Marilah kita renungkan Sabda Nabi saw yang menyeru agar kita mentaati pemerintah.Jika mengikut hadis Nabi bahawa jika ada pemimpin Islam kedua terlantik di mana pemimpin Islam kedua masih ada maka pemimpin kedua wajib dibunuh kerana ini membawa pepecahan dikalangan Islam.Malahan hadis Nabi saw juga melarang menentang pemimpin Islam walau sebagaimana zalim sekalipun.Kerana dalam hal menentukan pemimpin itu kerja Allah yang memberi kurniaNya.
Sabda Nabi saw dari Abu Hunaidah iaitu Wail bin Hujr r.a., katanya:
"Salamah bin Yazid al-Ju'fi bertanya kepada Rasulullah s.a.w., lalu ia berkata: "Ya Nabiullah, bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau kita semua diperintah oleh beberapa orang penguasa, mereka selalu meminta hak mereka dan menghalang-halangi apa yang menjadi hak kita. Apakah yang Tuan perintahkan itu terjadi?" Beliau s.a.w. memalingkan diri dari pertanyaan itu - seolah-olah tidak mendengarnya. Kemudian Salamah bertanya sekali lagi, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dengarlah olehmu semua - apa yang diperintahkan - dan taatilah, sebab hanyasanya atas tanggungan mereka sendirilah apa-apa yang dibebankan pada mereka - yakni bahwa mereka berdosa jikalau mereka menghalang-halangi hak orang-orang yang di bawah kekuasaannya - dan atas tanggunganmu sendiri pulalah apa yang dibebankan padamu semua - yakni engkau semua juga berdosa jikalau tidak mentaati pimpinan orang yang sudah sah dibai'at." (Riwayat Muslim)
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya saja akan datanglah sesudahku nanti suatu cara mementingkan diri
sendiri - dari golongan penguasa negara sehingga tidak memperdulikan hak kaum Muslimin yang diperintah - serta beberapa perkara-perkara yang engkau semua mengingkarinya – tidak menyetujui karena menyalahi ketentuan-ketentuan syariat." Para sahabat lalu berkata: "Ya Rasulullah, kalau sudah demikian, maka apakah yang Tuan perintahkan kepada yang orang menemui keadaan semacam itu dari kita - kaum Muslimin?" Beliau s.a.w. menjawab: "Engkau semua harus menunaikan hak orang yang harus menjadi tanggunganmu dan meminta kepada Allah hak yang harus engkau semua peroleh." (Muttafaq 'alaih)
Dari Adi Bin Hatim radiallahu 'anhu: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Kami tidak menanyakan kepadamu tentang taat kepada pemimpin yang bertaqwa, tetapi tentang orang yang berbuat demikian dan demikian (kezaliman atau melakukan yang keji). Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam menjawab: Bertaqwalah kamu kepada Allah dan dengar serta taatlah (kepada pemimpin)". (Zilalul Jannah fi Takhrijus Sunnah 2/508. Al-Albani menyatakan hadis ini adalah hadis yang sahih. Lihat: As-Sunnah Ibnu Abi Asim)
"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya. Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah!) ? Baginda menjawab: Jangan! Selagi mereka masih mendirikan solat di kalangan kamu".(Hadis Riwayat Muslim 6/23)
Pada pendapat Ee yang dangkal ini bahawa telah terang dan tidak perlu disuluh lagi pemerintah yang ada di negara ini terbukti dari pemimpin-pemimpin Islam dari Perdana Menterinya,Timbalan Perdana Menteri,Menteri Kewangan,Menteri Pertahanan dan ramai lagi mereka terdiri dari orang Islam.Negara luar juga telah mengistirafnya.Hanya pemimpin2 PAS dan penyokong2 bebal alias bangangnya yang tidak akan pernah faham.Mereka hanya faham untuk kuasa dan terus memfitnah serta mengunakan agama yang diputar belitkan semata untuk mengkaburi mata rakyat..fahamilah secara halus maksud yang terurat dan tersirat...fikirkanlah..
Pada pendapat dan pandangan Ee jikalau dengar cerita, memanglah PAS hebat. Para pemimpin PAS ulung-ulung belaka. Kalau Najib letak jawatan dan serahkan kepada PAS, tidak ada masalah langsung buat PAS mendapatkan seorang Perdana Menteri yang berwibawa.Tetapi hakikatnya, PAS sememangnya tidak ada pemimpin berwibawa. Pemimpin-pemimpin yang ada dalam saf teratas PAS sebenarnya tidak lebih daripada pemimpin-pemimpin yang lemah, tidak mampu, kurang cerdik dan tidak ada pendirian.
Dalam firasat Ee kenapa dan mengapa ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS lebih banyak memberikan perhatian kepada Anwar Ibrahim?... Hehehe...Bagi mereka, Anwar Ibrahim adalah penyelamat yang ditunggu-tunggu sekalipun Anwar Ibrahim tidak pernah teringin untuk masuk PAS, sama ada sebelum UMNO, semasa dalam UMNO mahupun selepas UMNO.
Ee ingin bertanya pada semua penyokong HamPAS siapa pemimpin PAS yang layak dinaikkan sebagai bayangan kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang jikalau UMNO-BN ditakdirkan jatuh pada PRU13 nanti? Kalau DAP, nama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang adalah wajib. Kalau PKR pula, sudah tentulah Anwar Ibrahim, PAS ibarat janda gersang kehausan mencari air dingin malam...hehehe...siapalah agaknya bayangan cermin HamPAS..hehehe..Mat Sabu kot?...
Pada Ee yang dangkal dalam ilmu politik ini penonjolan tokoh-tokoh dari PAS hampir tidak ada langsung dalam mana-mana bahagian Pakatan Rakyat. Kalau ditonjolkan pun, hanyalah untuk menambahkan kekeliruan umat Islam agar memilih Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional. Pada Ee jarang benar dengar persoalan ekonomi dibangkitkan oleh para pemimpin PAS. Kecuali beberapa kerat pemimpin PAS yang hanya bijak mengira duit derma kutipan lepas ceramah, namun apabila memperkatakan tentang ekonomi, nampak sangat yang mereka sebenarnya tidak tahu apa-apa.
Hehehe..Jika ada pun contoh terbaik adalah Mahfuz Omar dan Idris Ahmad. Menyertai golongan bodoh itu juga adalah Khalil Idham Lim, Ketua Penerangan PAS Perak. Setiap kali ketiga-tiga orang ini membuka mulut memperkatakan tentang hal-hal yang berkaitan ekonomi, kelihatan sangat yang mereka sebenarnya adalah bangang alias lembam... Ada ke kata mereka kalau Pakatan Rakyat menang dan mengambilalih Putrajaya, mereka akan menurunkan harga minyak di Malaysia. Seolah-olah telaga minyak dunia ada di belakang rumah dan Malaysia adalah penentu harga minyak dunia.hehehe..al bangang punya olang..bak kata DAP laknatullah..
Pada pendapat Ee mereka belum layak lagi bercerita tentang inflasi. Dan dalam sebarang keadaan, mereka segera mengaitkan dengan Buku Jingga untuk menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan ekonomi, seolah-olah mereka tidak mempunyai otak dan akal fikiran langsung.
Namun yang paling ketara ialah, kecondongan mereka kepada Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim diletakkan sebagai ikon dan berhala besar oleh para pemimpin PAS. Anwar Ibrahim lebih dipercayai berbanding Nasharuddin Mat Isa. Anwar Ibrahim lebih dipercayai berbanding Abu Hasan Din Al-Hafiz. Malah Anwar Ibrahim lebih dipercayai berbanding Mustapha Ali. Walhal Anwar Ibrahim tidak pernah sekelumit pun mempercayai para pemimpin PAS sekalipun dia kerap memuji mereka secara berhadapan.
Pada Ee pemimpin PAS nih macam salesman saja.. buat sales pitch berdasarkan kepada ilmu agama yang dipelajari saja..bukan ader nilai kepimpinan pun.. pakar ekonomi bertaraf Mahfuz tak payah lah..buat lingkup negara dibuatnya...Anwar pun mengharapkan lidah pembohongannya saja.., bukan pemimpin yang visionary pun.. DAP atas dasar perkaumannya yang angkuh dan bongkak akan menjadi pemimpin yang boleh hancur leburkan negara nih.. tak yah menyusahkan rakyat... stick with proven strategies of BN...hehehe..
Begitu juga dengan sikap Ee, Ee tidak membenci bangsa Melayu yang menjadi ahli kepada parti Pas, kerana Pas adalah parti yang berteraskan perjuangan Islam. Secara jujur saya katakan dan mungkin kenyataan ini bercanggah dengan saudara-saudara sebangsa dan seagama dengan Ee..! Pas pada hari ini yang Ee lihat dan Ee perhati Islam mereka hanya ada pada imej berpakaian berserban, berjubah paling kurangnya berketayap putih dan juga berjanggut sejemput memang sinonim nampaknya...hehehe...
Pada pandangan mata kasar Ee jika kita lihat kepada pemuda-pemuda Pas (bukan semua) baru saja masuk Pas jagung pun belum sempat nak tua tapi di dahi mereka sudah nampak lebam hitam..hihihi..bagus lah ye..hitam itu kerana banyak sangat melakukan sujud sahwi agaknya...
Pada banyak pilihan raya kita juga ternampak dan terbaca pada banner-banner dan papan tanda yang besar Pas mendoakan kehancuran orang-orang UMNO, siapa yang berada dalam UMNO ini? bukankah orang-orang Melayu yang berugama Islam? Adakah ini tuntutan Islam mendoakan keburukan dan kehancuran saudara-saudaranya?...Inilah ajaran agama PAS yang menjadikan Ee kurang sedikit melihat mereka dari kaca mata Islam yang taat kepada Allah dan RasulNya..kerana dalam Islam ini semua tidak diajar hanya ada dalam PAS..PIS..PUS..saja..Nabi sendiri tak mahu kita latnat sesama manusia..apatah lagi sesama Islam…tapi lihat, dengar dan teladani PAS itukah islam?..
Marilah kita renungkan...
"Setibanya di langit dunia, maka para malaikat pembawa ruh orang mukmin akan memintakan izin untuknya agar dibukakan pintu langit. Setelah pintu langit dibukakan, maka serta merta para pemuka Malaikat yang menghuni langit dunia akan mengiringi ruh orang mukmin itu menuju ke langit selanjutnya. Demikianlah seterusnya hingga ruhnya tiba di langit ke tujuh. Setibanya ruh orang mukmin itu di langit ke tujuh, Allah Azza wa Jalla akan berfirman kepada para Malaikat: "Tuliskanlah catatan amal hamba-Ku di tempat yang tinggi nan mulia. Selanjutnya segera kembalikanlah ruhnya ke bumi, karena darinyalah Aku ciptakan mereka, dan kepadanya Aku kembalikan mereka dan darinya pula Aku bangkitkan mereka. Maka ruh orang mukmin itupun dikembalikan ke jasadnya."
Pada pendapat Ee Pas perlu mencermin diri sendiri dahulu sebelum menuding jari ke arah orang lain. Apakah pemimpin Pas benar-benar baik, perbuatan memfitnah,memaki hamun serta menuduh kerajaan BN dengan pelbagai tuduhan semasa berada di atas pentas berceramah satu perbuatan yang di redhai oleh Allah? Pemimpin Pas adalah pelakon serta syaitan yang bertopengkan manusia kerana sanggup memperlekehkan mufti dan lain-lain ulama yang tidak memihak kepada mereka. apakah ini cara Islam? Fikirkanlah sebaik mungkin..
Pada Ee akibat suka sangat selak kain orang, baru-baru ni tak pasal - pasal saja puak - puak Parti PAS saja-saja ni kena penampar. Kan dah berpusing macam gasing.hehehe...
Ketua Menteri Melaka baru-baru ini mengkritik tindakan PAS yang dikatakan suka menyibuk tak tentu hala tanpa mengetahui perkara sebenar.Datuk Seri Wira Ali Rustam menyifatkan PAS kini menyibuk dengan membuat dakwaan bahawa Projek Melaka International MotorsportCircut (MIMC) di Ayer Keroh itu sebagai projek 'gajah putih'.
Kata Ali Rustam, PAS ni mana main Go-Kart. Diorang banyak main fitnah dan mengadu domba je. Projek tersebut disediakan untuk generasi muda yang cenderung ke arah itu.
PAS membuat dakwaan tersebut setelah ianya disita oleh Kerajaan Negeri. Kata Ali Rustam, syarikat yang diberi tanggungjawab menguruskan tempat itu gagal melunaskan hutang termasuk sewa. Maka sebab itu la Kerajaan ambil balik. Tapi pihak berkenaan tak puas hati, jadi dia saman pihak Kerajaan. Kes tersebut masih lagi dalam perbicaraan.
Mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka pun macam tu jugak. PAS dakwa sejak ianya dibuka tak de kapal terbang pun di lapangan terbang tersebut.
Sedangkan kata Ali Rustam, hampir setiap hari penerbangan dari Melaka ke Kepulauan Indonesia dilakukan oleh pesawat boeing 747. Ini membuktikan PAS macam katak bawah tempurung.Lagi pun, apa jadahnya pulak kapal terbang tu nak parking je kat situ? Kalau rosak boleh jugak terima akal. Nampak sangat la puak - puak ni buta, sampai kapal terbang pun tak nampak.
Bak kata Ketua Menteri Melaka tu, PAS dan puak - puak Pakatan Pembangkang ni cemburu dengan keadaan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.Sebab Melaka jelas lebih baik jika hendak dibandingkan dengan Negeri - Negeri bawah pentadbiran mereka dari segala aspek. Pembangunan infrastrukturnya, kadar kemiskinan, pengangguran, dan juga kebersihan.Jadi, bawak - bawak la buang sikap PHD tu. Jangan main tuduh tak tentu hala. Buka mata, jangan jadi buta. Dah kena tampar pun tak sedar diri jugak ke? Masih nak menipu rakyat? Ceit!!! Pigidah!!!
Baru-baru ni Hj Hadi cakap hanya Malaysia sahaja negara demokrasi yang tidak membenarkan demontrasi. Hj Hadi sebenarnya kurang ambil pusing agaknya dengan apa yang berlaku di dunia luar. Bila cakap, ikut sedap mulut saja.Hehehe..Pada pendapat Ee tak pegi jauh wahai Hj Hadi. Tengok Singapore saja, mereka nak jaga ekonomi negara mereka, mereka nak jaga keamanan negara mereka, ada mereka benarkan demonstrasi. Bukan kata demonstrasi, cakap terlebih sikit aje, terus sumbat masuk jel. Kalau Haji Hadi berpolitik kat Singapork, Hj Hadi dah lama dah bercakap sorang-sorang dengan dinding hehehe..
Haji Hadi ooi... sedang UK yang berbangga sangat dengan demokrasinya itupun ganas. Tengok macam mana dia layan orang berdemontrasi di Ireland. Polis siap pakai peluru getah tembak para demonstran. Di Malaysia ni dah cukup baik, polis cuma guna gas pemedih mata sahaja. Kena tangkap, bagi makan lagi. Di UK, ada ke dia bagi makan pada para demonstran tu? Begitu juga di US, mereka jual demokrasi, tapi mereka sendiri bukan sahaja zalim pada rakyatnya malah kepada mana-mana negara yang cuba berdemontrasi mengutuk mereka. Itupun Hj Hadi tak nampak. Memang mereka benarkan demonstrasi, tetapi ada harga yang perlu dibayar oleh para demonstran, jauh lebih mahal dan lebih zalim dari apa yang terjadi di Malaysia...Ingatlah dunia sekarang ni semakin moden rakyat dah celik..picit je segala maklumat dah terpacak depan mata..hehehe..jangan asyik nak tipu rakyat saja..fikirkanlah usia dah semakin tua kubur dah melambai..dunia kata pergi dah...
Ee nak semua faham.. bukan maksud Ee nak perlekehkan pemimpin2 PAS dan penyokong bebal alias lembam mereka tapi hakikatnya mereka tidak pernah berterima kasih dan bersyukur sebagai rakyat negara ini..apa yang mereka tahu hanya dendam dan kebencian kepada kerajaan yang telah banyak membantu mereka..apa yang ada dalam kepala hotak berjambul mereka hendakan sangat kuasa..maka rakyat dihasut agar membenci kerajaan dengan mengunakan agama yang dikambing hitamkan demi kepentingan nafsu serakah untuk berkuasa..Serban,jubah,ketayap,tasbih dan janggut sejemput hanya lakunan untuk mengkelabu mata rakyat..memalukan..
Marilah kita renungkan apa yang tersitat dan tersurat dalam Wasiat Raja-raja Melayu :--
Wasiat Raja-raja Melayu..
Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 .
7 wasiat
1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan BAHASA MELAYU;
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Wasiat Sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.
Renung2kanlah..
No comments:
Post a Comment