Thursday, September 8, 2011

PAS dan DAP main Wayang taukehnya PKR Anwar Ibrahim...hehehe..Sendiwara Dunia..



Ee berpendapat bila bercerita tentang PAS memang seronok. Mereka sudah hampir 50 tahun wujud diatas muka bumi ini. Daripada berfahaman ekstrem hinggalah menjadi sekular melampau.Pada Ee Politik PAS mudah dibaca dan senang diagak. Biarlah apa jua fatwa dan gambaran tentang Islam di tangan PAS pasti PAS mampu merubah mengikut acuannya. Jika perkara tersebut tidak memberi keuntungan maka ditentang habis dengan menghasut ahlinya.Jika memberi keuntungan politik jangka panjang nescaya syaitan pun menangis melihat kelakuan PAS.Hehehehe..

Ee berpendapat Politik PAS hari ini mudah sangat ditipu kerana alasan keterbukaan dan penerimaan tanpa melihat kebelakang dan belajar daripada sejarah lampau. PAS hanya pentingkan duniawi dan bagi mereka Islam hanyalah nama dan bukan suruhan yang perlu dikembangkan.

Ee dapat rasakan dalam keadaan laparkan kuasa dan tahta,Khawarij PAS terpaksa tunduk kepada abang besar mereka DAP. Sejak perkahwinan haram antara PAS dan pakatan rakyat,PAS kelihatan lebih mesra bersumbang mahram bersama DAP kerana berasakan abang besar DAP mampu memuaskan syahwat khawarij PAS demi kuasa politik.

Ee berpendapat bahawa Kit Siang dan Karpal kuda tua DAP mampu mengalahkan Nik Ajis dengan hanya batuk saja.Tanpa perlu berdemo,tanpa perlu tidur atas jalan dan tanpa perlu maki hamun.Dengan hanya buat-buat batuk maka tua kutuk seperti Ular dalam Semak Nik Ajis terdiam ketakutan hinggakan kain serban terpaksa diikat ketat ditakuti terjatuh.

Pada Ee ini termasuklah ayam tambatan khawarij PAS seperti Mat Sabu Pejuang Kominis atau pun Mahfuz diam tak terkata,tiada sekelumit patah perkataan mahu membantah atau pun kritik abang besar DAP.Sekarang jelas terbukti,Hudud Islam PAS hanyalah kosmetik dan barang tawaran untuk diniagakan oleh khawarij PAS. Apa saja produk berjenama Islam akan digadai dan diniagakan oleh Khawarij PAS untuk memperolehi sokongan cara mudah.

Ee terfikir hampir setiap tahun apabila tiba sahaja tarikh keramat 31 Ogos, hati pemimpin-pemimpin PAs seolah menjadi bengkak lalu menyerang saraf otak hingga menjadikan mereka gila meroyan.Kenyataan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini membuktikannya apabila masing-masing mempertikai sejarah kemerdekaan negara.

Pemimpin2 PAS mempertikaikan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan. Kemudian kata pulak UMNO menolak pejuang kemerdekaan seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam serta Parti Kominis Malaya/PKM dengan mengangkat kominis wira sebenar Tanah Melayu.

Apakah mereka tidak tahu atau tidak sedar bahawa para pejuang itu tetap tercatat dalam sejarah sebagai diantara pejuang yang berjuang untuk kemerdekaan? Tidak tahukah mereka bahawa ketika negara ditangan penjajah dahulu banyak pihak menggerakkan usaha memerdekakan negara hingga membentuk tiga kumpulan tersbesar?

Tiga kumpulan itu ialah Parti Komunis Malaya (PKM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang terbentuk hasil cantuman lebih tiga puluh persatu-persatuan orang Melayu, termasuk pengasas PAS itu sendiri  Datuk Ahmad Fuad Hassan?

Puak komunis bergerak menentang Inggeris dengan maksud merampas negara ini dari diserahkan kepada orang Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Dan mereka yang menganggotai PKM itu adalah kaum imigran Cina yang datang ke negera ini kerana dibawa masuk oleh penjajah Inggeris untuk dijadikan kuli di lombong bijih.

Sementara PKMM pula adalah pertubuhan orang Melayu dari kalangan kaum dari Indonesia yang mahukan negara ini mencapai kemerdekaan melalui hujung senjata sebagaimana Indonesia berjaya merdeka dari tangan penjajah Belanda pada tahun 1947.

PKMM juga mahu supaya Tanah Melayu ini bercantum dengan Indonesia sebagai sebuah negara bangsa. Kepada mereka, orang Melayu di Tanah Melayu ini tidak mampu mentadbir sendiri negara ini tanpa bercantum dengan Indonesia yang telah merdeka.

Manakala UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman juga berjuang menuntut kemerdekaan dari penjajah yang sama, iaitu British melalui cara perundingan. Tidak perlu tindakan kekerasan dan juga senjata.

Antara tiga kumpulan ini, cara dan pendekatan UMNO diterima pakai oleh British. Sebab utama British memlilih UMNO ialah kerana mereka memang mahu menyerahkan pentadbiran negara ini kepada orang Melayu selaku peribumi yang sah. Kepada British orang Melayulah yang berhak diserahkan untuk mentadbir Persekutuan Tanah Melayu merdeka.

PKMM ketika itu samalah seperti Pas yang sekarang ini bergabung tanpa satu asas kukuh dengan DAP yang secara terselindung masih meneruskan perjuangan komunis PKM atas nama sosialis.

Ketika itu PAS yang dikenali sebagai Pan Malayan Islamic Parti (PMIP) tidak terlibat kerana ianya ditubuh sebagai serpihan UMNO oleh sekumpulan bekas ahli dan penyokong UMNO yang keluar parti kerana gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO setelah Dato Onn Jaafar meletakkan jawatan pada tahun 1951.

Maknanya, Pas yang ditubuh atas dasar 'kecewa' itu tidak terlibat langsung dalam usaha merundingkan kemerdekaan negara dari penjajah yang mana akhirnya Persekutuan Tanah Melayu di merdekakan oleh penjajah Inggeris pada 31 Ogos 1957 untuk diterajui oleh UMNO yang menubuhkan Perikatan (gabungan UMNO, MCA dan MIC).

Apa yang Ee ketahui begitulah secara ringkas perjalanan sejarah kemerdekaan negara yang disambut pada setiap 31 Ogos. Yang pemimpin PAS bagaikan orang gila meroyan tidak mengaku UMNO dan para pemimpinnya sebagai pejuang kemerdekaan apa hal?..


Ee berpendapat DAP yang merupakan wajah baru PKM dengan bijaknya telah berjaya memperalat-
kan pemimpin PAS untuk meneruskan dendam kesumat mereka terhadap kegagalan merampas negara ini dari tangan orang Melayu. Kedua-duanya bersatu atas nama dendam yang berpaksikan 'hasad dengki'.

Ee berpendapat melalui Mat Sabu, DAP yang berkiblatkan PAP di seberang tambak cuba sedaya upaya memadamkan fakta sejarah negara dan mengangkat pemimpin mereka seperti Chin Ping dan pengganas komunis sebagai pejuang yang memerdekakan negara.Inilah keistimewaan DAP dalam memperkudakan PAS yang bodoh alias bagang melampau.

Ee berpendapat untuk menutup pekong agar jangan terhidu oleh rakyat maka bersuaralah Pengerusi DAP yang dadanya ada bulan bak kata Nik Ajis kononnya menempelak Mat Sabu.Tapi pada Ee itu semua wayang DAP.Inilah politik yang tidak dapat dihidu oleh penyokong-penyokong hamPAS.

Pada Ee PAS dan Pakatan Pembangkang haram sebenarnya takut dengan bayang-bayang yang mereka cipta sendiri.Ee juga dah mulai perasan bahawa bila PAS buat filem pasti DAP yang jadi pengarahnya dengan menghimpun para pengkeritik upahan begitulah juga bila DAP maka PAS pula yang menjadi pengarahnya dengan mengupah para pengkeritik di kalangan mereka.Inilah aksi wayang gambar PAS dan DAP taukeh wayangnya PKR Anwar Ibrahim..hehehe..Sendiwara Dunia.. 

No comments:

Post a Comment