Ee merasa kesian apabila Para Penyokong PAS yang bodoh bendul diperkudakan oleh DAP. Mereka dijamin syurga dan menggelar diri mereka sebagai pejuang jihad tapi perjuangan mereka adalah untuk menjatuhkan Kerajaan Islam dan menaikkan Kerajaan Kebajikan DAP.Kebodohan mereka sehingga sanggup menjadi tukang pembawa bendera dan yang mengecewakan lagi sudahlah bapak kena perkudakan..bapak yang terlebih diperkudakan sanggup pula membawa anak2 yang masih kecil agar dijadikan anak lembu DAP dengan membawa bendera DAP kehulu kehilir..Inilah tahap kebodohan kelas tiga penyokong taksub PAS yang tahu hanya angguk-angguk dan sekali sekala geleng-geleng sapi..
Pada Ee sebagai Murshidul Am PAS, kini Nik Ajis telah menghalalkan kedudukan parti yang kunun kunun atas dasar dan prinsip Islam itu membelakangkan perjuangan Menegakan negara Islam dan Melaksanakan hukum Hudud dan kompromi ini adalah semata mata kerjasama dengan parti sekular PKR dan anti-Islam seperti DAP. Menjaga hati anti-Islam seperti DAP dan meletakan PAS sebagai parti yang boleh diterima masyarakat Bukan Melayu terutama etnik Cina adalah lagi utama.
Setelah Ee renungkan sedalam-dalamnya maksud Nik Ajis menyokong dan menghalalkan usaha sumbang-sastera yang ramai anggap mengecewakan bagi seorang Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dengan buku Shit pada tahun 1999, sehingga MB Kelantan itu tergamak menyebut Allah pun mencarut. Kemudian kerjasama dengan DAP yang ternyata anti-Melayu dan anti-Islam dihalalkan dengan kenyataan boleh berkerjasama dengan syaitan.Pada Ee ini bermakna Nik Ajis ini tidak lebih dari Lebai Malang yang tertinggal makan kenduri akibat ketamakan hawa nafsu semata-mata.
Pada adalah amat malang bagi orang2 Melayu kerana ada segelintir yang masih menerima bahawa Nik Ajis merupakan seorang ulama', walaupun ketetapan beliau merupakan atas pertimbangan politik yang dimanipulasikan dengan kefahamansdan intepretasi sempit agama Islam.Dan adalah amat malang lagi apabila Nik Ajis merupakan antara penyumbang terbesar perpecahan Melayu, 20 tahun kebelakangan ini. Perpecahan ini diburukan lagi apabila Nik Aziz memperkudakan sepenuhnya peluang untuk menyemai politik kebencian dan politik keyakinan palsu, yang timbul setelah Anwar Al Juburi dipecat dari Kabinet pada 2 September 1998...
Apa yang Ee pelajari selama ini Islam itu tidak pernah menggalakan umatnya untuk kurang ajar kepada Pemerintah, Islam juga tidak memperuntukan agar agama Allah ini boleh dijadikan modal dan dimanipulasikan semata mata kepentingan politik.
Pada Ee seorang ulama' yang gagal menurut titah perintah seorang Pemerintah atau Khalifah (dalam isu ini Tuanku Sultan dimana Perlembangaan mendukung baginda mempunyai kuasa mutlak atas isu agama) menunjukan bahawa beliau adalah seorang yang tidak hormat pada sistem pentadbiran dan ini membelakangkan prinsip Islam. Ini lebih lebih lagi baginda Tuanku Sultan merupakan seorang Islam dan mengingkari perintah Tuanku Sultan adalah perbuatan kurang ajar.
Berlandaskan fakta semasa Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor, Tuanku Sultan Selangor menitahkan bahawa semua surau dan masjid adalah dilarang untuk dijadikan medan atau platform politik. Nik Aziz memberikan reaksi yang mengingkari secara memomokan titah Tuanku Sultan Selangor ini. Ketetapan Nik Ajis dalam pusingan ini jelas menunjukan beliau secara halus mengingkari titah murka Tuanku Sultan Selangor.
"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam", kata2 Nik Ajis kepada pemberita,tidak berapa lama dulu.Beliau diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen DAP bagi Serdang Teo Nie Ching yang masuk kedalam Surau Al Huda, Kajang Sentral tidak berapa lama dulu tanpa menjaga adab menutup aurat dengan sempurna, sebagaimana protokol biasa wanita untuk masuk kedalam kawasan rumah ibadat Islam itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.
Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.Pada Ee sebagai seorang yang kononnya ulama sepatutnya dia harus menghormati khalifah atau sultan Selangor sebagai ketua agama Islam yang diistiraf oleh rakyat Selangor dan juga merupakan Payung kepada rakyat negeri Selangor amnya.Apa yang Ee pelajari selama ini Islam itu tidak pernah menggalakan umatnya untuk kurang ajar kepada Pemerintah tetapi ulama' Pikon ini merupa seorang yang sangat kurang ajar dan sanggup melakukan apa saja asalkan tercapai apa yang tercita.
Pada Ee PAS bukan sahaja bersedia mengorbankan perjuangan Islam malahan untuk bercakap soal kepentingan orang Melayu pun takut demi menjaga hati DAP dan PKR. PAS mesti sedar matlamat politik DAP ialah Malaysian Malaysia.Ee rasakan sesiapa sahaja yang faham konsep berkenaan akan mengetahui betapa bahayanya ideologi dan matlamat DAP itu dalam konteks Perlembagaan negara, orang Melayu dan agama Islam.
Pada Ee PAS lebih utamakan jumlah kerusi. Mungkin PAS sudah letih berjuang dan kekurangan modal untuk berpolitik, begitu juga para pemimpinnya yang mahukan kerjasama dengan DAP.Selain itu apa yang Ee lihat pemimpin-pemimpin DAP lebih melihat pemimpin PKR jauh berwibawa berbanding pemimpin Pas sebab itulah, apabila kerusi PKR semakin mengurang di dalam Dewan Rakyat, DAP tetap memberi peluang kepada Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang walau pun sepatutnya yang menjadi ketua pembangkang adalah dari parti yang mempunyai lebihan kursi.Inilah satu tektik atau helah DAP yang paling halus dalam mencucuk jarum ke punggung orang Melayu tanpa mereka sedari..
Pada Ee semua ini membuktikan bahawa DAP hanya memperalatkan PAS demi keuntungan politik mereka terutamanya bagi meraih sokongan orang Melayu.Dalam soal ini DAP amat memahami berbanding PKR yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah terutama masalah peribadi ketuanya yang tidak pernah selesai ,Ee dapat rasakan PAS lebih berwibawa untuk menjadi ketua pembangkang.Tetapi mereka pemimpin DAP terutama Lim Kit Siang dan Karpal memandang jijik kepada Pak2 Lebai yang berjanggut sejemput dengan pakaian jubah menyapu tanah.Mereka sebenarnya menghina PAS dalam secara tidak langsung..Hanya pemimpin dan penyokong PAS yang kurang cerdik untuk memikirkannya..
Pada Ee sepatutnya Pas perlu faham bahawa corak politik yang diamalkan oleh DAP sekarang lambat-laun akan memusnahkan PAS.Ia kerana orang Melayu semakin mampu melihat dengan jelas bagaimana tindak-tanduk DAP di Pulau Pinang dan Selangor yang jelas tidak menghormati Pas.Begitu juga kebiadapan Karpal menolak hudud di Kelantan..tetapi demi untuk menawan pemimpin-pemimpin DAP memahami kononnya atas kesepakatan bersama, Pas akan berusaha keras memastikan undi orang Melayu di kawasan yang ditandingi oleh DAP memihak kepada parti itu.Inilah kebodohan melampaunya pehak bendul pemimpin2 PAS kerana mabuk kecubung untuk mendapatkan kuasa..tapi hakikat yang nyata PAS kini menempah batu nesan yang diukir oleh pakar pembuat patung dari DAP untuk kegunaan pemimpin2 mereka yang pastinya..InsyaAllah akan ditolak rakyat pada PRU 13 kelak..Rakyat semakin cerdik..
Justeru itu Ee nasihatkan masih belum terlambat untuk Pas mengkaji dengan mendalam corak politik DAP kerana jika PAS masih leka dan terlalu yakin bahawa mereka boleh mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya nanti, percayalah ia kesudahannya boleh meletakkan PAS bagaikan menang sorak kampung tergadai...Rakyat semakin Cerdik..
No comments:
Post a Comment