Pada pendapat Ee negara kita menjadi di antara Negara Islam yang dikagumi kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah berkompromi di dalam soal agama Islam.Pada Ee Parti komponen di dalam BN sendiri sedar akan perkara ini dan mereka tidak pernah mempertikaikannya. Tiada siapa boleh mengggugat kenyataan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Negara ini.
Apa yang Ee hairankan adalah Pas sedar akan perkara ini tetapi mereka tetap memusuhi UMNO dengan alasan yang tidak kukuh dan bersekutu dengan PKR dan DAP yang secara terang tidak menerima dasar perjuangan parti itu.Pada Ee Pas kini semakin mabuk kuasa hingga sanggup berkompromi dengan rakan yang secara jelas tidak sehaluan dengan mereka.
Pada pendapat Ee Pas masuk pakatan pembangkang kerana mereka mahu sokongan bukan Islam semata-mata dan mahukan kuasa.Pada pendapat Ee jika sebelum ini Pas sering melaung-laungkan bahawa Pas itu adalah Islam dan Islam itu adalah Pas, kini tanpa perlu diperjelaskan lagi, mereka sendiri telah membuktikan bahawa Pas hanyalah sebuah parti politik. Perbezaan Pas dengan Islam adalah umpama langit dengan bumi.Kini mereka sanggup mengugurkan perjuangan negara Islam dan hudud serta mengangkat kominis sebagai Wira Negara semata mengikut telunjuk DAP Laknatyullah.
Ee berpendapat apabila PAS menyertai pakatan pembangkang, Pas ibarat kerbau dicucuk hidung. Tidak hairan sekiranya Kelantan akan dikuasai DAP dan PKR pada pilihan raya akan datang. Sebab itu mereka sanggup membiarkan DAP mempergunakan logo parti mereka semata-mata untuk berkuasa.Inilah wajah sebenar PAS.
"Aku cuba berlari di kaki pelangi, mengukur jarak berbanding masa. Aku cuba gapai warna-warni, akhirnya akur ditipu fatamorgana. Begitulah realiti sisa umur di alam ini. Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai,menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari, satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi,"..
Begitulah sajak nukilan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustadz Nasrudin Hasan Tantawi yang disarkan diblog beliau www.eperjuangan.Pada pendapat Ee Sajak yang menggambarkan kekecewaan yang mendalam, tertipu dengan mainan kalkatu politikus rakus yang mengejar nafsu serakah Putrajaya. Sajak yang menggambarkan kekecewaan seorang pemimpin yang meletak harapan tinggi untuk mengisi satu perjuangan, hanya untuk melihat ianya sekadar retorik bak miraj di padang pasir yang terik.
Pada Ee sajak yang ditulis dalam kegawatan serangan aqidah terhadap umat Islam dengan tercetusnya isu cubaan dakyah kristian di Gereja Methodist Damansara Utama. Gereja yang dipertahankan segelintir pimpinan PAS yang sudah mabuk kuasa. Isu yang menyebabkan pejuang ikhlas saperti Dr. Hasan Ali menerima kecaman hebat hingga mahu dipecat.Inilah wajah sebenar PAS..
Ee menyeru agar rakyat semua sedar bahawa, Pas tidak lagi relevan dalam memperjuangkan menegakkan agama Islam kerana UMNO telah lama memperjuangkan agama Islam sehingga Malaysia dikenali sebagai negara Islam yang dikagumi di peringkat antarabangsa.Fikirkanlah..
No comments:
Post a Comment