Pada pendapat Ee PAS begitu berahi untuk mengambil alih kuasa tanpa memiliki pemikiran strategik samalah seekor kerbau ingin memandu Boeing 747. Bercita-cita untuk menjadi kerajaan tanpa memiliki pemikiran strategik samalah seperti ingin menunaikan Haji tapi tidak menyimpan duit dan tidak pula memohon pasport.
Padanlah PAS tak menang satu kerusi pun di Sarawak hakikat ini terpaksa ditelan oleh pemimpin mahu pun penyokongnya tapi untuk menegakan maruah mereka pun belitlah itu ini.Dahlah sebelum ini mereka kalah dalam beberapa siri PRK nini mereka dimalukan lagi dengan kekalahan demi kekalahan. Hakikatnya pemimpin PAS di Bumi Kenyalang itu terbukti bodoh-bodoh belaka. Hujahnya dangkal, jelas menunjukkan kerendahan IQ dan EQ ditahap ungka-ungka di hutan..Mereka kalah tapi untuk menutup malu mereka salahkan UMNO macam itu macam ini..hehehe..Malaun PAS memberi seribu alasan..
Ee bagi contoh terbaik punya, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Sarawak, Raja Ahmad Al-Hiss, menyalahkan UMNO berkenaan isu Wong Ho Leng yang mengetuai 11 ADUN DAP Sarawak untuk tidak memakai pakaian istiadat kerana bercirikan Islam! Lepas tu, dia kata Berita Harian surat khabar milik UMNO...hehehe..
Ee ingin bagitahu pendedahan sebaliknya pula Wong Ho Leng kata, mereka tak mahu pakai pakaian istiadat yang bercirikan Islam itu kerana mahal sangat sehingga terpaksa berbelanja dari RM2,000 hingga RM4,000.. Kononnya nak save budget, tak borosss..hehehe..
Pada pendapat Ee jika DAP tak mahu pakai pakaian rasmi pasal bercirikan Islam tu, sepatutnya Pas la yang kena ajar mereka! Bukankah Pas beritahu dulu bahawa parti PAS itu berkawan dengan DAP untuk memberi kefahaman dan pendedahan mengenai Islam kepada DAP... Siapa yang gagal sekarang?.. PAS atau UMNO?.. Wajarnya,PASlah yang tarbiyah DAP, bukan UMNO. Lagipun, UMNO tak ada di Sarawak, kan ke gitu?... hehehehe..hikhikhik...
Pada Ee apa punya alasan lah puak-puak pembangkang Sarawak ni bagi. Tak boleh terima akal langsung!.. Itu pun ada hati nak buat shadow kabinet?..Ee rasakan buat kabinet dapur pun mereka tak mampu..hehehe...
Ee terbaca dalam haramkah baru-baru ini dalam ruangan artikel 'Ulama Luar diperkudakan Pemimpim UMNO', rupanya masih ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan hakikatnya Malaysia adalah sebuah Negara Islam, walaupun Sheihkul Azhar sendiri telah memberi pengiktirafan yang lebih tinggi kepada Malaysia, iaitu sebagai Negara Islam contoh kepada negara-negara Islam yang lain. Bukan setakat negara Islam sahaja, tetapi sebagai negara Islam contoh!.. hehehe.. memanglah HamNgok PAS mana nak akui ini semua..Pada mereka Islam itu PAS dan yang berjubah,berserban, berketaya,berlitup,janggut kambing sejemput dan berdahi hitam itu Islam dan yang tidak pakai semua itu bukan Islam..
Kepada Pemimpin Pas dan penyokong bebal alias bendul yang selama ini tidak mahu menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.Pada Ee kita semua boleh faham kalau mereka tidak memperakui Tun Mahathir, yang mereka anggap jahil, tetapi kita tidak faham bagaimana masih mahu mempertikaikan pendapat Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, ulama ulung ini. Lupakah mereka bahawa kebanyakan pemimpin tertinggi Pas adalah lulusan Universiti Al Azhar, yang diketuai oleh ulama ulung ini!.. Jika mereka kata Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, sebagai boleh diperkudakan dan diperalatkan oleh UMNO untuk memberi kenyataan yang sedemikian, bermakna Sheikul Azhar ini adalah ulama yang tiada kredibiliti, tiada pendirian, boleh ditipu, tidak tahu tentang dunia global, dan sebagainya, pendeknya ulama bodoh.. jika gurunya bodoh, anak muridnya pula apa?..Inilah terlebih cakapnya HamNgok PAS..
Sebenarnya Ee tidak hairan dengan tindakan HamNgok PAS ini, kerana Al Quran pun mereka boleh pilih ayat-ayat yang nampak boleh menyokong mereka sahaja dan meninggalkan yang lain.Sedangkan segala hadis Nabi saw pun mereka pusing terbalikan.. Inikan pula hanya pendapat manusia biasa saja..
Apa yang Ee tahu dan faham Pas ialah sebuah parti yang diasaskan oleh seorang manusia bernama Allahyarham Dr Burhanuddin Al-Helmi,seorang pemimpin yang berjuang menuntut kemerdekaan tanah air daripada British bersama pemimpin Umno, Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Allahyarham Dr Burhanuddin adalah seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi. Beliau berangan-angan mahu menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, tetapi tidak dipersetujui oleh majoriti ahli kerana menganggap Allahyarham belum layak dinobatkan sebagai pemimpin agung.Kerana kecewa dengan ketiadaan sokongan itu, maka Allahyarham mengambil keputusan keluar daripada Umno dan menubuhkan PAS. Sehingga kini, perjuangan dan matlamat PAS yang dipimpin oleh Presidennya Abdul Hadi Awang masih terikut-ikut dengan sikap ego Allahyarham.
Pemimpin2 PAS menganggap merekalah yang lebih Islam daripada umat Islam lain di negara ini dan mereka menganggap merekalah yang lebih layak bergelar ulamak, umarak, tok wali, tok guru dan ustaz berbanding orang lain. Sikap ego ini menjadi darah daging para pemimpin Pas sejak turun temurun.
Pada Ee mereka pemimpin PAS boleh berseteru dengan Allah. Mereka menuduh Allah mencarut dan Allah samseng. Mereka mempermain-mainkan hukum hudud, mempersenda ayat suci al-Quran dan hadis Nabi Muhammad saw.Pada pendapat Ee jika Pas parti Islam, kenapa mereka sanggup mengeluarkan fatwa2 yang songsang seperti menuduh orang Umno kafir?.. Pada Ee mereka Pas sudah jauh menyesatkan... pengikutnya mewujudkan sembahyang dua imam di masjid-masjid, menceraikan anak mereka yang dinikahkan oleh imam Umno dan sebagainya?..Sepatutnya sebagai pemimpin Islam yang baik mereka akan melarang semua ini dari berlaku tapi sebaliknya mereka pula semakin angkoh dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang berbelit dan menyonsangkan akidah pengikut mereka..sedarlah..dan bertaubatlah! dan kembalilah kepangkal jalan..
Kadang-kadang Ee rasa bahawa PAS ni di sebabkan teringin sangat untuk berkuasa sehingga sanggup memutar belitkan segala fakta.Pada Ee perbuatan Mat Sabu menukar fakta sejarah Bukit Kepong begitu menjijikan.PAS begitu mengangkat kominis menjadi wira sebenar berbanding pengorbanan para perajurit yang menjadi wira yang sebenarnya.Inikah pemimpin masa depan???..Jika sejarah negara boleh diubah mengikut selera sendiri tidak mustahil satu hari nanti negara ini boleh di ubahnya menjadi negara kominis dengan menghidupkan kembali ideologi kominis.Ee ingin bertanya kepada Nik Ajis apa pula fatwanya kali ini untuk menyelamatkan PAS dari kena kecam oleh penduduk negara ini yang sentiasa ingat akan sejarah..Bisik hati Ee pasti akan ada kenyataan atau fatwa bagi orang-orang PAS dari Nik ajis dalam sehari dua ini..
Pada Ee dia yang menggelar dirinya Ulama'.Tapi ulama' orang2 PAS saja.. Orang ramai menggelarnya Tok Guru.Tapi Tok Guru orang2 PAS saja. Sudah hampir 20 tahun Tok Guru PAS menjadi Menteri Besar Kelantan. Sebagai Menteri Besar, dia tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri. Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Ajis Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai Ulama' dan Tok Guru, yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.Dia mengeluarkan fatwa tanpa berfikir panjang..Pada Ee apa yang difatwakannya tidak lebih seperti apa yang dikeluarkan di punggungnya..busuk dan memualkan..Hanya layak ditelan oleh Puak HamNgok PAS saja..Yang ada memecah belahkan umat Islam saja..
No comments:
Post a Comment