Thursday, September 15, 2011

Pendapat Ee jika PAS benar2 Ikhlas Perjuangkan Islam bubarkan PAS itu dan sertailah UMNO.Lakukanlah revolusi Islam dalam UMNO..


Pada pandangan Ee MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menjadi bahan cacian dan penghinaan masyarakat jika masih berpaut kepada kuasa dan masih lagi mengunakan agama di pentas politik demi mendukong politik dendam yang tiada penghujungnya terhadap UMNO.Cukuplah!..dah tua..dah nyanyuk..Dunia kata pergi..Kubur kata mari..Bertaubatlah!.Pada Ee lebih baik tumpukan pada amal ibadat dan perbanyakkan solat taubat dengan dosa2nya memporak perandakan rakyat negara ini dengan Fatwa2 Songsang.

Pada pendapat Ee masyarakat khususnya umat Islam sudah tidak lagi menganggap Nik Aziz seorang tok guru kerana perlakuan politiknya banyak menyumbangkan kepada perpecahan umat.Sepatutnya seusia begini beliau banyak berehat dan beramal dari berpolitik dengan mengeluarkan kata2 atau fatwa yang mengarut dan seterusnya memjadikan beliau sebagai bahan ejekan dan menjadikan beliau dicaci maki.Malulah!..Lebih baik letak saja jawatan dan fikirkan kubur yang melambai.

Nik Ajis  sepatutnya sedar bahawa masyarakat termasuk ahli PAS semakin bosan dan meluat dengan gaya kepimpinan beliau.Beliau seharusnya sedar.Pada pendapat Ee janganlah nanti apabila mati kelak sampai ada yang mengencingkan kuburnya akibat terlalu benci dan mengangap beliau sebagai salah seorang Petualang Negara gara-gara fatwa2 beliau yang banyak menjadikan masyarakat berpecah belah,sehinggakan suami isteri bercerai,bapa benci anak,anak benci bapa, sekeluarga tidak bertegur sapa dan sekampung tapi tidak bercampur dan tidak mahu berjemaah kerana berlainan politik.

Ee ingin mengingatkan Nik Ajis,baha tidak ada mana-mana pemimpin politik di dunia ini yang mampu bertenggek di atas puncak kuasa sehingga mati.Dari apa yang Ee perhatikan kebanyakkan pemimpin politik memilih jalan untuk berundur apabila merasakan dirinya sudah tidak popular, semakin tua atau sudah tidak diperlukan lagi.Sikap ini berlawanan dengan Nik Ajis walau bertongkat,tergigil-gigil dan menghadapi masalah kesihatan jalan pun kena pimpin tetap degil.Pada Ee ini berkemungkinan akibat fatwa beliau sendiri yang sanggup berkerjasama dengan syaitan jika itu menguntungkan PAS.Mungkin akibat berkawan dengan syaitan, maka syaitan berbisik kepada beliau agar terus berkuasa kerana beliau tidak akan mati..

Pada pendapat Ee apa sangat yang nak dikejar oleh Nik Aziz, sudah berpuluh tahun jadi Menteri Besar Kelantan, takkan nak tongkat langit dengan kuasa di dunia ini..Pada Ee sepatutnya beliau mencontohi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memilih jalan persaraan apabila merasakan masanya sudah tiba untuk berbuat demikian.Lagi pun beliaulah orang yang paling kuat mendesak Tun untuk berundur dan berjanji akan berundur juga sekiranya Tun berundur.Namun hakikatnya Nik Ajis menjadi Munafik dengan menipu rakyat.Bertaubatlah!...

Pada pendapat Ee dan mungkin juga seluruh rakyat negara ini mungkin Nik Aziz berpendapat apabila beliau bersara, PAS akan hancur, tetapi Ee anggap pendapat itu tidak tepat, sebaliknya memberikan jawapan bahawa Nik Aziz sebenarnya yang mabuk kuasa dan ingin sangat untuk menjadi Perdana Menteri.Sebab itu beliau sanggup menjadi seorang Munafik dengan memutar belitkan segala fatwa2nya yang mengarut...Beliau boleh menghasut rakyat dan para penyokong agar membenci kerajaan UMNO dan merelakan parti PAS diperkudakan dik DAP.Dan yang terbaru beliau begitu menyokong segala kenyataan Mat Sabu "Bapa Kominis Moden" yang mengistiraf kominis sebagai Wira Negara..Begitu juga beliau memfatwakan bahawa orang2 bukan Islam boleh membaca dan mengunakan Al Quran dan hadis ketika berceramah dan mengutuk sesama Islam asalkan menguntungkan pakatan haram mereka itu..Fikirkanlah..

Pada pendapat Ee walaupun sefanatik mana pun terhadap parti yang kita sanjungi, maruah Islam hendaklah dijaga.Dan yang paling penting,pemerintahan orang Islam keatas masyarakat Islam perlulah dikekalkan.Sekeji mana pun orang-orang PAS memandang UMNO,PAS sebagai parti Islam hendaklah menyokong pemerintahan orang Islam.Pada Ee tidakkah PAS belajar dari sejarah tentang kuasa-kuasa Islam yang kini beralih kepada tangan kafir? Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Alhambra di Sepanyol, Patani di Thailand,Mindanao di Filipina,Kesultanan Delhi/Mughal di India,Iraq/Aghanistan dibawah taklukan US,Palestin di bawah jajahan Israel,sejarah Bosnia atau contoh terdekat Singapura?.. 

Apa yang Ee lihat hari ini memang jelas bahawa orang-orang Islam di wilayah-wilayah yang disebut diatas mengalami penindasan yang tidak terperi oleh pemerintah-pemerintah kafir.Kalau dilihatkan dari sejarah, kerajaan-kerajaan yang disebut diatas dahulunya ditadbir oleh kerajaan-kerajaan Islam yang kuat malah penguasaan wilayah yang ditadbirnya juga meliputi kawasan yang besar.Tetapi lihatlah apa yang terjadi pada hari ini.Orang Islam diwilayah-wilayah yang disebut diatas bukan sahaja diaibkan malah dibantai,dibunuh dan dizalimi oleh pemerintah-pemerintah kafir yang kini menguasai wilayah-wilayah itu.

Ee ingin menasihatkan kepada penyokong-penyokong PAS janganlah naif atau dalam perkataan yang lain, bersifat bodoh. Apabila seorang pemimpin kafir menyebut kalimah 'Amal Makruf Nahi Mungkar',para penyokong PAS berasa berbesar hati,gembira,kagum disertakan dengan tepukan tangan yang gemuruh menandakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pemerintahan kafir.Sebaliknya apabila pemimpin-pemimpin UMNO melaungkan perkara yang sama,penyokong-penyokong  PAS melihatnya dengan penuh syak wasangka dengan niat merendahkan-rendahkan.PAS menganggap orang kafir lebih layak menyebut kalimah-kalimah berbahasa Arab (secara tidak langsung ada kaitan dengan Islam) berbanding UMNO.

Pada Ee segala ungkapan penyokong-penyokong PAS seperti 'Aku lebih sanggup menerima pemimpin kafir yang jujur dan amanah daripada pemimpin Islam yang rasuah' sudah sinonim dengan penyokong-penyokong PAS yang liberal pada hari ini.Seperti biasa, alasan mereka pakai ialah 'Islam itu adil kepada semua tanpa mengira bangsa'. Pada Ee PAS kini semakin jauh berbeza dengan pegangan PAS dahulu kala yang fobia terhadap orang kafir.Lihatlah bagaimana pegangan mereka dapat diubah-ubah supaya cita-cita untuk memenuhi kehendak dunia dapat dicapai.

Pada pendapat Ee para pemimpin PAS perlu perbanyakkan istighfar kerana sanggup melihat orang Islam diperintah kafir.Dalam keadaan sekarang dimana kita melihat masyarakat-masyarakat Islam bangkit untuk keluar dari cengkaman pemerintahan kafir, PAS pula redha dengan pemerintahan kafir malah bersungguh-sungguh untuk mengembalikan pemerintahan kafir keatas umat Islam..

Ee berpendapat bahawa sehina dan sekeji manapun orang-orang UMNO dimata PAS mereka tetap sebangsa dan seagama dengan orang-orang PAS hanya PAS yang merasakan lebih Islam dari yang Islam.Pada pendapat Ee janganlah kita sanggup melihat orang Islam diperintah kafir.Sudah banyak kesan sejarah yang masih kita lihat sehingga kehari ini dan janganlah kita biarkan orang Melayu Islam mengalami nasib yang sama. Jikalau PAS benar-benar ikhlas, bubarkan parti PAS itu dan sertailah UMNO. Dari situ, lakukanlah revolusi Islam dalam UMNO. Meredhai pemerintahan kafir keatas masyarakat Islam bukanlah jawapannya.Fikirkanlah.. 

No comments:

Post a Comment