku sekarang ini.

Pada pendapat Ee rakyat Malaysia ini semakin keliru bila memikirkan kenapa PAS sanggup berada dibawah kekuasaan pihak lain dalam Pakatan Rakyat?.. Rakyat celaru memikirkan apakah hasrat sebenar PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR didalam gabungan haram tersebut?.. Dan rakyat semakin bingung, apakah matlamat PAS tunduk kepada kedua-dua parti sekular itu yang memang jauh dari prinsip perjuangan PAS?..

Pada pendapat Ee penting sangatkah PAS menyertai Pakatan untuk mendapatkan kuasa?.. Sebenarnya pemimpin PAS kini mengambil risiko dalam perjuangan yang hambar dan tidak mempunyai matlamat sebenar.Apa yang Ee lihat seolah-olah PAS sudah di beli oleh sebahagian dari mereka yang mengambil peluang untuk menyampai cita-cita yang langsung tak akan menguntungkan PAS.

Pada Ee majoriti rakyat negara ini tahu, cita-cita besar Pakatan hanyalah untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin Islam UMNO. Ini sudah membuktikan mereka telah meminggirkan yang hak. Dan jika mereka berjaya, apakah mereka mampu mentadbir dengan lebih baik?.. Apa sudah jadi Pulau Pinang. Orang Melayu disana kebanyakan semakin terpinggir dan mereka dianak tirikan oleh DAP dan dirampas haknya.

Ee berpendapat bahawa Pemimpin Pakatan telah menunjukkan yang mereka hanya mampu memimpin negeri-negeri yang mereka kuasai dengan konsep peniaga kedai runcit. Selepas mereka berjaya, mereka akan memonopoli segalanya.Pada pangangan Ee sekarang ini sedikit demi sedikit mereka merampas hak rakyat dan untuk menutup mulut rakyat, mereka tabur janji menanam tebu di bibir.Tapi pada Ee ia hanya berkesan kepada mereka yang sedang mabuk asmara seperti pemimpin dan penyokong PAS yang begitu mudah dipergulakan.

Apa yang Ee nampak bila PAS menyertai Pakatan Rakyat, rakyat melihat ia sebagai satu kerugian besar kepada parti itu sendiri.Tapi PAS tak mengakui hakikat imej PAS akan jadi lebih buruk setelah mereka berkubang didalam kandang Pakatan yang semakin busuk.. sebusuk kandang khinzir yang mereka nak hadiahkan kepada penduduk Tembuk semasa baru seminggu dapat menguasai Selangor.

Pada Ee apa yang PAS nak harapkan kepada PKR di dalam Pakatan?.. Penubuhan PKR dulu terdiri dari banyak orang melayu. Sekarang ni PKR sudah jadi macam rojak buah.. Timun ada, nenas pun ada, buah pauh pun ada juga. Orang yang kecewa banyaklah dalam PKR. Semuanya datang dari MCA, MIC, UMNO dan lain-lain. Inilah sebenarnya parti orang yang tak kuat iman dan inilah orang yang akan menikam PAS dari belakang.

Pada Ee PAS patutnya menangi hati rakyat melalui perjuangan, ketelusan, keikhlasan dan memperjuangan hak bangsa dan agama.Pada Ee PAS perlu tunjukkan mereka boleh jadi pemimpin yang bersih yang ada iman, ada agama dan mampu jadi contoh kepada rakyat.Mereka juga harus tunjukkan yang dengan perjuangan Islam, mereka boleh menjadi pemimpin yang tidak munafik, tak membuat fitnah dan tak mementingkan sifat duniawi. Jika jadi pemimpin hanya untuk kepentingan diri sendiri, keluarga dan rakan kroni.Pada pendapat Ee PAS patut buang saja perjuangan Islam mereka dan seterusnya menjadi parti politik seperti DAP dan PKR..Janganlah jadi pembohong dengan menggunakan Islam dan menghalalkan apa saja semata kerana nakkan sangat kuasa.Ingatlah bila mati kelak Tanah Puasaka nenek moyang inilah yang akan menjadi satu-satunya harta pusaka kita kepada anak cucu,cicit dan bangsa kita.fikir-fikirkanlah..

No comments:

Post a Comment