Saturday, August 6, 2011

Pemuda PAS berpaksilah di alam Nyata bukan menjadi Mat Jenin yang suka Berangan tapi Kosong.. Sekosong Lambang PAS..



Betullah seperti yang didakwa oleh orang tua-tua dulukala jika kita berkawan dengan Syaitan,Jin,Iblis perangai kita pun seperti mereka.Namun segala fatwa telah terkeluar dari mulut puaka Sang Bentara Guru,jadi tidak mustahil anak-anak muridnya berperangai seperti apa yang telah difatwakan.Inilah yang terjadi pada bekas ketua pemuda PAS Perak, Nor Azli Musa, kalau berceramah macam dirasuk syaitan. Ceramahnya sangat dahsyat dan menjadi tidak sempurna kalau tiada hamburan kata-kata kesat. Maki hamun dan carut marut bagaikan zikir dan wirid dimulutnya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pernah digelarnya haramsani. Kemudian digelarnya pula sebagai syaitan yang bercakap. Tak cukup dengan itu dituduh pula gaji yang diterima Mufti Perak itu datangnya dari sumber pelacuran.Ee masih ingat bak kata orang tua dulu-dulu jika Bapak atau Guru kencing berdiri anak muridnya pula pasti kencing berdiri.

Nor Azli ini adalah bukti bahawa PAS masih dipenuhi oleh ahli-ahli yang fanatik dan melampau walaupun Hadi Awang cuba menafikannya dengan mengatakan yang fanatik dan melampau sudah keluar dari PAS.Hehehe..Hadi Awang..Hadi Awang..kalau nak bercakap cerminlah diri dulu..segala fatwa yang kamu keluarkan kini menjadi ikutan anak didik kamu..jadi tidak salah kalau Ee katakan yang kamu ni nama saja Tuan Guru..Nama saja Ulama' tapi otak macama bancuhan simen makin dibiarkan semakin keras..Bertaubatlah!..

Kalau begitu, orang lain pun boleh menuduh Nik Aziz menerima gaji dari wang pelacuran. Tambahan pula tidak jauh dari pejabat menteri besar Kelantan itu ada pusat pelacuran yang aktif beroperasi. Malah orang lain juga boleh tuduh Nik Aziz melindungi pusat pelacuran itu, kerana jaraknya yang hanya 'sejengkal' dari pejabat beliau.

Di Selangor dan Pulau Pinang sendiri ada beribu-ribu rumah urut yang beroperasi semenjak Pakatan Haprak berkuasa. Jadi kalau mengikut kata bekas Ketua Pemuda PAS Perak yang amat bangang alias tolol ini....bolehlah dituduh duit gaji dan elaun Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali dan wakil2 rakyat lainnya dari PAS datangnya dari sumber rumah urut dan hasil ternakan babi yang semakin berkembang biaknya di Selangor.

Di Pulau Pinang pula apa yang tak ada. Segala macam maksiat dan kemungkaran ada di sana. Hinggakan pada satu tahap, kerajaan negeri pernah cuba menggula-gulakan warga emas dengan wang hasil judi. Namun wang itu dikembalikan semula setelah penerimanya tahu dari sumber mana ianya diperolehi.

Nasihat Ee lain kali, sebelum berceramah tu...eloklah Nor Azli tengok-tengok dulu keadaan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Haprak. Jangan diludah muka sendiri. Dan yang paling penting, bawa-bawalah cermin diri sendiri tu dulu. Jangan main ceramah saja, sudahnya yang nampak bodoh bertingkat-tingkat lagi bangang adalah diri sendiri.

Pada Ee lebih baiklah Nor Azli ni bertaubat balik ke pangkal jalan dan potong saja janggut yang berserabai macam bulu hidung tidak pernah dicabut kerana segala tingkah laku langsung tidak menunjukan perilaku pengamal Islam yang baik.Islam tidak mengajar semuanya itu,Hanya ulama'2 PAS terutama Nik Ajis saja yang mengatakan Tuhan mencarut, Tuhan Samsing dan sebagainya semata mengelirukan untuk tujuan undi.Pada Ee lebih baik budak2 UMNO tu..mereka masih lagi menjaga adap sopan bila berceramah tidak mencarut dan memaki hamun tidak tentu pasal..Bertaubatlah dan pergilah belajar adap sopan dengan budak2 UMNO tu lagi baik.

Subhanallah. Bagaimana sebagai seorang yang digelar ulamak muda oleh ahli PAS boleh bersikap seperti seorang MUNAFIK! Jika benar fitnah ini sesuatu yang dimurkai Allah S.W.T, kenapa PAS sanggup mengamalkannya setiap masa terutamanya ketika pilihan raya?..Bertaubatlah kembalilah pada jalan yang benar agar dapat bersama membentuk generasi muda kepada jalan yang diredai.Jenerasi muda yang menghormati mereka yang lebih tua dan seterusnya membawa kepada pemikiran yang lebih baik untuk agama,bangsa dan negara.Bukan petualang yang membenci keamanan dan keharmonian dengan menyebar fitnah dan pembohongan.Bertaubatlah dan kembalilah bersama2 dengan pemuda2 UMNO bergandingan tangan memberi tunjuk ajar kepada pemuda pemudi yang akan menjadi nadi kepada agama,bangsa dan negara.

Pada Ee jika dulu pemuda2 PAS begitu bersemangat memperjuangkan kononnya penubuhan negara Islam dan hudud tetapi setelah Presiden PAS berpusing 360 darjah dengan kini menjadikan pula negara berkebajikan dan bersetongkol dengan kafir DAP yang nyata menentang Islam samada sedar atau tidaknya.Jika dulu mengatakan UMNO kafir kerana bergabung dengan MCA dan MIC kini Presiden PAS pula yang menyokong Perlembagaan Persekutuan yang satu masa dahalu dia panggil sebagai Perlembagaan Kafir dan itulah sebab utama PAS menentang UMNO.Kini pada pendapat Ee lebih baiklah pemuda PAS pula yang berpusing 360 darjah dengan bergabung dengan Pemuda UMNO setelah ditipu dan tertipu dengan pemuka yang suka membelit dalam soal agama.

Pada Ee tindakan memperalat pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di Kelantan dalam program politik Pas membuktikan Mursyidul Amnya, Nik  Ajiz Nik Mat sebagai pemimpin yang tidak bermaruah.Pada Ee tindakan itu juga membuktikan Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip dan bertopengkan imej warak untuk memperdaya pelajar sekolah agama di Kelantan."Ucapan Nik Abdul Aziz pada Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu tidak berapa lama dulu membuktikan apa yang Ee kata mengenai Menteri Besar Kelantan itu benar".Sepatutnya Jentera pemuda PAS harus menentang segala apa yang dibuat oleh Nik Ajis kerana ini boleh menjadikan belia2 yang sepatutnya menumpukan alam persekolahan menjadi malas kerana terikut-ikut untuk berpolitik.

Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana baru-baru ini menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh Kelantan dalam program politik mereka.

Lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas termasuk Nik Abdul Aziz dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN).Pada pandangan Ee Nik Abdul Aziz merupakan seorang pengecut kerana hanya berani berpidato dan berbohong di hadapan budak-budak kecil yang baru belajar agama.Ee berpendapat adalah sepatutnya Pemuda-pemuda PAS menentang perkara seperti ini bukan hanya angguk dan geleng saja.

Dan adalah sepatutnya Pemuda2 PAS yang ditubuhkan untuk berjuang memertabatkan pemuda2 Islam kearah yang lebih baik menentang segala usaha kearah menjadikan anak2 bangsa yang berlajar berpolitik.Mereka sepatutnya belajar dengan tekun demi untuk membawa arah pertumbuhan anak bangsa yang berjaya dimasa akan datang bukannya menjadi anak muda yang di dalam benak fikiran mereka hanya untuk berpolitik dan melupakan segala amanah yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka.Oleh itu adalah lebih baik sayap pemuda PAS ini dibubarkan saja jika hanya menjadi Pak angguk dan Pak geleng saja dengan mengikut membabi buta tanpa dapat berfikir dengan baiknya untuk jenerasi akan datang.Wahai Pemuda2 PAS kembalilah kepangkal jalan dengan berpaksi di bumi yang nyata bukan hanya menjadi Mat Jenin yang sering berangan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada golongan muda.Pemuda PAS berpaksilah di alam Nyata bukan menjadi Mat Jenin yang suka Berangan tapi Kosong.. Sekosong Lambang PAS..

Dewan Pemuda PAS kesal dengan sikap beberapa ADUN Sarawak dari DAP yang tidak memakai pakaian rasmi untuk majlis perasmian sidang dewan undangan negeri beberapa bulan lalu dengan alasan pemakaian songkok adalah bercirikan Islam.

Marilah kita renungkan apa yang dikatakan oleh Naib Ketua Pemuda PAS baru-baru ini..

"Kami merasakan perbuatan tersebut tidak mencerminkan kekitaan yang terdapat di dalam perlembagaan negara yang menghormati antara satu sama lain.

"Walaupun perkara ini berlaku di Sarawak, kami amat kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah sokongan rakyat terutama bangsa Melayu terhadap Pakatan Rakyat selama ini.

"Kami dengan ini mendesak agar majlis tertinggi Pakatan agar memberikan pemahaman terhadap ADUN tersebut agar tindakan ini tidak akan berulang lagi,” kata naib ketua, Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) dalam satu kenyataan baru2 ini.

Pada Ee segala kata2 naib ketua Pemuda PAS pusat itu tidak ada makna.Mereka DAP sememangnya membenci Islam tapi hakikat ini tidak diterima oleh pemimpin2 PAS terutama Nik Ajis dan Hadi Awang.Oleh itu adalah lebih baik bubarkan saja dan teruskan memperjuangkan segala-galanya bersama-sama sayap Pemuda UMNO jika ingin melihat bangsa dan agama kembali bermaruah di negara Malaysia ini.Fikirkanlah demi jenerasi akan datang janganlah diikutkan segala bisikan dari pemuka-pemuka yang bertopengkan agama semata untuk berkuasa.Marilah bersama dengan pemuda2 UMNO memperjuangkan maruah bangsa dan agama.Janganlah kita menjadi petualang dengan mengikut apa saja kata pemimpin yang tamak haloba untuk berkuasa,fikirkanlah untuk anak bangsa.

Pada pendapat Ee apabila disebut sesuatu perkara dan disertai dengan nas agama, maka ramai orang akan terpengaruh. Agama boleh menjadi madu atau penawar yang menyembuhkan penyakit politik tetapi dalam masa sama, jika tidak dikendalikan dengan betul, agama menjadi racun kepada politik. Agama akan menjadi penyebab kepada kacau bilau politik jika tidak diadun dengan cara yang betul. Sebab itu sering kali Ee katakan bahawa agama perlu berada di atas parti politik untuk membetulkan apa yang tidak betul, bukan mempolitikan agama semata bertujuan untuk kuasa. 

Pada pendapat Ee yang dangkal ini Agama yang menentukan keputusan terhadap parti politik, bukan parti politik yang mengarahkan para ulama mengeluarkan fatwa sesuai dengan kehendak parti politik. Di situ perlunya kebebasan golongan agama supaya mempunyai sikap yang bebas dan tidak mempertahankan partinya tetapi mempertahankan prinsip. Mengadunkan agama dan politik memerlukan adunan yang benar-benar jujur. Jika tidak, kita akan melihat agama tidak lebih melainkan senjata orang politik dan orang agama juga akan gunakan orang politik yang ada kuasa untuk kedudukan mereka yang tamak haloba untuk berkuasa...Renung-renungkanlah..

No comments:

Post a Comment