Tuesday, October 25, 2011

Pemimpin DAP Persendakan Al Quran dan Hadis Pemimpin PAS dan Penyokong bertakbir Menyokongnya..



Firman Allah dalam Al Ma'idah ayat 57 yang bermaksud :

"Wahai orang yang beriman!Janganlah kamu melantik orang yang menjadikan agamamu sebagai bahan ejekan dan permainan,(iaitu) di kalangan orang yang telah diberikan kitab sebelummu dan orang yang kafir(orang musrik) itu sebagai pemimpin dan bertakwalah kepada Allah jika kamu benar-benar orang yang beriman".

Sebaik saja DAP dapat memerintah Pulau Pinang dengan nada mengejek dan menghina Lim Guan Eng mempersendakan kononnya akan mengikut cara pemerintah Khalifah Umar bin Abdul Aziz maka bertakbirlah para HamPAS.Hakikatnya hanya mainan bibir untuk mengula-gula penyokong PAS yang begitu taksub.

Dalam mengejar kepentingan politik, pemimpin PAS dan PKR sanggup bersekongkol dengan pemimpin kafir DAP yang secara terang-terangan menghina Islam. Apabila pemimpin DAP memetik kata-kata hadis dan al-Quran dalam ceramah mahupun dalam Persidangan DUN seperti yang berlaku di Selangor, pemimpin PAS dan PKR yang beragama Islam bertepuk tangan tanda terhibur. Sedangkan hakikatnya, tujuan pemimpin DAP yang menggunakan hadis dan al-Quran adalah sebagai mempersendakan agama Islam khususnya orang Melayu.Dimanakah maruah kita sebagai seorang Islam apabila Ng Suee Lim Cina DAP yang tidak pernah mandi wajib dan mengambil wuduk mempersendakan bacaan ayat suci Al Quran dengan bacaan tunggang langgang dan seberono.

Seingat Ee, ini bukan kali pertama pimpinan DAP melakukan perkara sedemikian rupa, malah sudah beberapa kali termasuk membacakan ayat al-Quran. Bukankah akidah itu terbahagi kepada tiga iaitu pertamanya ketuhanan, keduanya kenabian dan ketiganya sami'yat.

Ingatlah pemimpin-pemimpin DAP bahawa agama Islam bukanlah agama yang mudah dipermainkan. Malah pengikut Islam tidak pernah menghina agama lain. Jadi, usahlah pemimpin DAP menjadikan agama Islam itu sebagai agama yang mudah dipermainkan. Jangan hanya kerana politik, pemimpin DAP boleh sewenang-senangnya mempermainkan agama Islam. Islam agama yang suci dan murni.

Bagaimana larangan yang begitu jelas dari Allah ini langsung tidak di ambil kesah oleh Para pemimpin PAS.Mereka begitu taksub untuk terus bersetongkol dengan DAP yang begitu jelas mengunakan mereka untuk berkuasa.Dimanakah maruah Islam yang selama ini diperjuangkan oleh PAS kerana kuasa sanggup memperdagangkan agama sendiri.Mana Maruah! Agama dan Bangsa..Jangan kerana keduniaan PAS dan Penyokong taksubnya sanggup membutakan mata,hati dan memekakkan telinga.. Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..Renung-renungkanlah..

No comments:

Post a Comment