Hingga kini apa saja yang UMNO buat mereka kata sandiwara UMNO, malahan mereka kata UMNO yang membuat cerita dan merancang. Inikah parti PAS yang menuduh orang tanpa bukiti yang nyata.Itu semua sangkaan parti PAS yang mabuk kuasa dan teringin sangat ingin berkuasa, malahan para penceramah PAS ada menyatakan pada pilihanraya yang lepas seperti Mat Sabu ingin menjadi Menteri Dalam Negeri. Dan mereka juga bercita-cita menguasi Malaysia, malahan para penceramah PAS ada menyatakan yang mereka akan berlaku adil.
Malahan jika di singkap hal mereka itu adalah cakap-cakap kosong mereka, kerana apa Jika hal Dato Seri Anuar Ibrahim jika Dato Seri Dr Mahathir menyatakan cuba membela kerajaan dan membetulkan yang hak mereka kata Dato Seri Dr Mahathir Mengfitnah, perlukan 4 orang saksi, jika tidak kena ikut undang-undang Islam kena pukul 80 rotan jika tidak dapat bawa saksi, malahan mereka kata Dato seri Dr Mahathir cuba memmalukan Dato Seri Anuar Ibrahim...Tapi salah Dato Seri Anuar Ibrahim jika tidak melawan dan meletakan jawatan perkara dedah-mendedah ini tidak akan berlaku....Sebenarnya Dato Seri Anuar Ibrahim Gila Pangkat Dan Kuasa.
Sebenarnya Parti PAS cuba mempolitikkan agama, dan agama menjadi alat dan senjata mereka.Kalau isu HAK ORANG MELAYU mereka kata juga sandiwara UMNO, mereka parti PAS tiada idea lain untuk membangkang dan takut ahli-ahli mereka lari meninggalkan PAS dan memasuki UMNO. Jadi mereka kata sandiwara UMNO.Belajar-lajarlah terima hakikat.
Lihat saja hal alahyarham Prof. Shonon menulis buku SHIT dan Mencarut Puki Mak, maka Dato Nik Aziz seorang ulama tanpa segan sila mengeluarkan kata-kata, yang Mencarut itu boleh dan Mendakwa Allah mencarut. Ini semua politik Dato Nik Aziz yang cuba mempertahankan Prof. Shonon dengan buku SHIT nya.
Adakah Ulama di akui oleh diri sendiri...? Adakah Ulama mengiklankan dirinya dan kepimpinannya untuk tujuan sesuatu...Tidak, Ulama adalah pewaris nabi...dan ia berkehidmat adalah untuk Allah , Rasul dan masyarakat Islam. Ulama tidak memetingkan pangkat, duit dan nama. Ulama takut pada Allah dan Rasul....Tidak memutarkan hal-hal agama. Ulama yang Sebenar menyatakan sesuatu hal berdasarkan Al-Quran Dan Sunnah Nabi saw. ....seperti Imam Ahmad bin Hambal, Imam Malik, Imam Syafii dan Imam Hanafi...Tidak ada kepentingan politik dan mempolitikan sesuatu dan menyatakan hal berdasarkan Al-Quran dan Assunnah Nabi saw.
Ulama pewaris nabi menyatakan sesuatu hukum berdasarkan kepada Al-Quran dan Assunnah, tapi ia sanggup menempuhi cabaran dalam mempertahankan fatwa yang berdasarkan Al-Quran dan Assunnah dengan menghadapi cabaran yang getir, seperti Imam Malik, Semasa pemerintahaan Abu Jaafar Al-mansur Imam Malik telah dipukul atau di azab dan dihina. Imam Malik diazab disebabkan pendapat belaiu yang mengatakan bahawa tidak sah talak orang yang dipaksa berdasarkan kepada sabda Rasulullah saw:-
Maksudnya:- Tidak sah talak orang yang dipaksa.
Tahniah kepada 95% team Edrogan yang menang pada pemilihan PAS kali ini.Ee sebenarnya menyambut baik kemenangan mereka ini dalam memastikan PAS akan terus mara dengan sendiri dan tidak lagi bergantung kepada Anwar Ibrahim.Umum mengetahui Anwar Ibrahim dan Mat Sabu merupakan teman yang tidak sebulu dalam Pakatan rakyat. malah Mat Sabu lah yang memberi gelaran Anwar Al Juburi kepada Anwar Ibrahim walaupun ianya sudah lebih 10 tahun yang lalu.
PAS tidak taksub kepada Anwar Ibrahim tetapi PAS taksub kepada kuasa Politik dan itulah agenda mereka yang akan terus di kembangkan sehingga Kemenangan mereka. Seperti sudah dipangkah awal-awal, setelah gugurkan Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man dan naiknya Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, satu persatu, tokoh-tokoh PAS yang anti-Anwar Ibrahim telah disisihkan.
Bukan setakat itu, malah akan berlaku pengukuhan pengaruh puak Edrogan secara besar-besar dalam PAS selepas ini. Tiada lagi slogan Negara Islam, Tiada Lagi Konsep Kepimpinan Ulama, semuanya bakal dihapuskan secara secara tidak disedari.
Ee rasa terpanggil untuk mengulas ucap dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berkata mengenai penubuhan "negara kebajikan". Dia kemudiannya menegaskan di dalam kenyataan akhbarnya bahawa PAS kini menumpukan fokusnya terhadap negara kebajikan berbanding penubuhan "daulah Islamiyah" yang selama ini dilaung-laungkan oleh PAS sejak zaman penubuhan parti itu.
Menurut Hadi, PAS kini tidak mengutamakan negara Islam kerana agenda itu berada di dalam agenda negara kebajikan. Hadi kata, Islam wujud di dalam lingkungan dan merupakan sebahagian dari kebajikan! Pelik betul kenyataannya kali ini.
Pada pendapat Ee, kebajikanlah yang berada di dalam Islam. Sekiranya menubuhkan negara Islam, sudah tentu negara kebajikan akan terlaksana secara tak langsung kerana kebajikan itu sebahagian dari Islam! Bukannya Islam itu sebahagian dari kebajikan! Kenyataannya itu terbalik dan songsang sama sekali.Tak masuk dik akal pemikiran seorang muslim!!!..
Pada pandangan Ee yang dangkal ini cetek benar pemahaman Hadi tentang Islam. Apakah dia fikir hanya kerana memberikan alasan "tahalluf siyasi" maka PAS dibolehkan mengenepikan Islam dan mengaulakan kebajikan? Saya fikir, Hadi mungkin terdesak untuk menjawab begitu ekoran di asak wartawan berbangsa Cina yang bertanyakan tentang negara Islam tadi. Mungkin dia tertekan dan tak perasan bahawa dia telah tersalah beri kenyataan!..
Pada hemat Ee, mungkin Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Anwar, Azmin dan Eli Wong sedang berdekah-dekah ketawa mendengar kenyataan Hadi ini. Mungkin mereka sedang mentertawakan PAS yang berpresidenkan seorang yang bodoh dan tentunya orang-orang PAS akan mudah dipermainkan lagi selepas ini.
Memang benar pun PAS bodoh, sekiranya tidak, masakan mereka yang selalu jadi balaci pencacai keldaian PKR dan DAP selama ini! Siapa yang sanggup tidur atas jalan sambil pegang bendera? Pencacai PAS, bukan? Untuk pengetahuan pembaca semua, rakan-rakan PAS saya sangat malu dengan perbuatan bodoh itu dan mereka sendiri turut menggelar penyokong parti yang bersifat begitu sebagai bodoh, tolol dan pencacai pengangkat najis DAP dan PKR!
Justeru itu, secara tidak langsung, maka kini sudah sah bahawa PAS sudah melupakan agenda penubuhan negara Islam dan mendaulatkan Islam di negara ini. DAP dan PKR pastinya bersorak sakan. Rakan-rakan PAS saya menggetap bibir marah! Baguslah begitu...
Pada pendapat Ee bukan semua orang UMNO rasuah. Orang-orang PAS dan PKR pun banyak yang rasuah. Cakap tak serupa bikin. Sejak akhir-akhir ini banyak tembelang dah terbuka. Tengok sajelah Nik Aziz, terlalu sgt mendoakan kelaknatan untuk pemimpinUMNO,sekarang ni dia sendiri mendapat tempias – diselubungi pelbagai musibah dan kontrovesi. Tulah kadang-kadang kenalah muhasabah diri, jangan asyik nak mengata orang UMNO saja.
Orang UMNO itu adalah orang Melayu juga. Orang-orang Melayu serta bangsa yang lain yang banyak menjadi senang lenang dan berpendidikan tinggi pun datangnya daripada usaha-usaha Kerajaan yang diterajui oleh orang Melayu UMNO. Ini parti pembangkang baru setahun menerajui Selangor, tak nampak apa pun perubahan, jalan banyak yang pecah2, di Pulau Pinang nak cari makanan Melayu pun susah. Parti pembangkang ini yang tahu mereka hanyak mengungkit perkara-perkara yang lepas ... you should move forward not backwards. As far as I can see the party has done nothing...itulah sebabnya ahli-ahli parti pembangkang dah mula mengundurkan diri daripada parti tersebut. Fikir-fikirkanlah..
No comments:
Post a Comment