Monday, September 26, 2011

Nik Ajis Derhaka terhadap kenyataan ketuanya Presiden PAS Hadi Awang yang menolak hudud.. hanya 0.0001% dalam Al Quran..


Pada pendapat Ee bahawa Nik Ajis telah menderhaka terhadap kenyataan ketuanya Presiden PAS Hadi Awang yang menolak hudud..dan mengatakan bahawa hanya 0.0001% kisah hudud yang ada dalam Al Quran..Beliau yang juga Presiden yang dipilih oleh semua ahli PAS dalam muktamar mereka baru-baru ini menolak penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara Islam.Ee juga berpendapat jika seorang ketua atau presiden seperti Hadi awang yang telah mengeluarkan apa yang tersirat secara terbuka sepatutnya sebagai orang bawahan Nik Ajis dan pengikutnya tidak lagi boleh mengungkit perkara yang telah diputuskan dalam muktamar mereka..Itu kurang ajar dan tidak bertamadun..Pada hemat Ee pengikut seperti inilah yang biasanya akan membawa rebah dan patut disingkirkan secepat mungkin takut menjadi barah dalam daging..

Dalam soal hudud yang tidak pernah terlaksana sejak lebih 20 tahun yang lalu dan diungkit kembali oleh Ulama' Pikon Nik Ajis pada Ee ini satu pengkianatan Nik Ajis terhadap ketuanya Hadi awang dan partinya.Pada Ee sikap begini menampakan bahawa PAS seperti sebuah parti yang tidak pernah jujur dalam satu2 perjuangannya dan seolah-olah sesumpah yang akan bertukar warna mengikut keadaan sekelilingnya.Pada Ee sikap yang semakin kebudakan Ulama' Pikon Nik Ajis begitu merbahaya dan boleh merosakkan parti.Kerana sikap Ulama' Pikon yang tidak faham apa yang dikatakan maka para penyokongnya juga seolah mendapat penyakit yang sama.

Ee ingin bawa kesah satu perbualannya berkisar tentang undang-undang Islam(UUI) antara penyokong Ulama' PAS Pikon dan seorang Pengamal dan Pakar Perundangan Islam.. Seperti biasa, penyokong PAS berapi-api bertegang leher mengatakan negara Malaysia ini tidak Islam kerana tak menjalankan hudud.Dalam pertengkaran itu penyokong PAS bertanya kepada Pengamal dan Pakar Perundangan, mana hudud UMNO?..

Pengamal dan Pakar Perundangan yang tahu akan kebodohan dan kebebalan penyokong PAS dengan mudah menghuraikan  Yang beria-ia nak buat hudud tu PAS, kenapa UMNO dipersalahkan bila hudud Pas tak jalan? Hudud pun bukan segala-galanya dalam UUI. Malah Hadi awang sendiri telah mengatakan hudud itu hanya 0.0001% dari UUI. Penyokong Pas itu terdiam.

Ee difahamkan bahawa Pengamal Perundangan terus menghuraikan tentang segala undang-undang UUI itu termasuk juga akidah, akhlak, syariat, muamalat, jenayah dan lain-lain. Menjalankan cabang-cabang penting dalam UUI itu juga adalah tuntutan Islam dan mesti dihormati. Janganlah terlalu taksub dengan hudud hinggakan kamu biadap terhadap cabang UUI yang lain. 

Semua sedia maklum akan setiap penyokong PAS yang degil dan penuh ketaksuban begitu juga yang sedang berdebat dengan Pengamal dan Pakar Perundangan ini..dia masih tidak berpuas hati. Didakwanya, kerajaan memperlekehkan hudud.Pengamal dan Pakar Perundangan menerangkan bahawa hudud yang dicanang Hadi Awang itu bukannya hudud sebenar, malah hudud Kelantan bercanggah dengan hudud Terengganu walaupun ketua perangka kedua-dua hudud Pas itu adalah Hadi awang sendiri. Kerajaan tidak pernah menolak hukum Allah, namun perlaksanaannya mestilah pada masa dan keadaan yang sesuai seperti yang sering dijelaskan oleh pemimpin UMNO.

Jika kamu, penyokong Pas menganggap dengan kerajaan tidak menjalankan hudud dianggap memperlekehkan agama, apa pula hukumnya dengan orang Pas yang memperlekehkan perlaksanaan lain-lain cabang dalam UUI?.. Bukankah cabang-cabang lain dalam UUI itu sama penting, malah ada lebih penting dari hudud dan mesti juga dijalankan, seperti perbankan Islam, membasmi kemiskinan, memastikan rakyat mendapat ilmu, memeri bantuan kepada ibu tunggal, anak yatim, golongan istimewa dan lain-lain? ..Tidakkah kamu takut dengan Allah sehingga sewenang-wenangnya memperlekehkan agama Allah seperti yang dilakukan Nik Aziz?..

 Pengamal dan Pakar Perundangan seterusnya mengatakan bahawa perbuatan PAS menidakkan usaha kerajaan untuk melaksanakan lain-lain cabang dalam UUI itu jelas membuktikan PAS memperlekeh sunnah Nabi. Penyokong PAS itu mula marah dan cuba memperkecilkan peranan lain-lain cabang dalam UUI. Dikatanya terdapat darjat yang berbeza antara hudud dan muamalat, akidah dan lain-lain.Pengamal dan Pakar Perundangan hanya tersenyum dan menghentikan perbualan kerana di masa itu dia tahu penyokong PAS yang terlalu taksub itu sedang cuba bermati-matian untuk menang debat walaupun terdapat kemungkinan gelincir akidah penyokong PAS itu.

Dalam soal ini Pengamal dan Pakar perundangan Islam itu membacakan sepotong hadis yang di riwayatkan oleh Muslim 6/23 yang bermaksud :

"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu"

Pengamal dan Pakar Perundangan juga menegaskan bahawa Allah menyuruh kita mentaati setiap pemerintah bukan menentang pemerintah.Begitu juga Nabi saw menyuruh kita mentaati pemerintah bukan menentang pemerintah seperti yang dipinta oleh Junjungan Besar kita Nabi saw..

Pengamal dan Pakar Perundangan berkata lagi ingatlah Rasulullah menghalang kita dari menentang pemerintah yang banyak melakukan kejahatan selagi ia masih lagi taat dan masih lagi melakukan solat.Di dalam hadis-hadis Nabi yang telah di riwayatkan oleh para sahabatnya begitu menegaskan agar kita mentaati pemerintah tidak ada satu pun hadis Nabi yang menyuruh kita menentang pemerintah. Oleh itu ikutilah apa yang telah dianjurkan oleh Nabi kita dan fahamilah hakikat yang tersurat mahu pun yang tersirat..

Pengamal dan Pakar Perundangan menasihatkan kepada semua yang menyokong PAS dan juga rakyat Malaysia agar jangan mengikut hasutan mereka yang tamak untuk berkuasa atau mereka yang dengki kianat kerana Allah telah mengurniakan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakinya antara hambaNya. Begitu Pengamal dan Pakar Perundangan juga menerangkan bahawa para ulama' salaf telah berpendapat bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam , selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan cara terang-terangan serta penduduknya sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman).

(Cuba lihat dalam Iktiqad Aimmatu Ahlu hadis,P.50).Negara ini umat Islamnya bebas untuk melakukan ibadat dimana saja tanpa rasa takut atau terancam.Begitu juga setiap waktu di masjid-masjid,surau dan di dalam tv mahu pun di corong-corong radio sentia bergema suara azan memanggil ummat Islam untuk melakukan ibadat solat hanya mereka yang ingkar tidak mahu bersolat.Ini adalah bukti bahawa negara ini negara Islam.Begitu juga negara ini telah pun diistiraf sebagai salah sebuah negara Islam terbaik dunia.Negara kita begitu makmur rakyatnya berbilang kaum dan pelbagai agamanya dan tiada paksaan dalam menganut agama di negara ini.Mereka bebas dalam melakukan kegiatan agama mereka tanpa perlu takut inilah yang dikatakan kerajaan Islam yang adil kepada semua kaum.

Ee ingin berpesan pada diri dan juga kepada semua rakyat negara yang tercinta ini..Ingatlah sesiapa yang Ingkar akan perintah Allah dan RasulNya adalah terdiri mereka yang didalam kerugian dan menzalimi diri mereka sendiri.Sesungguh nya segala perintah Allah dan RasulNya di dalam Al Quran dan Hadis adalah benar janganlah kita mempertikaikannya atau kita memutar belitkannya semata kerana duniawi atau pun semata kerana untuk mendapatkan kuasa...Fikirkanlah.. 

No comments:

Post a Comment