Apa sudah jadi dari dengan Parti PAS jika dulu menipu rakyat dengan kononnya memperjuangkan negara Islam dan Hudud dalam tahun ini juga Sejarah Kepekungan PAS mula tersebar baunya beraleh arah pula kepada memperjuangkan Negara Berkebajikan yang ditiru bulat-bulat dari UMNO.Perjuangan yang sentiasa berubah dan tidak konsisten beraleh pula menegakan negara Kominis dengan kenyataan Mat Sabu mengangkat Kominis menjadi Wira Negara.Kini dua lagi pemimpin PAS pusat mempertahankan Mohamad Sabu sambil menegaskan samada tukar sejarah atau tidak PAS tetap menyokong perjuangan komunis.Salah seorangnya Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengeluarkan pendirian menyokong timbalan presiden bahawa perjuangan Komunis adalah perwira negara.
Mengulas tindakan Karpal mengecam kenyataan Mat Sabu,Tuan Ibrahim kata "itu hanya pandangan peribadi Karpal sahaja dan saya yakin DAP tetap akan menyokong kenyataan Mat Sabu.Tuan Ibrahim juga berkata "semua penyokong PAS akan bersama Mat Sabu menyokong perjuangan komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan wira sebenar negara". katanya baru-baru ini .
Ee ingin mengucapkan tahniah Mat Sabu kerana akhirnya membuat pengakuan terbuka bahawa Parti PAS sememangnya penyokong tegar komunis. Pengakuan bahawa komunis adalah pejuang sebenar berbanding orang-orang polis yang mempertahankan Bukit Kepong telah meletakkan Mat Sabu setara Chin Peng dan Rashid Maidin! Tahniah.. tahniah…! Akhirnya Pas bukan sahaja meninggalkan perjuangan Islam tetapi kini memperjuangkan komunis pula dan kemungkinan besar akan menubuhkan Negara Kominis ala PAS jika diberi mandat pada PRU 13 kelak.
Pada pendapat Ee pengakuan secara terbuka Mat Sabu menunjukan bahawa beliau sememangnya Wira sebenar kominis atau pun mungkin ingin menjadi Wira merealisasikan perjuangan datuk atau bapanya dulu yang kemungkinan adalah tali barut kominis..Pendapat Ee ini berdasarkan pada peribahasa Melayu "Bapa Borek Anak Rintik" jika andaian Ee ini benar maka sememangnya dan sepatutnya Mat Sabu meneruskan perjuangan bapa atau datuknya.hehehe..
Pada Ee pertalian keluarga memainkan peranan pada diri seseorang..ini tidak terkecuali contohnya Tun Abdul Razak darah pejuangnya melahirkan tokoh besar pemimpin negara Datuk Najib begitu juga Tun Hussein Onn darah yang mengalir sebagai pejuang melahirkan Datuk Hissamudin..dan ramai lagi ini kemungkinan juga tidak terkecuali Mat Sabu yang berkemungkinan darah yang mengalir dari tubuhnya adalah darah berketurunan kominis sama ada dari datuk atau bapanya.
Ee ingin menceritakan sedikit kisah kominis dan kekejamannya yang menjadi pujaan hati Para pemimpin PAS dan penyokongnya terutama Mat Sabu Timbalan Presiden jang terpilih baru-baru ini.Ee akan menceritakan mengikut fakta sejarah yang tidak mungkin kita ubah dan tidak akan berubah.Pemberontakan komunis yang mencipta sentimen benci di antara kaum, khususnya Melayu dan Cina. "Angka korban darurat dianggarkan mencecah 2,542 orang membabitkan semua kaum terutama Melayu dan Cina..hanya orang2 biol saja yang mengubah fakta sejarah.
10 September 1947 Peristiwa berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan serangan pengganas ke atas sebuah lori dan dua bas yang membawa anggota polis. Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah. Segerombolan pengganas komunis dikatakan melepaskan tembakan bertubi-tubi selama 10 minit, merampas harta penumpang dan mengacukan senapang kepada mereka.
Perak - 16 Jun 1948 Tragedi ini mengorbankan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah iaitu T.G Christian, A.E Walker dan J.M Allison. Pembunuhan ini menggemparkan penduduk tempatan, seterusnya penyebab kepada pengisytiharan Undang-undang Darurat di Perak. Ia adalah pengumuman darurat pertama sebelum ia diperluaskan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Pembunuhan ini disifatkan sebagai kemuncak keganasan komunis yang mula berleluasa sejak tamat Perang Dunia Kedua di negara ini.
kampung Jeram Choh, Johor - 18 Jun 1948..Ia dilakukan kira-kira 20 pengganas komunis lengkap bersenjata. Kemuncak kejadian ialah serangan ke atas balai polis yang menyebabkan kerajaan mengalih langkah mengumumkan perintah darurat berkuat-kuasa serta-merta.
Seberang Perai - 22 Januari 1950 Serangan ini mengorbankan lapan anggota polis termasuk seorang sarjan Inggeris manakala enam anggota polis Melayu cedera parah.
Kampung Simpang Tiga, Setiawan, Perak - 4 Februari 1950 Kira-kira 80 pengganas komunis menyerang dan membakar kampung yang mengakibatkan 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda.
Marilah kita Imbas Kembali Sejarah Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang kejam dan bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya150 pengganas komunis yang diketuai Mat Indra semasa sebelum kemerdekaan Malaya. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisanpeluru.
Mereka yang gugur dalam pertempuran
Anggota Polis
- Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
- Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
- Lans Koperal 7168 Jidin Omar
- Konstabel 9136 Hassan Osman
- Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
- Konstabel 8600 Jaafar Hassan
- Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
- Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
- Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
- Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
- Konstabel Marin 68 Awang Ali
- Konstabel Marin 181 Basiron Adam
- Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
- Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad
Polis Bantuan
- Ins. Kudarina Naknok
- AP 2130 Samad Yatim
- AP Mahmood Saat
- AP 1925 Ali Akop
- AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
- Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
- Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
- AP Redzuan Alias
- Embong Lazim
- Mendiang Koh Ah Cheng
Sungai Semur, Kelantan - 25 Mac 1950 Pertempuran antara kira-kira 250 pengganas komunis dengan platun Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja berjumlah 25 orang. Serangan berlaku pada jam 10.30 pagi ketika platun berkenaan menyusuri sungai. Sejumlah 17 orang anggota tentera terbunuh dengan lapan cedera.
Serang hendap kereta api, Tampin, Negeri Sembilan - 14 November 1951 Serangan ini mengorbankan empat orang awam, termasuk pemandu kereta api, K Vettivelu. Kejadian berlaku pada waktu malam ketika kereta api berkenaan berada kira-kira sebatu dari Tebong berhampiran Tampin.
Sabotaj dilakukan dengan mengalihkan landasan mengakibatkan kereta api tersasar, manakala sebahagian gerabak terbabas serta tergelincir kira-kira 10 meter ke bawah landasan. Kereta api itu ditembak bertubi-tubi sekali gus mencederakan 20 penumpang. Antara mangsa terselamat, termasuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri serta dua putera baginda.
Pada pendapat Ee dan seluruh rakyat negara ini.. generasi kini sepatutnya lebih memahami sejarah dan bersama bersatu mengenang semula pahit getir perjuangan dan kesediaan anggota keselamatan berkorban nyawa demi Agama,Bangsa dan Negara serta mempertahankan sehingga ketitisan darah yang terakhir bukannya menerima saja segala pembohongan bulat2 petualang-petualang negara yang kemaruk untuk berkuasa.
Ee berpendapat KEMERDEKAAN dikecapi hari ini bukan diperoleh secara mudah tetapi dibina dengan keringat, darah dan air mata. Penghayatan kemerdekaan tidak terhad dengan mengibarkan bendera, menganjurkan perarakan warna-warni, konsert dan menyanyikan lagu 'Negaraku' semata-mata tetapi sewajarnya rakyat dilatih mengenang semula perjuangan generasi terdahulu membebaskan negara daripada penjajahan, selain memahami proses bagaimana akhirnya kemerdekaan menjadi milik negara.Bersatulah! dalam menjaga kedaulatan negara dalam 1 Malaysia dan jauhilah dajjal pembangkang yang menjadi petualang negara dengan memecah belahkan perpaduan yang telah terbina sekian lama dengan pelbagai propaganda,pembohongan dan fitnah.
Al Fatihah kepada pejuang-pejuang Negara yang Terkorban demi menegakkan maruah Agama,Bangsa dan Negara bukannya Kominis Petualang Negara yang menjadi Pujaan Hati Pemimpin dan Penyokong PAS.
No comments:
Post a Comment