Bila sebut saja kominis pasti ada yang terbayang cerita Bukit Kepong arahan Dato Jins Shamsudin yang sering ditayangkan dikaca tv.Kini Fakta Sejarah yang kita pelajari dari zaman sekolah rendah dan dari pengiat sejarah telah manipulasi dan dibelitkan oleh mereka yang mabuk kuasa.Mat Sabu Naib Presiden PAS seorang yang berbangsakan Melayu beragama Islam dan kemungkinan besar ada saudara maranya yang telah terkorban akibat kekejaman kominis kini begitu lantang membelitkan fakta dengan pembohongan besar bahawa kominis itu sebenarnya wira negara.Inilah pembohongan paling besar dalam catatan sejarah negara dan akan menjadi satu peringatan kepada jenerasi akan datang.Fakta Sejarah Negara tidak pernah berubah..yang mengubahnya mereka yang dengki, kianat dan berkepentingan saja..Pembohongan demi Pembohongan yang dilakukan oleh PAS semakin membuka Pekong Busuk PAS yang disimpan sejak dari sebelum Merdeka..Pada Ee memang Sahlah fakta Sejarah bahawa PAS telah ditubuhkan oleh mereka Pemimpin Berhaluan Kiri yang kebanyakan mereka menyokong MPAJ dahulu dan menjadi tali barut mereka.Mat Sabu mungkin terdiri dari salah satu keturunan anak cucu, cicit mereka.
Jika kita menonton filem sejarah Bukit Kepong pasti kita ingat bagaiman kekejaman yang dilakukan oleh kominis dapat dilihat dalam cerita tersebut.Itulah antara gambaran yang dapat kita lihat namun banyak lagi kekejaman yang dilakukan oleh kominis.Lebih dari 3000 orang askar melayu yang terkorban dalam usaha membenteras kegiatan parti kominis ini.Juga begitu ramai ibu-ibu yang menjadi balu dan anak-anak yang menjadi yatim akibat dibunuh dan terbunuh oleh angkara kominis.
Ee masih ingat akan fakta sejarah bagaimana Malayan People's Anti Japanes Army atau Tentera anti Jepun Penduduk Tanah Melayu(MPAJ) merupakan sebuah Parti Kominis Malaya atau pun Bintang Tiga yang ditubuhkan sekitar tahun 1930.Ahli-ahlinya terdiri dari masyarakat Cina yang menetap di Tanah Melayu.Penubuhan asalnya adalah kerana membantah pendudukan Jepun di Negara China dan pembunuhan kaum Cina di Nanjing oleh tentera Jepun.Apabila berlakunya perang dunia pertama pada 1 Sept 1939 dan berakhir pada 2 Sept 1939 dan penaklukan Tanah Melayu pada tahun 1942 PKM telah menawarkan bantuan kepada British.
Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu PKM telah bekerjasama dengan British dan berjaya memujuk British agar membebaskan pemimpin-pemimpin yang berhaluan kiri dengan kerjasama inilah maka tertubuhnya sekolah latihan Khas 101 yang melatih berperang secara gerila.Sebaik tamatnya penjajahan Jepun keatas Tanah Melayu pada tahun 1945 maka ditubuhkanlah MPAJ yang sempat memerintah Tanah Melayu selama 14 hari sebelum penyerahan Tanah Melayu sepenuhnya kepada British.Disinilah banyaknya penglibatan pemimpin2 melayu berhaluan kiri seperti Abdullah CD pengasas Rejemin 10 PKM,Samsiah Fakeh,Ahmad Boestamam dan ramai lagi.Ketua kominis Tanah Melayu pada masa itu bernama Chin Peng yang berasal dari Perak.
Ahki2 Cina PKM yang di ketuai oleh Chin Peng berdendam dengan tentera Jepun telah menjadikan mereka yang berkhidmat sebagai polis Jepun yang dikenali sebagai Jookidam sebagai mangsa membalas dendam.Polis Jepun atau Jookidam dianggotai oleh orang-orang melayu semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu.Ramai orang2 melayu yang menjadi mangsa keganasan kominis ini.Mereka yang dikatakan bekas ahli Jookidam akan dijerat lehernya dan dibawa ketepi hutan dan disuruh mengali kubur mereka sendiri dan dibunuh dengan kejamnya.Ada diantara mereka bekas ahli Jookidam yang diikat dipokok dan dikerenggakan dan pelbagai jenis siksaan yang menakutkan.
Walau pun ada antara kominis ini terdiri dari orang2 melayu,mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana takut dikatakan bersubahat.Kominis2 ini bermaharajalela di bumi Tanah Melayu dengan membunuh,menyiksa,memperkosa anak2 gadis melayu dengan bantuan-bantuan dari orang2 melayu sendiri yang menjadi talibarut kominis.Keganasan-keganasan kominis ini tidak habis setakat 14 hari mereka memerintah Tanah Melayu tetapi mereka terus menganas walaupun negara telah Merdeka pada 31 hb Ogos 1957.
Selepas merdeka PKM terus melakukan pemberontakan untuk menguasai Tanah Melayu.Talibarut-talibarut kominis pada masa ini begitu banyak tidak kecuali penglibatan-penglibatan orang melayu sebagai talibarut mereka.Ramai askar melayu yang mati terbunuh dan tidak kurang juga yang cedera parah ketika mempertahankan Tanah air dari dikuasai oleh kominis.Tidak kurang dari 3,000 orang tentera melayu yang terkorban ketika mempertahankan negara dari serangan kominis.Begitu ramai isteri2 yang berendam air mata akibat menjadi balu kerana suami terbunuh ketika menentang kominis dan ramai yang tidak menentang kominis juga dibunuh kerana dengki kianat talibarut-talibarut kominis.Begitu ramai anak2 yang menjadi yatim dan ada juga yang menjadi yatim piatu akibat ibu bapa mereka dibunuh kominis.
Apakah Kominis yang menjadi petualang negara sehingga menyebabkan begitu ramai orang-orang Melayu terkorban kerana mempertahankan negara layak dikatakan wira negara..Kominis yang begitu kejam inilah yang menjadi sanjungan puak-puak PAS terutama Mat Sabu?.Pada pendapat Ee Mat Sabu dan orang Melayu PAS yang menyokong kominis dan mengatakan mereka wira negara merupa pengkianat agama dan bangsa.Malulah jangan jadi petualang bangsa dengan memutar belitkan fakta sejarah kerana terlalu ghairah untuk berkuasa.
Alhamdulillah dengan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kerajaan dan dengan keberanian pejuang-pejuang negara akhirnya negara kita dapat dibebaskan sepenuhnya dari kominis sekitar tahun 1989 dengan penyerahan mereka secara beramai-ramai setelah diadakan pengampunan kepada mereka.Kita sepatutnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pejuang-pejuang negara yang sanggup berborban nyawa untuk mempertahankan Tanah air dari kominis.Dan sepatutnya kita bersyukur kerana negara kita telah kembali aman damai serta dapat hidup dengan harmoninya dengan lain2 kaum di Malaysia ini.Dan sepatutnya kita bersyukur kerana telah dianugerahkan kerajaan yang mampu menjamin keharmonian dan keselesaan untuk kita semua.Marilah kita bersatu dibawah 1 Malaysia bersama-sama menjaga negara dari ancaman musuh negara.Marilah kita sama-sama menghindarkan diri dari termakan hasutan,pembohongan dan fitnah para petualang negara terutama dari Mat Sabu Naib Presiden PAS demi agama,bangsa dan negara.Marilah kita bersama-sama menghadiahkan pahala bacaan Al Fatihah kepada pejuang-pejuang Negara..Al Fatihah..ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai....
No comments:
Post a Comment