Thursday, October 6, 2011

Mencintai Agama, Bangsa dan Negara serta Mempertahankannya dari Para Petualang Dajja2 Negara merupakan sebahagian dari Iman..


Ee masih ingat dulu Nik Ajis jugak yang cakap.......... Orang UMNO kalau berkawan dengan orang kafir sama juga berkawan dengan syaitan, Tapi hari ini Tok guru bukan sekadar berkawan dengan syaitan malah telah berguru pun dengan syaitan dan sanggup lakukan apa sahaja demi syaitan. Apa yang syaitan2 DAP tunjuk mereka terpaksa patuh dan telan saja takut kehilangan teman sebilik..

Kalau pembangkang terutama PAS mendabik dada mendakwa BN semakin tidak diterima oleh rakyat, maka kali ini bolehlah pembangkang mencongakkan kembali "gelombang PRU 13" yang semakin hampir.Rakyat semakin kenal akan budi bahasa para pemimpin PAS yang semakin tebal kemunafikan mereka dalam usaha merampas hak bangsa dan agama yang mereka anuti..Rakyat semakin bijak dalam mentafsir apa yang tersurat dan tersirat di sebalik perkhawinan haram PAS dan DAP yang semakin layu menuju keambang kehancuran gara-gara kemunafikan para pemimpin mereka sendiri terutama Nik Ajis..

Dalam hal ini Ee dapat rasakan bahawa PAS semakin menuju ke Alam Barzak bila para pemimpinnya semakin mengelupur semacam ayam kena sembelih..apa yang di fatwakannya semakin memakan diri sendiri..Jika Hadi Awang membuat fatwa baru dengan Penubuhan Negara Berkebajikan dan membuang jauh-jauh pejuangan Negara Islam dan Hudud semata untuk mengkaburi mata rakyat dalam usaha menutup kelemahan mereka dalam memperjuangkannya.Pas juga cuba menyogok DAP dengan kata ampuan sehingga pemimpin lagaan mereka Mat Sabu melatah kerana terkena tajian dari kesan penerimaan rakyat kembali kepada UMNO dan cuba menjadi jagoan untuk menarik pengundi cina dengan mengangkat kominis sebagai Wira Negara.

Ee berpendapat bahawa rakyat semakin cerdik dan tidak akan terbuai-buai dengan hayunan buaian retorik pembangkang, yang mula dilihat semakin bergolak dan berkonflik sesama sendiri, akhirnya pecah berderai walaupun cuba disembunyikan dengan laungan keramat tok jagat pahlawan tua Nik Ajis yang membunyikan trompet sangkakala 20 tahun yang lalu menubuhkan hudud di bumi kelantan yang semakin mendapat cemuhan dari rakan sebiliknya DAP.Fatwa2 Nik Ajis yang membentak DAP seolah memperlekehkan rakan sebiliknya menerima padah apabila Karpal yang kononnya ada bulan mengambang di dadanya menurut Nik Ajis begitu lantang mengutuk Nik Ajis dan PAS.. begitu juga Khalifah Lim Guan Eng yang menjadi pujaan penyokong PAS dengan angkohnya menolak dengan cemohan bahawa tidak menyokong penubuhan hudud kerana tidak ada dalam perjanjian Buku Jingga.

Ee dapat merasakan bahawa rakyat semakin dapat melihat dengan mata dan mendengar dengan jelas semakin banyak kekecohan berlaku dan semakin lama akan menyebabkan semakin banyak tembelang terbuka luas dalam dalam parti PAS mahupun Pakatan Haram Pembangkang..Pada Ee ini juga semakin membuka ruang jalan yang semakin besar kepada Pakatan Pembangkang menyiapkan Liang Lahat mereka dalam PRU 13 yang akan berlaku bila-bila masa.Rakyat semakin sedar bahawa Pakatan Pembangkang tidak dapat mentadbir dan tidak boleh bersatu..Jika mereka berkuasa alamat punahlah negara..

Ee ingin mengajak para penyokong dan pengundi-pengundi PAS, PKR dan DAP perlu menilai sejauh manakah kemampuan PR menangani masalah rakyat lihatlah berapa ramai tokoh-tokoh pembangkang yang telah keluar parti dan berapa ramai penyokong pembangkang terutama PAS dan PKR yang telah keluar menyertai UMNO.Ee ingin menasihatkan kepada penyokong-penyokong pembangkang yang lainnya bukalah mata, buka hati dan celikkan minda. Janganlah hanya menyokong dengan membuta tuli. Pakatan Rakyat terus menghadapi krisis keyakinan dan kepimpinan walaupun tak sampai 5 tahun memerintah beberapa buah negeri. Krisis seumpama ini tidak pernah berlaku dalam BN bertelagah dalam perkara yang remeh temeh.Pada Ee jika baru memimpin beberapa buah negeri sudah tidak berkemampuan apa tah lagi memimpin negara.

Pada Ee setelah hampir 5 tahun selepas pru12, pakatan haram masih kelihatan di tengelami angan-angan mat jenin ke putrajaya yang tak berpenghujung. Angan2 mereka bagaikan mimpi basah yang dimimpikan tiap malam hingga membangkitkan nafsu untuk berterusan menyajikan politik benci dan fitnah kepada rakyat.Mereka menganjurkan ceramah di merata tempat bertujuan memwarkan bahawa mereka masih releven, mengingatkan kembali fitnah yang dahulu masih releven,bohong bohong yang dahulu masih benar benar.tetapi hingga kini tidak ada satu pun bukti yang mampu mereka dedahkan.Anwar Ibrahim yang masih bergelut dengan masalah peribadi,Hadi Awang yang tergoda dengan layanan DAP sehingga sanggup mengadai maruah diri,agama dan bangsa pada muktamar PAS yang lepas,Kemelut penyerbuan JAIS keatas Gereja,Keceluparan Mat Sabu mengangkat kominis sebagai Wira Negara,kebiadapan DAP untuk menukar jalur gemilang bila berkuasa kelak dan kepikunan,kenyanyukan Nik Ajis dalam segala fatwa sehingga hendak menubuhkan hudud kembali di Kelantan yang telah dibuang jauh-jauh oleh Presiden PAS Hadi Awang dan terbaru serang balas kembali pehak DAP keatas segala kenyataan Nik Ajis yang tidak pernah setia dalam perkhawinan haram dengan DAP..

Apa yang Ee perhatikan pembangkang  mahu dilihat amat mulia di mata rakyat,kononnya sama rata.. Amat toleransi dan amat bersih. Walhal mereka cukup busuk dan kotor dalam permainan politik "Kelas Bawahan"..ceramah di merata tempat 24 jam yang dianjurkan para pemimpin pembangkang disajikan dengan fakta fakta yang palsu,cerita cerita yang menyedapkan telinga yang mendambakan fitnah dan maki hamun. Skrip skrip pembohongan dan permainan persepsi di ulang tayang agar rakyat terpesona dengan kononnya kepakaran namun hakikatnya pembohongan bersiri Pakatan Pembangkang terutama Anwar Al Juburi,Nik Ajis,Mat Sabu,Lim Guan Eng dan pemimpin dajjal pembangkang lainnya.

Sekarang UMNO dan Barisan Nasional kembali mendekati rakyat dan rakyat semakin menerima kembali,setelah UMNO dan Barisan Nasional kembali berusaha memperbaiki segala kekurangan dan kesilapan yang lalu. Rakyat melihat sebagai satu revolusi dan transformasi perubahan dan mempunyai anjakan yang besar.Ini menjadikan slogan 1 Malaysia semakin diterima segenap lapisan Masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.Pada Ee jika diukur segala kejayaan UMNO dalam memertabatkan agama,bangsa dan negara tanpa kaum yang semakin menampakkan kejayaan yang cermelang dengan kewibawaan Perdana Menteri Dato Seri Najib dan para menterinya InsyaAllah dalam PRU 13 UMNO akan mendapat kejayaan yang besar.Bersatulah! demi Agama,Bangsa dan Negara dalam 1 Malaysia..Rakyat di Dahulukan Pencapaian diUtamakan..Mencintai Agama, Bangsa dan Negara serta mempertahankannya dari para petualang dajjal-dajjal Negara merupakan sebahagian dari Iman..

2 comments:

  1. kami punya undi..kami punya pasal la mau pangkah sapa..lu apa sibuk....

    ReplyDelete
  2. Undi adalah rahsia..Ee hanya menasihatkan demi Agama,Bangsa dan Negara

    ReplyDelete