Jika difikirkan secara tenang dan mendalam terlalu banyak perkara jika kita mahu membincangkan mengenai PAS dan para pemimpinnya. Sememangnya, sukar untuk menolak hakikat bahawa PAS begitu mendapat banyak faedah melalui label Islam yang tertera pada partinya.
Pada pendapat Ee ini membuatkan pemimpin-pemimpin mereka sentiasa tergelincir lidah hingga mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam sendiri. Apatah lagi dengan cara kosmetik luaran mereka, ramai yang kurang mendalami ilmu agama sukar untuk menafikan ketelanjuran pemimpin-pemimpin PAS ini termasuklah isu terbaru berkenaan dengan sebuan JAIS di Gereja.Hassan Ali kata begini..Hadi Awang pula kata begitu..dan selebihnya menunding pula kepada UMNO..Mana dia yang dikatakan pejuang Islam..
Ee berpendapat yang paling menyedihkan para pengikut PAS ini sanggup berbuat apa sahaja setelah menelan segala yang disogokkan kepada mereka tanpa membuat pertimbangan yang rasional mengikut akal yang dianugerahkan Allah SWT.Pemimpin Pas pula mengambil kesempatan atas keadaan ini dengan tindakan-tindakan ghairah mereka mencari kesalahan orang lain tanpa melihat kelemahan diri sendiri.
Ee ingin membawakan satu hadis Nabi yang menyeru umatnya agar tidak sesekali bersikap ghairah menuding jari mencari kesalahan orang lain tanpa mahu bermuhasabah diri.Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda:
"Jika ada seseorang berkata: Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"
Ada pun orang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.
Pada Ee jika kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan takjub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menunding orang lain.
Pada Ee jika keadaan ini kita rentetkan dengan pemimpin-pemimpin PAS yang seringkali mendakwa diri mereka ulama sudah pasti terdapat banyak pelanggaran sifat yang sepatutnya ada pada mereka.Pada Ee ini bukanlah satu tuduhan secara membabi buta tetapi berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh mereka selama ini. Paling kejam adalah tuduhan kafir yang dilemparkan oleh mereka kepada individu yang tidak di sebelah pihak mereka.
Mereka (Pemimpin-pemimpin PAS) juga pantang ditegur. Seolah-olah mereka maksum walaupun perbuatan mereka itu terang-terang salah di sisi agama seperti mencarut, memberi gelaran buruk kepada seseorang, mengatakan Tuhan mencarut dan samseng, undi Pas masuk syurga dan sebagainya.
Pada pendapat Ee mungkin juga yang lain-lainnya inilah sifat buruk yang sudah sebati dalam diri mereka. Mereka tidak akan mengakui kesalahan mereka tetapi begitu pantas mencari dan menyalahkan orang lain dengan cara yang lebih menjurus untuk memalukan individu terbabit dan seterusnya meraih kepuasan peribadi.Bukan bermaksud Ee membenci mereka (Pemimpin2 PAS terutama Nik Ajis) dengan segala pendedahan yang telah Ee buat yang lepas-lepas tetapi hanya sekadar memperingatkan mereka atas sifat sesama hamba Allah yang tidak lepas dari membuat kesilapan.Kita bukannya Nabi yang maksum..
Ee bukanlah bermaksud untuk menghina atau melebelkan seseorang itu sebagai itu dan ini tapi pada Ee apa yang telah dibuat oleh para pemimpin PAS pada dasarnya telah jauh tersasar sebagai sifat mereka yang memperjuangkan Islam.Mereka langsung tidak kenal yang mana boleh dan tidaknya dalam perjuangan,pada mereka apa yang dilakukan betul saja tapi hakikatnya tidak betul.Lidah mereka kononnya sentiasa bertasbih memuji Allah dengan tangan yang sentiasa pegang tasbih berserban,berjubah dan berlitup tapi mulut mereka berapi pula mengeluarkan kata-kata bohong dan fitnah setiap kali berceramah.Keluar asap-asap pembohongnya macam api dalam sekam yang membakar bangsa dan agama sediri tanpa mereka sedari.Cukuplah..bertaubatlah!..
Pada pendapat Ee pemimpin Pas Kelantan yang terkenal asyik menjaja slogan "Membangun Bersama Islam" itu rupanya lebih sombong, angkuh, kuku besi, zalim dan merupakan pemerintah yag sangat lemah untuk membangunkan negeri yang diduduki oleh ramai umat Islam secara disedari atau tidaknya oleh rakyat negara ini.Lihatlah bagaimana mereka menguruskan negeri yang meraka perintah..
Pada Ee langsung tidak ada nilai untuk menaik ekonomi dan taraf penduduk apa yang ada hanya rakyat yang asyik menghulur setiap kali berceramah dalam tin-tin milo.Pada Ee jika derma itu untuk kegunaan rakyat itulah yang paling baik tapi mereka mengunakannya untuk menampung perbelanjaan pemimpin2 mereka untuk berceramah dan menjadi wakil rakyat.Ini bukan menolong rakyat tapi rakyat yang menolong membesarkan perut pemimpin mereka.Fikirkalah nasib diri dan keluarga dahulu sebelum memberi derma kepada mereka.Mereka bukan tolong kepada rakyat tapi menyusahkan rakyat..Fikirkanlah..
Maka apabila dibuat kajian..Pada pendapat dan pandangan Ee, tidak jauh bezanya antara Kerajaan PAS Kelantan dengan Kerajaan Tunisia dan Mesir. Tunisia diketuai oleh rejim Zein al Abidin yang memerintah selama 23 tahun. Hosni Mubarak pula memerintah Mesir selama 30 tahun. Pas memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun.
Pada pandangan Ee Tuisia dan Mesir ditolak oleh rakyat kerana terkenal dengan sifat zalimnya terhadap rakyat, rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme, nepotisme serta bersahabat baik dengan rejim zionis Israel kini menanti saat untuk tumbang.Pada Ee Kerajaan PAS Kelantan dan juga Pakatan Rakyat juga sama. Mereka mengamalkan sifat-sifat zalim terhadap terhadap rakyat, mengamalkan rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme, nepotisme, maksiat sexual serta bersahabat baik dengan agent zionis Israel yang berpengkalan di Singapura.Renung-renungkanlah apa yang tersirat mahu pun tersurat di setiap negeri yang mereka perintah selepas PRU 12 dan selepas ijap kabul dengan DAP Laknatullah..Rumah2 urut dan pelacuran seperti cendawan tumbuh selepas hujan di Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan tidak ketinggalan juga pelacuran berdekatan dengan pejabat MB Nik Ajis.
Ee ingin sentuh tentang Bintang Tiga atau komunis sejak dari zaman sebelum merdekah sehingga komunis menyerah kalah dan kini cuba dihidupkan kembali oleh mereka petualang-petualan negara.PAS sanggup bersetongkol dengan DAP laknatullah yang menjadikan mereka alat untuk memecah belahkan orang-orang Melayu Islam tanpa disedari oleh pemimpin-pemimpin PAS yang mabuk berkuasa.
Pada Ee komunis tetap komunis, agenda mereka tidak pernah pudar. Lambang bintang Tiga sudah mula bersinar di Selangor. Tapi orang Melayu semakin lupa, mudah lupa. Dan lebih mendukacitakan, Partai Islam Se-Malaysia mahukan orang Melayu lupakan tentang komunis!..Namun sejarah tidak pernah lupa, sejarah tidak pernah berbohong.Yang berbohong mereka pemimpin-pemimpin PAS yang telah dibutakan oleh DAP semata untuk berkuasa.
Di bawah ini Ee bawakan sedutan sebahagian temuramah dengan bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Musa Ahmad yang dipetik dari buku Baling : Membuka Jalan Damai tulisan Wahba. Musa Ahmad telah menyerah diri kepada kerajaan Malaysia pada November 1980.
Dalam temuramah ini, Musa Ahmad telah mendedahkan bahawa anggota komunis Melayu telah dianaktirikan oleh PKM. PKM juga hanya ingin mempergunakan orang Melayu bagi memenuhi matlamat perjuangan mereka menubuhkan sebuah republik komunis di negara ini. Mari kita renungi apa yg didedahkan oleh Musa Ahmad:
Soalan : Boleh Encik Musa terangkan sedikit mengenai Rejimen Yang Ke-10?
Musa : Rejimen Yang Ke-10 ini ditubuhkan khusus untuk menarik orang-orang Melayu yang beragama Islam menyertai PKM. Semasa penubuhan itu, kami memilih nama pasukan sebagai Rejimen Ke-10 kerana perkataan 'sepuluh' itu ada maknanya yg simbolik. Dalam Islam, 10 Zulhijjah ialah Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Jadi kami memilih angka 10 sebagai simbol 'pengorbanan'. Tujuannya untuk menaikkan semangat orang Melayu dan Islam untuk menyertai pasukan tersebut.
Waktu itu kami menuntut kepada Chin Peng untuk menggunakan uniform hijau dan bersongkok bagi anggota Rejimen Ke-10, tetapi Chin Peng menolaknya. Kami memilih warna hijau dan songkok sebagai lambang kemelayuan dan Islam. Kami merasa hampa dengan penolakan Chin Peng itu.
Saya dan lain-lain anggota sebelum darurat diisytiharkan, telah menjalani latihan di Lubok Kawah, Temerloh. Senjata-senjata yg kami gunakan semasa latihan sudah agak lama dan tidak mencukupi. Orang-orang Melayu dalam pasukan kami merungut, sedangkan orang-orang Cina mendapat senjata yg lebih baik dan banyak, tetapi rungutan kami tidak diendahkan langsung.
Soalan : Bukankah itu menunjukkan ada diskriminasi di kalangan anggota PKM sendiri?
Musa : Memang benar. Terdapat perbezaan antara orang-orang Melayu yang jadi komunis dan orang-orang Cina yg jadi komunis. Orang Cina yg jadi komunis mendapat lebih banyak keistimewaan. Orang Melayu dilarang pergi ke kawasan orang Cina tetapi orang Cina bebas ke kawasan orang Melayu.
Dari segi bekalan pakaian dan makanan pun, orang Melayu didiskriminasikan. Umpamanya, kalau kita minta 20 pasang kasut, mereka hanya akan memberi 10 pasang sahaja. Kalau orang Cina, 20 yg diminta 20 akan diberi. Begitu juga dengan bekalan makanan. Dari segi mendapat rawatan perubatan pun, orang Melayu dalam PKM tidak mendapat layanan yg sama.
Soalan : Kalau begitu kedudukannya, maka orang-orang Melayu dalam PKM dianaktirikan?
Musa : Ya. Saya tidak menafikan.
Soalan : Kalau sudah begitu hakikatnya, mengapa orang-orang Melayu yg masih ada dalam hutan itu tidak melarikan diri dan menyerah kepada pihak kerajaan?
Musa : Perkara ini susah saya hendak berikan sebabnya kerana banyak perkara yang perlu ditinjau.Tetapi saya rasa, untuk keluar dari hutan itu mereka memerlukan keberanian yg luar biasa. Mungkin mereka dikawal ketat oleh pihak PKM. Kalau yg terniat untuk keluar pun, mereka tidak dapat berbuat demikian. Macam saya dulu, saya sudah bertekad, hendak balik ke tanah air. Apa pun yg terjadi saya mesti balik ke tanah air, walaupun yg pulang itu hanya mayat saya.
PKM memang tidak pernah mempercayai org Melayu. Mereka mempunyai prejudis walaupun org Melayu itu adalah ahlinya. Tujuan utama PKM menubuhkan Rejimen Ke-10 dan melantik org Melayu sebagai Pengerusi PKM hanyalah semata-mata untuk menarik org Melayu menyertai mereka, memperalatkan org Melayu bagi memenuhi matlamat mereka dan menunjukkan kepada masyarakat bahawa mereka adalah pergerakan yg dianggotai pelbagai kaum. Tapi sebenarnya mereka hanya memperjuangkan agenda Cina-komunis. Melayu yg diberi jawatan tinggi hanya sebagai boneka saja.
Pada pendapt Ee kini perjuangan PKM telah diambilalih oleh DAP. Mereka banyak menerapkan amalan-amalan yg dipraktikkan oleh PKM dulu. DAP berteraskan parti perkauman Cina. Mereka mengaburi mata masyarakat dengan melantik bukan Cina menjawat jawatan penting dalam parti (contoh: Karpal Singh sebagai Pengerusi dan Tunku Abd. Aziz Ibrahim- Naib Presiden) untuk menarik sokongan rakyat. Org bukan Cina yg diberi jawatan itu sebenarnya tiada kuasa untuk membuat keputusan. Contoh terbaik DAP menggunakan kaum lain sebagai boneka mereka ialah semasa memerintah Perak apabila Nizar yg dilantik sebagai MB sebenarnya tidak berkuasa tapi DAP yg menentukan segalanya. Ideologi DAP ini sungguh berbahaya.Pendapat Ee PAS menyokong DAP dalam memperkasakan kembali gerakan Komunis..Sedarlah dan bertaubatlah!.Jangan Tipu dan belitkan fakta sejarah. Orang Melayu Islam perlu berwaspada agar tidak termasuk ke dalam perangkap mereka dajjal-dajjal petualang agama,bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment