Monday, October 31, 2011

Fatwa Hadi Awang bertentangan dengan Firman Allah dan Sabda Nabi saw..Untuk mentaati Pemimpin..



Ee dan rakyat negara ini masih ingat lagi tentang amanat yang dikeluarkan oleh Hadi Awang mengenai hukum menentang UMNO dan kewajipan PAS melawan kerajaan. Amanat tersebut telah dipegang oleh puluhan ribu pengikut PAS dan menjadi panduan kepada kebanyakan mereka(Ahli2 PAS) hingga kini.Akibatnya di serata kampung dalam negara ini kebanyakan Ahli PAS tidak suka bergaul dengan masyarakat lainnya kecuali dengan mereka yang menyokong PAS sahaja..Inilah antara kesan fatwa Hadi Awang dan Ee katakan inilah perbuatan jahat yang tidak terampun dosanya selagi Hadi Awang tidak berjumpa atau memohon maaf secara terbuka kepada seluroh rakyat Malaysia yang telah dipecah-belahkannya..

Seluruh umat Islam mahu pun yang bukan Islam dapat melihat akan kesannya..melalui amanat inilah perpecahan dikalangan umat Islam semakin parah hinggakan berlakunya sembahyang dua imam di dalam masjid yang sama. Perbuatan melabelkan setiap ahli UMNO sebagai kafir juga berleluasa kerana Hadi di dalam amanatnya telah menggambarkan sebagai syahid jika mati ketika menentang UMNO.

Ee dapat rasakan bahawa amanat yang pertama kali diucapkan oleh Hadi Awang tersebut dalam satu ceramah di Banggol Paradong rupanya masih terpakai sehingga ke hari ini. Walaupun Hadi Awang pernah cuba untuk berdalih menafikan amanatnya yang banyak menimbulkan kecelaruan dan perpecahan umat Islam negara ini, namun ia tak cukup untuk menafikan bahawa PAS telah menyumbang kepada penyelewengan aqidah para pengikutnya..Pada pendapat Ee Hadi Awang harus mengakui akan kesilapannya dalam mengeluarkan fatwa yang membawa bencana kepada umat Islam negara ini..Ingatlah mengakui kesalah bukan beerti kita kalah..

Apa yang Ee katakan ini semuanya penuh bukti dan fakta bahawa amat tersebut masih lagi penuh kekeliruan ini dibuktikan sendiri oleh Hadi Awang masih berpegang kepada amanat yang pernah diucapkannya berpuluh tahun dahulu.Semasa Allahyarham Baharuddin Ahmad, 58 tahun yang mati akibat sakit jantung di dalam demonstrasi menentang kerajaan dalam Bersih 2.0 telah dikatakan sebagai seorang Syuhada serta mati syahid oleh Hadi Awang.

Hadi juga berkata bahawa arwah juga dikatakan mampu memberi syafaat kepada seluruh keluarganya di akhirat nanti kerana telah meninggal didalam keadaan menentang kezaliman.Ee ingin bertanya apakah arwah meninggal ketika memerangi musuh Islam sehingga boleh digelar sebagai seorang Syuhada dan mati syahid?..apakah Hadi Awang nak menderhaka kepada Nabi saw dengan mengingkari Al Quran mahupun hadis?..

 Hadis Nabi saw yang di riwayatkan oleh Muslim 6/23 yang bermaksud :--

"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu" ..

Ingatlah Rasulullah menghalang kita dari menentang pemerintah yang banyak melakukan kejahatan selagi ia masih lagi taat dan masih lagi melakukan solat.Di dalam hadis-hadis Nabi yang telah di riwayatkan oleh para sahabatnya begitu menegaskan agar kita mentaati pemerintah tidak ada satu pun hadis Nabi yang menyuruh kita menentang pemerintah. 

Persoalan menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam adalah satu persoalan besar yang dibahaskan oleh para ulamak sejak sekian lama. Ini adalah kerana wujudnya hadith-hadith yang melarang dijatuhkan sesebuah pemerintahan yang dipegang oleh orang-orang Islam tanpa alasan yang kukuh, disamping penggulingan kepimpinan negara atau daulah boleh mengakibatkan pertumpahan darah dikalangan rakyat jelata.

Oleh itu, baginda Nabi s.a.w. melarang pertembungan demi merebut kepimpinan melainkan dengan alasan yang kukuh. Dalam hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya: kami telah berbaiah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke 1836).

Hadith diatas menjelaskan kepada kita bahawa rasulullah meminta daripada umat Islam agar mentaati pemerintah dalam segala keadaan, sekalipun mereka melakukan kezaliman terhadap kita. Kita ditegah merebut kuasa melainkan apabila melihat Kufr Bawwah iaitu kekufuran yang dalil mengenainya jelas tanpa sebarang keraguan atau takwil. Kita pula dikehendaki menyatakan kebenaran dimana sahaja dan dihadapan sesiapa sahaja.

HUKUM MEMERANGI PEMERINTAH.
Pada asalnya syarak melarang umat dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah tanpa sebab-sebab yang amat besar iaitu Kufr Bawwah ialah kerana kesannya yang amat merugikan.

Apa yang kita sedia maklum, perhimpunan haram Bersih 2.0 yang diadakan baru-baru ini oleh peguam murtad Ambiga tetek besar dianjurkan untuk menentang kerajaan dan mendapat bantahan dari ramai pihak. Pihak yang berhimpun di ibunegara tersebut bukanlah berkumpul untuk berperang dengan pihak kafir tapi mereka sebaliknya bersekongkol dengan kafir untuk menjatuhkan kerajaan Islam...

Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Kata al-Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith soheh muslim, Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya adalah haram dengan Ijmak al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti didalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan. Kata para ulamak:Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam.(rujukan syarh soheh Muslim oleh an-Nawawi m.s. 540,552/jilid 12 cetakan dar al-khair beirut) 

Apa yang Ee ketahui dan perhalusi selama ini segala fatwa yang dibuat oleh Pemimpin2 PAS sangat bertentangan dengan firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang menyuruh kita mentaati pemimpin bukannya menentangnya.Mereka membuat fatwa hanya semata untuk memancing undi agar mereka berkuasa dengan memperkudakan Islam sebagai senjata utama mereka.Ingatlah PAS hanya sebuah parti politik bukannya pendakwah yang memperjuangkan Islam.Mereka hanya mengunakan agama sebagai menghalalkan apa yang dikatakan "Halal wal Haram" semata melangsungkan tuntutan nafsu serakah untuk berkuasa sehingga sanggup diperkudakan oleh DAP laknatullah yang terang dan nyata adalah seteru utama umat Islam negara ini.DAP berniat untuk berkuasa dan berjanji akan menukarkan Perlembagaan Negara dengan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi seperti yang dibongkar baru-baru ini.

Apa yang Ee pelajari dan ketahui di dalam Al Quran dan hadis menyatakan Nabi Musa hanya diarahkan berdakwa kepada Firaun bukan memeranginya kerana menjatuhkan sesuatu kerajaan itu tugas Allah bukan tugas manusia.Kita manusia buat kerja manusia beribat dengan penuh keiklasan bukannya mencampuri urusan Allah..Surga dan Neraka itu semuanya urusan Allah SWT..Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana janganlah kita teripu dengan mereka yang berjubah,berserban,bertasbih.berkopiah,berdahi hitam dan berjanggut sejemput yang menjadi dajjal2 untuk menyesatkan akidah dan keimanan yang kita jaga selama ini...Iklas kerana Allah dalam melakukan ibadat adalah sebaik-baiknya amalan..Renung-renungkanlah..

No comments:

Post a Comment