Sunday, September 18, 2011

Ee menyeru kepada semua berwaspadalah dengan segala tipu daya dajjal-dajal pembangkang...



Pada pendapat Ee Nik Ajis merasa bangga menggelarkan dirinya sebagai Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. PAS pula mengakui beliau sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah berabad Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan.Sebagai Menteri Besar,Nik Ajis tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri. 

Pada pendapat dan pandangan peribadi Ee merasakan bahawa sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Nik Ajis, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai "Ulama dan Tok Guru", yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia. 

Sebagai contohnya dalam manifesto pilihan raya umum 1990, PAS berikrar akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan. (Manifesto Pilihan Raya PAS bertajuk Program PAS Negeri Kelantan 1990).Sehingga kini, walau apa pun alasan, hakikatnya PAS belum tertunaikan janjinya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Berabad lamanya. Dulunya Kerajaan PAS membayar RM250,000 untuk membuat draf tapi tak boleh laksanakannya kerana belum memenuhi syarat minimum. 

PAS tak boleh pinda hukum hudud asal mengikut seleranya sendiri. Kerana tidak mampu, Nik Ajis mula menuduh orang lain, mula-mula beliau tuduh Sultan Kelantan tidak tandatangan sebagai tanda persetujuan, kemudiannya diugut Perdana Menteri pula. Akhirnya menuduh pula Islam Melayu, UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Guru ini yang hanya mencari Kambing Hitam supaya tuduhan diletak keatas bahu orang lain bertujuan menyuci tangan yang penuh dengan najis.

Pada pendapat Ee pendedahan oleh Ku Li bahawa Sultan Kelantan telah menandatangani pindaan hukum hudud jelas menunjukkan bahawa PAS bukan sahaja berbohong malah apa yang tersirat sebenarnya ialah mereka hanya menjadikan "hudud" sebagai propaganda politik - agar PAS dilihat sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam.

Pada Ee, "hudud" juga dijadikan umpan oleh PAS - umpan untuk pancing undi, umpan untuk mendapat kuasa lagi dan umpan supaya dengan kuasa itu, mereka boleh hidup mewah dan mengaut kekayaan negeri Kelantan. PAS selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam. Oleh sebab kononnya Jubah mereka adalah Jubah Islam, maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam  dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah "fatwa" yang boleh dipercayai.

Pada Ee apa yang lebih menghairankan lagi dalam muktamar PAS baru-baru ini sudah tidak ada cita-cita bagi PAS untuk penubuhan sebuah negara Islam yang diwar-warkan sebelum ini. Yang ada hanyalah negara BERKEBAJIKAN ala-PAS yang mana telah dipelupori oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun dahulu sehinggalah sekarang!..Dan yang terbaharu mengangkat kominis sebagai Wira Negara.

Pada pendapat Ee Mat Sabu memuji pengganas komunis, Karpal Singh pula mencuit perasaan Mat Sabu dan mempertahankan peranan yang dimainkan oleh anggota polis dan pasukan keselamatan Malaysia yang lain dalam menyelamatkan negara daripada pengganas.Ini semua sendiwara mereka untuk mengelirukan rakyat..jika rakyat beranggapan bahawa PAS pengkianat maka mereka beralih pula menyokong DAP kerana ianya lebih dianggap sebagai penyelamat.Inilah sendiwara mereka.

Mungkin rakyat merasa aneh dengan sikap Karpal. Tetapi pada Ee sebenarnya Karpal sebagai ahli politik amat cekap dan sedar akan kemarahan anggota keselamatan dan rakyat terhadap kenyataan Mat Sabu yang boleh mengurangkan sokongan mereka kepada Pakatan.Sebab itulah Karpal dengan pantas membuat kenyataan untuk mengurangkan kemarahan terhadap Mat Sabu dan seterusnya menyelamat Pakatan sedikit sebanyak.Inilah sendiwara terbaik Pakatan Rakyat yang cuba mengelirukan pemikiran rakyat.

Ee juga masih ingat akan  Anwar Ibrahim yang pernah berjanji apabila sahaja ia menjadi Perdana Menteri ia akan benarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia.Maka tersenyum dan bergembiralah para pemimpin DAP yang telah begitu lama menyokong kominis dan bercita-cita menubuhkan Malaysia Malaysian.Maka cita-cita Anwar dan DAP disempurnakan pula oleh PAS dengan beraninya mengangkat kominis sebagai Wira Negara dengan menunggang balikkan segala fakta.

Ee berpendapat apabila Pas sekarang sudah menggugurkan matlamat perjuangannya untuk menjadikan Malaysia negara Islam dan untuk melaksanakan hukum hudud dan melaksanakan perjuangan Negara Berkebajikan. Bersama dengan pembersihan segala kekotoran pengganas komunis, Pas berharap kepercayaan DAP kepadanya akan memberi kemenangan kepada Pas apabila melawan Umno dalam PRU 13.Inilah sendiwara sebenar PAS yang sanggup menjadi pembodek nombor wahid DAP dan menjadi Pelacur Agama dan Bangsa asalkan cita2 mereka tercapai.

Ee menyeru kepada semua berwaspadalah dengan segala tipu daya dajjal-dajal pembangkang...Marilah kita semua bersatu dalam 1 Malaysia dan kita kuburkan saja pembangkang pada PRU 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Fikirkanlah demi Agama,Bangsa dan Negara..

No comments:

Post a Comment