Ee ingin memberikan bukti betapa rakusnya golongan kafir harbi yang didukungi oleh musuh Islam nombor wahid, DAP menghalau secara terancang menggunakan undang-undang, setiap umat Melayu Islam yang menetap di Pulau Pinang! Belum pun reda isu pilihanraya masjid DAP untuk pecah-belahkan Melayu Seberang Perai, kini DAP menekan lagi orang Melayu Pulau dengan dasar apartheid menggunakan pengaruh pihak gereja The Titular Roman Catholic Bishop Of Penang.
Ee ingin terang bahawa DAP dengan cara halus dan terancang dengan cara, pihak gereja diarahkan untuk kembali tiga lot tanah yang selama lebih 100 tahun dahulu menyediakan kemudahan sekolah (SMK & SK St. George Balik Pulau) kepada anak-anak orang Melayu Balik Pulau untuk diserahkan keseluruhannya kepada orang Cina (SMJK & SJK (C) Sacred Heart Balik Pulau). Alasannya mudah, kedua-kedua sekolah cina itu dikatakan mempunyai kemudahan yang terhad dan boleh menjejaskan pembangunan dan prestasi sekolah tersebut.
Pada pendapat Ee kenapa pihak gereja perlu membeza-bezakan antara kedua-kedua jenis sekolah?!! Adakah kerana SMK & SK St. George merupakan sekolah untuk anak-anak Melayu Balik Pulau (lebih 95%)?!! Apakah sebabnya SMJK & SJK (C) Scared Heart Balik Pulau lebih layak untuk dibela dan dipertingkatkan prestasinya?!! Adakah kerana kedua-dua sekolah tersebut menyekolahkan anak-anak cina?!..atau sebenarnya wujud agenda halus pihak bukan Islam untuk menghalau secara teliti dan terancang orang-orang Melayu Balik Pulau?!..
Mana perginya pejuang-pejuang PAS terutamanya Tuan Timbalan Presiden yang berasal daripada Penang sendiri untuk mempertahankan nasib anak bangsa daripada dihalau dari tanah tumpah darah mereka sendiri?!! Jikalau dengan kaedah pengusiran halus ini pun, melayu PAS dan PKR kecut telor untuk bersuara, apakah pula jaminannya jika DAP dan musuh Islam menghalau orang Melayu menggunakan pendekatan Radovan Karadzic pula? Bukankah PAS juga yang berdegar-degar berkokok hendak ganti UMNO dalam memperjuangkan nasib orang Melayu?!!..Memalukan..
Hah, sekarang inilah peluangnya!!! Mana pergi puak-puak PAS yang sanggup berguling-guling di atas jalanraya dan rela syahid demi kononnya menegakkan Negara Islam?!! Negara Berkebajikan?!! Sekarang jagalah kebajikan Melayu Balik Pulau!!! Bukankan anda kini berkongsi kuasa dengan DAP-PKR?!! Apakah PAS tidak mampu untuk mempengaruhi rakan pakatan haraminya, DAP untuk membela Melayu yang miskin di sana?!! Atau Mat Sabu sudah "terlalu kenyang" dengan pelbagai elaun GLC Kerajaan Negeri sehingga tidak mampu untuk bersuara lagi?!! Akhirnya, Melayu UMNO juga terpaksa bela nasib Melayu Penang, walaupun dengan kemampuan dan sumber kuasa yang terhad....
Begitu juga ee ingin membawa isu ahli politik DAP berhujah menggunakan Al-Quran dan Hadis bergema lagi. Malah kali ini lebih hebat. Ia dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.Mengapa mereka sangat galak mahu menggunakan hujah tersebut, sedangkan golongan ini sejak dari dahulu lagi begitu bongkak dengan keturunan atau lebih obsess dengan hujah-hujah dari sumber bangsanya sendiri dan sumber-sumber barat. Kenapa sejak akhir-akhir ini Quran dan Hadis menjadi mainan bibir?..
Ee ingin menasihatkan agar umat Islam seharusnya tidak terperangkap dengan taktik kotor mereka. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk meraih simpati dan undi umat Islam untuk merebut kuasa. Jika mereka tertarik dengan Islam, sudah lama mereka memeluk Islam atau bersetuju dengan suruhan dan larangan Islam, yang juga merupakan ajaran agama mereka. Kenapa tiba-tiba Quran dan Hadis dijadikan sandaran berhujah? Cubalah baca taktik ini dari sudut psikologi berbalik agar tidak tertipu. Janganlah berselindung hanya disebabkan oleh kepentingan politik sehingga tidak kenal kawan dan lawan...
Pada Ee jika mereka sudah berlembut dengan Islam, paling tidak pun, mereka tidak segan silu untuk memakai baju Melayu dan songkok ketika pembukaan DUN atau Parlimen sebagai tanda penghormatan dan penerimaan Islam sebagai agama persekutuan dan orang Melayu Islam sebagai bangsa majoriti. Ini tidak, mereka akan mencari seribu satu alasan untuk mengelakkan diri dari memakai 'pakaian Islam' tersebut yang menunujukkan mereka memandang hina kepada cara hidup Melayu dan Islam.
Pada pendapat Ee selama ini pun mereka tidak pernah menggunakan ayat al-Quran dan Hadis, kenapa tiba-tiba mereka kelihatan sudah berubah? Apakah hati mereka terbuka dan bersedia menerima Islam? Jika mereka benar-benar tertarik dengan nilai-nilai Islam, mari kita ajak mereka sama-sama daulatkan suruhan agama dahulu seperti menutup aurat, mengharamkan zina, judi dan sebagainya. Saya cadangkan mereka memetik ayat Quran, mengenai pengharaman judi, arak, riba, zina dan lain-lain lagi sebagai menyokong tindak kerajaan Kedah dan Kelantan menutup premis premis tersebut.
DAP sudah faham Islam?..,suka berhujah guna Quran dan Hadis kenapa kerajaan negeri Kedah dan Kelantan tidak berhujah dengan mereka menggunakan atau mengambil ayat Quran dan hadis dalam perkara-perkara penjegahan maksiat ini? Adakah mereka sanggup korbankan agama, tunduk kepada kemahuan mereka untuk kepentingan politik semata mata..
Pada pendapat Ee tujuan DAP tidak lain, hanya lah mahu memukau umat Islam supaya mereka kelihatan hebat. Pas mempertahankan tindakan ADUN ultra kiasu tersebut. Mereka berpendirian bahawa mempelajari tentang Quran dan Hadis merupakan satu tuntutan yang bukan sahaja perlu digalas oleh seluruh umat Islam, tetapi juga digalakkan ke atas orang yang bukan Islam. "Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam. Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam.
DAP bukan baru di bumi Malaysia ini. Umat Islam sepatutnya sudah masak dengan sikap dan taktik mereka untuk mencairkan hati orang Melayu Islam. Mereka begitu masak dengan membaca psikologi orang Melayu.Nik Ajis pun pernah mengata mereka itu parti syaitan yang tidak boleh dibuat kawan.Siapa berkawan dengan mereka bererti berkawan dengan syaitan. Cuma kita sahaja yang terlalu bersangka baik dan tidak mahu mengambil tahu atau pun berusaha untuk mengkaji psikologi ultra kiasu. Akhirnya, dilihat dari sudut mana sekalipun, kita tetap kalah.Orang2 Cina boleh bersatu bila melibatkan kaum mereka.Orang Melayu bagaimana pula?..
Tidak terfikirkah kita kenapa mereka tidak berhujah menggunakan sumber agama atau ajaran mereka yang pada tradisinya mereka sangat agungkan?.Ee ingin bertanya mengapa tidak berhujah dengan kata kata oleh Konfucius, Lau Tzu, Mencius, Buddha dan sebagainya? Kenapa Islam yang perlu ditonjolkan?..Pada Ee jika mereka benar benar yakin dengan nilai-nilai Islam mereka sepatutnya menyokong Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 – yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan. Antara kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.
Pada pendapat Ee inilah yang dikatakan DAP tipu PAS dan PKR..PAS dan PKR pula tipu rakyat bantu DAP..hehehe tipu sana..tipu sini..Rakyat diperbodohkan untuk kepentingan mereka yang kecewa sebab rakyat tolak mereka dan tetap setia kepada Kerajaan UMNO dan rakan BN yang begitu cemerlang membela nasib rakyat tanpa mengira agama dan kaum..UMNO sentiasa dihati rakyat.Oleh itu Ee nasihatkan jangan kerana sentimen politik kepartian kalangan kita terlampau tinggi sehingga menjadikan kita buta dan gagal dalam menilai saudara seIslam sendiri. Kita selalu menuduh di antara satu sama lain.Sepatutnya kita bekerjasama dan membantu tanpa mengira fahaman politik bertindak memperkemaskan atau memperkuatkan atau menambahkan lagi program-program Islam sedia ada.
No comments:
Post a Comment