Ee cukup sedih apabila, betapa sanggup PAS mengadai maruah dan prinsip semata-mata kemaruk untuk berkuasa. Selama ini,Ee cukup kagum dengan kepimpinan PAS yang tidak berganjak dengan prinsip yang mana sanggup mengenepi untuk berkerjasama dengan UMNO kerana mendakwa UMNO tidak mahu melaksanakan negara Islam. Apabila imbas kembali sebelum berlaku tranformasi politik murahan pembangkang sekitar tahun 1999, Karpal Singh terang mendakwa langkah mayatnya dahulu untuk PAS yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat mahu mempengaruhi sahabat PR yang untuk menerima PAS.
Ee ingin bertanya Presiden PAS. Bagaimana dengan pengikutnya yang terlalu taksub dengan fatwa beliau sekitar tahun 1982 dahulu sanggup mengkafirkan orang UMNO semata-mata mendakwa UMNO sekular.Ee sebenarnya respect dengan pengikut PAS ketika dahulu, kerana semangat memperjuangkan Islam. Itu bagus. Tetapi, kepimpinan telah menipu dan menafikan kepercayaan pengikutnya yang setia dengan mengubah dan mengadai prinsip dengan sekelip mata kerana politik murahan dan gila kuasa untuk menumbang UMNO dan Barisan Nasional.
Lihatlah, UMNO dulu, kini dan Insya-Allah selama-lamanya tidak pernah mengubah prinsip walaupun tsunami politik melanda negara sejak berlaku pergolakan di dalam UMNO sehingga Anwar Ibrahim dipecat. Prinsip UMNO tetap kekal walaupun tsunam politik yang cukup merisaukan pada tahun 1999 dan pada tahun 2008 yang lalu. Tidak ada pun prinsip UMNO tidak diubah semata-mata kemaruk politik murahan. UMNO berjuang kerana Agama, Bangsa & Negara. UMNO tidak menjadi seperti sesumpah macam PAS. Bertukar mengikut keadaaan. UMNO tulen dan asli selama-lamanya.
Di mana Perjuangan PAS sebenar-benarnya?..Apa yang PAS ingin lakukan?.. Daripada Negara Islam kepada Negara Bekebajikan.20 tahun mentadbir Kelantan, di mana negeri berkebajikan?.. Buat dahulu di Kelantan baru memikir di peringkat negara. Kalau di Kelantan tidak mampu nak buat, jangan mimpi nak buat di peringkat negara. Nak buat hukum hudud, tapi apabila diberi kuasa pada tahun 1999, ke mana hukum hudud yang di dakwa itu untuk dilaksanakan itu dibuat. Apabila gagal, menyalahkan UMNO.Apa yang Ee nampak baru-baru ini hanya kebajikan membela Penganas Kominis dengan meletakan martabat mereka begitu tinggi sebagai pejuang negara.Mat Indera Petualang negara diangkat,dijulang kononnya pejuang bangsa.Hakikatnya rakyat Malaysia bukan buta sejarah.
Pada pendapat Ee inilah sikap dan perangai semulajadi PAS. Untuk dia, semua betul. Pada orang lain, semuanya salah. Penyokong atau ahli PAS, berfikirlah demi masa depan Agama, Bangsa & Negara. Jangan kerana tamak nak kuasa, semua tergadai. Itulah yang Ee takut. Sebabnya, PAS masih merasai nikmat dan rahmat berada di bawah UMNO/BN. Apa yang dikritik atau dibuat, dia masih menikmati lagi nikmat trsebut. Tanya lah, orang Melayu di Pulau Pinang macam mana.
Pada Ee jika diselusuri sejak pilihan raya umum (PRU) ke-12 pada Mac 2008 lalu, telah menyaksikan catatan terburuk yang dihadapi oleh BN apabila dalam sejarah tidak mendapat majoriti dua pertiga buat pertama kali.
Keadaan menjadi seakan 'tsunami politik' apabila pakatan pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan di lima buah negeri dan menguasai majoriti kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.BN menerima keputusan yang dipilih oleh rakyat dengan hati yang terbuka dan akur dengan kehendak rakyat yang secara terang menyatakan 'benci tapi sayang' kepada BN.
Antara kelima-lima negeri, negeri yang menjadi tumpuan ialah negeri Perak Darul Ridzuan. Ini kerana sebaik sahaja selepas PRU ke-12, atas nama pakatan, tiga parti pembangkang berlainan nama, idealogi dan lambang berjaya menguasai pemerintahan dengan mendapat 31 kerusi berbanding BN, hanya 28 kerusi.Pada dasarnya, Pas hanya mendapat enam kerusi, Pkr tujuh kerusi dan Dap 18 kerusi tetapi BN atas satu nama dan satu simbol, mendapat kerusi tertinggi iaitu 28 kerusi tetapi, setelah mendengar dan berpuas hati dengan jaminan yang diberikan, Sultan Perak merestui pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan.
Pada pendapat Ee jika pada ketika itu BN kemaruk kuasalah, pasti ia akan membawa hal majoriti kerusi tersebut berlarutan ke mahkamah, tetapi BN sebuah parti yang percaya kepada demokrasi dan menghormati institusi raja, maka, BN tidak kemaruk kuasa.Sifat ini berlawanan dengan PAS dan Pakatan Pembakang sikit-sikit salahkan itu dan ini..
Tetapi malangnya di dalam PAS terdapat pemimpin yang ingin menjadi mat jenin, soal perjuangan dan matlamat parti sudah tidak lagi menjadi perhitungan apa yang penting ialah merebut kekuasaan biarpun melalui cara yang mengkhianati demokrasi.Pada Ee adalah sesuatu yang malang bagi PAS kerana tindakan pemimpin-pemimpin tersebut yang begitu kemaruk untuk berkuasa telah menjejaskan parti itu.
Pada pendapat Ee kini rakyat dapat melihat betapa PAS begitu kemaruk kuasa kerana sanggup bekerjasama dengan DAP yang menjadi musuh Islam semata merealisasikan 'mimpi indahnya.'Mereka juga sanggup diperkudakan sehingga sanggup menyelar bangsa sendiri dan menjulang kominis sebagai wira semua ini akibat terlalu kemaruk untuk berkuasa.
Ee ingin bawakan isu pemurtadan yang dilakukan oleh Evangelist masih lagi terus hangat di seluruh negara. Kebanyakan orang Islam dan bukan Islam, sibuk membincangkannya sama ada di kedai kopi, menerusi media, mahupun di media baru. Dan seperti biasa, apabila adanya perbincangan, banyaklah pula pendapatnya. Kesemua pendapat tersebut tidak sama dan saling bertentangan. Masing-masing dengan hujah dan masing-masing dengan kebenaran yang mereka yakini.
Begitu jugalah dengan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor. Berbelit-belitlah dia dengan penjelasan yang diberi untuk melunakkan pandangannya bahawa JAIS bersalah dan pemurtadan tidak harus diganggu atau dihalang.
Pada pandangan Ee yang pastinya, Dzulkefly Ahmad terlupa bahawa isu pemurtadan bukan isu politik. Bukan isu PAS dan bukan isu UMNO. Sesiapa sahaja yang beragama Islam dan sedar dengan tanggungjawab serta berwaspada dengan ancaman yang sedang dihadapi akan keluar untuk menentang gerakan memurtadkan umat Islam itu, baik mereka itu penyokong atau pemimpin tegar PAS, mahupun UMNO.Malangnya Dzulkefly Ahmad masih melihat perkara ini dari sudut sempit kepartian. Dia menyalahkan UMNO. Dia labelkan mereka yang menunjuk perasaan menentang gerakan murtad, sebagai badut2 politik. Dia mempersoalkan niat mereka kerana Dzulkefly Ahmad tidak mahu PAS dilihat tertinggal dalam perlumbaan ini.
Selama ini pun, PAS sentiasa menonjolkan diri untuk kelihatan seperti juara umat Islam. Namun dengan apa yang berlaku di Selangor sekarang, ditambah pula dengan gelagat dan tindak-tanduk beberapa orang pemimpin PAS seperti Mat Sabu, Khalid Samad dan Dzulkefly Ahmad sendiri, umat Islam bukan lagi menjadi keutamaan.Apa yang mereka lakukan hanya untuk menutup pekong tetapi pekong yang disorok semakin membengkak dan membusuk kini akhirnya meletus mengeluarkan bau busuk yang menusuk hidung mereka sendiri.
Pada Ee inilah sikap dan perangai semulajadi PAS. Untuk dia, semua betul. Pada orang lain, semuanya salah. Penyokong atau ahli PAS, berfikirlah demi masa depan Agama, Bangsa & Negara bersatulah dalam 1 Malaysia. Jangan kerana tamak nak kuasa, semua tergadai.
No comments:
Post a Comment