Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz berkata, sekiranya pemimpin yang dipilih itu gagal menyempurnakan amanah yang diberikan kepadanya bermakna dia sudah melakukan satu dosa.
"Pemimpin lompat parti itu boleh dianggap mengkhianati amanah rakyat. Kalau mereka tidak amanah kepada seorang, maka dia tanggung dosa seorang saja, tetapi jika mereka tidak amanah kepada rakyat, bermakna mereka berdosa kepada semua rakyat yang memilihnya dalam pilihan raya.
"Rakyat harap pada kita buat dasar parti, tiba-tiba kita lompat parti. Erti kita tolak kehendak pengundi. Kalau (jumlah) pengundi 10,000, di akhirat bertanggungjawab kepada 10,000 (undi itu)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Bagaimanapun Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin yang 'melompat' dari parti lain untuk menyertai PAS dianggap sebagai sebagai kembali kepada hakikat asal perjuangan politik menurut Islam.
"Orang Melayu yang kembali kepada PAS, bermakna dia kembali kepada asal kerana mereka berasa bersalah berada dalam kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan antara politik dengan agama,"katanya.
Beliau turut menyifatkan masalah lompat parti yang berlaku dalam kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai masalah dalaman parti itu dan berlaku di luar dugaan.
SinarHarian
Pada Ee inilah Ular dalam Semak uang sering menjulurkan lidahnya yang bercabang bersedia untuk mematuk sesiapa yang melintas dihadapannya..Nik Ajis Ulama' Sasau memanipulasi soal dosa dan juga pahala di dalam membuat kenyataan.Apa yang keluar dari mulut hapak ulama' politik tua sasau ini ialah berkenaan soal lompat parti.
Sasaunya Ulama' tua ini.."sesiapa yang lompat parti" untuk menyertai Pas adalah merupakan satu tindakan terpuji dan juga diibaratkan sebagai kembali kepada asal perjuangan Islam. Begitu juga dengan orang melayu yang masuk ke dalam parti tersebut, ianya dianggap balik kepada Islam dan pemimpin yang "melompat" ke parti lain. Nik Aziz menyifatkan mereka ini sebagai telah melakukan satu dosa.
Pada Ee sikap double standart Nik Ajis begitu tebal..Sehingga tidak dapat membezakan antara duniawi dan akhirat.. Jika berpolitik dicampur adukkan dengan penggunaan agama maka akan timbullah masalah begini.Jika dendam masih menebal dalam dada maka segala kata hanya mengikut bisikan nafsu hasutan syaitan Iblis yang membawa perpecahan pada umat Islam negara ini.
Pada Ee dengan menyatakan bahawa PAS itu sebagai sebuah parti yang lebih Islam dari parti melayu lain, secara tak langsung Nik Ajis berbohong kepada dirinya sendiri dan juga kepada pencacai jemaah Pas yang taksub kepadanya.Yang nyatanya bahawa Pas tak jauh bezanya daripada parti politik lain yang bermatlamatkan untuk meraih undi dan juga mengimpikan kuasa pemerintahan.Bezanya hanya PAS yang mempunyai Nik Ajis yang sanggup menghalalkan apa saja asalkan dapat membahagiakan nafsu serakahnya untuk berkuasa walau hakikatnya dunia dah kata pergi..kubur melambai-lambai tetapi diri tuanya masih mengaku muda maka dengan cara angkuh menafikankannya.. individu seperti Nik Aziz tanpa segan silu telah memanipulasi Islam sebagai alat untuk kepentingan peribadinya di dalam politik.
Nik Ajis " DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"
Ee masih ingat lagi sewaktu akhbar Denmark, Jyllands-Posten menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dulu, Eetidak dengar atau baca samada seorang pun ulama' yang menjustifikasikan tindakan akhbar Denmark itu atas dasar'JAHIL ISLAM'. Semua bersepakat dalam mengecam dan memprotes tindakan biadap itu.
Malahan PAS sendiri kutuk betul akhbar Denmark itu. Ketua Penerangan Pemuda PAS, Hanipa Maiden berkata;
"Menghina Nabi Muhammad bermakna menghina Islam itu sendiri. Ini satu perkara yang biadap, dan kerajaan Denmark harus bertanggungjawab ke atas rakyatnya"
Ee ingin bertanya pada PAS apakah DAP boleh hina Islam kerana mereka jahil,kenapa pula Akhbar Denmark tidak boleh?..Hehehe..pada Ee inilah ulama'2 PAS lidah bercabang?..langsung tidak ada pendirian..hari ini kata begini besuk pula kata begitu..Macam juga dulu kata UMNO berkawan dengan MCA dan MIC haram..yang hairannya bila PAS bersetongkol dengan DAP tidak pula haram..nampak benar pembelitnya PAS ni..hehehe..
Ee rasa dalam isu melaksanakan hudud di Kelantan semuanya salah Nik Ajis sebab semasa nak bersetongkol dengan Pakatan Rakyat dulu Nik Ajis sendiri yang setuju untuk tidak mengungkit soal ini lagi..Lagi pun dalam muktamar PAS baru-baru ini beliau juga telah bersetuju untuk mengugurkan slogan negara Islam dan hudud sebaliknya slogan Negara Berkebajikan pula yang perlu diperjuangkan..Inilah yang dikatakan pikun tua..dah nyanyok..cukup-cukuplah tuu...
Pada pandangan Ee Nik Ajis sekali lagi cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang yang mengetahui apa sahaja termasuk membabitkan perkara dosa dan pahala serta balasan bakal diterima ketika di akhirat nanti.Ini menunjukkan Nik Ajis cuba memberitahu orang ramai bahawa beliau mempunyai kedudukan tinggi dan mungkin melebihi kedudukan Nabi berikutan kemampuannya mengetahui balasan bakal diterima oleh setiap manusia selepas mati.
Apa yang Ee pelajari dari kalangan ahli agama dan bijak pandai menyatakan bahawa Nabi sendiri tidak dapat menentukan apakah balasan bakal diterima oleh umatnya di akhirat, kecuali memgingatkan umatnya supaya mereka beramal dan mengikut segala perintah Allah supaya mendapat balasan di syurga.Manakala bagi mereka yang ingkar serta melanggar perintah Allah, ia akan di tempatkan di dalam neraka,pada Ee ini berbanding dengan Nik Ajis yang menyatakan bahawa segala usaha yang dilakukan oleh UMNO adalah sia- sia kerana tidak mendapat balasan baik kerana apa yang dilakukan itu melanggar syariat Islam.
Pada Ee apa yang dilakukan oleh Nik Ajis itu sebenarnya bukanlah suatu yang baru kerana sebelum ini beliau pernah mengeluarkan pelbagai fatwa mengelirukan hanya untuk memancing undi di musim pilihan raya.Sejak daru dulu lagi, Nik Ajis akan mengatakan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO semuanya tidak mengikut syariat, semua perkara membabitkan UMNO, semuanya berdosa, tetapi jika Pas buat perkara yang sama boleh pula, ikut syariat dan tidak berdosa..nyanyuk,pikun agaknya Nik Ajis ni..
Ee rasakan lah ni eloklah Nik Ajis letakkan semua jawatan dalam parti dan tumpukan saki baki kehidupan untuk alam baqa'. Kalau dah kata-kata itu sering tersasul dan terlupa, adalah lebih baik beliau memikirkan satu tarikh untuk meletakkan jawatan agar boleh di buat satu peralihan dalam PAS.Ee dapat rasakan bahawa rakyat sudah mengetahui dengan apa yang dilakukan Nik Ajis dan rakyat tidak mudah terpedaya atau terpengaruh dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan itu kerana ia adalah fatwa politik sahaja.Fikirkanlah!..
No comments:
Post a Comment