Saturday, August 20, 2011

Tipu daya DAP laknatullah dan PAS sama saja seperti Syaitan yang cuba menyesatkan seorang Islam dari ingkar pada TuhanNya.



Ee lihat semenjak dua menjak ini terlalu kerap kita melihat penyokong-penyokong PAS mengibarkan bendera DAP setiap kali pilihanraya kecil diadakan. PAS memalukan orang melayu. PAS meletakkan martabat orang melayu di tahap yang rendah semata-mata untuk memancing undi orang Cina. Begini caranya jika PAS memerintah, kita akan menjadi hamba kepada kepimpinan DAP....

DAP sedang menyusun langkah untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri, kerana itu ia harus melebarkan jaringnya di kawasan majoriti Melayu.

PETALING JAYA: Sebuah NGO Melayu, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) hari ini mendakwa tindakan DAP yang mahu bertanding lebih banyak kerusi di kawasan majoriti Melayu bertujuan untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri (PM).
Pengerusi Gaps, Hamidzun Khairuddin berkata, DAP walaupun memperolehi sokongan maksima masyarakat Cina namun itu masih belum cukup untuk mereka memenangi kerusi bagi mengambil alih kerusi Perdana Menteri.
"Gaps yakin sebenarnya DAP sedang menyusun langkah untuk mengambil alih jawatan PM, kerana itu ia harus melebarkan jaringnya di kawasan majoriti Melayu.
"PKR dan PAS sekarang pula sedang mengalami kemerosotan sokongan yang amat sangat di kalangan pengundi Melayu. Oleh itu kedua-dua parti ini dilihat DAP tidak mampu untuk mengekal kerusi yang mereka ada sekarang.
"Alternatifnya adalah untuk DAP meletakkan calon Melayu. Dengan formula ini, DAP berharap sokongan kaum Cina kekal dan pada masa yang sama sokongan daripada kaum Melayu bertambah yang akhirnya akan memenangkan calon mereka," katanya.
Hamidzun berkata, secara halusnya sebenarnya DAP sedang mengadaptasikan cara parti PAP (Parti Tindakan Rakyat) menguasai kerusi
Melayu di Singapura sejak tahun 1965. Formula PAP mungkin boleh digunapakai oleh DAP untuk menguasai politik negara ini.
"Malahan hubungan keluarga dan politik abang-adik PAP dan DAP merupakan jambatan yang sangat utuh yang diyakini oleh DAP untuk menguasai politik negara ini," tambah Presiden Gaps itu.
Sebelum ini, beberapa pemimpin DAP mengatakan parti itu berhasrat meletakkan lebih ramai calon Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.
Sejak sekian lama DAP berusaha untuk menarik ramai orang Melayu menyertai parti itu bagi menepis anggapan parti itu parti orang Cina.

Ee ingin membawa isu ahli politik DAP berhujah menggunakan Al-Quran dan Hadis bergema lagi. Malah kali ini lebih hebat. Ia dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.Mengapa mereka sangat galak mahu menggunakan hujah tersebut, sedangkan golongan ini sejak dari dahulu lagi begitu bongkak dengan keturunan atau lebih obsess dengan hujah-hujah dari sumber bangsanya sendiri dan sumber-sumber barat. Kenapa sejak akhir-akhir ini Quran dan Hadis menjadi mainan bibir?

Pada pendapat Ee Umat Islam seharusnya tidak terperangkap dengan taktik kotor mereka. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk meraih simpati dan undi umat Islam untuk merebut kuasa. Jika mereka tertarik dengan Islam, sudah lama mereka memeluk Islam atau bersetuju dengan suruhan dan larangan Islam, yang juga merupakan ajaran agama mereka. Kenapa tiba-tiba Quran dan Hadis dijadikan sandaran berhujah? Cubalah baca taktik ini dari sudut psikologi berbalik agar tidak tertipu. Janganlah berselindung hanya disebabkan oleh kepentingan politik sehingga tidak kenal kawan dan lawan.

Mematuhi undang-undang Negara termasuk dalam pengertian mentaati pemerintah. Allah berfirman (maksudnya):-

"Wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu" (an-Nisa', ayat 59).

Ulil-Amri dalam ayat di atas bermaksud orang-orang yang bertanggungjawab mengurus urusan kaum muslimin. Mereka merangkumi ulamak dan pemerintah. Ulamak bertanggungjawab tentang urusan agama dan pemerintah (umara’) pula bertanggungjawab tentang urusan duniawi dan maslahah hidup rakyat. (Tafsir Ibnu Kathir).

Para zaman Nabi –sallallahu 'alaihi wasallam- dan khulafak rasyidin, kedua-dua urusan (agama dan dunia) diuruskan oleh seorang ketua/pemimpin yang dipanggil Khalifah atau Amir al-Mukminin. Itulah yang sebaik-baiknya bagi kaum muslimin supaya urusan agama dan dunia dapat diselarikan tanpa wujud pertembungan antara ulamak dan umarak. Namun, selepas zaman Khulafak Rasyidin kedaan berubah di mana urusan agama ditangani oleh ulamak dan urusan dunia pula ditangani oleh umarak. Bagi keadaan kedua ini, wajiblah umarak merujuk kepada ulamak dan wajib pula ulamak menasihati umarak apabila ada keputusan umarak yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Kedua-dua ulamak dan pemerintah dalam Islam terikat dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana itu didahului perintah taat dalam ayat di atas dengan ketaatan kepada Allah (yakni al-Quran) dan ketaatan kepada Rasul (yakni as-Sunnah). Apabila wujud sebarang masalah atau pertikaian (yang berkait dengan urusan pemerintahan atau yang berkait dengan rakyat), mereka wajib merujuk kepada Allah dan Rasul (yakni al-Quran dan as-Sunnah) sebagaimana ditegaskan Allah dalam sambungan ayat di atas:--

"Kemudian jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (al-Quran) dan RasulNya (as-Sunnah) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Itu lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya" (Surah an-Nisa', hujung ayat 59).

Dari segi sikap rakyat pula, mereka wajib mentaati pemerintah selama pemerintah berpegang-teguh dengan agama Allah dan tidak menyuruh rakyatnya melakukan dosa, maksiat dan munkar. Sabda Nabi –sallallahu 'alaihi wasallam yang bererti:--


"Wajib ke atas seorang muslim untuk dengar dan taat (kepada pemerintah) dalam perkara yang ia suka atau ia benci selama ia tidak disuruh melakukan maksiat. Namun bila dia disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi ia dengar dan taat". (HR Abu Daud dari Abdullah bin Umar –radhiyallahu 'anhu-).

Kesimpulannya, selama undang-undang yang digubal tidak menyalahi al-Quran dan as-Sunnah, wajiblah kita mematuhinya sama ada undang-undang itu berkait dengan peraturan jalan raya, percukaian, keselamatan, kekeluargaan, kontrak dan sebagainya. Perkara yang wajib jika dilaksanakan akan diberi pahala dan jika dilanggari akan berdosa.Jika nak dibentangkan terlalu banyak hadis mahu pun surah al-Quran yang menyuruh kita mentaati pemerintah. Tidak ada satu hadis mahu pun surah al-Quran yang menyuruh kita mengingkari pemerintah.

Sekali lagi Ee cabar agar puak2 HamPAS bagi satu hadis mahu pun surah al-Quran yang menyuruh kita menentang pemimpin.Sedangkan jika mengikut hadis jika ada satu pemimpin yang dilantik selepas terlantiknya maka wujud pula pemimpin lain yang satu harus dihukum bunuh.Ini kerana ianya akan membawa perpecahan di kalangan umat Islam.Pada Ee tipu daya DAP laknatullah dan PAS sama saja seperti Syaitan yang cuba menyesatkan seorang Islam dari TuhanNya. Bertaubatlah!..

Pada pendapat Ee PAS kini telah mengesahkan sekali lagi betapa mereka ini tidak punyai prinsip,dan status mereka sebagai bohsia dan jalang politik tetap maintain.Apa nak jadi dengan pemimpin-pemimpin PAS yang kemaruk nak kuasa sehingga sanggup menjilat segala lendir busuk yang dikeluar oleh DAP Laknatullah dan Anwar Al Juburi buat kata Mat Sabu.

Marilah Ee ajak agar kita renungkan sekumit cerita kisah Umar bin Abdul Aziz yang menjadi mainan Lim Guan Eng dan juga penyokong2 bangang alias bebal HamPAS yang menyokong kononnya Lim Guan Eng ingin menirunya tapi hakikat yang tersirat mahu pun tersurat mempersendakannya secara langsung dan tidak langsung..Ada ke barang sedikit persamaan yang dibawa dalam pemerintahannya di Pulau Pinang..Begitu juga dengan para pemimpin PAS yang dikata Islam tapi lebih selamnya..

Jawatan pemimpin membawa ke neraka – manusia bermati matian merebut nya..

Kisah Umar bin Abdul Aziz – sejurus selepas beliau dilantik menjadi khalifah, dia menghilang diri dan tidak kelihatan di khalayak ramai selama 2 hari. Seseorang bertanya pada anak Umar, "di mana ayah kamu?" anaknya menjawab, "semenjak dia dilantik menjadi khalifah, dia menjadi terlalu takut sehinggakan berkurung di dalam bilik. Dia menangis setiap masa sehingga saya lihat janggutnya sentiasa basah dengan air mata.
Zaman sekarang jawatan pemimpin jadi idaman dan rebutan.Sanggup bermatian matian menindas dan menjatuhkan orang lain untuk  merebutnya.Hendak berlaku adil dalam kepimpinan dan pemerintahan saperti yang di kehendaki oleh Allah bukanlah mudah.

Sedangkan pemimpin dan pemerintah yang tidak adil, akan di rejam ke dalam neraka.Dalam sejarah dunia, hanya beberapa kerat sahaja pemimpin yang adil, yakni yang layak untuk ke Syurga. Selain mereka, semuanya ke neraka.Apakah kita suka kiranya jawatan pemimpin itu membukakan pintu neraka untuk kita? Tidak, bukan? Sebab itu, takutlah pada Allah kiranya kita tercalon untuk jadi pemimpin.Sebab umumnya ramai pemimpin gagal dalam tugasnya.Lihat dunia di sekeliling, mana ada lagi pemimpin dan pemerintah yang adil.

Di akhir zaman ini adalah satu pembohongan jika ada pihak yang melaungkan dia boleh memimpin dan memerintah lebih adil dari pemerintah yang ada.Memimpin sebenarnya kerja yang sangat berat dan sulit.Orang yang ingat Allah akan rasa tidak munasabah untuk merebut jawatan pemimpin. Kalau ada orang yang lebih baik hendak ambil jawatan pemimpin dari kita, kita sepatutnya bersyukur.Ibarat kita di suruh panjat pokok kelapa?.Bahaya kan? Kalaulah ada orang lain boleh panjat, kita rasa lega.Demikianlah untuk menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya jauh lebih susah dari kerja memanjat pokok kelapa.

Pada pendapat Ee hanya org yg amat takut pada Allah dan persoalan dari Allah sahaja yg akan menolak jawatan pemimpin.Itulah sebabnya Ee amat pelik bila mereka yang menggelarkan diri mereka ulama-ulama' PAS ini sibuk nak menjadi pemimpin. Mereka sepatutnya lebih 'kenal' dengan Allah dan lebih takut pada Allah tetapi mereka pula yg 'terlebih'. Sesungguhnya benarlah Allah menyukat manusia itu pada hati dan lidah mereka dan bukan pada amalan. Ini adalah kerana boleh jadi amalan itu di lakukan demi utk menunjuk kealiman dan sifat yang warak semata dan bukanlah kerana hati yg ikhlas kepada Allah. Org yg benar2 ikhlas bila berbuat kebaikan kepada Allah tidak akan menunjuk2 sebaliknya sentiasa menyembunyikan amalan baik mereka dari org ramai.Wallahualam..

No comments:

Post a Comment