Ee masih ingat akan sejarah bagaimana Almarhum Tunku Abd Rahman yang memimpin UMNO dan Perikatan, seluruh umat Melayu Islam dan Raja-Raja Melayu berusaha menuntut kemerdekaan 1957 tanpa tumpah darah, PAS menentang sehabis-habisnya dengan alasan 'kemerdekaan' tajaan British yang diberi dalam dulang perak hanyalah lanjutan dari gagasan 'kolonialisasi penjajah'.Inilah yang dikatakan ulah PAS yang sentiasa tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh yang lain.Ulah mereka yang kecewa.
Ee juga masih ingat sejarah bila usaha menubuhkan Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak dengan aturan pungutan suara yang dikelolakan oleh Lord Cobbold 1963, PAS bersekongkol dengan Indonesia dengan kempen Ganyang Malaysia.
Pada pendapat Ee apabila Revolusi Islam Iran 1979 berjaya, PAS mengimpikan perkara yang sama berlaku di Malaysia. Jika tidak upaya dengan kaedah demokrasi melalui angkat senjata pun mereka sanggup laksanakan. Daulah Islamiyah palsu yang mereka taja atas fatwa tok Guru merapu mereka telah menyebabkan peperangan sesama Islam dilancarkan, Peristiwa Memali 1985, kejadian di Lubuk Merbau, dan banyak lagi siri kemabukan kuasa yang dijulang PAS dijayakan.Kini mereka mengangkat kominis sebagai wira negara.Semuanya ini dilakukan untuk mendapat undi bukan Melayu terutama masyarakat Cina.Inilah sendiwara PAS.
Pada Ee terjemahan tindakan ini telah pun difatwakan oleh TOK GURU Melalut sebelum ini, Nik Ajis berkata, bahawa 'jika syaitan sekalipun sanggup bekerjasama untuk mencapai cita-cita politik PAS', mereka sanggup dan rela bersekutu dengannya.Jadi pada pandangan Ee tidak hairanlah jika mereka sanggup mengangkat kominis sebagai Wira dan DAP sebagai rakan sekelambu untuk bercumbu mesra.
Untuk itu pada pendapat Ee, bidaah dan kepercayaan tahyul bahawa PAS adalah pejuang Islam yang bermatlamat menubuhkan daulah Islamiyah, laksanakan hudud dan jamin keadilan berdasarkan kaedah 'deen Islam' wajar dibuang jauh-jauh dari sudut hati penyokong PAS dan rakyat negara ini.Kini mereka tidak lagi memperjuangkan semua itu,apa yang mereka perjuangkan adalah mengikut segala arahan DAP dan memperjuangkan kebajikan petualang kominis dan kemungkinan besar berusaha untuk menghidupkan kembali fahaman kominis dinegara tercinta ini.Inilah PAS parti yang tidak pernah konsisten dalam perjuangannya berbanding dengan UMNO yang sentiasa asli dan tetap perjuangannya.
Pada pendapat Ee Para Pemimpin PAS berbohong sepanjang masa dengan medium ayat suci Al-quran dan hadis Nabi dijadikan sandaran.Mereka sanggup meruntuh institusi keluarga, masyarakat dan Negara melalui rekayasa fitnah dan perihal mengaibkan orang, pemimpin setiap masa dan di setiap ketika.
Pada Ee sikap para Pemimpin PAS ini seperti beraja di mata dan bersultan di hati dengan menutupi dosa dan salahlaku mereka dengan imej luaran berteraskan Islam, walhal inilah sikap munafik dan hipokrit paling besar sepertimana kelakuan Abdullah ibni Sabak dan Ubai bin Kaab.Pandangan peribadi Ee ini jelas bercanggah dengan prinsip asas ajaran Islam atau 'the fundamental of Islamic teaching'.Memalu,jijik dan memualkan.
Ee berpendapat jika kita mahu melakukan kebaikan, kebajikan dengan ganjaran pahala yang setimpal juga tidak perlu mendaftar diri atau menyokong PAS, kerana tidak tertulis dalam mana-mana nas atau dalil yang menyatakan jika menjadi ahli PAS atau menyokong PAS dan membuat kebaikan akan masuk surga seperti yang didakwa oleh wali songsang mereka yang mengelirukan terutama penyokong taksub alias bendul PAS dan segelintir rakyat negara ini yang teraba-raba mencari akhirat.Akhirat yang dicari tidak dapat sebaliknya mereka mendapat dosa kering menyokong pemimpin songsang pelacur rakyat penjual agama dan bangsa.
Ee berpendapat golongan rakyat yang menyokong PAS adalah mereka yang mengkhianati 'akal minda' yang dianugerahkan Allah s.w.t. kerana mereka bersedia untuk diperbodohkan dengan perkara-perkara yang tidak rasional dan lojik sepertimana yang sering ditarbiyahkan oleh para Pemimpin PAS terutama mereka mereka yang dikatakan golongan ulama' hakikatnya hanya Ular dalam Semak yang bersedia untuk mematuk mangsanya .
Ee ingin mengajak rakyat negara ini berfikir dengan matang, jika imam besar seperti Hambali, Shafie, Maliki dan Hanafi berpesan kepada anak murid mereka, jangan bertaklid buta dengan hukum hakam yang imam berkenaan keluarkan berkaitan soal muamalah dan jika ada pandangan lain berdasarkan nas, sumber Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w yang boleh menolak hujah mereka, maka balingkan sahaja kitab karangan mereka itu ke dinding, namun realitinya di kalangan PAS, hanya dengan satu kata atau ayat Tok Guru yang diangkat oleh penyokong bebal mereka sendiri, maka langsung dipegang dan diikut sebagai fatwa dan hukum sampai mati. Walhal guru mereka itu hanyalah insan biasa, bukan pun wali, nabi atau para sahabat nabi. Barang tentu ada salah silap, permainan emosi dan kacau ganggu fikiran yang boleh menyebabkan hukum hakam yang dilontarkan dicabar dan dibahas secara juzuk ke ilmuan..
Pada pendapat Ee mereka ini PAS boleh katakan sebagai parti yang gagal dan penuh kemusnahan..Pada Ee adalah mustahak yang wajib ditanamkan dalam akal minda umat Islam negara ini, jangan bermimpi untuk kesyurga hanya dengan sertai PAS atau memangkah undi untuk PAS.Ee nasihatkan kepada mereka yang menyertai PAS agar perbanyakkan beristighfar andai menyertai jemaaah ini, mudah-mudahan tidak dihumbankan dipintu neraka yang dicipta oleh pemimpin2 upahan murahan DAP Laknatullah.
Pada Ee Inilah perbezaan diantara UMNO/ Barisan Nasional dengan PAS/Pakatan Rosak.UMNO berjaya membentuk perpaduan yang baik dikalangan komponen sehingga berjaya menjadikan Malaysia terkenal di merata dunia.PAS mahupun Pakatan Rakyat masih bersikap bermuka-muka diantara mereka sendiri demi mendapatkan sokongan rakyat kaum Cina DAP Laknatullah sanggup mengangkat komonis sebagai wira negara.
Ee berpendapat janganlah kita sebagai rakyat yang mampu berfikir tertipu dengan agenda mereka. PAS tidak perlu kita hiraukan kerana kita sedia maklum mereka tidak mempunyai sebarang suara di dalam Pakatan Rakyat.PAS hanya sekadar kuda tunggangan DAPLaknatullah dan PKR.Apa lagi yang perlu mereka perjuangankan lagi andai Al Juburi kembali ke habitat lama beliau di Sungai Buloh?...Jadi pada pendapat Ee lebih baik kita semua bersatu dalam 1 Malaysia dan kuburkan saja Pakatan Rakyat pada PRU 13 kelak. Bersatulah! jangan ikutkan bisikan Syaitan Dajjal Pembangkang. Fikirlah demi Agama,Bangsa dan Negara..
No comments:
Post a Comment