Monday, August 22, 2011

PAS Kerana Kuasa Sejarah Bangsa dan Negara diPutar belitkannya sehinggakan Sejarah Islam pun diPutar Alamkannya..Bertaubatlah..





Pada Ee semua faham dan maklum bahawa Islam bukan dibawa oleh PAS. Islam agama di sisi Allah dan dibawa oleh Nabi Muhammad saw. PAS hanyalah wadah politik yang ingin meraih kepentingan dari hukum Allah ini. Samada PAS wujud atau tidak, kita sebagai umat Islam mesti menegakkan hukum Allah dengan apa cara sekali pun.

Pada Ee kenapa kita perlu percaya yang PAS wujud di negara ini sebagai wadah politik yang ingin melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah?.. Jika begitu, apa akan jadi sekiranya PAS tak wujud didalam negara ini?.. Apakah kita semua tak mampu memperjuangkan Islam tanpa PAS?..Bukankah Islam telah bertapak di negara ini sebelum wujudnya Parti PAS?..Dan perlu di ketahui bahawa Islam semakin berkembang dengan baiknya dalam negara ini tanpa acuan dari PAS ini semua adalah berkat perjuangan UMNO dan ulama'-ulama yang telah mendapat pengistirafan rakyat dalam negara ini.

Pada Ee para pemimpin UMNO melakukan perkara-perkara maaruf seperti membina masjid, membina institusi perbankan Islam, sistem pembelajaran Islam melalui Universiti Islam , Tabung Haji dan juga Takafful Islam bagi kemudahan umat Islam menjalani kehidupan sosial dan juga keperluan rohani.Hanya mereka pemimpin PAS dan penyokong mereka yang malu untuk mengakuinya..Tapi bila mengunakan perkhimatatannya mereka tidak malu pula..

Pada Ee kerajaan yang ditunjangi UMNO juga berusaha melaksanakan konsep Nahi Mungkar melalui penyelarasan sistem syariah yang diterapkan ke dalam undang-undang sivil negara. Hukum Qisas dan Takzir juga digunapakai didalam kebanyakan perlaksanaan hukuman mahkamah Malaysia yang tertakluk kepada semua lapisan kaum.Jadi dimana salahnya sedangkan dalam perlembagaan juga telah diletakan bahawa Islam sebagai agama resmi negara.Begitu juga negara Islam dalam dunia mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam antara yang terbaik.Hanya mereka pemimpin dan penyokong PAS yang malu untuk mengakuinya dengan membuat fitnah dan propaganda dengan cara membelitkan hadis dan Al Quran.

Pada Ee jika hendak dikatakan UMNO gagal memperjuangkan konsep Amal Maaruf Nahi Mungkar di Malaysia, PAS juga tak mampu melakukan hal yang sama di negeri Kelantan dan Kedah negeri yang mereka kuasai..itu baru negeri belum lagi negara. Perlu diingat, Malaysia dihuni oleh pelbagai kaum dan bukannya hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja.

Begitu juga halnya dengan pentadbiran Nik Aziz di Kelantan dan Azizan di Kedah yang masih terkial-kial untuk menunaikan janji pilihanraya mereka.Pada Ee bercakap memanglah senang.. tetapi untuk melaksanakan semua ini bukan mudah. Semua orang boleh jadi pemimpin jika cakap kosong dan hanya menanam tebu ditepi bibir saja..

Pendapat Ee jika PAS mendabik dada kononnya mereka pejuang Islam, UMNO pun begitu juga malah UMNO dilihat lebih banyak menyumbangkan usaha untuk pembangunan Islam didalam negara. Imej Islam di Malaysia berkembang dengan adanya UMNO, bukannya PAS.Pada Ee PAS tidak lebih dari hanya Pemecah Perpaduan Ummah saja.

Ee ingin menunjukan bahawa Allah dan Rasulnya telah memberi kita petunjuk melalui Al Quran dan Hadis dan marilah kita mentaatinya agar kita tidak berada di jalan yang sesat.Marilah kita tanamkan sifat mentaati pemimpin dan janganlah kita mengikuti segala hasutan dan fitnah dajjal dan kemunafikan mereka yang mengejar kuasa dan petualang yang cuba menghancurkan agama,bangsa dan negara.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan bahawa keluar dari jamaah, kepimpinan atau pemerintah Islam, melakukan penentangan terhadapnya dan bergabung dengan pihak-pihak tertentu bagi tujuan menjatuhkan pemerintah/penguasa adalah suatu bentuk perbuatan yang mengundang pelbagai perpecahan yang mana akan membawa kepada ancaman neraka sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w.:

Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahlu kitab telah berpecah belah menjadi 72 golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi 73 golongan, 72 golongan tempatnya di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga, iaitu al-Jamaah. (Hadis Riwayat Abu Duad, Ahmad, ad-Darimi, al-Ajury, al-Lalikaiy. Disahihkan oleh al-Hakim, dan disepakati oleh Imam Az-Zhahabi)

Allah mengharamkan orang-orang yang beriman berpecah dari pemerintahan Islam, kerana pemerintah dianggap sebagai pengikat jamaah Islamiyah. Allah s.w.t. berfirman:

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai . (Ali Imran 3:103)

Imam Al-Qurtubi rahimahullah telah menafsirkan dalam kitab tafsirnya tentang penafsiran Tali Allah dengan Al-Quran atau Jamaah. (al-Jami Li Ahkamil Quran. 4/159. Daarul Qutub) Kemudian beliau menegaskan:

Sesungguhnya perpecahan hanya akan membawa kepada kehancuran, sedangkan jamaah akan menghantar kepada keselamatan. Semoga Allah merahmati Ibnu Mubarak yang telah menjelaskan: Sesungguhnya jamaah adalah Tali Allah, maka berpegang teguhlah dengannya. (Al-Jami Li Ahkamil Quran. 4/159. Daarul Qutub)

Ayat al-Quran, hadis-hadis sahih, tafsiran ayat dan fatwa para ulama terdahulu yang dibawakan di atas ini menunjukkan bahawa perpecahan adalah perbuatan yang mungkar dan malah boleh dianggap sebagai bidah iaitu perkara yang diada-adakan dalam agama yang mana kebanyakan kelompok yang menyelisihi pemerintah kerapkali berhujjah dengan mengambil slogan atas nama Islam. Bidah pula jelas merupakan perbuatan yang mendorong ke arah kesesatan dan pelakunya diancam dengan neraka sebagaimana sabda baginda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam:

"Berhati-hatilah kamu dengan hal yang baru (yang sengaja diada-adakan) dalam agama, sesungguhnya setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu ke neraka". (H/R Ahmad (1653). Turmizi (2600). Abu Daud (3991). As-Sunnan Ibn Majah (42). Dan hadis riwayat Muslim dalam Khutbatul Hajah).

Salah satu punca kehancuran sesuatu umat adalah bermula daripada angkara tidak mentaati pemimpin mereka dan berpecah dari kelompok pemerintah. Ia juga menjadi penyebab kekufuran dan salah satu dari perbuatan bid'ah yang menakutkan kerana pada hakikatnya secara umum Setiap bidah adalah sesat. (Hadis dari Irbadh bin Sariyah diriwayatkan oleh Muslim dalam Khutbatul Hajah dan Turmizi) Dan Bid'ah merupakan jambatan menuju kekufuran. Kerana bidah juga adalah kegemaran Iblis sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Ja'ad rahimahullah:

"Bid'ah itu lebih digemari (dicintai) oleh iblis daripada maksiat, kerana (pelaku) maksiat masih ada menaruh harapan untuk bertaubat dari maksiatnya. Adapun pelaku bid'ah pula tidak dapat diharapkan untuk bertaubat". (Atsar ini diriwayatkan oleh Ibn Ja'ad dalam musnadnya No. 1885)

Mereka yang berpecah (bercerai-berai) , keluar dari pemerintah atau penguasa Islam adalah mengingkari perintah Allah dan Rasul-Nya. Allah mengancam mereka melalui firmanNya:

"Maka awaslah orang-orang yang menyalahi perintahnya (Rasulullah) bahawa mereka akan ditimpakan fitnah atau ditimpa oleh siksa yang pedih". (an-Nur, 24:63).

Allah Subhanahu wa-Taala berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan Taatilah Rasul-(Nya), dan pemimpin antara kamu". (an-Nisa 4:59).

Ee nasihatkan ingatlah Allah dan RasulNya taatilah perintahnya.Allah dan RasulNya telah memberi penerangan yang jelas ikutlah jangan kita sampai tidak diakui sebagai hambaNya dan umat Nabi saw kerana tidak mengikut segala perintahNya.Ee nasihatkan agar jangan sampai terikut dengan mereka yang mengunakan agama dengan memutar belitkan Al Quran dan hadis kerana untuk kepentingan politik dan kuasa saja.Ingat Islam itu mudah hanya mereka yang berkepentingan duniawi saja yang sering memutar belitkan fakta.Pada Ee Sejarah itu jelas betul tapi kerana mahukan kepentingan dan kuasa mereka sanggup memutarkan fakta sejarah sehinggakan sejarah Islam pun mereka sanggup putar belitkan asalkan mereka mendapat kuasa..Sedarlah kembalilah ke pangkal jalan..

No comments:

Post a Comment